Good nite, B ...
Prolog
B... I dah jadi pemilik tunggal gudang tu. Kalau I nak kaya, I boleh je kaya segera. Sebab gudang I ada simpan banyak stock barang lama dan baru. I boleh je kasi let go semua stock yang I dah tak mau lagi.Walaupon gudang I kecik, tapi syukur jugak sebab I dinamakan sebagai pewaris. I gembira B, dapat jadi pemilik tunggal gudang ni.
Tapi... gudang ni semak lah, B. Maklumlah, gudang tengah pesat membangun. I pulak pemalas orangnya. I tak larat nak susun atur gudang ni lagi. Sebab setiap kali hujung minggu, I bertungkus lumus mengemas gudang. Mengalahkan seorang pekerja Burma yang gigih bekerja sampai keluar keringat-keringat muda I. B...! Macam mana ni? Walaupon tadi I dah membersihkan gudang separuh jalan, tapi I rasa belum puas hati. I takut lah B... kalau nanti I mati kerna dijangkiti kuman di udara. I takutlah B... kalau nanti I kena asthma kerna debu-debu dan habuk setebal permaidani Jordan ni ...
B... ! Dengar tak I cakap? B! B! Beylo!
*******************
Tengah hari : pergi sekolah escort bunda. Ambil kad kemajuan adek Del. Tapi aku rasa nak pergi 'liquid' nama kad tersebut esok. Aku nak tukar nama 'kad kemajuan pelajar' tu menjadi 'kad kemunduran pelajar'.
Malunya aku tadi, Allah SWT je yang tahu. Cikgu-cikgu mengadu domba ke aku perihal si Haizdel yang supersaiya punya taiko kat sekolah. Cikgu kata, sikap dia langsung tak balance dengan reputasi baik aku dulu.
Cikgu Fazidah dengan Puan Ho kata... Haizum (aku lah tu) dulu glamor satu sekolah kenal. Famous and brilliant kata cikgu lagi. Aku pon kembang semangkuk. (puji lah lagi!) Cikgu kata, Haizum dulu pandai walaupon keras kepala. (pujian seterusnya lekas!) Haizum nakal, tak buat homework tapi Haizum scorer! (enough la cikgu... aku dah kembang dengan pesat rasanya ketika itu).
Cikgu Fazidah dengan Puan Ho berkata lagi seterusnya.... Haizdel (the youngest brother) pon famous satu sekolah kenal. Famous and samseng. Dia pemalas, tak mahu belajar, dan suka berjalan-jalan ke sana sini. Haizdel langsung tak seperti Haizum.
Menyirap betul aku. Buat malu aku. Buat malu bunda.
Tapi Haizdel cute. Muka cute sgt. Macam orang tak nakal, kataCikgu Fazidah lagi.
Aku pantas menepok muka dia dengan 'kad kemajuan pelajar' tersebut. Geramnya aku bukan kepalang. Terus aku mengadu-ngadu pada ayahanda.
Malam : Haizdel kena hadiri kelas motivasi dan tahanan reman oleh ayahanda kat bilik tadi. Ayahanda kata, kalau orang tu sembahyang banyak tak khusyuk, selalu menipu Allah SWT, nanti satu persatu nikmat hidup ditarikNYA kerna Allah tidak pernah memungkiri janji. Haizdel berlinang air mata. Tapi dia seorang anak kecil yang tidak matang. Mungkin tadi dia sedar, tapi esok dia mungkin dah lupa. Sebab dia seorang budak lelaki yang langsung tidak tahu ertinya 'terasa hati', 'makan hati' mahupun 'cemas'.
Dia bukan nakal sangat. Di rumah dia baik. Di sekolah dia samseng? Di rumah dia tidur memeluk spongebob. Di sekolah dia berani belasah orang? Di rumah dia selalu kena lepuk dengan aku sampai terpekik terlolong kesakitan. Samsengkah itu?
Maka... aku memberitahu cikgu-cikgu tadi...
Pertama, cikgu gunalah psychology bila bercakap dengan dia.Ibubapa aku sendiri gunakan kaedah itu di rumah. Sesetengah cikgu, suka menggunakan istilah yang 'biadap' kepada murid-murid. Haizdel pantang dimaki hamun kerna dirumah, keluarga kami tidak menggunakan sistem memaki hamun itu. Kedua, cikgu tidak boleh ketuk kepala student, apatah lagi memukul hingga mengakibatkan kecederaan. Seperti dua hari lepas, Haizdel dirotan sampai ternampak isi dagingnya. Apa cikgu tu bagi adek aku makan ke? Aku boleh dakwa dia atas akta yang menyatakan beliau mencederakan adek aku dengan menggunakan senjata (rotan). Tapi keluarga aku bukan menggelabah sangat nak menganiaya cikgu. Kerana kami masih akur tentang kenakalan Haizdel. Tapi cikgu seharusnya tidak menjadi seorang 'bongok' yang sewenang-wenangnya mendatangkan kecederaan fizikal. Dah banyak kali terjadi pada Haizdel. Patotlah Haizdel jadi 'samseng' kat sekolah. Dia tak tahan agaknya.
Haizdel nakal. Dia suka jalan-jalan, cepat baran kalau diusik dan tidak fokus ketika kelas. Tapi cikgu tiada alasan untuk menuturkan bahasa yang biadap, apatah lagi mencederakan student. Aku respect tindakan Puan Ho dan Cikgu Fazidah. Mereka lembut. Mereka tetap berlembut walaupon Haizdel nakal. Haizdel sesungguhnya bukanlah 'samseng'. Sungguh! Dia langsung tak keluar rumah selain ke sekolah. Dia tidak boleh main basikal luar dari halaman rumah. Dia hanya duduk di rumah. Menonton CatDog dan Spongebob, main game GTA, dan makan besar!! Di sekolah dia jadi begitu kerana persekitaran sekolah.
"Haizdel suka paw orang," tiba-tiba sorang cikgu ni mencelah bagi statement.
"Paw minta maaf, cikgu. Mak saya kasi saya duit belanja banyak. Saya tak heran duit orang," phew, tangkas je Haizdel menjawap.
"Habes tu, kamu selalu je ikut geng-geng budak paw tu," kata cikgu tu lagi.
"Tu saya ikut je. Saya tak buat kerja paw-paw ni. Saya bagi budak duit adalah sebab mak dia tak kasi dia belanja" Haizdel tetap berkeras yang dia tak buat kerja minta-minta duit kat orang lain.
Tapi aku tetap terima kenyataan kalau cikgu kata dia nakal. Dia suka ikut orang. Dia suka nak jadi orang berkuasa.
"Tapi one thing about Haizdel, dia sentiasa mengaku kalau dia yang buat kesalahan tu. Tapi kalau dia tak buat, dia tetap berkeras yang dia tak buat," cikgu perempuan ni bersuara. -the end-
Aku gembira dapat peluk cium guru favorite aku, Puan Fazidah! Dia seperti seorang supermom aku masa kat sekolah. Tadi aku teriak-teriak bila nampak dia. "Haizum!" "Cikgu!"
*******************
Epilog
B! B...!
Tadi ketika I bersihkan gudang, I jumpa ni :
B! You dengar tak?
Beylo!
Ending : bilik aku dah semak macam gudang. Adek aku kata dah macam butik jualan langsung. Bunda kata dah macam pusat serbaneka. Makcik aku kata, dah macam playground. Aku rasa, sebenarnya bilik ni dah jadi gudang.
26 Congteng-conteng:
pasal del tu..
parents ko tu larang dia kluar2 rumah kot. itu pasal jd camtu. jiwa memberontak, budak2 katakan.
*teringat plak time muda2 dulu. haha
p/s : aku mmg sgaja tidur awl smlm. tanak komen awal. nnti ada yg dengki. adian. tahniaaaahh!! hahahaha
wah haizum.. banyak btol tas2 tangan anda.. henbeg.. bodybeg?
kes adik aku die yang dibuli.. siap kate tgh maen kejar2.. aiseh.. geram btol aku.. sampai nangis2..
tp budak2 skolah.. kalo cikgu da start rotan dier..kate die ayat2 biadab.. mmg terase hati...
nash - akhirnya ranking ko jatuh ke nombor EMPAT! ahahaha. TAk. Adek aku tu... dia mmg bukan jenis budak suka nk merayap. Dia tak kesah pon dok kat umah sbb di jenis nak melekat je mak aku 24 jam. Tp dia jenis pantang diusik. Dia cepat melenting. So skang kitorang terpaksa bitau smeua bdk2 kat sekolah, jgn suka nak usik-usik dia. Takot nanti bdk2 tu yg kena belasah pulak. mmm.. mana spender? ko nih... itu namanya clutch. Bukan spender. cesss!
astri - smlm nash kata dia nk tdo awal sbb nk kasi chance kat org lain. Pastu dia kata tanak nanti ASTRI bising-bising dengki kat dia. AHAHAHAH! Ada antara tas tersebut pemberian dr kamu :P
tp aku mmg menyirap btol ngan perangai certain cikgu ni tau. Dorang x de etika. Kurang ajar. Student nk pergi toilet pon x boleh. Bongok ke apa tu?
(hehe kembali menconteng kat blog nurul)
semalam and tadi scara tak benapas pergi ke bts 2hari berturut2...tak terpk plak nak singgah sg wang cari beg tuh. aih!!lampi lah. owh dan maap ya... i tadapat mau pergi flea market itu. xpe... kang da bukak sem, kalo ada weekend yg agak free, kita lari2 anak kucing skejap ke sana ek...waaaah. XD muah!
habibah - bibah....! welcome back! lama tak nampak kamu la. nurul suka idea2 bibah, every comments dari bibah mesti yg bernas2. You're right. Sometimes its better not to campare between siblings. Kdg2 itu hanya membuatkan my adek jadi bosan dan hilang terus keyakinan kat diri dia. Lagipon budak2 lelaki memang susah nak paksa dia fokus pada satu benda. My adek tu is the youngest, so u know la... in what way the anak bongsu used to be la kan.Lagipon, my adek tu aggresif sket. But still kita tak boleh main tuding jari. My adek has to learn how to be a BIG BOY.
farah - i didn't say that i'm happy that he is a samseng. But i'm not happy too if adek jadi bahan kena buli, mudah tunduk kat org, dan nangis-nangis bila balik sekolah. Aku tau adek aku tu mmg nakal kat sekolah. Tp one thing yg cikgu tak tau.. adek sgt sensitif. Dia sgt sayang family dia. Dia soft spoken dgn parents and me. Dia tak kesah pon duduk sehari suntuk dlm rumah.
Just that dia jadi BARAN + MELETOP kalau kena usik dgn org lain atau kena maki dgn bahasa kasar dgn cikgu. Kami sekeluarga ada buat few conclusion ttg sikap dia yg sgt berbeza antara dia di sekola dgn dia di rumah.Antaranya, dia mungkin nak KUASA. Dia seems like nak semua orang ikut ckp dia kat sekolah tu dan dia suka kalau org takut dengan dia.But insyaallah, dia akan jadi matang as time goes by. INSYAALLAH. he's the boy i love most.
er.. ada kena mengena tak dengan entry kali ni?
oh ye chika.. barang-barang segalanya ni, kalau ko jual.. mesti bawak untung~~!! :D
tapi aku rasa, ko bukan jenis suka menjual barang sendiri, sebab mesti ko sayang giler dengan semua barang yang ko pamerkan ni kan kan kan..
ikoko - saya rasa pon cogan kata tu boleh diapply untuk kejadian ni. Yes, Ina. I tak suka jual barang. Sbb I jenis syg barang. Tp kalau I betul2 dah tak nak, biasanya I bagi free je. Kdg2 I tak bagi pon, aunty I amek je. uhhuh...
urmm.. datin, aku rasa ko bleh bukak kedai beg bundle lar.. hahaha
farah - i know la maksud kamu. Farah... i'm getting older and these 2 months da buat aku rasa sedikit dewasa. I have 4 brothers. I'm the eldest. Everything yg jadi in the family, THREE of us (parents and me) lah yg kena buat decision. U know how tough it is. Only my adek bawah aku je yg senang nak dibesarkan. Haikal was like... oh my god! Haizat is quite ok but u know... boy means... BOY. They enjoy everythings that we (an adult) thinks it might be dangerous. Ya Allah. Aku tak sabar nak tggu adek aku semua besar dan matang. Aku nak tgk kehidupan dorang yg baik depan mata aku.
Budak2 nakal ni biasa la, nakal tak bermakna jahat. sebenarnya cikgu.. salah cikgu, bukan budak.. budak itu budak-budak, cikgu itu yang sudah matang, patutnya tau la nak didik macam mana budak2 tu, takkan didik guna saja yang boleh jadikan budak itu ikut kata cikgu..
Budak2 suka memberontak. cikgu kena berperanan, bukan masuk kelas kira nak mengajar jer, cikgu tu taknak belajar camna nak didik budak.
aku kutuk cikgu? takkk.. perli jerk.
ko jgn plak igt aku ni pelajar bermasalah bile sebut aku penah kene maki ngan cikgu.. ekceli aku dulu pengawas... malah menjadi pelajar antara yg rapat ngan cikgu... tp ade sesetengah cikgu yg aku tgk sendiri cara dierang handle pelajar bermasalah.. dan aku sendiri pernah kene maki atas kesalahan kecik.. silap nya kesalahan aku dilakukan ketika cikgu itu sedang emo kerana berselisih pendapat tahap kronik dgn cikgu lain... see.. urmm... aku rasa antara cikgu yg aku kagum adalah seperti Pengkritik Blog... ko masuk blog die kan? die seorg cikgu yg sgt luar biasa bg aku...
AKU JUGA INSYAALLAH TIDAK AKAN JADI CIKGU.. :D
yer,sy penah lihat adekmu menanges bagai shinchan..die gak sgt manja ngan ma..bukan nak kutuk la cikgu(sbb ramai kwn2 aku bakal menggantikan tempat2 cikgu skang nih nnt)tp dorg nih kdg2 emosi sgt..masukkan hal peribadi ngan keje.pastu asyik nak emo tak tentu pasal,maki hamun la..cube jd sabar sket.guru2 shud realise,karier guru kene sabar.cam jd nurse,murid2 tuh ur patient.kene jdkan mereka suka dan syg kat ko.ni kalo stakat ngaja je,pastu bile nak tanya,kene marah..isk2..sedey saye(aku penah kene ke ek?kene marah dan cubit ade,tp cikgu dulu,tak sama ngan cikgu skang)..dats y, pk dulu before u choose die job yg full ngan suci dan kemuliaan!
AKU PUN TAKKAN JADI CIKGU kot...
nash - tak salah pon jd cikgu. Mulia sebenarnya. Tapi kena lengkapkan diri.
Post a Comment