Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, August 23, 2007

Unwell

tadi petang dinner dengan Ain. Balik dinner, terus tidur sampai pukul 1 pagi. Semuanya gara-gara aku telah menelan berbijik-bijik jenis pil pelbagai saiz dan warna. Bangun tidur, pukul 1 pagi dan terus muntah. Bravo!

Lepas selamat memuntahkan kembali nasi goreng pataya ke dalam sink, aku bersiap-siap turun ke studio dengan harapan mahu memulakan kerja Masterplan. Malangnya, semua orang sudah pulang. Aku bukan sengaja tidak mahu join group discussion tapi aku betul-betul tertido separuh mati. Selepas menghubungi Anuar pukul 10.30 malam, tanpa ku sangka aku kembali tido separuh mati. Aku berasa sangat SAKIT. Dan seperti biasa, tiada siapa yang mahu tahu dan mengambil tahu kesakitanku. Aku pon sudah bertekad, kalau selepas ini aku punya teman-teman yang sakit, aku mahu buat bodoh juga. Accept Farah. Terima kasih kerana memahami petang tadi.

Lebih menyakitkan bila rasa diri ini terbiar. Aku tak mahu peduli lagi. Aku nak balik rumah :( Aku tiada wang saku lagi. Poketku macam KOYAK. Kehidupan benar-benar sedang mati seketika. Dan oh... hidungku masih seronok berdarah.


-seorang dalam studio. seram tetapi adventurous-
 

Wednesday, August 08, 2007

Separuh Masa

Dulukan telah diberitahu
Jangan mengganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat sahaja
Jangan pula kau mengharap
Berdampiran selalu denganku

Jika kau tak terima khabar
Bererti dia ada di sini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu

Kuakui ada sesuatu antara kita
Tetapi kutahu bukan seperti biasa


The Lima, Separuh Masa.
Download



Isnin - Sungei Wang

Selasa - Mines Shopping Fair ; oppss... terjumpa Yazmin. Masih sarkastik dia tu. Ahahaha.

Rabu - balik Cheras hantar CRV balik rumah sebab saya nak meneruskan ekspedisi sukan beli-belah dengan lebih giat. CRV tidak diperlukan seminggu ini. KIH KIH KIH.
"Awak nak shopping lagi tak?,"
"Tak nakkkk... dah give up :("

Boleh tepuk tangan dan kaki kuat-kuat. Buat julung-julung kalinya saya menyerah dan menolak pelawaan untuk pergi membeli-belah. Ada sesiapa tahu treatment yang patut dilakukan oleh saya ke atas kaki kecil ini supaya boleh membesar sedikit? Anyone? Kalau kamu ada pengetahuan, mari berkongsi. Saya semakin bosan memiliki kaki dengan saiz yang menyayat hati ini. Mari exchange kaki!


Khamis (9 Ogos) - Khamis (15 Ogos) -
Nak pergi buat investment besar-besaran di luar Malaysia.



Conteng-conteng:
1 ) Saya baik-baik sahaja.
2) Flight insyaallah pukul 5 pagi esok.
3) Tidak sabar hendak bergaya ala-ala Avril Lavigne versi Retro. Yeww! Tidak sabar hendak menjadi ikon polkadots. Tidak sabar hendak melihat 'insan' lain juga menjadi ikon polkadots buatan saya. Ngee =D
4) Dan pastinya semakin terkinja-kinja hendak menarik luggage bag di alam fantasi tersebut.


Jumpa lagi.


 

Sunday, August 05, 2007

shopping and working

Selamat pagi!

I am home. Finally. Minggu lepas tidak pulang. Kerna... kerna... kerna apakah? Sebenarnya tidak ada sebab yang nyata kenapa tidak pulang ke pangkuan keluarga minggu lepas. Tapi menghabiskan hujung minggu dengan menjadi shopaholic pada waktu siang dan workaholic pada waktu malam agak praktikal juga.


Few things should be updated I guess. Tapi semuanya contengan tipikal sahaja kerana sebagai seorang SAYA, perjalanan hidup buat masa ini adalah berteraskan liku-liku, onak dan duri yang sama. Oh, ayat sastera sudah keluar! Eiii!




[ Section 1 ] : SHOPAHOLIC

Saya memang cinta mati pada Mall. Kalau ikutkan hati, saya nak berkampung sehari dua dekat mall. Sayangnya tidak ada kemudahan penginapan di mall. Kalau adalah, lingkup kehidupan aku! WAHAHAH! Disebabkan tidak boleh menginap di shopping mall, saya pon buat marathon sahaja. *tersengihlah seekor kerang busuk*

25 July, Rabu - Pergi One Utama. Kelas U2 petang tu cancel. Mula-mula janji dengan Sha nak ke Sg. Wang tapi akhirnya tergoda dengan anasir 'LAIN'. Tak shopping banyak. Cuma sempat sambar sepasang baju polkadots, keychain polkadots dan clutch 'Marilyn Monroe'. Yea, RETROWW! Which is... I suka and I really go into them.





We had Nandos for lunch.


26 July, Khamis - Mines Shopping Fair. Which is I had Ainul, Chee Yang and Chee Way accompanied. Sebenarnya saya diLANTIK untuk uruskan dan decide pakaian yang kami akan pakai untuk trip yang sangat YEWW, WE CAN'T WAIT! At first, saya cadangkan kami semua berkemeja hitam dengan tie oren. Tapi based on several reasons, ia dibatalkan dan kami hanya teruskan dengan anything black. Semuanya demi membanteras gejala 'Archinature - return our soul' yang sudah lama sebati dengan jiwa remaja kami. Tidak boleh guna tema itu lagi. Sudah klasik. Dan! Bila saya jejak shopping mall kan, takkan tak hilang pertimbangan kan. Dapat sehelai jeans (yang akhirnya menjadi penyebab saya diistihar muflis minggu itu). Dan juga one butterflies bag in white untuk my beloved drama queen, Farah Diana. This is supposed to be her belated birthday present. Maaf la, darlink. Sungguh 'belated' hadiah itu. And finally we had dinner in foodcourt. Okay, I love the chicken rice kat situ. Tapi tak pernah beritahu siapa-siapa since chicken rice itu biasa sahaja. Tapi tekak saya suka.


saya harap you suka. uhuhu =D


27 July, Jumaat - Alamanda, Putrajaya.Marathon kali ini dinamakan The Drama Queens' Marathon. Saya, Farah dan Ainul. Tujuan? Mall Marathon kali ini ada objektif yang baik sikit. Nak carik buku UBBL (uniform building by law). Tapi.. apa punya tandus la MPH Alamanda ni. Tak ada jual UBBL pulak dia. Maka, kami yang kebuluran terus ke food court. Budak dua orang ni inroduce kan ke saya satu kedai ni. Depa kata chicken chop dia sedap dan banyak. Hmm.. not bad. One thing about Alamanda, saya suka food court dia. Biasanya saya paling tak suka makan di food court sebab kotor, rimas dan lemas. Terasa macam ada masalah ventilation. Ihihihi.

Balik dari Alamanda, berpeleseran dekat studio sebentar sementara menanti kelas Amalan Profesional pukul 3 ptg. Sementara tu saya dan dia menonton filem. Sudah lama tidak menonton. Kami menonton The Last Mimzy di studio. Tiba-tiba terasa sangat sangat letih menonton. Mungkin sebab sudah lama saya tidak melakukan aktiviti ini.



Habis kelas Amalan Pro, sambung tengok The Last Mimzy. Selepas itu, lapar! Dan pergi 'menziarahi' shopping complex baru dekat Kajang.Metro Point. Mall lagi! Ahaha. Tapi tak shopping. Cuma pergi dinner sahaja di Kenny Rogers. Farah dengan Ainul ke Midvalley. Saya dah tak larat nak tawaf mall. Lagi-lagi dalam keadaan muflis, kehidupan dirasakan mati seketika.


28 July, Sabtu - Yewww! Jalan-jalan :)


[ Section 2 ] : WORKAHOLIC

Saya bukanlah seorang workaholic. Bukan. Saya tidak suka dan tidak rela menjadi workaholic. Dari sekolah lagi saya begitu. Tetapi ada masanya, kita terpaksa menjadi workaholic demi meneruskan kehidupan. Inilah yang terjadi kepada saya. (dan teman-teman juga mungkin). Selepas tamatnya Sabtu, 28 July... kehidupan sebagai Shopaholic yang bahagia telah bertukar serta-merta. Saya tidak boleh berseronok sakan lagi kerana submission projek kedua semakin hampir. Maka, seminggu itu saya kenalah buat kerja pula.

Second project : Defining Housing Needs.
Ini tugasan in group. Group dengan Nuar, Tan and Arul. Group kami setelah diundi menjadi group ke -10 iaitu group terakhir. Dengan tajuk Infrastructure Work. Okay, boring! Skop studies kami adalah merangkumi water supply, electrical, sewerage system, road hierachy dan bla..bla.. Now you guys understand kan how the topic did not suit me. AHAHA. Selain bertungkus lumus siapkan assignment Teori dan Rekabentuk Senibina untuk Masjid Wilayah Persekutuan, kami semua rushing juga compile information, siapkan presentation board or panel which is my group comes up with 4 panel in A2 size. Dan seterusnya buat report dan presentation in Powerpoint. Thanks to Nuar for the Powerpoint presentation. Dia memang raja Powerpoint. eheheh. Kan Farah?

31 July, Tuesday - Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi (KTAK) di Putrajaya. Terima kasih kepada encik-encik, puan-puan, saudara dan saudari yang banyak membantu. Tapi information yang kami cari tidak berjaya didapati dengan tepat. Akhirnya saya membawa balik Marshmellow yang enak sahaja. Wakakaka. Serius, Marshmellow yang dibeli dekat kompleks kerajaan tu memang sedap.



1 August, Wednesday - Rushing balik Cheras. Singgah rumah kejap bertemu ibubapa dan keluarga setelah satu minggu tidak bertemu. Lepas tu ke office tempat saya praktikal dulu demi meminjam buku-buku guideline authorities. Esok pagi sebelum pulang ke UKM, kena singgah office pulangkan buku ke Ismail.

2 August , Thursday - presentation day! Tak mahu komen pasal ini sebab... sebab memang tak mahu komen! Saya harap kami akan ada sistem presentasi yang lebih baik dan bermutu pada satu hari kelak. Hari presentation kebiasaanya menjadi hari penutup keletihan. Tetapi keletihan pada hari tersebut adalah sangat kaw-kaw!

3 August, Friday - Alamanda lagi! Bukan. Bukan shopping. Tapi untuk dinner. AHAHA. No wonder lah, minggu pertama semester hari tu saya terkinja-kinja keriangan sebab berjaya turun 4 kilo. Tetapi malam semalam, penimbang tidak tahu malu itu memberitahu bahawa 2 kilogram jisim badan telah dipulangkan semula kepada saya. Tak guna.

Dengan keadaan keluarga saya yang giat layan makanan ni... Semalam sahaja untuk dinner kami makan sampai penat. Tapi malam semalam, satu kejadian aneh berlaku. Kejadian ini memang tidak mudah berlaku. Iaitu kejadian di mana saya turun ke dapur dan menggoreng-goreng riang secara sukarela. Termasuklah menyediakan salad yang sudah hampir 2 minggu saya idam-idamkan.

Saya dan adek beradek sepakat membawa berkat memeriahkan dapur malam semalam. Termasuklah membuat spaghetti.






Nah, terimalah contengan super saiya yang panjang ini! Boleh baca secara bersambungan kerana tidak akan ada update sehingga 16hb mungkin. Kerana 9-16hb ini studio kami akan ke Bandung dan Jakarta. Terima kasih kepada semua new readers. Sometimes u guys yang buat saya menjadi terus dan terus menyonteng arang di muka Beylo. AHAHA. Jumpa lagi.

Labels: , ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."