Labels: aksi-aksi
Pukul 6.30 petang waktu tu. Turun bawah, aku belek-belek CRV secara kasih sayang yang mendalam. Hmmph! Kotor. Tapi aku sayang walaupun dia sudah kotor. Tapi kalau dia sudah bersih, kasih sayang akan diberi lebih banyak. Kesimpulannya, aku sangat sayang dia dan aku terfikir macam mana kalau ada orang kasi hentam dia sekali lagi? Aku pasti pergi kungfu kepala orang tersebut walaupun aku tak tau kungfu.
Aku pon start enjin kereta dan memandu macam seorang Paris Hilton. Sambil menyanyi kesemua lagu yang seronok dan juga tak seronok. Aku tak tahu mahu pergi mana tapi aku mahu menghiburkan hati yang tak sehat secara total. Tiba-tiba aku sampai dekat Metro. Eh, sudah sampai Metro ka? Aku pon park kenderaan di rooftop dan berjalan secara solo macam biasa. Padahal hati aku berasa luar biasa. Aku tak pernah berjalan sendirian. Tapi nak tunjuk perasaan punya pasal, aku berani buat aksi stunt tersebut.
Bershopping secara solo memang seronok tetapi macam orang sawan. Berbelanja mengikut nafsu serakah macam duit diperolehi secara PERCUMA. Oleh kerna menjadi sawan, aku beli wooden paper clip dengan sangat banyak. Tiba-tiba ketika bayar, baru aku tersedar yang harganya sangat tak berguna. Tak guna. Tak guna. Tapi sudah beli. Buat kata Ijat, ikan yang sudah dibeli di pasar tidak boleh dikembalikan semula kerna penjual ikan sudah ada banyak ikan. Aik? Pelik ja peribahasa tersebut.
Maka aku kena apply peribahasa tersebut menjadi : Klip paper yang sudah dibeli di Metro tidak boleh dikembalikan semula kerna penjual tersebut sudah ada banyak klip paper. Apa neh? Macam tak best je bunyi dia. Reject! Aku tak nak pakai peribahasa ni.
Aku bershopping tingkap sehingga jam 9 MALAM. Tak pernah sepanjang usia 21 tahun ini aku melakukan kerja-kerja makruh sebegini. Masa aku naik ke rooftop untuk mengambil kereta, aku tengok kawasan tu sangat gelap. Aku peluk handbag aku kuat-kuat seolah-olah ada orang mahu follow aku dan mencurik handbag aku. Atau juga seperti ada orang mahu mencuri aku. AHAHA. Siapa mahu curik aku sangat kesian. Sebab aku pandai kungfu secara teknik bebas.
Masuk dalam kereta, terus lock pintu. Kepala aku sangat pandai, selalu imagine yang thrill-thrill. Aku imagine yang kununnya ada orang dekat seat belakang cuba nak mengapa-apakan aku. Aku imagine ada orang akan follow aku. Aku imagine kereta aku tak boleh start. Macam-macamlah.
Aku pon drive di tengah pekat malam dan sambil tu sms dengan Farah ajak dia pergi dinner. Dinner seorang diri adalah perkara yang sangat malang. Macam seorang yang sangat kasihan dan terumbang-ambing. Disebabkan Farah ada kerjaan, aku terpaksa tunggu dia sampai tengah malam. Aku pon terus Drive. Engkau bayangkan macam mana gilanya sesak area Kajang.
Aku kasi signal mahu masuk lane kiri. Ada satu Myvi hitam tengah speed. Tapi dia berada sangat jauh di belakang. Sepatutnya dia slow down dan bagi kereta aku yang cantik tu masuk dulu. Tapi dia sangat kedekut tahi hidung masin. Dia tak mahu bagi aku masuk dan terus speed up. Aku pon menjadi sangat hot.
Sikit lagi kereta kami mahu bergesel. Aku sudah tekad, kalau dia gesel kereta aku, aku tendang perut dia. Tapi aku pikir, dia akan menjadi lebih sedih kerna kereta dia sangat berkilat. Dia nampaknya menjaga kereta macam menjaga nyawa. Kalau aku hentam Myvi dia, tentu dia akan menjadi sangat sawan.
Dia break!!!
Aku pon break!!!
Fuhh!!
Hanya dalam dua inci ja jarak kereta aku dengan dia. Aku masih tak puas hati. Aku speed up dan terus ke depan. Biar jahanam dengan dia. Kereta Myvi saja maaaa. Spare part senang dapat. Seriously, aku menyumpah dan menghina gila kereta dia masa tu. Siapa ajar dia bersikap kedekut? Bukankah dia wajib bagi aku laluan kerna aku sudah bagi signal sejak beberapa saat lamanya. Kenapa dia sangat reckless?
Tiba-tiba... dia pon speed up! Dia follow aku dari belakang. Aku pon jadi bertambah laju. Dia pon laju dan laju. Dia kasi high beam banyak kali. Jahanam! Silau mata aku. Kalaulah kereta aku boleh keluar peluru dari belakang, aku shoot dia kasi meletup. Dia try nak overtake aku. Dan akhirnya dia berjaya overtake aku. Waktu dia cross sebelah aku, aku perhatikan dia untuk pastikan dia lelaki atau perempuan. Kalau perempuan, aku sangat tak takut. Kalau lelaki, aku ada takut sikit. SIKIT saja. Dia seorang lelaki dan memandu secara solo. Tiba-tiba dia hilang sebab terlalu banyak kereta waktu tu. Hati aku macam nak meletup dan hancur. Sangat suspens walaupun aku berpura-pura cool. Dalam hati, aku rasa nak telefon polis tapi aku sangat tak suka campur tangan polis. Cheeewaaa... kenapa aku ni sangat berlagak?
Sekali.... aku tengok ada Myvi hitam tunggu dekat tepi jalan dan kasi signal suruh aku stop. Gila ni! Aku pon stop dan terus tendang perut dia. Aku ni sangat berani tau macam Sailormoon. Engkau semua boleh kagumi aku dan mengangkat aku menjadi idola mulai sekarang ok! WAKAKA. Aku tipu! Aku tak da berani sampai tahap tu. Aku berani mulut je. Gila! Mahu mati ka? Memang aku tak da nya nak stop. Buatnya dia lempang aku, tak ke aku tumpas di tempat kejadian. Aku terus drive dan biarkan dia tunggu tepi jalan tu. Woah! Dia sangat tak puas hati sama aku. Adakah kejantanannya tercabar kerna aku berjaya menaikkan nervous dia? Adakah dia memang suka racing sama perempuan? Atau dia tengah test kehebatan produk tempatan? Kasihan dia mahu ajak aku fight tapi aku sangat malas mahu layan dia. AHAHA. Aku tak suka fight dengan orang tak berapa kuat. Aku suka fight sama orang yang kuat dan ada kuasa sakti. Tapi aku tak mahu fight sama kucing ok. Aku surrender. Kucing selalu menang! Aku selalu kalah dengan kucing. Kucing memang binatang paling hebat.
Aku fokus je pada mirror kalau-kalau dia masih follow aku. Aku plan, kalau dia masih follow aku sampai UKM, aku mahu cerita pada guard dan suruh guard tahan dia. Wallauweih... ada hati mahu babitkan guard sama. Serius aku sangat berasa kecut perut. Aku sempat imagine kalau dia dapat follow aku sampai ke hostel. Mati aku kena belasah. Engkau bayangkan perempuan kena tumbuk dengan lelaki. Memang keluar semua isi perut aku agaknya. AHAHA. Nasib baik dia akhirnya kalah dan berundur. AHAHA.
Hari ini, apabila terkenang peristiwa thrill macam 'action movie' itu, aku berasa seronok. Engkau pernah ke buat aksi impak maksima? AHAHA.
Jahanam.
Aku sudah tiada mood mahu conteng lagi.
Tiba-tiba ada one stupid creature ni YM aku beratus-ratus kali sampai hang YM dan terus terpadan. ID dia sangat jijik dan ada 43 ID. Siapa kau???? Oh. Aku relax ja. Tak da marah mahupun kalut. Seronok juga. Tadi ada orang msg aku, aku tak da reply sebab dia tak da kenalkan diri dia. Tiba2 melambak-lambak msg penuh dekat skrin. Dan menggunakan pelbagai jenis carutan. Terima kasih. Ambik balik carutan kau simpan dalam hati buat bekalan di hari depan. AHAHA. See, aku sangat cool. AHAHA
9 Congteng-conteng:
wahahha mmg ganas.akak penah kena gak kete lain x pueh ati.tp kete wira la.siap bwk awek.cam hampeh jek nak himpit akak punye 'buah hati'.mmg budus.tp xde la sampai tahan suh benti.kekek mmg impak maksima la dik.;p
ooo takut kucing ekkkkk??? :p
sgt seronok kan main kejar-kejar dgn manusia kekurangan neuron otak. mmg patut pon tak dilayan, buang masa dan buang segala2nya.
huh!(ikot emosi jugek tak pasal²)
kaum lelaki yang cam gini memang belagak bagus je. eiii.. bencinya! kakak pun baru lepas gado ngan sorang angkel hines smlm pasal keta.
eh eh terlebih komen lak hehe
huhuhu..
moga berjaya menakluk makhluk itu hehehe
sangat sungguh berani walaupun sebenarnya tidak sangat berani, wa pun pernah jugak kena macam cika, main2. satu kete bagi lampu tinggi, menyusahkan mata wa je sangat tidak patut punya olang, wa slowkan kete dan mamat itu potong wa bagi pulak lampu tinggi dan mamat tu slow wa potong begitulah sehinggalah mamat tu geram lalu dgn machonya dia berenti kete tepi jln dan keluar.. wa apa lagi sgt tidak takut sebab hubby wa ada kat sebelah tido..kah..kah..kah..kah.
Post a Comment