hari ni dia tak terserempak dengan aku.
kalau jumpa, aku kungfu dia punya kepala.
aku kasi dia package 2 in 1.
Iaitu kungfu campur karate.
dah lepas puas kungfu kepala dia, aku nak minta dia bagi balik maruah aku.
"jatuh maruah aku di tangan monyet", masa breakfast kami sembang topik monyet lagi.
"maruah jatuh je kan? tak hilang maruah kan?," Mek Ti ketawa terkehek-kehek.
"jatuh ja. Kalau hilang maruah, tu namanya ditebuk monyet" kata aku dan satu meja ketawa terbahak-bahak macam orang kaya. KAHKAHKAH.
Ditebuk monyet?
See, aku ni tak skema, tahu? Aku boleh melafazkan ayat sedemikian rupa. See, aku ada unsur dirty jugak ma. Secara sedikit. Maknanya aku bukan skematik. Sangat seronok ada dirty sikit-sikit. Barulah remaja usia penghujung. AHAHAHAHA.
Aku bukanlah satu-satunya mangsa yang kejatuhan maruah di tangan monyet. Tadi Shida pon kena jugak. Lagi dramatik. Dikejar monyet dalam rinai hujan. Sangat romantik main hujan bersama monyet. AHAHAHA. Senior aku bernama Kak Jaja pon pernah kena. Lagi teruk tragedi monyet dia. Kawan kawan yang lain pernah juga bilik mereka diceroboh dan dikencing oleh monyet-monyet.Dan Kakak Comel saya kena kejar Pig pulak. Lagi la najis mughallazah! Setakat kena peluk-peluk monyet, lepas mandi dah boleh suci. Kalau terkena sentuhan Pig... habislah mandi tanah tiga hari tiga malam. Aik? Ada ka?
sinopsisnya sangat senang.
UKM ni ialah Zoo.
AHAHAH.
Tak percaya?
Pagi tadi dalam titisan embun dara tu, ketika aku drive nak ke kelas, aku terpaksa break mengejut kasi laluan kepada seekor Squirrel. Kadang-kadang terpaksa patah balik sebab menghormati waktu biawak melintas. Belum lagi aku cerita kisah-kisah kucing yang bergelimpangan dari step tangga pertama sampai step terakhir. Pernah one night ni aku terpaksa panjat ikut blok lain. Tak guna.
Kejadian gajah melintas di depan bilik kuliah dan Harimau Bintang bermain badminton di court mahupun kewujudan Paus Biru di swimming pool masih belum lah berlaku. Jangan engkau hyperbola ok. Imaginasi biar secara sederhana. Kalau dah keluar semua jenis binatang hutan tropika, tu namanya filem Jumanji ok. Dan kalau aku tiba-tiba bercerita pasal kejadian aku lunch dengan Ikan Lumba-Lumba, maknanya aku TIPU lah tu. Walaupun UKM ni sangat sustainable dan sangat tropika macam zoo, aku tak akan mengambil kesempatan dengan membuat cerita hyperbola yang bukan-bukan. Serius, tak ada Harimau Bintang dekat sini.
Macam mana jenis binatang pon, aku tetap takut kucing pada tahap highest. Kalau kucing buat pasal sama aku pon, aku tak da berani mahu kungfu dia. Menulis imaginasi sebagaimana imaginasi aku kungfu kepala monyet pon aku tak berani. Aku sangat takut sama kucing. Dia kacau aku pon, aku tak akan balas dendam punya. Ok, kucing menang! Monyet kalah! Sebab aku berani kungfu monyet tapi tak berani kungfu kucing.
Monyet,
aku bergurau ok.
kita jangan jumpa lagi.
aku dah lupakan dendam lama.
past is past.
kita hidup seperti biasa ok.
Aku sangat takut !! Aku tak mahu kungfu kepala dia. Sumpah aku tak berani! Aku kuat dalam imaginasi saja. Sebenarnya aku tak kuat. Tak kuat. Tak kuat.Tak kuat. Tak kuat. (haha pengecut!)
Dah puas belajar ilmu Zoologi pada kali ini? Sekarang pergi kira berapa jenis binatang yang ada dalam entry ni. Siapa betul, nanti aku kirimkan hadiah monyet ok. Boleh ajar dia menaip dan update blog. Sangat seronok kan hadiah ni. Seronok dan berguna. Hurry up!