Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, December 03, 2005

Hati aku ni Garanglah!

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
(aku dedikasikan lagu ni kepada Hati aku sendiri. Maafkan aku wahai Hati)

Aku tonton lagi Konsert Tautan Kasih. Selain nak kenyangkan panorama mata dgn wajah Mawi, aku bersengkang mata juga demi M.Nasir. Kamu tak taukan aku suka M.Nasir? Tak tau? Tau? Tak? Tau tak? Betol aku suka M.Nasir. Sejak zaman sekolah-sekolah lagi. M.Nasir tu satu simbol muzik melayu yg tak malu tuk dimegah-megahkan. *Nughul, kamu sembang muzik ni.Kamu sedar tak kamu sembang muzik ni?* Ishk, tak ada apalah nak aku nilaikan pasal M.Nasir. Cuma dlm konsert tu, M.Nasir nyanyi lagu Kepadamu Kekasih. Mata kenyang, telinga pon kenyang. Sama-samalah kedua anggota mata dan telinga aku sendawa kenyang. Tapi Hati aku mengamuk sakan kat aku....

Nurul!
Yup!
Ko dengar nih!
*dengar*
Esok, bangun pagi!
Jangan jerit.Nasihat lembut-lembut
Problemnyer, kamu ni dah liat sgt utk dilembut-lembutkan.
Apa lagi salah aku?!
Kamu....*sambil tenyeh kepala aku* pemalas!
Eyh.... apa pemalas tu bukan manusia?
Menjawab.. *terus tenyeh-tenyeh*
Ko nak apa?Nak aku bangun pagi? Fine... esok aku try.
Bangun pagi dan mandi !
*terjegil bijik mata bengang*Apa ko ingat aku tak mandi?
Mandi pagi, tak!
Fine...esok aku bangun pagi, mandi pagi!!
Nak jadi apa la ni
Jadi akulah
Berubah la Nurul...
Berubah jadi apa? Ultromen Taro? Ultromen Dyna? Powerpuff girls?
Berubah jadi anak dara idaman ibu-ibu mertua.
Owh, ibu-ibu mertua suka menantu bangun pagi dan mandi pagi?huh!
You....*tuding jari kat bijik mata aku*....
Hey, baru 2 hari ni aku malas tau. Sbb hormon, babeh!Selalu aku suka mandi tau! Buktinya, tanya abah. Bila aku ada je kat umah, bil air melambong-lambong macam bola pin pong kena rembat kuat! *ketuk meja kuat-kuat*
Bil letrik pon melambong-lambong. Org check letrik pon boleh melambong bijik mata tgk bil....
Eh, tadi suh aku mandi. Skang apa pulak? Nak kata aku jgn guna komputer pulak?Nak save bil letrik????!
Kurangkan boleh tak?
Tak!
Ko memang pemalas yg degil!
Malas-malas aku pon, aku bangun tido jugak! Aku tak membuta macam orang dah mati!!!!!
Then?
Okay....aku try esok.Jgn paksa k. *aku pon berlembut*


Hati aku selalu marah-marah.Hati aku selalu tengking aku. Hati aku mmg mau berubah. Mau... mau...mau! Tapi keupayaan blom ada. Sbb yg tanggung badan aku, bukan hati. Hati bolehlah nak memekak setiap hari. Masalahnya aku mmg tak boleh bangun pagi. Ko faham takkk? Tapi aku try la demi hasrat hati aku. Aku taknak bermusuh dgn Hati aku lagi. Aku coba okay? Soal mandi pagi, dah dua hari ni aku gembira pulak rasanya lambat-lambatkan mandi. Terasa macam bebassss...... HAHAHAHA!

note : sekurang-kurangnya aku punyai HATI yang mau berubah. Iaitu berubah utk selalu bangun pagi dan tidak suka bermalas-malas. Terima kasih Hatiku yang garang....
 

9 Congteng-conteng:

Anonymous as3 conteng...
agak berkaitan ngan aku..ekrherkher..tp HATI aku maseh menten la.. slalu gak die bengang.. nyeh2..
1:48 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
hati kite sesama degil lah nurul... hihi... pastuh insaf.. pastuh degil balik... pastuh insaf balik... hihihih...

-kak diqq-
5:49 AM  
Blogger damnlyweird conteng...
susah betul bila berhadapan ngan hati sendiri...kadang2 dia ikut, kadang2 dia degil...kadang2 terasa mcm hati ni penat untuk buat keputusan...untuk memuaskan hati, perit dan sebagainya...susah nk degar suara hati sendiri....erm..
12:17 PM  
Anonymous Wizurai conteng...
aku pun ada Hati jugak...
hehehe...
12:31 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
ASTRI hati ko lom jadik mak nenek cam hati aku...

KAK DIQQ tu la namanya lom taubat nasuha.... Har har har!

CUYA Berhati-hatilah dgn HATI sendirik... yg salu lingkupkan idup kita pon hati kita sendiri.

WIZURAI alhamdulillah... bersyukurlah kamu ada hati. Sbb susah nk carik insan yg sanggup menderma hati.
3:53 PM  
Blogger NaSh conteng...
jgn jadi org yg cpat marah2... x cantik diri tu nanti.. :)
4:42 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
This comment has been removed by a blog administrator.
4:56 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
Manader marah-marah....

tu motivasi diri....
4:57 PM  
Blogger Miso Soup conteng...
heee tak bangun subuh ke?aku ada idea/cara camne kau bleh senang bangun subuh.saje je nak kongsi citer.kalau ko dah tau,aku saje jugak nak kongsi citer...

1)Kau sebelum tidur,niat nak bangun subuh."Aku nak sembahyang subuh!".InsyaAllah nanti automatik kau akan terbangun.Ustaz tempat aku ada citer,orang tuh sebelum tidur dia niat nak tahajud,sebab ada hadis bitau,lebih kurang maksudnya = "kalau kita niat tahajud sebelum tidur,then kita terus tertidur sampai subuh dan tak sempat,maka kita dianggap juga telah smbhyg tahajud".Jadik org tuh suatu hari dia nak tidur nak berniat nak tahajud.

Pendek cerita,dia terkejut pada pukul 3 pagi kemudian dia malas dan terus tidur.Ustaz tuh citer ada 2 kemungkinan kenapa dia terus tertidur.Pertama ialah malaikat yang kejutkan dia,sebab niat dia tuh.Yang kedua,syaitan yang kejutkan dia,sebab syaitan taknak orang tuh dapat pahala tahajud free.

Kesimpulannya,kalau kau btul2 nak bangun subuh,kau niat jela.Confirm menjadik,sebab aku dah try,tapi yg kejutkan aku syaitan kut..Wallahualam.

2) Kau letak henset berpenggera kau dalam kocek seluar kau bila tgh tidur.Biar vibrate handset tuh kejutkan kau.Haha...
8:58 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."