Semalam aku sanggop korbankan kepulangan aku beraya demi bershopping-mania di Sunway Pyramid. Patotnya aku tergolek-golek siapkan final drawing, tapi sebaliknya aku terkinja-kinja pergi buang duit besar-besaran kat mall. Bahagianyer....
Semalam semua sahabat-handai dah pulang ke pangkuan keluarga. (cam aku tak ada keluarga pulak. tingtong btol!) Tapi aku tetap berbahagia selagi ada seorang insan itu yg nak temankan kegilaan aku. Kamu baik. Kamu sgt baik sbb sanggop berpenat-lelah mengikut shopaholic yg extremist ni. Aku kan emotional. Then wut?
Mood raya tak ada! Untuk kali pertama selama 20 tahon aku hidop, ni lah raya yg paling plain bg aku. Tak de semangat langsong. Sbb nak raya pon takot-takot. Macam pelarian Afghan je aku rasa. 30 hb ni submission final project. Aku baru capai 60 % siap. Rasa nak lingkop dah semua pesta lova-lova yg direncanakan. Jgn pesta! Tolong jangan! Pesta ATAU aku kena meringkuk repeat design? Okay, pilih! Astaghfirullah....
Disebabkan mood raya tak ada, aku pon buat tunjuk perasaan. Entah nak tunjuk perasaan kat sapa pon aku tak tau. Yg aku tau, aku tekad tammo beli sepasang pon baju kurung mewah, maupon yg tidak mewah. Aku nak berbaju lama.... (oh, sgt nostalgik raya aku kali ni). Tak! Aku nak berbaju kebaya nyonya mewah yg dah aku beli sempena dinner kolej last sem. Cukop la tu. Jgn membazir. (daaaa....! )
Okay, jgn membazir!???
Mmg aku tak boleh guna statement tu. Pegi tutop mulut! Sbb semalam, aku bukan je dah cucuk duit macam anak raja, tapi aku mmg dah perasan abes yg aku ni anak raja. Padahal setitik darah raja pon tak ada dlm badan aku. *wutta fish!* Tu pon nasib baik he warn me not to spend banyak-banyak dan sempat halang aku dari membuat cucukan ATM kali kedua. Aku sangat hina... aku mengaku!
Tapi! Aku cuma beli 3 pasang baju TANPA sehelai seluar pon. Since seluar Nicole yg aku sgt suka itu berpotongan *bullshit* lalu aku hanya terpaksa telan air liur banyak-banyak walopon dah try 3 pasang. Sekali lagi, bullshit! Raya ni, confirm! Aku pakai baju je tanpa seluar dan kasut. Since kasut pon tak de yg berkenan di hati. Bila dah berkenan, saiz pulak tak mengizinkan. Kaki i kan comel macam ballerina. (daa!) Next time pegi singgah KikiLala lah. Pasti menepati kehendak saiz. Lalalala...~
Tema tahun ni macam pink je. Tema yg terjadi tanpa disengajakan. Kebaya pink, dan beberapa helai baju pink. Pink Panther la jawapnya. Beberapa orang dah sound aku supaya jgn HIJAU lagi. Bunda, sahabat handai and him pon kata aku tak abes-abes nak hijau. Okay, utk memuaskan ati insan yg tersayang semua... aku janji kali ni tak ada hijau. *tak luak! tak heran! bluekkk!*
Tapi! Kesemua di atas masih tidak membahagiakan! Sbb kebahagian kemuncak aku berlaku apabila aku berjaya melaburkan RM(s) aku demi mendapatkan perfume pujaan aku. Christian Dior J'adore. Harumnya. Terasa sexy. Sampai rasa nak buat mtv lagu Buttons from Pussycat dolls. (aku ni dah kenapa? masok air btol!) He asked me few times...btol ke aku nak beli and something like pushed me to think twice tapi aku dah stick with it. Tak boleh buat apa ar, sorry...
Okay, puas! Walopon mood raya aku diparas bahaya, aku tetap akan enjoy ari raya bersama Christian Dior idaman. Dan aku juga rasa seronok sekali seharian bersama.... cut!
Rasa rindu.
Selamat ari raya semua umat islam!
6 Congteng-conteng:
apa? berbaju tanpa bersluar? fuh.. itu sudah kira baik.. (aku berpikiran tidak bersih)
slmt hari rayer chika..
smoga tabah melukis bila sebening syawal tiba.. hahahha
(tetiba xkomen panjang, cam br 1st time masuk blog ni plak. ahahaha)
err....samat hari raya.....
Post a Comment