Sangat kelakar.Mak aku mmg super duper best! Cukup bertenaga ikut layan kepala aku yang tak berapa nak betol ni ptg tadi.Aku ajak ma pi Masjid Jamek. Saja, carik stationary kat Mydin cam best ja.Mydin la sgt. Mydin - tempat paling aku pitam + nyampah.Aku sebenarnya mengidam nak lalu balik jalan2 kat KL yg penah jadi satu nostalgia kat aku dulu.Tingat lak zaman paling best dalam riwayat aku pas abis spm.Time aku study kat Cosmopoint.Mmg jalan-jalan tu sgt bernostalgia.Jalan-jalan di mana kaki aku melangkah sendirian tanpa hala tuju.Cukup gembira waktu tu.Ala-ala diva dalam kelas. Sungguh mahsyuk.
"Jom ma," kata aku.
"Jom.Tapi jam ar," ma pon menyebut ttg masalah kesesakan yg paling dia benci.
"Naik train.Sampai Cempaka, kita naik train," aku bagi idea bernas, ringkas dan padat.
"Boleh je... Jom! Ajak Ijat, Along ngan Adek,"lekaih ja ma setuju. Aku pon gembira...Yeay, Kola Lumpoq....! Ekekeke... Cam budak ulu ja aku.
"Kuala Lumpur...senyumanmu... di pagi ini...sungguh beerti kerna cinta bersemi lagi... setelah kemarau panjang..."
Lagu yang pernah beri makna kat aku.Sayup btol aku rasa bila aku cuba kait-kaitkan balik lagu tu ngan nostalgia lama.Ishk, tak de masa nak layan nostalgia! Berambuslah wahai semua kisah klasik.
Ma ni mmg ja buat havoc.Park kete bukan main hebat lagik. Diakui ma mmg sorang pemandu yg hebat dan dasat.Bila dapat je pegang kete, abih jadi warrior kat tgh jalan.Elok je dapat parking kat Cempaka, teruih naik atas beli tiket.Kesian adek.Dia mana penah naik LRT.Maklumlah, kitorang ni ala-ala manja sket.Kalau kuar ngan abah, abah mesti siap stop depan-depan ngan tempat yg nak dituju then baru abah pi carik parking.Mmg prinsip tak kasi kitorang jalan jauh.Tup2 tadi kena jalan sendiri, angkut barang sendiri, mmg pakat kena gelak ngan abah.
Aku ni ada kelemahan paling kuat sekali yg tak dapat diatasi. Aku ni pelupa jalan.Jgn lah harapkan aku direct jalan.Mmg akan ku tunjuk ke jalan yang tidak benar belaka.Cam tadi.Turun je LRT, terus aku heret ma pi belah kiri.Patutnya ke kanan.Abih carik2 bangunan Kotaraya tak jumpa.Entah keajaiban apa yg terjadi, alih2 dah ada kat Wisma Yakin @ Wisma Confident. Kagum btol.Aku ngan mak aku mulalah buat-buat takjub. "Eh,eh... camner leh sampai kat sinih pulak?Kagum btol," kata ma bila kitorang dah mula sedar yang kitorang takkan jumpa bangunan Kotaraya tuh. Tapi ngan confidentnya, teruih ja jalan.Jalan punya jalan sampai gak kat Mydin yang paling jahanam dalam dunia.Ma dah buat muka.Sakit hati bila terpaksa meredah kawasan banjir ngan manusia.Tak lama dok dalam tu, kitorang kuar.Adik pon dah mula nak gadoh ngan sorang brader nih.Ada ke tunjuk penumbuk kat budak kecik bila adik aku terlanggar dia.Adik aku pon pandang je dia.Lama-lama dia blah.Tau takut.Sib baik aku tak sedar time tuh.Kalau tak mesti aku jeling sakan brader tu.Cam lah kitorang ni suka sgt masuk Mydin yang mengalahkan kapal Amerika hangkut hamba abdi dari Afrika. Bengang tau!Aku pi pon sbb dah teringin sgt nak lalu lalang kat situ.
Lalu kat Masjid India tu buat aku ala-ala kagum.Banyak dah berubah.Lain macam je keadaannya.Teringat jugak kat Athirah sbb dah lama janji nak pi situ ngan Athirah carik kaset ceramah. Tapi malangnya blom berpeluang.
Bila dah nak balik, baru terperasan bangunan Cahya Suria kat belah kanan. Mmg hangin satu badan sbb tersalah destinasi.Patutnya ke belah Cahya Suria tu.Barulah ada nilai-nilai nostalgia.Setakat Mydin, nostalgia apa ke benda yang pernah ada? Hampessss betol. Tapi tetap gembira melakukan aktiviti jalan kaki meredah banjir manusia ngan ma dan adik-adik.
"Klakar je arini.Serupa tak percaya kita leh berjalan kaki kat area situ.Entah apa-apa," komen terakhir yang ma buat bila sampai umah ptg tadi. Hahaha.. i think ma was really funny.
Kesimpulan : Hari yang kelakar sbb carik tempat lain, sampai tempat lain.
Kegilaan semasa : BUNGA TANJUNG // Sharifah Aini
Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa
Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan
Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung
Bagai melati...Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi
Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai
Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi
risau - math lom study, tutorial lom sentuh. Word design lom elaborate.
12 Congteng-conteng:
biasalah...
aku penah pi kat klang ngan yg ko pegi nih..
memang azab nak masuk sinih..
tp demi nak tgk barang2 murah yang dikata org..
tp sampai la nih aku x pi da mydin..heheh
east..
Post a Comment