Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, June 28, 2005

Saya Tak Jumpa Tajuk! =


borangs.jpg


Borang-borang nampak begitu indah menghiasi tilamku.Spt sebuah longgokan pulau yg mengharu-birukan pikiran.Huwaaa...Gambar kat atas tu ialah gambar terkawal yg dah aku reduce situasi tongkang pecahnya.Ngeh ngeh... Tapi Alhamdulillah. Medical check up dah buat kat Hospital Pantai.Pegi ngan parents la.Then adik ikut skali.Ngekor je dia.Siap pow aku beli milo.

Sinar X
Sinar X ialah salah satu jenis gelombang yang... yang... umak aih,buku rujukan fizik aku sgt tebal.Aku takkan bersusah payah nk recall ilmu fizik aku.Tak der masa! Dah la,aku ni nak citer sket je pasal X-ray tadi.Laporannya...sumer clear la ngan tulang temulang aku.Nampak sgt chumey rusukku. Ahak...! Clear je saluran yg ada tuh.Nampak spt satu laluan sempit yg bersih dan nyaman. Ngee... begitulah ibaratnya keadaan rusuk aku melalui X-ray tadi. Dan aku bangga menjadi pemilik tulang rusuk yg bersih damai ini. Alhamdulillah.

"Bukak tudung, bukan baju, bukak TUT, masuk dlm, kunci pintu, pakai baju tu!," kata sorang staf hospital yg akn jalankn keje2 mengX-ray aku.Telan air liur aku.Bukak tudung leh tahan ar. Bukak baju tu pon biasa la kan.Kata nak X-ray. Tapi bukak.. hurm.. tu... aduss...

Teringat aku waktu first time aku pi x-ray.Masa tu aku form 1 atau form2. Tak ingat. Yg aku serius tak leh lupa tu, org yg jalankan x-ray kat aku ialah sorang lelaki.Mau je aku cabut kejab tu jugak bila dia dtg kat aku then bg arahan2 spt yg aku tuliskan kat atas. Tp aku akur je.Aku tau dia anggap aku bebudak tp hell lah man! Aku pompuan.Dia lelaki.Sib baik tak lama tu dua org staf pompuan kuar.Barulah aku lapang dada.Lega...

Sumer dah aku bereskan.Hampir 85% settle borang aku. Yehaaaa! Dan satu dialog kelakar aku dapat dengar arini.Ni cerita time aku jumpa abah nak suh dapatkan pengesahan pihak2 yg tertentu (dan tak tentu hala).

"Aisey...ni nak suh sapa sahkan ni?," tanya abah agak celaru ngan hal remeh temeh ni.

"Suruh je Nik Aziz.Kalau Arwah hidup lagi la.Tapi takpe la. Hadi Awang pon boleh..." tup-tup aku leh wat sketsa komidi kat situ.Abah sengih.Member abah, Pak Cik Bob pon sengih gak.


"Ko suruhlah Hadi Awang... Bukan kau dapat biasiswa nanti, tapi dapat zakat," spontan kata Pak Cik Bob. Mengekek aku ngan abah gelak. Wakakaka... kalau lah aku boleh meletakkan nama Hadi Awang sbg waris selain parents aku, dah lama aku taruk. Tapi... (sambil berfikir tajam)... lebih baik aku taruk Ustaz Akil. Chumey... Ahak...Ustaz pooojaan hatiku. (Dan Athirah)


adikswim.jpgAdik men air! Sakit perut aku gelak ptg smlm. Dia jejalan kat tepi kolam. Then sambil tu menyampok-nyampok aku ngan ma borak.Ma pon sound la.. "adik ni busy body btol.Bukan hal adik la," Dia pon sengih. "dah terdengar nak buat camana," menjawap lak tu. Tak sampai seminit pastu, BUMMM! Dia tergelincir, terus-menerus masuk dlm kolam.Tak agak-agak.Dah la baru isi air. Sib baik gak.Klu kolan tu kering lagi bahana. Aku ngan mak aku apalagi, tepok tgn ngan gemuruhnya. Haa... tu la akibat menyampok tak bg salam. Ekekeke... tapi serius lawak bila dia tgh cakap2 then terdiam sbb tanpa disangka-sangka dah terjun dlm air. Mmg adegan lucu yg bermutu. Blekkkk

Fuyyo! Harini aku cam baik hati gak. Sehari suntuk aku kasi muka kat adik-adik aku guna pc aku.Sbb pc dorang lom pasang kabel streamyx. Router nyer da beli.Esok pasang kot.

Yg aku geramnya, aku terpaksalah berbungkus diri buat-buat tdo bila 4 bebudak lelaki dah serbu main game kat bilik aku. Abah lak dok usha banyak kali sbb biasalah. Abah punya rules, seblom kul 10 atau 11 semua kena tdo.

Adik ar ni punya pasal. Buat babak airmata kat ma lak dia tadi. Tgh aku tgk Top Host, time tu la dia memekak nak main game. Nak main pakai je takut. Dah tu memekak kat telingan aku.Aku tengking skali, terdiam. Then aku tgk2 dah berlinang air mata. Kesian lak aku tgk. Aku pon ngan lagak garang dan penuh dramatik kasilah dia guna. Tup tup dia hangkut abang2 dia semua. Pitam paler aku. Main pool ngan rakusnya. Adey...

ilmu aku dapat berdasarkan pendidikan kehidupan hari ini :
"love is stupid but frenship is extremely stupid"

Song of the day : Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika)
Aphal lak layan Broery? Sbb aku lebih respon ngan lagu2 syahdu time ni.Sempat gak nyanyi-nyanyi ngan aiza. Berduet online. Skali lg YM dieksploitasikan sbg sebuah pusat karaoke.Dari lagu nasyid... tgk last2 aku ngan aiza dah layan nyanyi lagu Marc Anthony. Kegilaanmu kegilaanku.Ekeke..

 

11 Congteng-conteng:

Blogger NaSh conteng...
"Bukak tudung, bukan baju, bukak TUT, masuk dlm, kunci pintu, pakai baju tu!," ~~~> apakah itu TUT ? kentut ko ke? ekekek
1:55 AM  
Blogger aiyeza conteng...
ko gi buat x-ray rupenye??uish..dasat2...menakutkan bile buat x-ray..
ucap tahniah kat adek sebab berjaya jatuh dalam swimming pool..naseb ader air..da elok ek kolam tuh??..
2:13 AM  
Anonymous east2chika conteng...
tak lama lagi nak jd mahasiswi..
selamat menempuh alam kehidupan kampus...
mental fizikal kene kuat beb...
2:56 AM  
Blogger Budak Sekolah conteng...
Oo.. nak masuk uni. Kat mana tu?

Eh, ni off topic sikit. BS selalu nak type kat chatboard tu kan, selalu tak leh le :(
11:29 AM  
Anonymous Zul conteng...
hehe.. biasalarr kalau dah kene x-ray,kenela bukak semua.. kalau tak buat nanti, tak dpt la masuk ukm. hehehe
12:00 PM  
Anonymous fais conteng...
haha.. kalut r skang nk kena isi borang sumer.. hehe..

eih ape makna pepatah frenship is extremely stupid tuh?
12:32 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
when once u lost ur frens, u will automatically understand. But frenship can reach an end anytime.And just let it go to the hell the way it was.
12:57 PM  
Blogger Deanz conteng...
Congrate Dior!! for your next journey..UKM..Hardwork the key to successsss !! Jadilah gadis Melayu Terakhir & Terbilang.
4:50 PM  
Blogger DarkWan conteng...
Mm .. tapi kan .. nanti nanti dah kawen kena jumpa gynaechologyst ntah macam mana tah lagi. Setahun sekali kena jumpa, jumpa menatang speculum etc pastu *tut*tut*tut*. Takpun dalam tiga tahun sekali ke .. kalau ada kanser rahim boleh dikesan peringkat awal. Kalau tak .. macam cikgu kepada Darkwan .. rahim kena buang .. :((

p/s: kiter jadi pakar perubatan celup sekejap huehuehue
9:15 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wow...umah u ada swimming pool....tumpang mandi free bleh??
7:02 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
bley... silalah. nges nges...
7:35 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."