atas almari ada taman menan.Tempat pelupusan benda yg aku nyampah nak tgk.Siap ada sarang spider yg sgt cantik coraknya.Jadi Zoo Negara almari aku. Aku malas la nak fokus kat katil aku. Sbb kang ada plak mata yang tersembul sbb salah faham.Ingatkan pulau yang dilanda bencana alam plak.Serius bilik ni sangat dahsyat semaknya. Beg peberet buat masa ni yang dah naik hitam akibat diheret ke sana ke sini. Kesian gadis itu sudah kelihatan comot. Kasut yg akan aku hangkut pi camping! Bersedialah tuk menjadi Si Kasut Comot! Fuh, aku dok tayang gambar yang banyak.Sbb aku aku rasa kosong kat kepala, gelisah kat hati.Byk benda aku kena pikir. Benda-benda yang aku tak nak sebut kat sini.Sbb psikologi aku rasa terancam bila aku makin ingat tentang benda-benda ni.Banyak keje = Susah hati. Titik dulu.Encik Zam ajak main pool.Kesian Encik Zam si Budak Bosan Tak Sudah.Ekekeke....Tapi kedekut.Ajak blanjer shopping pon tanak. Ngeess... *kidding is hepi* Ada-ada je idea BERNAS dia tuk program ari Sabtu aku esok.Ajak jogging la, gym la.Tapi payah sgt nak ajak shopping.Ngedate kalu ngak ada shopping nya, ngak ada aroma deh! wakaka... epi besdey ASTRI FADHILAH!
Ni dah minggu ke-3 aku dok UKM.3 kali weekend gak aku balik umah.Ni berlenak kat umah la ni.Tak ke bahgia camnih.Apapon malas nak cerita byk.Malas. Malas. Cuma nak kata, aku dah mula sukakan UKM.Fizikal ngan mental aku dah mula respon ngan persekitaran.Adey... tapi penat.Berumah tangga kat faculty mengalahkan apa je.Dan siri pendakian masih berjalan seperti biasa.Tapi aku makin gagah. Ada potensi jadi pendaki yang baik.Tak payah lama aku rasa.Satu sem pon cukup tuk buatkan otot kaki aku jadi kuat.Sangat kuat. Selera makan pon berganda dengan begitu giat.
Aku suka bidang seni bina yang aku ambik ni.Tak menyesal sket pon walaupon terasa sgt penat dan penuh ngan adegan-adegan pelik.Kelampian pon terjadi.Aku pon jadi terpinga-pinga sbb tak ada punca.... tiba2 je kena buat projek ngan senior. Projek arca kena submit khamis ni. Takut betol bila dengar krit session bila lecturer hentam-hentam design kita.Mmg bukan turn bebudak junior kena.Tapi akan sampai turn nya nanti.Aku dahla seriau bila orang marah-marah ni.
Sebut pasal Khamis. Student tahun 1 JSB akan pi camping tuk assignment design yang pertama Khamis ni.Entah semangat dari mana, aku pon tak pasti.Tapi buat julung2 kalinya aku gembira nak pi camping.Kat PD je.Tempat paling aku nyampah.Tapi akan pegi ngan klasmet. Aku tak sure sgt kelas aku berapa org kandungannya sebab ada yang kuar masuk.Tapi adalah around 44 org. Sib baik ada Wani! Kitorang dah teruja dari awal.Siap merancang nak dok satu khemah.Bley lah aku menggilakan tingkah laku, aktiviti dan pemikiran aku bila dah berusahasama ngan Cik Wani.Wani lah yang pi bagi aku nama baru. NughuL.Siap intro kat sumer org.Klu leh satu jabatan dia nak kecohkan.
Gembira tol hari Khamis aritu.Aku ngan klasmet buat sesi photography dalam studio.Mmg pakat kena gelak ngan budak boys.Aku ngan Cik Wanilah lecturer nya yg mendidik keje yang bukan2.Terlalu kreatif la katakan, sampai posing bawah meja. Mmg kembung perut kitorang gelak. Suka! Suka!
Hmm...yang aku ada dalam simpanan ingatan aku semuanya pasal UKM. Sbb UKM dah jadi hidup aku.Suka atau tak, tu lah gaya hidup aku yang kena jugak aku suka.Tapi aku gembira ja.Siang berumah tangga kat faculty @ studio ngan NughuL Iwanie dan klasmet juga senior2.Ptg balik room membebel ngan Mizah. Malam berpesta lova-lova kat cafe.Ahli persatuan pesta lova-lova pon makin bertambah.Dari dok kat hujung cafe, berganjak ngan majunya ke tengah, pastu teruih ja dok depan tv.Lama-lama siap naik pondok. Fuh, mmg balance gak hidup camni.Siang berpenat lelah, malam leh gak suka ria. At least Jane knows how to release me.
Main Pusing-Pusing.
Pusing-pusing kat UKM kali pertama hari Rabu aritu ngan NughuL Iwanie @ Wani.Sumernya demi esemen Sejarah Seni Bina.Haru biru kitorang carik PC nak menaip.Dari fakulti, sampai ke Pusanika.First time aku jejak kaki kat tempat tu.Wani ketawakan aku sbb dah tiga minggu pon lom jejak Pusanika.Tak ada perasaan. Then aku cam jakun-jakun sket tgk Tun Sri Lanang.Huk oloh, bangunan lama! Jauh lak tu nak gi sana dari Fac.Alamatnya aku yakin aku akan jarang2 ke tempat lain.Sbb dunia aku hanyalah Fakulti Kejuruteraan.
Sekali daa... elok2 je aku masuk Pusanika, teruih ja ternampak satu wajah yg aku cam kenal.Punyalah penglihatan aku sgt baik, aku bley cam muka Encik Qai.Ekekeke... maka, dah terjumpalah aku ngan Encik Qai @ Abang Qai. Eekekke... tapi yang kelakarnya, dia tak tau pon aku lah yang dok tercongok seblah dia sambil mendengar tanpa rela apa yg member dia tgh cakap pasal persatuan.Sbb aku tak minat nak jadi pc.Aku kan sgtlah 'lemah lembut' nya. Orientasi aritu pon dah keje nak pengsan je aku.Ni kan pulak aku jadi pc. Cam sitcom je plak nanti.Aih, tu pon aku dah dapat title Gadis Migraine. Sgt jahat!
Bilik Tidurku yang terchenta.
Antara tempat paling selesa tuk aku ialah bilik aku. Tapi sejak aku sebok jadi arkitek wannabe ni, bilik aku sgt tunggang langgang.
6 Congteng-conteng:
harap sihat kamu sih...ngedate sekali dgn shoping baru ada aura gituh... :D
Post a Comment