|

♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|

|
Monday, December 03, 2007 |
|
Tragedi Samurai-X
Wo!
Macam-macam aksi dan adegan stunt aku dah buat demi membunuh kesejukan. Masuk dalam blanket. Gulung-gulung diri macam pau. Pakai stokin ala-ala tengah snow. Pakai sweater bagai. Dan aksi paling aneh adalah ketika ini, menulis blog sambil membungkus diri dengan comforter. Nampak muka sikit je. Macam orang tak terlalu tahu untuk hidup. Aku sejuk.Sejak balik petang tadi, aku menggigil. Tulang aku macam rasa ngilu je. Tak guna! Nama je minum susu secara bersistem. Tapi tulang belum kuat lagi. Kena minum dan minum dengan lebih giat. Esok nak breakfast minum susu, lunch makan nasik lauk susu, dinner makan serbuk susu. Fuh fuh fuh! Lepas tu kena stroke. Kesian betul hidup aku ni. Selalu berakhir dengan imaginasi yang malang. Pagi tadi keluar KL jumpa Trex. Trex bukan sejenis dinosaur. Dia seorang kawan wanita yang best diajak berbual. Dan kami hanya berjumpa setahun sekali iaitu pada semester break. Kesian betul hidup aku. Kan aku kata, banyak tragedi. Dan hari ni je dah beberapa tragedi jadi kat aku. Setiap kali aku keluar dari rumah, memang sikit demi sikitlah Malaysia ini dimusnahkan. Kerna aku memang pembuat disaster yang sangat kesian. Tragedi 1.Aku tawaf free je area Cempaka tu pagi tadi semata-mata nak mendapatkan tanah sekangkang kera. Tak ada parking. Tak guna! Tak guna! Teringat aku filem Shaolin Soccer. Kungfu sekali kereta-kereta yang ada tu kasi keluar, curik parking dia! Tapi seperti yang dah aku katakan tadi, hidup aku ni kan memang kesian. Tak reti kungfu, tak reti silat, bermain pedang samurai apatah lagi. Jadinya, aku pon meneruskan kerja mencari parking dengan hati yang agak panas. Tengok-tengok ada MyVi keluar. Aku pon apalagi, tanpa berfikir dengan bijaksananya mengelupur nak take over parking dia. Aku tahu memang tak akan muat. Tapi aku dah terdesak. Aku tekad, nak parking je walaupun si bontot kereta bakal terdedah keluar. Tiba-tiba kena sound dengan seorang india. Dia bising-bising kununnya aku ni tak reti nak budget size ke apa. Dia membebel dengan tiang telekom agaknya. Aku buat pekak. Terus reverse, ikut ja mana dia tunjuk. Dah dapat parking aku tanya dia... harga berapa? Dia kata tak kan tak tau.. macam biasa lah. Belum naik harga lagi. Aku pon balas balik. "Macam biasa tu.. berapa? Saya tak pernah parking sini. Sebab bukan seronok sangat naik LRT buruk tu. " aku hulur RM2 sebab ter'flash ada signboard bagitahu kena bayar RM2. Lepas tu aku tinggalkan dia bercakap dengan tar pulak. Kau ni memang suka bercakap la. Apsal tak join suara parlimen? Tragedi 2.Salah stesyen. Nak balik Ampang tapi gerak lagi ke depan. Siap konfiden je muka naik salah platform. Sambil berbual ala-ala wanita dewasa, dan beraksi macam tahu segalanya tentang dunia. Tup-tup tersalah la pulak. Turun balik, tukar platform. Memang seronoklah. Kaki ni pon dah menggelupur. Tunggu masa je nak putus meninggalkan badan. Tragedi 3.Aku ni pandai berlakon tau. Tak percaya, tanya 'dia'. Aku pandai 'menipu' sunat juga. Tapi tipu orang sampai orang gantung diri, terjun gaung semua tak pernah lah. Tadi masa dah sampai Hang Tuah, aku mintak ticket pergi Masjid Jamek. Konfiden macam biasa. Muka ketat je macam orang paling pandai dalam dunia. Sekali.. aik? RM1.20 je tambang? Apsal lah murah sangat. Seronok je rasa. Sampai gelak terbahak-bahak dalam hati. Masuk train, terus berdiri dengan rasa tenang sekali. CISSS!! Tiba-tiba aku teringat, aku kan nak balik RUMAH. Yang aku beli tiket pergi Masjid Jamek tu buat apa???? Nak kata buduh, pandai jugak guna train. Nak kata pandai, ada jugak tak pandainya. Tapi aku taklah histeria pasal salah tiket tu, cuma bengang sangat lah kenapa otak aku boleh terfikir nak pergi Masjid Jamek. Naik train betul dah. Cuma tiket je salah beli. Daripada bosan je duduk dalam train tu, aku pon mula berfikir-fikir nak kelentong apa kat kaunter nanti. Aku memang sah lah tak boleh lepas punya. Tiket aku tak valid. Toink! Aku dah susun ayat baik-baik punya. Termasuklah membuat andaian akan soalan-soalan yg bakal diajukan kelak. Turun je, aku jalan slow-slow.Tak nak lah orang semua tahu aku ada masalah. Agak-agak orang dah lengang aku pergi jumpa uncle yang jaga tepi services office. "Uncle, saya rasa tiket saya ni salah,""Apa yang salah?,""Saya rasa orang dekat station tadi tu salah faham lah,""Kamu dari mana? Nak ke mana?,""Dari Hang Tuah. Nak turun sini.,""Dah tu? Kan dah sampai sini pon," uncle tu muka dia senyum je. Baik ni. "Tak de. Saya mintak kat dia tiket Cempaka tapi dia bagi Masjid Jamek .... kot," "Mana kamu tau ni tiket Masjid Jamek dia bagi?,""Sebab tadi masa saya mintak tiket Cempaka, dia tanya saya balik, saya ni nak tiket Masjid Jamek ke? Saya kata tak. Tapi dia main bagi je tiket. Saya dah dapat rasa dia memang salah bagi""Kamu bayar berapa?,""RM1.20,""Sah lah kamu dapat tiket yang salah,""Tu la. Saya pon dah agak tadi. Tapi malas nak tanya dia lagi sebab ramai sangat orang tengah queue tadi,""Tak apalah macam tu. Pergi kaunter sana,"Akhirnya kena charge RM0.70. Hel eleh. TUJOH POSEN JER? Buang masa aku plot cerita sepanjang jalan. Ingatkan akan kena sergah macam kes dulu-dulu tu. Siap guard tu kata nak denda aku RM500 la bagai. Tak guna punya guard. Tengok uncle ni releks je. TRAGEDI 4Aku pon berjalan ke kereta dengan gembira. Tak sabar nak balik rumah dan berehat-rehat. Ada budak kecik dalam kereta dok perhatikan aku yang kelihatan terlalu girang itu. Aku pon ala-ala nak berlagak la kat budak kecik tu. Tiba-tiba pulak.. kunci kereta terjatuh, terus masuk bawah kereta. Satu hal menonggeng pulak. Tiba-tiba India banyak cakap tu muncul. Dia berdiri sebelah aku, sengih-sengih. Aku tahulah gigi kau sangat putih bak salju. Dan budak kecik tu pandang je aku dengan matanya yang sangat bulat. Mesti dia hina aku. "Ok?," dia tanya. "Ok.Ok," dapat je kunci, aku pon drift! Acah je. Aku memandu dengan berhemah sekali. Sampai hampir menyekat laluan kerna aku sungguh tak sabar nak sampai ke rumah. Sekarang cakap! Hidup aku ni kesian kan? Ha, aku dah cakap dah! Oh patot pon aku sejuk. Balasan menipu kot. AHAHA!  Puas hati sudah. Dapat berpeleseran dengan Athirah. Sampai rumah pukul 7 malam. Kena sounds sebijik dua dengan ayahanda. Dia kata, ingatkan aku tak mahu balik dah. Malang lagi :( tajuk tidak begitu berkaitan dengan entry. selamat malam! Labels: friends, the chika
|
|
Sunday, December 02, 2007 |
|
SUSU
Offline Message.
 Hooray! Esok pergi berpeleseran dengan Athirah. Rindu. Sangat. Ooops! Jangan tanya aku download dari mana skin YM aku. Aku letih nak jawap. Dan tak mau jawap. TAK MAHU! Terima kasih.   LUMBA SUSU
Saya tak berapa suka minum susu. Kecuali yang berperisa strawberry / coco / coklat. Yang tanpa perisa tu, ala-ala berat jugalah nak telan. Lagi-lagi susu tepung. Adik saya pun ada sifat yang sama dengan saya. Tapi kami dipaksa minum susu. HENDAK atau TAK HENDAK. Kena minum. Arahan oleh : Bunda. Kalau dah arahan bunda tu memang mati hidup balik, mati balik dan hidup balik pon payah la nak lepas. Oleh itu, setiap pagi dan malam kami akan buat perlumbaan. Iaitu perlumbaan siapa habis minum dahulu. Kegiatan ni dah berlangsung beberapa minggu lamanya. Dan memang efektif. Kami menjadi semakin semangat hendak minum kerna hendak menang. Kami juga pasti minum tanpa perasaan jelik kerna hendak menang. Dan tak perlu minum lama-lama dan menikmati betapa tidak enaknya susu. OLE-OLE-OLE! Kami semangat minum susu! Kami suka susu! Semalam lumba lagi. Pukul 10 malam. Sebelum lumba, kami buat lawak buduh dan saling terbahak-bahak. Masa lumba, habis tersembur susu membanjiri ruang dapur. Badan adek saya habis melekit kena mandi susu. Sebab dia berlumba sambil terbahak-bahak. Dan sebagai impak masimanya, pukul 10 malam semalam, kami mengemop di dapur bagaikan bibik yang kena dera oleh majikan. (tapi kejadian ini tidak diketahui oleh ibubapa) Kami dah belajar sesuatu. Setengah jam sebelum lumba susu, kami akan pastikan kami tidak saling membuat lawak buduh. Jiwa kena kental dan serius. Dan akhirnya malam ini kami berjaya lumba dengan tenang. Keputusannya seri. Kalaulah minum susu boleh mabuk... dah lama aku mati tersedak.  menjelang sisa-sisa hidup yang seronok ni, aku dah jadi sangat malas. aku menjadi obses dengan televisyen. ada DUA template aku dah buat tapi separuh jalan. Aku rasa macam nak sedekah je blog skin tu kepada yang memerlukan. Kalau hati aku macam baiklah nanti. Tadi masukkan mp3 player. Bukan sebab memang nak masukkan. Tapi ... adalah beberapa seru yang mendesak. Mp3 player akan memekak di blog ni sehingga malam esok SAHAJA. Satu lagi kerja terbengkalai adalan YM skin. Pergi jahanam. Aku stress. aduh. Rindu nak bercinta. "u drive to Johor?," "No.Parents said NO." "if I drive?," "It's okay. You drive lah" "Then we go by bus lah," Ya. I hope you are with me along the way. But I need car too. AHAHAHA! miss you.
Labels: friends, life, love
|
|
Tuesday, November 27, 2007 |
|
Happy Feet
 Hello Bello  Semalam aku main 'Happy Feet' Tapi tiada bontot penguin kegemaran. Tidak jumpa Mumble juga. Ok. Aku cakap yang bukan-bukan. Semalam main Ice Skating. Genap setahun aku mabuk kepayang [ click] Akhirnya semalam, main juga. Aku sangat gembira ; macam kera dapat bunga.
  Pemain 'Happy Feet' : Saya, Aizar , Astri, Farah, Nana (Farah's sis), Haikal and Adek (my brothers). Aku jadi driver macam biasa. Fetch Aizar dan Astri ... dan jalan! Ada confession hendak dibuat. Aku seorang reckless. Thank you. Dan oh ... aku driver wanita yang 'hot'. Engkau biasa makan bubur ayam McD? Ada caution : HOT! Kena berhati-hati. Aku harap semua orang berhati-hati juga dengan semua driver wanita yang 'hot' kerna aku boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya yang lain ketika marah. Thank you lagi. *Hot = Panas Hati.
Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem... maksud aku, fast food. Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya ... aku ni pandai cakap je. Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan 'kasihan' buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat 'amoi' yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang 'amoi' ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.  tak berniat pulak aku nak buat efek gambar ala-ala winter sonata. Tapi memandangkan kesemua gambar semasa dalam ice rink ni adalah gambar yang diambil secara HARAM, ni lah jadinya. Semua gambar blur. Terima kasih buat lelaki penjaga rink yang telah menggunakan speaker untuk memberi amaran kepada saya. Amaran seposen dua. Aku tetap je snap gambar mengikut kesukaan hati.
 Hi, kami couple-siam! Tak boleh dipisahkan sepanjang permainan. Tangan kami bertaut erat. Bukan kerna cinta dan airmata, tetapi demi maruah. Berpegang erat dengan harapan, apabila berhadapan dengan cabaran graviti kami dapat membantu satu sama lain. Tetapi nasib baik ketika Aizar jatuh, aku berjaya mengawal diri dari tergadai sama. HAR HAR HAR! Dan Astri escort je dari belakang. Pro la katakan :p Adek Del bermain dengan comel sekali. Dia sebenarnya seorang yang kuat gayat. Tengok muka dia pon aku dah tau dia cuak. Tapi dia jenis tak nak kalah. Farah dengan Nana kerjanya keluar masuk rink. Buat macam rumah sendiri. WAHAHAH! Tapi finally diorang dapat stand dan gerak tu buat kami ni rasa lega sgt. Next time boleh SALSA pulak. Nak? Tak? Nak? Tak?Tak? Nak? Jari dah tunjuk perasaan. Asyik buat typing error sahaja. Maknanya, mari menonton gambar!
aku benci tangan 'peace'. Kenapa aku buat tangan 'peace' ? Jangan buat tangan 'peace'.     5.30pm keluar dari rink. Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa. Tapi kenalah foto-mania dahulu.
Perhatikan : tudungku macam mak nenek. skater of the world la katakan. Nak elak dari asyik membetulkan tudung, aku ikat tudung macam tu. Biar jadi mak nenek, asalkan dapat skating dengan bahagia sekali *wink* Betapa semangatnya aku.
  Berpelukan dan berlaga-lagaan pipi lalu mengucapkan selamat jalan kepada Farah dan Nana. Sempat lagi Farah tanya. "drive ke nanti pi Johor?," "Tak... abah tak kasi. Kau?" "Tak...," geleng-geleng. Oh yes! Sama-sama 'patah kaki' la kita 2 minggu kat Johor nanti ye. Nah, gambar lagi! Tengok sampai muntah!     A new bubble necklace in blue. tq farah. Sampai rumah, rushing untuk Asar. Mandi-mandi, Maghrib dengan abah. nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah. Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib, angin abah pon baik. Kami borak-borak tentang skating tu. Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul. Dah kereta penuh. Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu. Atau CR-V baru yang 4WD tu. Kan muattttt...
Malam kejadian itu terus aku lumpuh. Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang. Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais. HAPPY FEET!Labels: family, friends, fun, holiday
|
|
Friday, November 09, 2007 |
|
Kampung Tunku Diserang
Exam belum selesai.
Tetapi aku sudah menganugerahkan cuti semester kepada diri sendiri. Pertama, exam terakhir adalah pada 21 hb nanti. Aritu paper Ukur Tanah (yang boleh diklasifikasikan sebagai kekecewaan yang durjana). Ukur Tanah pada hari Isnin lepas. Dan paper terakhir akan disambung 21 hb. Engkau kiralah sekarang. Patut ke tak.. kalau aku istiharkan diri sebagai CUTI bersalin. Kedua, cuma tinggal paper u2 ; Kemahiran Menulis. Apalah sangat.... ngee..
-EXAM FEVER-
 Cam biasa. Si jahanam pon boleh jadi nerd menjelang peperiksaan. Aku taklah tahap insan jahanam. Tapi orang playful sebegini pon akhirnya jadi ulat buku. Membaca buku-buku yang dah berulat. Sebab buku-buku hanya dibuka few days sebelum exam. Buku yang dimaksudkan adalah nota-nota kuliah. Yang lagi hebatnya, nota-nota aku banyak yang masih panas, baru keluar dari mesin fotostat. Memang menang anugerah diRaja arr kalau camni. HAR HAR HAR. Nerd? Siapa nerd? Aku? Nerd la sangat. Sambil study online. Tengok 8TV online.  Sambil menyelam minum air. FOKUS! - RIGHT AFTER EXAM-
 ... pergi menziarahi IKEA ...Perjalanan yang cukup panjang. Macam balik kampung. Rasa nak naik roket. Boleh pergi IKEA selalu. Lebih cepat, dan mudah. Ikea jauh. Sangat. Tapi nanti roket nak park kat mana? Okaylah, batal. Naik kereta pon cukuplah. Walaupun jauh, tetap boleh datang sekali-sekala.   Saya beli frame size A1. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Sebagai menghargai diri sendiri. Hendak print muka sendiri sebesar saiz A1. Setiap pagi dan malam hendak tengok muka sendiri yang besar. Beli frame satu sahaja. Tapi pilih frame macam pilih jodoh. Sangat lama. Kerna saya seorang wanita sejati.
(gambar saya bersama frame bertuah yang terpilih)Semua lukisan yang dia jual cantik. Saya teruja. Tapi tak terfikir nak beli. Hinggalah saya ternampak lukisan ini...  Audrey Hepburn. Saya hilang pertimbangan sekejap. Nasib baik sekejap. Tengokkan harga dia mencecah RM300 ++ saya kembali waras. Kalau saya beli juga, dikhuatiri saya akan dihempuk dengan lukisan itu oleh ibubapa. AHAHA... Ketika jalan-jalan mencuci mata dan membawa hati yang terlalu girang mengelilingi showroom IKEA, saya ternampak ini :  Saya suka perkataan 'chicka chicka boom boom' pada gambar di atas . Macam CHIKA KENA LETUP. Seronokkan?  (ini adalah hasil. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan panjang kami Bangi-Damansara membuahkan hasil. AHAHA. Kopak poket)
 Shopping punya pasal, pukul 5 petang barulah kami lunch. Singgah A&W di Ikano. Sewaktu menikmati makanan tersebut, perutku kelihatan gembira sekali. HAR HAR HAR. Kalau perut boleh bercakap, mesti dia dah menjerit ucapkan terima kasih untuk aku. Kalau dia pandai menulis, mesti dia dah tuliskan kad ucapan terima kasih buat aku. Bongok!
 Dapat bunga Daisy merah sekuntum. Dan buat aku tersenyum berkuntum-kuntum.  Mari kita lihat, berapa lama Daisy ni akan bertahan Hasil beli-belah kali ini :       Dahan pokok besi untuk gantung jewelry. Tapi tak boleh gantung penuh-penuh nanti dahan tak nampak :) Lampu pijar adalah bekas untuk bakar lilin wangi. Tak bercadang hendak membakar apa-apa. Apatah lagi membakar diri. Beli kerna aku memang sukakan lampu pijar. Antik dan oldies. Bekas merah dibeli tanpa motif yang nyata. Sekadar ingin memiliki kerna bunda juga memilikinya.Yang bekas silver tu bukan gelas minum orang India ha! (hye there Indian citizen of Malaysia... Happy Deepavali!) Yang tu dibeli untuk meletakkan pensel-pensel kayu. Belum tahu nak gantung kat mana. Telinga? Hidung? Tengkuk? Bulat kecil dan besar itu juga sengaja dibeli kerna warnanya. Buat masa ini, aku jadikan tempat mencampak kasut-kasut baru SAIZ LIMA yang aku beli kat Bandung aritu. Semua kasut tersebut longgar. Maka aku campakkan di situ sebagai protes dan tunjuk perasaan.Terakhir dibeli kerna warna hijaunya. Ada beberapa lagi hasil belian yang tidak dapat dipamerkan kerna aku tak kuasa hendak turun ke bawah untuk mengambil gambar.Sekian. - KAMPUNG TUNKU DISERANG-
Pukul 1.30pm tadi fetch Aizar dan Astri. Kami nak pergi open house rumah Farah kat Kampung Tunku, PJ. BEST gila dapat borak dan gelak kuat-kuat dalam kereta dengan DUA mak minah ni on the way to PJ. Sampai je rumah Farah, dia tak ada pulak. Dah pi UKM jemput bebudak studio. Kami bertiga ni apalagi, atas dorongan mummy Farah... kami pon bantai makan dulu. Astri makan paling banyak i tell you Farah. Dia makan laksa DUA kali.    ni penemuan ajaib yang kami discover kat luar rumah Farah.
Balik dari rumah Farah, singgah Amcorp Mall bersama dua mak minah tersebut. Ehehe. Disebabkan aku driver, aku pon kenalah fokus banyak ke depan. Tiba-tiba dua ekor budak ni menjerit histeria betul-betul tak jauh dari simpang keluar dari umah Farah. Aku ingatkan dorang histeria nampak Minicooper sebab dorang ni Minicooper Freak. "Ko tak nampak ke??!!" dorang jerit-jerit. "Tak!Nampak pe? Minicooper?," aku blank. "Ako!,""Huh?!," aku tak faham. "Ako Mustafa! Dia yg drive Minicooper tu!," excited gila budak dua ni. Aku pon kempunan je tak nampak. Seb baik Ako. Kalau Fahrin Ahmad, jalan one way pon aku pusing pi kejar sampai dapat. Manalah tahu dapat detect rumah dia. Boleh malam-malam mai baling-baling batu kat tingkap. Apa, ingat ni citer P.Ramlee ke pe? Masuk Amcorp Mall, merayap laju-laju sebab dah petang sangat. Dah kul 6 lebih. Takut kena tengking ngan abah nak Maghrib baru balik. Dan dapatlah beli dua lagi bubble necklace.  Best gila ada satu kedai ni. Rasa nak je datang lagi esok. Kan Jaja? Baiklah, mengantuk. Selamat malam. Good luck untuk kawan-kawan yang ambil paper Structure Isnin ni. Structure susah. Mati lah kau...NGEEE... :D   Labels: friends, raya, shopping
|
|
|
|

This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
 |
|
|