Lama aku lesap tanpa entry. Maknanya banyak peristiwa tak sempat diconteng-conteng di sini. Mari kita refresh beberapa perkembangan terbaru kehidupan aku yang kononnya sensasi ini. Dan paling sensasi... aku semakin mencapai kekurusan. Perlu buat banner tak dan gantung-gantung sepanjang jalan utama kat ukm? Yuckss!
Movie (s)
Sangat banyak movie aku tonton kebelakangan ni. Biasalah. Dah jadi cam satu peraturan berdaftar pulak antara budak2 studio ni. Abes project, movie. Abes satu paper (padahal ada berduyun paper dan esemen lagi), movie. Penat buat keje, movie. Bosan, movie. Sib baik movie tu tak boleh dimakan. Kalau tak, pantang lapar gerenti kami dok ratah movie-movie boxoffice tu beramai-ramai. Ehehe... Tapi, kami taklah ke cinema. Kamikan tokey wayang.
Aku pulak sejak dapat rumet kaki borak, kaki movie dan berkaki-kaki lagi, aku makin rajin balik bilik. Jadinya aku byk abeskan masa nonton movie kat bilik. Atas katil single yang kelihatan daif, kat situlah aku dok bergelak ketawa dan berlinang air mata tgk movie.
Latest movies yg sempat aku tonton :
- Heart - boleh tahan sedihnya. Tapi aku cam meluat-meluat sket tgk acha septriasa. Aku confuse dengan aksi muka dia. Dan aku rasa nak muntah mengenagkan pengorbanan si Rachel yg melampau-lampau tu. Tak de maknanya berkorban sampai camtu.
- Apa Artinya Cinta - Bolehlah. Sountrack je yg bagus-bagus. Geli tengok penampilan awal Samuel Rizal berambut panjang. Cam pondan tak siap. Shandy Aulia cam biasa, masih seorang kanak-kanak comel. Acha septriasa dlm filem ni nampak ok je. Tak pulak dia tunjuk aksi muka yang pelik-pelik.
- 13 goin on 30 - citer ni dah basi tapi aku baru nak tgk. Aku suka. Walaupon figure Jennifer Garner taklah curvy, tapi aku rasa minat jugak dengan bentuk badan dia. Dan aku juga sukakan actornya yang walaupon rendah tapi sedap mata memandang.
- Just Like Heaven - Oh, sungguh sedih cerita ini.
- The Lake House - Oh, juga sungguh sedih cerita ini. Kasi 5 bintang campur 5 bulan! Yeah! Movie favorite aku setakat ini.
- Just Married - Sweet kisahnya. Membuatkan aku terasa mau kawin secepat mungkin.
- Scary Movie 4 - cerita lucah yg lucu. Byk scene lucahnya yg terpaksa aku tonton banyak kasi. Bukan sbb aku pervert atau gatal (miang dsb.)... tapi sbb scene lucah lah yang buat movie ni jadi best. Tak tahan tgk hantu Ju-On tersilap langkah lalu tergolek-golek dari tangga.
- The Sweetest Thing - lakonan Cameron Diaz. Filem yang bongok. Tapi aku dan rumet (kak Dell) tetap gelak sakan. Tapi sungguh ni! Filem ni sangat bongok.
- Slither - filem geli! yucks! Ini filem seram yang bongok.
- Rempit - filem melayu tak sedar diri. Jijik tengok lakonan Julia Hana. Ban filem ni!
- My Little Bride - 5 bintang! Pon buat aku rasa nak kawen cepat-cepat.
- Garasi - Oh my god! Inilah filem indonesia terbaik yg pernah aku tgk. Aku suka watak Gaia. Aku suka lagu-lagu dalam filem ni. Garasi mmg filem marbeless. Tapi kalau anda bukan pencinta music, atau anda tidak berminat dengan rock maupon music2 separa keras, anda pasti memberi komen macam yg Alias bagi... "Nurul, Garasi ni bosan. Tah apa-apa..."... lalu aku dan Farah pon naik hangin. Sbb kami sgt jatoh hati dengan filem ni.
- Doraemon ; Nobita dan Robot kingdom - yeah... akhirnya lengkap sudah koleksi movie doraemon aku. Aku tak pernah miss satu pon movie Doraemon buat masa ni. Doraemon, jadilah kekasih saya! Jadilah! Jadilah!
Sebenarnya ada byk lagi movie yg aku tengok tapi aku dah lupa pulak. *tepok dahi kuat-kuat*
Final Project
Architecture mmg course yg penuh dgn gimik yg tak terduga. Dan sem ni, mmg terlalu byk gimik dan kejutan. Byk kali aku rasa nak tercabut nyawa dek kejutan2 ni. Tak salah kalau aku kata, sem ni sangat melemaskan, kritikal, dan penuh dengan kesengsaraan. Dan aku dpt rasa, kesengsaraan ini akan keep burning lebih hebat next sem.
Makan.
Tabiat makan aku semakin jahat. Nafsu makan dah jadi ghairah sgt. Aku semakin sukakan makanan2 mewah. Apa patut aku lakukan? Tapi aku makin kurus (kata orang...). Aku rasa, aku masih seperti seorang beruang *Uish, kutok diri sendiri! Hinanya diri ini*
Raya.
Bukak je mana2 blog, semua hingaq pasal raya. Aku tak tau nak tulis apa pasal raya. Sbb aku tak beraya pon. Raya mendanya kalau dah balik kampong pon mengangkot board dan drawing. Malam raya bersengkang mata siapkan drawing... pagi raya, tido telentang sampai ke petang. And surprise!!! Koleksi duit raya aku tahun ini bernilai........ *cepat teka*... bernilai...... DUA RINGGIT! *dua ringgit boleh beli gula2 kapas satu*
Dua hari lepas, kami satu studio serbu rumah encik mazlan. Kak Lela (wife encik mazlan) kata.. "Eh, Nurul dah kurus," maka aku pon terkedu seribu bahasa.(taklah bangga sangat jadi kurus. Rasa kehilangan yg besar pulak) Ehehe... tadi patotnya serbu umah Farah dan rumah Encik Irfan kat PJ. Atas sebab2 kesengalan aku yang tak pernah ingat jalan, maka aku tak dapat join mereka ke rumah farah. Terkilannya...... =(
Peribadi.
Ku bahagia......
Nak pergi study lah. 16 & 17 ada paper untuk killer subject. Seronoknya nak baca buku! (wek wek!)
17 Congteng-conteng:
13 goin 30 - aku ttido di ptngahan citer.. 2 kali aku try tgk, 2-2 kali aku ttdo.. so, aku anggap ianya x besh!
scary movie 4 - ni aku tgk kat wayang.. xde ar selucah sekuel sebelum.. byk potong kut.
sweetest thing - mcm pnah ngk. tp luper. so anggap ar ianya gagal bg aku. ahahaha
rempit - filem melayu yg memalukan.. cam sial~
my little bride - comel citer ni~
garasi - ko br ngk citer ni? aku sangat teruja dgn citer ni. lagu dia gempak2~ tp aku rasa filem dia cam xbrape nak dpt sambutan kat indon sndiri.. 4 bintang!!!
* lake house tu citer pasal apa? cam teruja plak bace ko kata citer dia sangat besh~ btau aaaaaaaaaaa
nash - lake house : filem lakonan sandra bullock. Citer ni bukan citer logik. Dia pasal kehidupan sorang lelaki dengan sorang pompuan yg tinggal kat satu umah (lak kehouse).. dorang ni hidup pd satu masa yg tak sama. Lelaki tu tengah alami zamanu 2004 (klu tak silap_, pompuan tu zaman 2006. Maknanya, dorang takkan jumpa. Hanya satu petisurat je yg boleh hubungkan dorang. Then dorang jatuh cinta melalui surat tp mustahil boleh jumpa sbb dorang tak sama zaman. Susahlah nak citer. Ko kena tgk. Mesti tgk! sbb jalan cerita dia pelik sket.
kalau aku tgk x sdap.. siap ko~!
ahhaha
Good luck exam tuh
and yesterday we went to anuar's kt kkb ko tau... OMG!!! tido sana!!! lawak sunggoh la hai kerenah2 dari ke sana hingga la kembali ke sini......haihh!!! raya ni aku sakan raya even lebih sakan than beraya with family aku sendiri...
jgn laa stereotype sgt...
cik chika!
i dah tgk citer tu..
takde ar sedap mana..
byk lagi movie sdap dr tu..
bleh tahan aaa..
tp part berkucupan masa ending kira mmg perfect. haha
hmm... bercakap tentang movie, NURUL!!! nak dvd aku! kepin
(mylifeasame)
hmm... bercakap tentang movie, NURUL!!! nak dvd aku! kepingin mau nonton muvi tu again.
btw, raya ni SUPA DUPA BEST sbb finally beraya dengan people other than my own relatives.
rugi tak g umah kak fara. laksa dia syedap. ngehehehehe
Post a Comment