Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, December 24, 2006

Maha Karya Cinta

"kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup
di atas dunia,
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya,
kerna kau
maha karya cinta"


saya sukakannya.


# 01
Dia baru je bagi senyum kat pipi :) Dia buat musim bunga kat hati *alahai*. Sedang aku tau nak bagi bengang kat dia je. Aku ni dah macam watak jahat pulak. Watak antagonis yang biasanya jadi simbol kebencian penonton. Lagi2 lepas 'sesi terapi' dgn sahabat tu *kamu tau kamu siapa*, aku lagilah mau gelak macam action kamen. Sahabat juga tak menyebelahi aku. Mmm.. apa eyh. Ha, aku ni dah macam Rika Sumanto! *err... bukan! bukan! aduh, kantoi tgk cerita tahi lembu tu* HAR HAR HAR! Okay, konklusinya, watak antagonis biasanya akan insaf di akhir cerita. Untuk memberi happy ending kepada siri telenovela tak sudah aku ni, aku istiharkan keinsafan aku. Saya insaf.

Saya janji tak mau buat onar lagi pada dia. Saya janji tak mau main mitos-mitos lagi. Saya janji tak akan main tuduh-tuduh sesedap hati lagi. Saya juga tak akan berhempas pulas jadi pemikir konon-konon intelek lagi. Saya harus bersyukur dengan segalanya. Atau... aku terpaksa telan air liur sampai sendawa satu hari nanti. *senyum*.

ahhh... senang sekali perasaan ketika ini.Mekacih Ya Allah.


# 02

Semalam waktu golongan lelaki sebok dengan operasi cuci rumah, aku dgn bunda *termasuk adek sbg watak tambahan* cet cet cet berjongket ke bank. Apa punya cuai la aku ni. Buku bank dah aku hilangkan. ATM card pulak ketinggalan zaman. Masa aku cucuk kad ke dalam mulot ATM dracula tu, dia muntahkan balik kad aku. Dia nak kad baru. Aku pon terkedek-kedek nak mohon kad baru tapi last-last... "maaf dek. nak mohon kad baru kena ada buku. kalau dah hilang, kena buat buku baru dulu. Tu pon kena tunggu dlm 3 minggu. Nak cepat boleh ke HQ jalan ampang". aku ingat sebijik-sebijik kata orang kaunter tu. Aku senyum kelat kat situ sambil tarik borang-borang tertentu. Set, tak boleh buat jahat joli duit BSN. *watak antagonis lagi*

Sempat dapatkan produk Maybelline yang dah beberapa hari ni terlintas dalam fikiran aku. Mekacih bunda.



# 03
Semalam juga rumah sangat meriah dengan sanak sedara. Kegembiraan paling agong ialah bila mak yang datang! Hoola-hup! Kami semua dah rindu dekat mak yang. Jadinya dengan kehadiran makyang beberapa minggu kat umah ni, kami semua pasti jadi budak gatal. Makan nak bersuap, makan nak berhidang, air nak bertuang. Semualah! Masing2 akan naik lemak. Sbb Mak Yang je yang akan layan kerenah-kerenah tak masok akal kami. Kalau dgn bunda jgn harap. Nak merengek-rengek pon tak de chance.

# 04
"anak awak tu... dah berpunya ke?,"
bunda pahit-pahit mulut nak menjawap soalan tu.
"mmm... dia belajar lagi. Biar dia belajar dulu. Lagipon dia garang sgt. Org pon takut," akhirnya bunda dapat helah.

Aku soal bunda. Kenapa bunda runsing sgt nak menjawap soklan tu.

"buatnya dia masuk meminang... ." bunda pandang aku dgn harapan nak menakutkan aku. Ye. Pastilah aku takot.

"errr.... tannnak la," aku serius dah takot. Ketaq!

"bukannya apa. kang disebabkan benda2 ni bermusuh pulak. kau tau kan, anak dia tu mmg dari dulu lagi ada hati, bla..bla.. bla.."

kecepuk!

itu time rasa nak berlari setempat kasi berpeluh. Seram sejuk aku dibuatnya. Kalaulah ada org masuk meminang... aih, tak tercapai akalku.


*****

Dah boleh check result exam guna sms. hampagas btol. baru nak lompat-lompat riang atas katil. aku takut pasni aku terjelepok je pulak. Terus, harus check atau buat selamba je? ? ? Adoi!!!


 

9 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
haaa....dah janji macam2 tu, jgn di mungkiri.... kalo dimungkiri, sesunggohnya aku org pertama yg akan tonyoh ko masok dalam periuk!!!

msk minang????ahaha... ok wat...ko kan slalu bising nak cepat kaweN!!! maiahaha!!!
10:22 AM  
Blogger Nashrex conteng...
meh meh.. aku masuk minang.. nak?
haha
12:09 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
farah - insyaallah pegang janji. klu termungkir tu, anggapla cam aku terlepas pegang sat. ekekeke. **jahat**

nash - gulp!
12:12 PM  
Blogger Adian conteng...
tirai result telah pun terbuka.

HA! HA! HA! (muzik cerita horror)
4:34 PM  
Anonymous mohdismail conteng...
check cepat..then kongsi kat sini..kita celebrate ramai2..tak kira lah...
4:54 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
huh? celebrate???? -ga mungkin kok- :(
5:07 PM  
Blogger faisal conteng...
~kekeke,menje rupenye cik chika nih..:p mak yang!!! chika nih lom nk kawin ar..*ckp slow2* ~ahahaha
10:30 AM  
Blogger ChikaDior conteng...
faisal - kawen best tapi....
4:17 PM  
Anonymous anasxz conteng...
baru masuk 20-an.. dah ada nak masuk minang.. ish ish... dia tu tak sabar tol la..
2:28 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."