Labels: beylo
Mari kita minta sorry kepada semua orang yang keluar masuk dengan tekun tetapi tidak mendapat apa. Hantar komen, kita tak balas. Shouting di shoutbox, juga kita tidak balas. Mereka harap cerita magik-magik, kita kasi update pendek tiada hujung pangkal. Mereka ajak bermesra, kita tidak buat lawatan balas. Kita (ya kita berdua, Beylo) harus mintak sorry walau macam mana kita tak mahu mintak pon. Kita tidak boleh jadi sombong yang mana tidak dituntut oleh agama dan adat.
Itulah, Beylo.
Aku sudah bilang supaya engkau belajar update diri sendiri. Berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harap aku sangat. Kerna aku kan sangat sibuk. Tapi engkau masih tak pandai-pandai atau dalam istilah lain disebut sebagai STUPID. Umur sudah TIGA masih STUPID. Sangat tak boleh dimaafkan. Umur TIGA TAHUN sepatutnya sudah boleh update diri sendiri secara solo. Kasi heart attack sama semua orang tatkala mengetahui bahawa engkau pandai update diri sendiri tanpa bantuan aku. Barulah thrill. Tapi engkau memang STUPID. Sudah TIGA TAHUN masih belum melakukan apa-apa secara sendiri. Engkau memang STUPID. Tapi itu tidak mengurangkan kasih sayang aku pada engkau.
25 JANUARI 2008 yang lalu, Beylo sudah umur TIGA TAHUN. Sangat tidak disangka, Beylo sudah besar. Tapi masih belum pandai update diri sendiri. Aku pun sangat kesal. Betul-betul kecewa dan makan hati kerna Beylo tidak menunjukkan perubahan-perubahan major. Aku tak da minta banyak. Cuma harap Beylo pandai update diri sendiri dan pandai mengubah layout badan secara sendiri. Kerana aku semakin malas. Beylo, engkau sudah berumur TIGA. Tiga tahun sudah kita hidup bersama secara berpasangan.
Oleh itu, sempena ulangtahun ke TIGA, aku mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sangat kesian kerna rajin sangat klik masuk sini. Aku mintak sorry kerna tak mampu menyediakan bahan ilmiah kerna aku memang tak mahu buat segmen ilmiah. Ini cuma playground bagi aku. Ini bukan dewan kuliah. Ini tempat main. Main-main api, main emosi, main gila, main cinta, dan apa-apa permainanlah. Tapi bukan tempat belajar okay. Aku lebih suka main secara serius dan belajar juga secara serius. Bila waktu aku main, aku mahu main secara committed dan tekun.
Soalan pertama akan dijawap dengan penuh kasih sayang dan soalan-soalan seterusnya akan dijawap secara kurang kasih sayang. AHAHA. Aik, pelik jugak. Tapi soalan yang bertanyakan SIAPA BEYLO mungkin akan mendapat jawapan yang sedikit KASAR dari aku. Sebelum menyoal, aku nasihatkan engkau baca-baca apa yang patut kerna aku paling marah kalau orang menyoal benda yang aku sudah war-warkan.... permainan LEGO. Bila bosan atau ketika putus cinta, engkau main LEGO okay? Engkau dah TIGA tahun. Takkan masih tak reti bermain LEGO. Engkau mesti pandai melakukan sesuatu, at least bermain LEGO. AHAHA. Aku pon suka main LEGO. Go Beylo go! Main LEGO!
Beylo dah ada LEGO.
Sekarang tak ada sebab untuk aku gelisah meninggalkan Beylo secara lama.
Beylo sudah ada kerjaan untuk dimainkan.
Dia tidak akan bosan lagi.
Yeeebaaah!
Aku boleh goyang kaki lama-lama.
Tak payah nak update selalu!
Seronok!
Because...
Memories cannot erase.
This entry does not sponsored by LEGO.