
♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|

Wednesday, November 28, 2007 |
Jangan Jatuh Maruah
Bila cuti je otak aku drop. Bila cuti je drop. Tulang aku yang gagah ni jadi berat macam besi buruk. Tadi kena sound percuma dengan ayahanda. Menyoal kenapakah anak perempuannya pemalas tak mau berganjak. Duduk dalam bilik, bercanda dengan PC buruk. Dan sekarang aku sudah tak berani berlengahkan solat. Dulu selagi tak jam 6, aku tak de solat Asar. Selagi tak jam 7.45, aku tak de solat Maghrib. Sekarang, bunyi je suara azan yang merdu syahdu menerawang di udara .. lari pecut aku berwudu'. Alhamdulillah. Ayahanda semakin garang kebelakangan ni. Berkadar langsung dengan jisim tulang aku yang semakin memberat. Aku harap ...Cuti aku terisi dengan pelbagai aksi dan eksplorasi menarik. Malangnya aku terlalu malas. Start enjin kenderaan pon malas apatah lagi memandu ke sana ke sini. Akibatnya, jiwa remajaku kurang terisi kebelakangan ini. Tetapi, aku macam mendapat jiwa baru. Iaitu jiwa perempuan usia pertengahan. Lebih kuranglah macam jiwa makcik-makcik. Aku teringin nak buat cross stitch. Tapi aku belum berani hendak menyuarakan keinginan kelas pertengahan ini. Kerna aku rasa maruahku sebagai remaja tercemar kelak. Adakah benar sangkaan aku? Atau ini cuma sebahagian imaginasi di alam fantasiku yang bukan-bukan? Ah, lupakan cross stitch! Kerna aku menaruh hati hendak memasak makaroni bakar dan sebagainya. Aku hendak belajar memasak kesemua jenis makanan kesukaanku supaya pabila aku mengidam tanpa disangka-sangka.. aku tak perlu menyusahkan sesiapa. AHAHA! Dan .. dan .. dan ! Dan lagi satu yang hendak aku luahkan. Hidungku rasa tidak lapang ketika bernafas. Emosi pon macam antara hidup segan mati tak mahu. Sebab dah lama aku tak menjalani terapi jiwa. Aku nak terapi! Gulp! Tak ada apa yang aku perlukan sangat ketika ini kecuali sebuah laptop baru kerna laptop ACER aku tak berapa baik kesihatannya. Tapi macam mustahil je dapat laptop baru sedangkan si ACER tu masih mampu beroperasi. Tak guna! Oleh sebab itulah aku merasakan, iada apa yang terlalu aku inginkan ketika ini. Tetapi sebagai seorang 'belanjawan negara' aku memang sentiasa terkinja-kinja hendak membeli-belah. Soalnya, ga punya teman. Dan harapan terakhirku adalah Athirah. Semoga kami berdua dapat berpeleseran di Mall bagaikan merpati dua sejoli. Aku berorientasi straight. Naluriku bukan pada wanita. Itu metafora sahaja. Repeated : Metafora SAHAJA.  Dah lama tak 'berlakon' jadi arkitek. Tak lama lagi nak pergi buat measured drawing. Atau dalam bahasa melayunya ... MENGUKUR TAK TENTU ARAH. Kejatuhan Maruah Ada orang hantar email yang menyeronokkan kepada aku tempoh hari.Dia mencarut sebaik mungkin.Dia marah aku. Emosi habis macam seorang yang keruntuhan moral.Ah, aku benci mencarut! Siapa mencarut memang tak ada maruah! Marah-marah aku macam dia bagus sangat je. Aku yang tak berdosa ni mati kutu dibuatnya. Tak faham kenapakah aku dicarut sedemikian rupa. Mungkin juga dia seorang freelance. Pencarut bebas. Mencarut orang ramai secara random melalui teknologi e-mail. Dan aku salah seorang yang bertuah. Maaflah. Aku tak pandai mencarut dan aku tak faham hampir 90.8% apa yang dia sampaikan. HAHA! Dia tak bermaruah! Maruahnya jatuh di tanganku! Pencarut bebas memang seorang remaja kejatuhan moral dan mungkin juga desakan hidup yang melarat. Mungkin dia terlalu miskin. Miskin harta, miskin budi bahasa malah miskin ilmu. Kesian.
Pada satu kes yang lainnya,
Pencarut bebas : Woi tut* Aku yang tak berdosa : Salah orang. Pencarut bebas : Kau ni memang tut* Aku yang tak berdosa : Kau dah solat? Pergi solat dulu. Lepas solat nanti kalau kau masih ada hati nak mencarut juga, memang neraka dah panggil la tu.
Itulah kali terakhir seorang 'haiwan liar' ni YM aku. Sebab tu aku malas layan stranger. Mereka ni main add je kita dalam friendlist dia dan menganggap kita ni macam mereka; suka bersosial tak tentu arah. Kepalahotakengkau.
Aku ingat lagi kenangan pahit mulut kena cili dengan bunda. Tu pon bukan salah aku. Salah anak jiran sebelah. Dia bermain sambil menyebut perkataan 'khinzir' secara berirama. Budak-budak. Biasalah suka imitate. Aku pon tiru juga. Belum sempat buat irama, baru sebut sekali SAHAJA dah kena tarik masuk rumah. Kena lumur dengan cili mulut aku yang tak berdosa ni. Punyalah aku memohon ampun dan simpati. Nasib ada arwah opah. Aku diselamatkan. Sejak peristiwa ngeri itu, aku taubat nasuha tidak mahu mengikut peredaran zaman lagi. Biarlah satu dunia menganggap mencarut itu sebagai trend hidup masa kini. Aku tetap menolak trend itu. Kerna panas pijar cili merah masih terasa kat mulut aku. Demi maruah dan air mata, aku nasihatkan semua orang janganlah mencarut.
sebenarnya aku nak buat entry pendek. Tapi terpanjang pulak. Tu lah dia. Bila emosi aku dirangsang, idea aku makin bernas. Selamat malam, people!
Labels: emotion, life, pride
|
Sunday, September 16, 2007 |
Dellooo!
16 September 2007.
Happy birthday our baby boy! Haizdell sudah 14 tahun. Rumah kami sudah tiada bayi-bayi kecil lagi. Yang paling kecil ini pon sudah jadi terlalu BESAR. :)
 
Menurut kata seorang teman lama bernama Kian Shen, meletakkan gambar sendiri di blog itu adalah perbuatan yang hina. Dia mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai melacur kamera. Oh, lucu! Boleh click untuk melihat aksi pelacur yang memualkan ini. Kisah-Kisah lain
01 - Malam semalam, pulang je dari kamar bunda aku terus tidur. Rasanya sudah berhari-hari tidak tidur malam. Tapi tidur pon tidak tenang. Aku mimpi yang aneh-aneh lagi. Seingat aku, dalam mimpi tu aku berlari ke sana ke sini mengejar sesuatu. Dan pada posisi yang lainnya, aku seperti berlari menyelamatkan diri dari sesuatu. Tidurku terasa sangat meletihkan. Maka, aku bangkit awal pagi lagi. Dan skrin komputer hitam sahaja. Ketika hendak keluar dari bilik, aku terjatuh depan pintu akibat kesakitan yang amat. Akhirnya aku kembali ke katil. Bercadang hendak menyiapkan autocad drawing tapi perutku memang kerbau! Setiap kali si perut yag macam kerbau itu bergelora, setiap kali tu lah aku menitik air mata. Sakit gila! Kalau hospital menawarkan suntikan ubat penenang untuk aku tidur 7 hari 7 malam pon aku mahu. Asalkan aku tak perlu berasa sakit lagi. 02 - There are things.. word can't describe. Labels: emotion, family
|
Saturday, September 15, 2007 |
Kesihatan yang tidak menentu
Sejak melawat Jakarta, hidung aku alami pendarahan yang berterusan hampir tiga minggu lamanya. Kata doktor, aku alami panas dalaman. Difikirkan semula, perkara yang sama berlaku sebaik saja aku pulang dari Jeddah ketika melakukan umrah 5 tahun lepas. Aku demam secara drastik dan berpanjangan ketika itu. Sebenarnya antibodi aku lemah. Dua minggu lalu, aku disyaki Denggi. Tapi setelah ujian darah, aku disahkan negatif HIV denggi. Alhamdulillah. Tapi kejadian naik turun suhu berlaku juga berminggu-minggu lamanya. Sehinggakan ibubapa mendapatkan berbijik-bijik buah kelapa muda untuk diminum. Siang, aku baik-baik sahaja. Malam, suhu akan naik mendadak. Dan kadang-kadang aku jadi sejuk yang amat, dan kejap-kejapnya panas pulak. Sebenarnya aku betul-betul rasa tak bersemangat sejak kebelakangan ni.Emosi tak menentu. Inilah yang aku maksudkan sebagai STRESS.Satu minggu yang lalu, aku mula rasakan satu perubahan emosi yang sangat mendadak. Aku dah alaminya beberapa kali. Aku tidak pernah berjenaka setiap kali aku memberitahu siapa-siapa pun bahawa aku stress. Kerna aku benar-benar pasti jika aku stress. Aku tahu aku stress bila setiap kali bangun tidur, air mata aku mengalir. Kadang-kadang tanpa sebab. Dan tanpa sebab juga, aku terdorong menimbulkan masalah dengan insan-insan terpilih. Aku boleh jadi marah dan sakit hati dengan hal yang kecil. Aku boleh kembali baik macam pari-pari dalam selang waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan sebagai radang emosi. Dan kejadian ini bukan atas kemahuan. Aku sudah bertemu seorang doktor (sahabat bunda). Aku ceritakan masalah emosiku yang gila macam kerbau itu. Doktor kata, itu hal biasa bagi kes-kes individu tertentu. Hello dunia, aku tidak mahu bercerita segala perincian kesihatanku kerna aku bukanlah bahan ujikaji. Aku cuma mahu mengadu domba sikit sahaja. Aku betul berasa tidak selesa dengan emosi sebegini. Sudah dua malam aku tidak dapat tidur kerana emosi dan kesakitan dalam perut yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Emosi memang kerbau! Kalau dihitung, aku yakin tidak ada punca nyatanya aku harus berasa sakit emosi. Tapi itu bukan kemahuan! Sepanjang hari ni, aku terpaksa alami penderitaan di atas katil sepanjang masa hinggalah aku tertidur. Hanya sedar pada jam 5 petang. Terus ketemu Bunda, menangis kesakitan dan Bunda kata.... aku harus ketemu doktor lagi sekali. AGAIN? Oh, aku sudah jemu asyik ketemuan doktor kebelakangan ini. Kenapa tidak ketemuan orang lain pula? Kerna doktor belum-belum juga sembuhi aku. Aku tidak peduli kalau perasaanku tidak difahami. Tapi tolong fahami kesihatanku. Aku rasa... tak seronok betul. Aku nak sihat macam kanak-kanak Milo. Nak pergi minum milo lah.
Labels: emotion, healt, life
|
|
|

This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
 |
|
|