Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, June 28, 2005

Bersamamu

Wajah
Lagu tema program BERSAMAMU TV3

Kali pertama dengar lagu ni, aku terus jatoh chenta. Lagu kegemaran aku dgn ma. Terasa sgt sedih. Melahirkan macam2 rasa. Sedih, insaf, syukur dan terasa mcm hidup kita ni satu pentas di mana kita bersuka-ria tak sedar diri. Sedangkn ada pemerhati di bwh yg sangat daif. Hurmm...
Da lama aku nak letak klip lagu ni.Tapi malangnya TV3 hanya sediakan video dalam format wvx.So, aku tak dapat nak tayang video klip sebenar lagu ni.Tadi pon puas aku usahakan tapi tak berjaya sbb HTML aku error. Mood tuk bercoding-codingan pon tak ada. Klu tgk video yg sebenar yg jugak slalu ditayangkan kat TV3, mesti terasa kesedihan lagu ni.Tapi kalau ada yg perasan, aku pernah gunakan lagu ni as background music utk sehari kat blog ni.But then aku remove sbb bunyi dia teramatlah sumbang.Merosakkan mood sebak, jadi mood durjana. Agaga... Honestly, aku jarang tgk BERSAMAMU atas sebab aku tak boleh tahan sebak. Camtu jugak ngan rancangan MISTERI NUSANTARA yg takkan aku tgk sbb aku takut. Serius...
Penyanyi: Jaclyn Victor
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira
Silalah surf website TV3-BERSAMAMU. Aku tolong TV3 promote. Free. TV3 tak bayar pon. Takpe, jadinya aku berjasa kat TV3. Maka, terciplah satu kata-kata....
"Jangan ditanya apakah jasa TV3 kepadaku, tetapi tanyalah diriku... apakah jasaku terhadap TV3, "
Ngeh ngeh.... Woi, TV3 Malaysia! Jasaku dikenang olehmu lantaran promosi BERSAMAMU percuma ini. FOC!
Old skewlgurl with her old skewl.
Yehaa...akhirnya aku ke sekolah ptg tadi teman ma amik report card Ijat. Adoilah.. betapa aku amat surprise bila cikgu kelas Ijat tu panggil aku suh masuk sama ikut mak aku.Rupa-rupanya dia masih mengenali aku yg femes ini. Toingg!
"Nurul Haizum...! Ni adik kamu ke?," ternyata cikgu tu sgt terperanjat. Aku cam berdebar gak sbb dia ingat nama aku sedangkan aku sebijik apa tak ingat nama dia.Yang aku tau, dia mmg cikgu sekolah aku yg aku slalu jumpa sambil aku lalu lalang menghangatkan suasana.
"Saya ingat kamu ni.Dulu kan kamu Setiausaha Kelab TUT*. Saya yg handle club tu.Then slalu nampak kamu naik pentas sekolah amik hadiah itu ini.Sampaikan waktu tu dulu kamu je lah yg kontrol pentas sek kita.Slalu jadi MC utk semua event sekolah.Sy ingat lagi," kata cikgu tersebut. Berderau jantong aku. Dush dush! Kantoi sat. Ayyo, cekguku! Gwe ngak ingat sama kamu deh...
"Ha ah..saya ingat lagi.Saya pon ingat gak kat cikgu.Dulu tiap2 hari jumpa cikgu sbb kelab," ceh! Akhirnya aku terpaksa berbohong sambil mempamerkan wajah manis. Saja bermanis muka, dan berbelit kata. Ekekeke... Aku sesungguhnya mmg lupa kat cikgu tu.Tapi takkan aku nak kata " Alahai cikgu... cikgu telah dilupakan. Saya tak ingat langsung pasal cikgu jadi guru kelab kitorang. Saya tak ingat! tidak..!," Kan? Kurang supan benar plak kalau aku buat camtu. Maka, aku pon menipu dlm keterpaksaan.
"Heh, apa punya student! Cikgu yg ingat student, apa kes?," tanya mak aku time dlm kete nak balik umah. Aku gelak je ar. Adakah aku kacang lupakan kulit? Tak... aku tak pernah lupa.Cuma biasalah, otak ni kadang2 bukannya sempurna sgt. Tapi aku terharu ngan sikap cekgu tu yg masih ingat aku ngan sgt complete.
Perfume
Ma beli perfume JLo! Tapi aku tak minat sgt bau dia. Then biar je la ma pakai.Lagipon aku dah ada Christian Dior yg dah lama aku idam-idamkan.. Walaupon bukan Jador, tapi aku ttp ske yg ma belikan itu. Hynotic Poison.Yeah! Christian Dior menyempurnakan kehidupanku... Maklumlah, kompeni aku ngan kompeni Christian Dior tu apalah sgt bezanya.Keturunan Dior gak... Pheewittt... (ahak!)


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Rujukan
Kelab TUT* = Kelab Taekwondo

Buat malu je aku nak mengaku aku pernah join Taekwondo. Setiausaha kelab plak tuh. Ishk.. tujuh keturunan akan tanggung malunya. Wakakaka... (dediam sudahlah). *don't comment about this section* =D

 

4 Congteng-conteng:

Anonymous fais conteng...
fais rasa fais ada tnggal komen td tp nape xmuncul pon? ke trsilap td..
1:22 PM  
Blogger rational thinker conteng...
nice blog. keep it up. btw..i love jaclyn's songs as well.
5:10 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »
8:46 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Keep up the good work »
1:55 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."