[ Prolog ]
Terimalah...
Ringgit Ke Syorga.
Hari-hari yg dilalui kebelakangan ni mmg super-saiya punya penat (bukan super saiya bagi aku, tapi bagi lelaki-lelaki di rumah ini). Tapi aku penat juga. Lebih-lebih lagi hari Sabtu dengan Ahad lepas. Ngecat bilik. Bukan hijau! Tapi pink. Mmg garang menyinga bilik aku nampaknya. Mari kita baca komen masyarakat :
"Mmm.. mm.. mm.. dah macam pelangi. Rasa cam ada anak kecik pulak rasanya," - bunda
"Selamat datang ke Taman Mainan Kanak-Kanak," - Izzul Haizat
"Ya Allah ... boleh buta tgk warna-warni bilik ni" - Izzul Haikal
"Eii... geli adek bilik pink macam ni," - Haizdell
"hmm.. bolehlah," - zirul
"Striking color baru hooora, babe!" - aku yang sentiasa obsess dan kritikal tentang warna.
Oyya.. bukan bilik aku saja yang kena cat macam warna tadika-reka. Tapi seluruh rumah dah aku arahkan supaya disimbah dgn warna-warna terang, garang dan agresif. Baru gerek. Kan dah aku bilang kalau aku sekarang ni tengah dilamun kegilaan warna yang kronik. Dahsyat jugak penangan nafsu rupanya. Melihat warna-warna membuatkan aku rasa naik semangat. Walaupon dulu Athirah selalu ingatkan aku... "awak punya barang semua striking kan? awak, tak elok, wak... boleh matikan sel otak," Uh, benar? Tapi ... saya tak dapat bantu mengatasi nafsu. Nafsu sgt kuat dan nafsu selalu menang. Biarpun sel otak jadi taruhan, nafsu tetap nombor satu. Susah tewaskan nafsu. Nafsu saya tetap ghairahkan warna-warna tajam itu.
Seblom ayahanda tiduran, ayahanda dah pesan kat askar2 lelaki termasuklah askar pangkat tinggi yang pompuan ni tentang serangan tugas esok ari. Otak aku jadi weng bila dgr kan kerjaan2 tersebut. Serangan esok adalah library dan bilik seblah library. Memang maut. Itu mmg area paling sarat. Paling menuntut banyak titisan darah dan keringat.
Memang dewi kemalasan aku ni kan. Nak mengemas rumah ajer aku boleh samakan macam satu pertempuran. Tak salahlah kalau ibubapa selalu bersyukur kerna dikurniakan hanya satu anak perempuan. Sbb terbukti anak perempuan yang 'sebuah' ini tidak berpatutan sifatnya. **dah, dah. aku tak suka mengata diri sendiri**
Rumahku syurgaku eyh? Waktu ni la slogan 'Ringgit ke syorga' tu boleh pakai kena pada tempatnya. Sbb nak siapkan umah yang tak seberapa ni pon dah telan terlalu banyak ringgitan. Terus, aku jadi kepingin untuk hidup di satu wilayah yang mana tiada wujudnya urusan kewangan. Wilayah yang dinamakan.. 'Free Land'. Ye, semuanya percuma. Air percuma, makan percuma, dapat cat percuma, shopping percuma dan kawen pon percuma. Kalau rasa teringin nak menikah, amek je bawak ke pejabat kadi. Semuanya percuma! **percuma percuma percuma... sampai semua rakyat jadi gila dan bebal** Angan-angan dibatalkan. Harus terus berusaha mencari wang! Harus percaya pada rezeki ketentuan Allah SWT. Mekacih Ya Allah.
Uiks, sebut 'mekacih Ya Allah' aku teringat kat budak Nabila yang cilik itu. Hari ini ayahnya Mas Aji accident. Menitik air mata aku menonton aksi si Nabila yang menangis bagai nak ghak tgk ayah dia dalam wad. Aku geli hati tiap kali Nabila sebut beberapa perkataan. Dia pelat. Dia selau sebut 'mekacih ya Allah... ampunkan dosa-dosa Nabila ya Allah. Nabila sayang boneka Nabila. Tapi Nabila lagi sayang ayah. Bila ayah cudah cedar nanti, Nabila berjanji. Nabila ga akan minta ayah belikan coklat lagi. Nabila ga akan minta ayah baju banyak-banyak lagi. Tolong Nabila, ya Allah.' aku geram! Dia sangat comel sampai aku rasa nak picit-picit dan gigit-gigit budak itu. Kalian tau kan aku sedang bercakap tentang sinetron?
"Bunda aku... di rumah Allah,"
"Rumah Allah? Kenapa bunda kamu ga datang melawat kamu?,"
"Sbb ayah aku bilang... rumah Allah jauh,"
"Suruh aja bunda kamu naik pesawat,"
Okey, tak boleh buat apa dah. Aku dah taksub dgn sinetron Mutiara Hati.
[ Interlude ]
Si henfon bisu tiba-tiba belajar nak berbunyi hari ni. Ingat aku gembira bila ko dah pulih dari bisu? Aku tak ada perasaan lagi. Kalau mau kekal bisu pon tak apa.
Ada makhluk bernama Kah Yan sms memberitahu nombor barunya. Masalahnya, aku tak pernah kenal siapa2 dengan nama itu. Siap ada tulisan mandarin. Ada juga miskol dari 'Langau' yang juga tak dikenali. Aku taram nama dia Langau. Seingat aku, si 'Langau' ni dah ada dalam phone aku sejak aku kat matriks lagi. Bermakna, dia memang Langau yang gigih. Boleh dapat pingat macam Spongebob, Pingat Kegigihan. Selain tu, Kak Gebush ada miskol 2 kali. Tak dapat main-main ngan dia sbb kredit saya masih mati blom hidup kembali. Aih, perlukan Ringgit Ke Syorga lagi. Nisa' sms bitau yang dia ada jpj test hari ni. Dan terakhir dari penghantar sms setia aku. Nama dia Astri Fadhilah :D ngee...
Ijat beli N-gage baru dua tiga ari lepas. Owh, sekali lagi boleh angkat slogan 'Ringgit Ke Syorga'. Haikal mintak kereta. Lagi 'karut'. SPM blom tahu result dah ada hati nak kereta. Yer...! Sekali slogan 'Ringgit Ke Syorga' diangkat tinggi. Terbukti dalam hidup ni, kalau nak rasa syurganya dunia... kena pakai Ringgit sbg tebusan. Baik ke macam tu? Hmmm... harus terus berdoa ke Allah supaya mendapat rezeki yang halal dan yang paling penting, kebahgiaan di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal aa'lamin
[ Epilog ]
Lembaga dalam tong sampah ungu sedang berusaha keras untuk melepaskan diri. Ia tak boleh terjadi. Kalau dia terlepas, akulah yang akan diancam bahaya. Dia pasti mengganggu tidurku. Dia pasti buat kacau macam tadi. Dia pasti melintas dan merayap sekitar kamarku sesuka hatinya. Aku seram! Jadi, biarlah tong sampah itu terus mengeluarkan bunyi-bunyain berpuaka. Mujur Adek dah campakkan binatang terbang *tak tau nama* tu ke dalam tong sampah. Meskipon aku tak senang duduk mendengar bunyi-bunyian dari tong sampah kesan dari usaha binatang tersebut mau melepaskan diri, aku tetap rasa kasihan padanya. Esok pagi saja aku lepaskan kamu. Sekarang aku mau tdo. Kamu pon menginaplah baik-baik dalam tong sampah aku tu.
drama seram tamat.
da bes!
15 Congteng-conteng:
pergh.. cik gebush main miskol2... meh aku miskol ko meh..
bilik pink ni cam bilik adik aku ni haa.. nyakitkan mata wei..
tp br td aku tidor blik dia.. sedap je. ngahaha
sama sgtla ngan adik pompuan aku 2 org tu yg slalu memerintah dan menengok tv bila sume org buat kijo hampir mati..~huhuhu...
title best.. ringgit ke syorga!! hehe.. nanti2 aku nak tulis pepanjang// kot.. hahaha.. wuhuu.. lengkali nak miskol sme org la..
miahahaha
tp bilik pink mnarik gak
bkn ke ko obses ngn hijau
sjk bile jd pinky ney
itu baru makhluk yang tidak diketahui nama di dlm ton sampah....aku di rumah bagaikan harimau mencakar siling rumah sedang cuba menerjah ke dalam .... grrreek...grrrek bunyik nyer...
nash - ko tau ke maksud miskol tu apa? miahaha **tercabar jiwa**. binatang apa tah. dah diam dah. koma kot. tak pon letih, tdo sepanjang ari. tp aku sumpah takot nak guna tong sampah arini.
faisal - binatang apa tah. tak tau. seswai? chika? pink? tak seswai.. semua org kata nape pink? sbb saya kan hantu hijau. tak pe... warna je. bukan apa2. tak de kaitan dgn yg idop maupon mati.
astri - apsal ramai org ada pengalaman yg sama ni? ler... aku ingat da cukop thrill pengalaman aku ni.. ngeh ngeh ngeh... RINGGIT KE SYORGA.... yehhaaa... mekasoh yach pinjamkan aku 'sweet spy'.
farah - ahahah... ko mesti terpengaruh ngan apa yg penah aku bitau masa kita baru2 kenal dulu kan? aku kata aku tak suka benda yg ramai org suka. kan? kan? mm... agak btol jugakla.aku masih suka hijau tapi agak fed up jugak memandangkan sana sini pon nak hijau. rasa cam... daaa~ but believe me. perasaan aku pada pink hanya perasaan biasa. bukan lagi benci mcm dulu. tp okla. ishk... menatang apa pulak yg ganas sgt tu? ko nih...
*bukan wajib baca pon*
ikoko - saya pon tak tau. tp yg pasti, dia sudah mati. sbb dia dah diam. atau dah berjaya kuar
setakat ni contengan baru 12, saya nak tambah lagi 1, boleh? saya sehagian dari masyarakat blogger, anda memaparkan keadaan anda di sekitar masyarakat ini, saya salah seorang dari mereka.
Enteri anda ringgit ke syorga amat menarik, kerana tidak hanya kisah anda berkaitan ringgit yang dihabiskan untuk sesuatu yang diistilahkan 'syurga ku rumah ku' tetapi ringgit juga kepada isi bidalan keistilahan itu.
Anda memang mengiktiraf bahawa rumah anda suatu syurga, dan anda sentiasa ingin meneruskan tradisi kesyurgaan itu. Salah satunya dengan ringgit. Tempat berteduhan peribadi anda juga dihiasi warna kesyurgaan pada bidalan anda.
Hasil pengiktirafan itu, harusnya anda menggunakan sebaiknya tempat itu bukan untuk kebahagiaan dan kesenangan anda sahaja, tetapi juga untuk seluruh masyarakat anda, sebab sebaik-baik manusia adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain.
sebagai pengunjung kerap-kerap blog anda, masih belum saya mendapat suatu konklusi yang esklusif untuk saya tuliskan di sini berdasarkan enteri ini.
panjangnya.
'ringit kes syurga' sebnarnya tajok yg tak berapa berkaitan dgn entry. sekadar menyedapkan nama tajuk je.
ok la tu.. ada gak sesuainya..
Post a Comment