Dua minggu lalu, aku disyaki Denggi. Tapi setelah ujian darah, aku disahkan negatif HIV denggi. Alhamdulillah. Tapi kejadian naik turun suhu berlaku juga berminggu-minggu lamanya. Sehinggakan ibubapa mendapatkan berbijik-bijik buah kelapa muda untuk diminum. Siang, aku baik-baik sahaja. Malam, suhu akan naik mendadak. Dan kadang-kadang aku jadi sejuk yang amat, dan kejap-kejapnya panas pulak. Sebenarnya aku betul-betul rasa tak bersemangat sejak kebelakangan ni.Emosi tak menentu. Inilah yang aku maksudkan sebagai STRESS.
Satu minggu yang lalu, aku mula rasakan satu perubahan emosi yang sangat mendadak. Aku dah alaminya beberapa kali. Aku tidak pernah berjenaka setiap kali aku memberitahu siapa-siapa pun bahawa aku stress. Kerna aku benar-benar pasti jika aku stress. Aku tahu aku stress bila setiap kali bangun tidur, air mata aku mengalir. Kadang-kadang tanpa sebab. Dan tanpa sebab juga, aku terdorong menimbulkan masalah dengan insan-insan terpilih. Aku boleh jadi marah dan sakit hati dengan hal yang kecil. Aku boleh kembali baik macam pari-pari dalam selang waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan sebagai radang emosi. Dan kejadian ini bukan atas kemahuan.
Aku sudah bertemu seorang doktor (sahabat bunda). Aku ceritakan masalah emosiku yang gila macam kerbau itu. Doktor kata, itu hal biasa bagi kes-kes individu tertentu. Hello dunia, aku tidak mahu bercerita segala perincian kesihatanku kerna aku bukanlah bahan ujikaji. Aku cuma mahu mengadu domba sikit sahaja. Aku betul berasa tidak selesa dengan emosi sebegini. Sudah dua malam aku tidak dapat tidur kerana emosi dan kesakitan dalam perut yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Emosi memang kerbau! Kalau dihitung, aku yakin tidak ada punca nyatanya aku harus berasa sakit emosi. Tapi itu bukan kemahuan!
Sepanjang hari ni, aku terpaksa alami penderitaan di atas katil sepanjang masa hinggalah aku tertidur. Hanya sedar pada jam 5 petang. Terus ketemu Bunda, menangis kesakitan dan Bunda kata.... aku harus ketemu doktor lagi sekali. AGAIN? Oh, aku sudah jemu asyik ketemuan doktor kebelakangan ini. Kenapa tidak ketemuan orang lain pula? Kerna doktor belum-belum juga sembuhi aku.
Tapi tolong fahami kesihatanku.
Aku rasa... tak seronok betul.
Aku nak sihat macam kanak-kanak Milo.
Nak pergi minum milo lah.
6 Congteng-conteng:
tu puisi ke lagu wei?
lawak giler~
sian nya kamu..
moga cepat baik2..
aku pon salu radang perut..
kerbau?tingat lak kamu suke sebot buffalo..
nash - itu madah pujangga orang asli.
Jaja - masih ingat kat budak 'BUFFOLA' tu? ala... si BUFFALO tuuuu. Yang takot aku rembat boipren dia padahal boipren dia kita buat bahan hiburan ja. tanak ponnn
Post a Comment