Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, March 03, 2008

Contengan Khamis, 27 February 2008

Hello readers!

Musim berseronok dan melompat katak sudah habis. Final project sudah keep on burning. Kepala otak aku macam hendak bercerai kasih bertalak tidak. Iaitu kondisi di mana kepala dan otak mahu berpecah secara drastik. Perasaan yang sukar digambarkan.

Ketika kepala dan otak dalam ura-ura hendak berpecah-belah, mata aku yang bersinar ini akan hilang serinya dan jadi berpinar-pinar. Bila aku tengok je butter paper, otak aku kosong macam tin kosong. Aik? Otak dan tin sudah menjadi sama. Ya. Ya. Ya. Aku blank yang extreme. Aku pegang pensel secara kuat dan makin kuat. Tapi kepala aku masih kosong. Esok dah booked En. Zabidi untuk crit. Mati katak lah aku. Aih, hidup macam tin, mati macam katak. Apa neh? Sangat tak seronok.

Orang kata nak lepas stress pergi menjerit sakan dekat atas bukit. Tapi aku ada formula lain yang lagi thrill. Apa kata pergi dekat tengah assembly area dan menjerit melepaskan perasaan dengan bantuan PA System. Bukan sahaja melapangkan fikiran dan memuaskan hati, malah dapat transfer tekanan kepada orang lain secara langsung. See, hidup ini harus memberi dan menerima. AHAHAHA. Dan sebaik sahaja engkau selamat menjerit di tengah dataran, engkau akan ditampar di pipi oleh masyarakat. Maka selepas itu engkau akan tersedar dari mimpi yang panjang. Huuuu… aku sebenarnya yang memerlukan sebuah tamparan ketika ini. Kerjaan sangat banyak tapi mata sangat nak tertutup. Siapa mahu tolong tampar atau cubit atau debik aku kasi segar? Tapi tending tak dibenarkan.Tapi lepas engkau tampar aku, aku tampar engkau balik ok. Macam yang aku kata, hidup ini harus memberi dan menerima. Setiap perlakuan akan dibalas secara seri satu sama. AHAHA.


Bercakap tentang member dan menerima…
Pada hari Isnin lepas, aku menerima satu parcel dari seorang kakak. Kakak yang aku tidak pernah jumpa. Kami tak pernah jumpa, tak pernah kenal di alam nyata. Atau aku boleh kata, kakak sangat kenal aku, aku kenal kakak secara sikit. Kakak mendakwa dirinya sebagai pembaca blog aku. Kakak kata dia baca semua entry aku dan telah mempromosikan aku kepada beberapa orang ahli keluarganya. Aku sangat terharu sampai aku menangis tersedu-sedu selama dua hari. Ya. Aku tipu. Aku memang terharu tapi aku hanya mengucapkan terima kasih secara berterusan. Tak sangka ada orang suka membaca contengan miskin ini.


Tapi Kakak ni memang extreme. Dia tahu struktur entry aku sampai habis semua cerita basi-basi yang lama pon dia boleh kemukakan balik kepada aku. Sangat extreme. Dia menamakan dirinya sebagai Kak Tulip. Buat kakak , terima kasih banyak-banyak kerna sanggup menghabiskan waktu membaca tulisan saya. Terima kasih kerna rasa terhibur. Sangat surprise kerna aku secara tanpa sedar menjadi penghibur. Macam artis. Ya. Macam Celine Dion. HAHAHA.


Kakak bagi aku novel. Dia kata, hadiah kerna selalu membuatnya terhibur dengan tulisan aku. Aku berasa malu-malu ayam untuk menerima pemberian ni. Oleh kerna aku ni pemegang prinsip memberi dan menerima, aku memang bercadang hendak menghadiahkan sesuatu kepada kakak sebagai tanda penghargaan. (Readers adalah penting). Tapi aku masih tak pasti apa kesukaan kakak. Kakak, saya bagi mengikut kesukaan saya boleh ka? Tapi kesukaan saya sangat fancy. AHAHAH.

Menerima memang seronok. Ada siapa-siapa lagi yang mahu memberi apa-apa? Mahu bagi idea untuk building design? Bagi harapan? Bagi cahaya mata?Aik? Bagi mata yang bercahaya? Bagi seorang Lee Hom kepada aku? Ataupun bagi seguni perfume dari Japan? Monyet saya tak nak okey!AHAHA. Tiba-tiba teringat orang yang kerjanya berterbangan macam superman dan mengutip monyet membawa pulang ke tanah air :p

Kepada Kakak Tulip,
Terima kasih banyak.
Kekurangan dan keterlanjuran dalam mana-mana tulisan saya,
saya minta sorry.


Kepada semua readers,
Terima kasih kerna masih keluar masuk secara selamba.
Walaupun kadang-kadang aku lambat update,
Kadang-kadang aku tulis sangat panjang sampai boleh sawan membacanya.
Tapi engkau masih nak baca.
Aku pon tak berapa faham apa engkau nak kat sini.
Tapi apa yang ada aku tulis, engkau ambik baca ja okek.


Kepada stalkers terhormat,
Aku tahu ada beberapa orang mengintip secara sawan aktiviti aku kat sini.
Apa mahu?
Mahu tahu rahsia?
Ini public blog maa, tiada rahsia yang boleh dimuat turun.
Kalau dah namanya rahsia, mati hidup balik pon tak da aku tulis dekat sini maa.
Oleh itu, para pengendap sulit yang berniat tak baik, jangan buang masa dekat sini ok.
Kalau mahu tahu aku sudah berumah tangga atau belum, jawapannya belum.
Mahu tahu berapa cahaya mata aku sudah ada?
Jawapannya belum ada.
Mahu tahu apa lagi?
Ya.. sila nyatakan secara gentle and steady.

Aku tahu ada orang sangat mahu menyelidik peribadi aku. Sangat kesian maaa. Ini bukan resume, ini public blog. Ada orang siap hantar mesej / email/ dan sebagainya :

“Siapa _________ tu? I baca nama ____________ from your blog”

“I found your blog. I will figure out more about you,”

Hello! Gembiranya dia jumpa blog aku. Sangat kesian. Like I care. Semua yang ditulis adalah yang halal sahaja. Aku tak ada worry.


Okay babe!
Aku mahu tiduran secara mati-matian. Esok sambung buat design. Mungkin tiada update beberapa hari ini. Internet dekat studio sangat miskin. Kalau ada pon berebut-rebut macam ayam. Aku sangat tak nak jadi ayam. Relax ja. Balik rumah baru aku akan berinternet macam monkey dapat flower. AHAHA. Siapa rindu tulisan aku, boleh pergi kedai dan beli Toblerone. Jangan makan secara sendiri! Pos bagi aku. Ya. Itu cara melepaskan rindu dan menyatakan rindu. Aik? Dah pukul 3 pagi pon aku masih genius dan pandai membuat ayat. AHAHAHAHA.

Sebelum tidur makan roti dulu. Tadi aku pergi Metro secara solo dan steady. Ada tragedi Impak Maksima terjadi. Aku berasa sangat thrill, cemas tetapi seronok. Akan diceritakan kemudian nanti. Aku mahu makan dulu. Ini merupakan bun kegemaran aku yang aku akan makan dengan penuh penghayatan. Tak main-main. Aku serius.


Tidur.

 

11 Congteng-conteng:

Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
wohhh.. bun yg ada cheese tu ehh ? nyam2. kju mmg dari kecik pantang tengok rotiiiiiiiiiiiiiiii !!! sgt tergoda. jap lagi kena hello2 la yg tercinta mintak pegi beli =9
adui.

hmm camana arr kepala otak hendak bercerai kasih bertalak tidak ?? hahahaha lawak ok. sepak chika ! dushhhh !

hmm kenapa ni..? tak habis habis lagi eyh final project?
if only i cud i help u.. tapi jauh & lagipun ayat tadi sgtlah tidak ikhlas. lalalalala.. makan bun lagik besh dari tolong chika. hikhik. =9

ehh tulip tuu.. yg mana satu dik ? kirim salam k. akak mintak number phone chika tak dapat2 lagi ha. tarik linger tu kang !

email la kju yang. insyaAllah akan kju layan dgn jayanya.

huggy huggy !
8:02 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAKAK YG BLYTHE DOLL DIA DALAM SASARAN SAYA

:p

bun itulah yang terpaling sedap dan buat kepala melayang dan terlupa hakikat duniawi.. Masyaallah. Ayat apa neh? HAHAHA. Ya la kakak. Saya pon pantang tengok roti. Pasal tu lah kita CUTE. Ya ya. Kita berdua neh memang cute la. AHAHAHA (apasal lah mengangkat basket sendiri) :p

kakak tolong saya buat design, lepas tu saya upah kakak roti secara banyak. Kakak bukan saja boleh makan utk diri sendiri, malah boleh bagi kpd Maylea dan adek-beradeknya yang lain. Mahu ka? Tapi kakak dah buat statement yg makan roti lg best dr tolong chika. Jadi, chika akan tarik muka empat belas. AHAHAH

saya sudah pon email kakak dengan begitu emosi dan sgt dramatik. Silalah membaca dengan nyaman. EHEHE.

i lap u.
8:20 PM  
Blogger nieja conteng...
chika..i lap u jugak..
hahhaha..

tensi neh ngah fnal xm..
tp bc blog u nak tglak plak..
adeii..chika chika..
9:16 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
NIEJA - u ni asyik xm ja. u study kat lembaga peperiksaan ka? ahaha. kidding je ok :) yayaya. i lap u juga.

lepas baca blog yg 'KELAKAR' neh, u baca buku ok. nanti xm jangan menjawap sampai titisan keringat dan air mata. jawp secara cool ok. :)
9:33 PM  
Blogger cepotet conteng...
tak abis abis ngan final project. moga sukses dan gempak serta bombastic la resultnya nanti ye dik. insyaAllah..

bun itu nampak sangat sedap. rasa cam nak makan bun plak lepas ni. nyesal masuk sini memalam. nampak bun terus lapar. ahahaha.

oh ya, mak akak cakap terima kasih pasal wish besday. tapi pasal ayu tu tak cakap pun kat mak sbb anak dia lagi ayu kot. huhuhu.. :p
10:46 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - final project adalah untuk tempoh DUA BULAN. iaitu tempoh yg sgt sikit. you cant imagine how its goin to be like. Sgt tak da kehidupan.

bombastik? tadi baru ja design kena hentam secara dahsyat. Oh, istilah bombastik sudah lama saya buang. sekarang hanya harapkan building dan design yg at least boleh capai sustainable :(

kakak tak baik tau sampaikan pesan secara sekerat. AHAHAH. yaya. kakak ayu jugak. mahu saya nyanyi lagu gadis ayu ka? tak payahla. Nanti pening terus insomnia.
10:51 PM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
hi, nama kite dira ichigo! kite pun suka dtg blog awak sekali sekala sbb nya..awak budak ukm!!! hahaha..bila baca blog awak, teringt sgt zaman kite kat ukm dulu! rindulah! zaman uni yg sgt happy! (tp time belajo dulu tensen la!)

gi metro kajang sorang2 eh? dulu kite pun selalu gi sorang2..first year tu naiklah bas mini biru kuning tu...ei, bestnyee!

belajo elok2 tau! kem salam kat tasik kejut!!
12:04 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
ko bagi aku bun tu, aku bagi ko cekelat toblerone.
ada bole??
hidup ni kne memberi dan menerima...

aku peminat novel. gile2 pnye minat.
itu duluuu laa..
tp sejak aku ade insiden bkaitan novel, aku slow down baca novel.
dan skrg, bole kata tidak lagi baca novel.
tolong pengaruhi aku semula untuk membaca novel bole?
12:16 AM  
Blogger nieja conteng...
ya ya..
lpas i bace blog u mmg i g stdy pon..
haha tu la clge i neh bongek sket
da la 1 year 3 sem..
so skjap2 dah midterm..
n baru je nak rilex2 da final
haha..bongek sungguh..
1:32 AM  
Blogger chiku the chucuru conteng...
5tahun 5bulan tu best. rasanya tau kot kenapa tulip tu bagi buku tu. sebab kalau baca...lebih kurang mcm baca blog lulu. hehehe....

skang rasa azab belaja. nnt2 kemudian, rasa azab keje lak. good luck!
10:02 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
waaa...besh dpt adiah.heheh.bun tu cam besh jek dik.lenkali kasik beli sebungkus utk akak pulak yer.:p

selamat berjaya dgn final project.jgn gisau, lecturer UKM kan sume murah2 ati mau kasik mrkh tinggi.hehe
11:31 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."