Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, July 04, 2007

Cerita Ikan

Bila bercakap tentang makan ikan, ada DUA fakta yang boleh disangkut dan dipautkan ke aku.

Pertama - Aku suka makan ikan. Tetapi aku tidak boleh terima ikan sungai. Tekak aku juga tidak sukakan ikan-ikan yang huduh seperti keli, pari, pari, keli, mmm.. pari, keli dan yang sehuduh dengannya. Ikan kegemaran aku adalah ikan kembung.

Kedua - Aku tidak kenal nama ikan. Aku tidak boleh mengecam jenis ikan melalui rupa parasnya. Bagi aku, ikan kebiasaanya memiliki raut wajah yang sangat mirip antara satu sama lain.


Waktu lunch tadi, aku ke Chilli Pepper. Lama aku pilih lauk, macam biasalah. Akhirnya aku senduk sayur kacang buncis (yang aku suka) bersama seketul ikan masal lemak 'yang tidak ketahuan jenisnya'. Perut aku dari pagi lagi dah keluarkan cahaya-cahaya merah seakan-akan ultraman taro ketika sudah lemah. Perut aku lapar. Jadi aku tak sabar nak kasi perut aku habuannya.


Tiba-tiba... aku 'wekkk!'
aku nak termuntah.
Muka aku dah merah.
Tekak aku loya.Geli-geleman dibuatnya.


"kak Liza... ikan apa ni? hanyirnya! yucks!" aku terkehek-kehek sendirian.
"ikan patin. Memang hanyir," jawap Kak Liza. Itu time aku rasa nak pergi putar kembali masa beberapa minit ke belakang. Kerna aku ingin mengambil kesempatan yang ada untuk membetulkan kesilapan aku dalam memilih lauk petang itu. Tapi... no turning back. Aku akur. Aku tolak Si Patin Hanyir tu ke hujung pinggan.


Sekarang aku cuma tinggal sayur kacang buncis. Suapan aku jadi semakin slow sebab lauknya tidak syok lagi. Aku terpikir-pikir... betapa ruginya aku kerna tersalah pilih ikan. Ikan tu mahu RM2-RM3 seketul. Sekarang aku kekeringan lauk. Kasihan perut yang tidak berdosa. Takkanlah aku nak mebgulang lagi memilih lauk. Aku harus rushing kembali bekerja. Kerna ada submission urgent!


"Nurul, tu darah ke apa?," Kak Liza menuding ke Si Patin Hanyir setelah agak lama juga.
"Ha ah... yucks!," aku kuis-kuis Si Patin Hanyir dengan garfu. Hello dunia, lihatlah Si Patin ini berdarah-darah. Dagingnya masih mentah, masih berwarna jernih. Engkau bayangkan betapa kembangnya tekak aku. Kami panggil perempuan penjaga counter.
"Ikan ni tak masak, ada darah. I tak nak," kata aku perlahan. Maka, Si Patin di bawa ke dapur dan dikerumuni oleh petugas dapur. Si Patin dikerumuni. Perempuan jaga counter bukan main mintak maaf dekat aku. Aku tahu dia rasa sangat bersalah.


Dia mintak maaf pada aku. Muka dia menjelaskan betapa dia kecewa dengan kejadian itu. Tetapi aku tidak marah. Aku senyum sahaja. Aku kata 'tak apa' dan aku senyum lagi. Aku senyum-senyum-senyum sampailah kaki aku keluar tinggalkan restoren itu.


Dalam hati aku bersyukur.
Kalau bukan dek kerana kejadian 'darah' itu, sudah tentu kerugian aku berlipatkali ganda. Sudah tentu aku akan membazir wang begitu shaja demi seekor Patin Hanyir. Aku hanya perlu membayar RM3 untuk lunch hari ini kerna harga Si Patin dikecualikan. Biasanya aku akan berbelanja RM5-RM6 untuk setiap kali lunch / breakfast.


Motif kisah ini adalah untuk memberitahu masyarakat, betapa aku tidak sukakan ikan-ikan pelik. Makan ikan kembung setiap hari pon tak apa.


KILANG - layout plan untuk Elken Warehouse (sebuah kilang) dah selesai akhirnya, Maksud aku, untuk submission hari ini. Kelam kabut dari pagi sampai pukul 3.30 petang. Si arkitek nak angin disebabkan aku tak siap-siap dengan coloring. Wak lu! Aku kena color proposal aku, kena color proposal 'orang sebelah' juga. Dengan desktop yang mati segan hidup tak mau tu. Engkau pikir lah macam mana stressnya aku pula nak running Photoshop, sekali open 6, 7 drawing saiz JERUNG. Dalam masa yang sama nak run autodesk. Mahu tak tersedak computer aku? Bila ada yang send file untuk printing, computer aku mengidap parkinson. Dia bising-bising. Aku pun mulalah tarik muka panjang. Kalau sampai sabar aku hilang, teringin jugak aku nak cuba main pingpong dengan computer tu. Tekanan kerja.



3D Max - Dah dua hari aku balik kerja lewat. Kerna aku ada kelas 3DMax. Hari ini keadaan luaran dan dalaman aku tak mengizinkan. Aku cabut tinggalkan kantor tepat jam 6 petang. Untuk pengetahuan semua,kebiasaannya pukul 5.50ptg aku akan mula mengemas. Jam 5.59 aku sudah siap mencatit waktu kepulangan aku. Jam 6.00 ptg, aku pasti sudah sampai ke tingkat bawah bangunan. 6.15ptg, aku pasti sudah di depan TV menanti drama Manjalara. Dan lagi satu fakta, sebaik sahaja melepasi MAKRO CHERAS, aku pasti merempit sampailah ke rumah. Pada waktu itu juga aku akan bencikan semua pemandu yang memandu perlahan. Kerna itulah masanya kita semua harus melepaskan tekanan kesesakan lalulintas yang terpaksa dialami sebelum melepasi MAKRO CHERAS. Come on, uncle! Jangan kedekut jalan. Kalau aku kasi signal nak overtake engkau tu, engkau benarkan ajelah. Aku ini hanyalah seorang pelajar bertekanan tinggi di jalanraya.


cerita habis. semua boleh pergi.

Labels:

 

35 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
uuuuu..
ikan pari dan keli kalo dibakar sangat enak.tp kalo masak lain mmg xbest!
ikan kembong..tingat lak teka-teki psl ikan kembong nieh.
wahaha,mmg ko sgt bz..2 days je lg!
12:52 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
aiza - wwooo... tak percaya wooo AIZAR menang ranking! selalu ko bukan paling corot ke kat sini? ko tdo sini eh? wakakakaka!
12:56 AM  
Blogger Nashrex conteng...
* aler x jd 1st plak entry kalini. haha


aku gilakan ikan. x kira sungai ke laut. dan aku tau gak nama2 ikan. haha.. perempuan2 skrg mmg x tau paper...

normal aaa ikan patin ni ada darah. nak puas ati, masak sndiri. huhu
1:14 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
nash - ikan patin mmg darah eh? ohh.. tp kalau xde darah pon, mmg aku takkan mkn ikan tu. Ikan-ikan hanyir mmg aku xkan mkn. ikan sungai aku sgt geli.Aku tgk adek2 aku makan.... enak je. Aku yg kembang tekak dibuatnya. Kalau keli tu, tgk je pon aku dah rasa loya.
1:16 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku suka ikan keli. haha. sedap weh~
1:30 AM  
Blogger Nashrex conteng...
keli aaa sdap. layan siot keli... goreng pun sodap.. fuh.. patin ni kena tgk masak gak. ada cara gak nak setelkan masak ikan sungai ni bia x kasi bau.
1:30 AM  
Blogger Adian conteng...
aku xmakan ikan. kecuali ikan sardin. tp produk2 ikan seperti keropok lekor, satar, tuna sume makan plak. hehe.

mmm klas 3dmax. bagusnye... pasni bleh wat klas kat studio plak ye.
2:09 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
sama gak..chii pun xmkn ikn yg pelik2..cam keli ke..patin ke..sembilang ke..pari ke...
2:22 AM  
Blogger sHiBi conteng...
sama ah wif me..suke mkn ikan tapi xpernh tahu nama ikan..but ikan patin tu ada cara masak supaya hilang hanyir..:)
9:34 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
yah! ikan kembung sangat sedap! tapi nama sebenar dia ikan kembung ke ikan temenung ye? ekekeke..
10:56 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ko suke ikan kembung?? ayuh calit dahi!! hahhahaha.. keli aku tareti makan.. pari dulu ske sebelom aku merasakan bahan2 kimia yang telah diserap utk mengelakkan ikan itu busuk dan berperasa tambahan.. yuck.. hahahaha..

ape2 pon.. makanan di rumah jugak yang sedap..

wah, memandangkan nashrex tau sme name2 ikan.. aku ingin bertanyekan soklan.. ape name ikan yang badannye warna merah, saiznye ala2 makpak kembung, ekor die kembang semacam..
5:18 PM  
Blogger fara-D conteng...
ikan duyung...?dayong labu sayung...

***kemerengan sbb happy sgt li da nak abis tp report tak wat lagik! uh durjana!***
6:31 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hahaha.lawak je chika ..ikan patin sedap ape? baik untuk kulit... mcm mane 3Dmax okie ke.. aku pakai lightwave3D..xbest susah..
12:09 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
CHIKA, KITA SAMA LAH....ENTAH KENAPA TEKAK CUYA PUN TAK BOLEH TERIMA IKAN SUNGAI...DAH CUBA, TAPI MESTI TERKELUAR BALIK...AND I ALSO TAK LEH INGAT NAMA IKAN SEBAB MUKA DORANG SEAKAN SAMA...YA LA, YA LA....SAMA
8:37 AM  
Blogger Nashrex conteng...
ikan kaler merah, saiz ala-ala kembung, ekor kembang?

ikan merah kembang semangkuk kut.. hahahaha..

aku tau ikan2 yg biasa je laa.. berjuta ikan dalam laut.. mana laa aku nak cam!~
7:36 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hhahahaha... sbenanye saje jek membuatkan ko berpk..
asalnye aku nak sebot ikan tipu, tapi, memandangkan aku x pnah berenang sampai ke lantai laot.. make aku nak abaikan.. ngahahahaha
banzaiii
1:12 AM  
Blogger Nashrex conteng...
iyah!!!
pkul muntut astri!!!!
2:30 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
*mengelak sambel trensform*
HENSHIN!!! hahahah
7:49 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
wawa & nashrex - ikan geli huduh... takut aku.

adian - ko bai roti! mestilah makan roti je. wakakaka.. ala, aku belajar basic2 je. syok weh...3d max dgn autodesk 3d vizr4 lg senang nak generate 3d sebenarnya klu pandai guna.

chii - ikan pelik2 ni menakutkan. ahahaha.


syafa - i think perempuan sekarang ni mmg tah apa-apa je. nama ikan pon tak tau. ehehehe. tp buat apa nak hafal nama ikan kan? uhuhuhu..i ikan sungai masak macam mana tak hanyir pon i takkan makan. seriously tekak i tak leh terima.

fath - ada ke nama ikan temenung?

astri - ikan pari tu tgk rupa dia je aku dah loya tekak. ikan kembung goreng makan ngan kicap... wallaueih... sedap! weh, ikan amenda ko suh nash identify tu? tu ikan ke alien?

farah - ikan duyung pon aku tak makan. wakakaka. LI? aku sgt sgt sgt sedih LI dah abes. Dorang semua tu nice lah.Boss pon sgt best

mixterr - ikan patin baik utk kulit? tammo la. Rasa dia geli. 3D max okeh tapi cam biasa, terlalu byk menu, tools, dsb yg kena explore satu persatu. actually kalau dah biasa, sgt sennag nk generate 3D. Tapi guna Autodesk 3D vizr4 mudah sket.

cuya - sama lah kita. eheheh

nashrex - AHAHAH! PAdan muka ko. Berani sgt buat statement yg konon2nya ko tahu sgt nama ikan.. Amek ko dapat soklan dr astri. Wakakaka.

astri - ceh. WAKAKAKAK! Ko kenakan Nash??! cayalah...

nash - nanti aku suh astri pukul ko balik.

astri -jgn setakat elak, kasi serangan balas!
10:27 AM  
Blogger 13may conteng...
betoi! ikan patin memang hanyiaq...
aku pun tak lalu nak makan...

yuks!
10:32 AM  
Blogger Nashrex conteng...
transformm!!!!
krek krek krekk..

*jadi robot ikan keli*
2:03 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
13may - cayala hang. buleh geng na...

nashrex - jadi robot keli kacukan pari. Jadlah robot paling burok dlm dunia/
3:29 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
elak dulu.. serangan balas tatau nak wat mcm mane.. hahahahah
5:02 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
nash - ahh.. jadik robot ikan keli.. mmc xnak dekt.. cies.. dikau tahu kelemahanku..

*sambel beam dr jauh menggunakan kuasa saiya!
5:03 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aku pon tumpang beam! tp high beam guna beam kete la... ahahha
7:18 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wahhhahaha..
mn ade aku tido..naseb baik je jd 1st,sunggoh tak disangka..last pon best gak..
wahh...jd medan bertarung ikan ler pulak..
7:42 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aiza - tak lama aku nak tutup hotel murah aku kat sini sbb semua org tak nak mengaku dia tdo sini. Aku nak bukak kedai ikan bakar pulak. nak jd rakan kongsi? :p
7:55 PM  
Blogger Nashrex conteng...
aiza.. blog aku ko xnak tido plak yer. sampai hatiey..
8:59 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
nash - ler. ko dah bukak room ke? nanti aku ajak ramai2 menginap sana.

AIZAR! pegilah menginap kat blog nash tu...
9:11 PM  
Blogger Nashrex conteng...
jgn luper bawak bantal skali.. slimut ke... nak baring2 ngan nash pun buley..

haha
11:36 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
eiii...syiot jaa part nak baring2 bersama tu. eiii.. jgn la menginap tempat dia semua org!
12:33 AM  
Blogger fara-D conteng...
medan pertarungan transformer plak??
aihh....

weh...mmg ada la ikan bernama ikan temenung tuh~! muka ikan tu sebijik mcm hang nurul!! :P
7:23 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
huwaaaaaaaa........!@
7:35 AM  
Blogger Nashrex conteng...
mesti mata dia bulat2 cam ko...
ahahaha
12:25 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
mata aku takkan sebulat mata ikan nyer... mata aku tahap terkawal lagi. jgn dgr ckp farah busuk tu.
1:30 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."