Kini ku takkan bisa
Pergi dari kenyataan yang pernah ku hadapi
Ku rasakan ku terluka
Saat ku pergi tinggalkan semua yang pernah ku miliki
Malam tadi tidur secara teruk. Sangat teruk. Mula-mula teruk secara sejuk. Lepas itu teruk secara panas sampai berpeluh-peluh macam baru naik dari swimming pool lah basahnya. Bukan sebab sangat rindukan Danau tetapi elektrik terputuslah. Aku yang sangat penakut pon masuk ke dalam comforter dan membungkuslah macam kuih pau. Sangat panas lalu badan macam tercair sikit. Tapi masih steady lah menjadi pau. Sangat takut kegelapan maka meng-on cahaya handphone. Walaupun cahaya dia kecik tapi cukup menerangi hati.
Bangun tidur pada awal pagi. Berasa sangat sedih dan tidak ada mood yang baik. Bergaduhlah dengan seorang budak di YM secara tak tersengaja kerana ... kerana ermm... salah aku. Secara sikit sajalah. Selebihnya semacam salah dia lah sebab mencurahkan minyak di atas api. Maka kami berfighting lah sikit. Akhirnya aku meminta maaf jugalah kerana terjebakkan dia dalam masalah aku. Lalu dia pon tak menjawap. Aku kata sorry. Dia kata 'whatever'.Menggelikan ...menggelikan ....
Mengingat hidupku penuh dengan kemunafikan
Dan kini ku sadari
Tak mudah bagi diriku tuk lupakan semua kini
All day's long, All They're gone ...
Selepas itu ter-marah seorang orang pulak di handphone. Salah siapa? Ya. Salah aku secara sikit sebab mengusir beliau. Tetapi salah yang besar adalah kepunyaan beliau. Siapa suruhlah berlakon layar cuba meng-attract aku. Tetapi akhirnya aku minta maaf juga sebab aku mengusir beliau. Lagipun beliau macam sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan menghubungi nombor aku lagi. Sangat sukalah aku. Sebab semacam sudah menang.
Semalam di-warning lalu aku berasa sangat sedih tetapi tidak mahu melawan. Aku mintak sorry, aku delete apa yang patut, aku tak da layan orang yang dibencinya, dan meminta maaf lagi. Tetapi dia tak reply mesej tersebut seperti sangat marah. Aku berasa sangat susah hati. Pasti hati aku berupa sangat buruklah pada hari ini sebab macam sakit secara besar-besaran. Punyalah meminta maaf sampai aku sangguplah menggadaikan blog ini. Dan akhirnya aku menjadi terlalu sedih.
Selepas itu, tersakitkan hati orang lagi di blog. Dan memang salah akulah sebab teremosi. Lagi sekalilah meminta maaf. Tetapi maaf macam tak dilayan. Sangat kesian pulak dekat diri aku pada hari ini. Aku kata sorry dia kata dia nak blah. Sangat malang. Mood hilang, banyak pergaduhan dan banyak pulak meminta maaf. Tetapi meminta maaf bukan hal besar bagi aku. Aku sangat terbuka untuk meminta maaf kalau aku rasa aku salah. Tapi kalau tak dimaafkan, berasa sangat sedih dan haruslah membawa diri secara solo mengikut angin. Erk??
Apa nak jadikah dengan hidup aku pada hari ini? Semuanya tunggang langgang. Mood pon tak berapa baik. Ada macam-macam dalam hati tapi susahlah nak diluahkan. Cuba mengajak orang berYM untuk bersuka ria tetapi semacam tak larat pulak. Lagipun adalah sukar sekiranya bercakap dengan orang yang mengenali aku. Sebab masalah ini melibatkan orang kedua, ketiga, keempat, kelima.. (ha, silalah engkau mengira sampai bila-bila)
Ini macam entry terakhir ka? (engkau semua tanyalah aku soalan ini ok)
Sedihnya hati. Pertama kalilah berasa macam tak tahu hendak hubungi siapa. Cerita ni, bukan cerita satu kisah. Ini cerita bercampur aduk. Yang akhirnya membentuk satu mixture yang sangat buruk. Termasuklah tentang study aku. Tak larat. Semacam tak larat lagi. Aku larat nak menangis je. Nak menumpang kasih pada kawan-kawan pon aku rasa tak larat. Sebab sangat kesianlah dekat mereka juga. Pasti dalam keadaan tegang maka janganlah aku menyibuk terhegeh-hegehkan.
Aku minta maaf.
Kebelakangan ni banyak sangatlah aku membuat salah dan membuat masalah dengan orang. Masalah dengan keluarga juga tercetus kerana aku. Tapi aku belum meminta maaf pada parents kerana mereka kata bukan salah aku. Aik? Bukan kah? Dan masalah yang ini tak pernah lekanglah dari kepala aku lalu keep on running in circle. Sentiasa teringat wajah dia dan semalam aku sawanlah menatap gambar-gambar dia di myspace. Aku sangat rindu dia. Tapi parents kata jangan dikenang sangat.
Kepada semua yang terasa marah atau terasa hati dengan aku, aku minta sorry secara banyak. Kalau tak dapat dimaafkan, aku pon akan membawa dirilah mengikut angin sebagaimana yang telah aku katakan di atas. Penatlah mengharap. Aku pon semakin kurang tahanan. Makin weak. Makin sensitif. Dan erm.. makin menjadi tidak fair. Mengharap yang terbaik dari orang lain tetapi tidak memberi yang terbaik. Sangat jahat bukan? Aku mahu menjadi sebaik yang boleh dan bersabar sesabar yang boleh. Menahan diri secara positif dan melihat dunia dalam skop yang lagi luas. Susah. Aku ingat senang. Tapi mungkin aku terlalu bersikap protective kepada diri sendiri dan tak mempedulikan polisi orang lain.Dan kini ku mencoba
Melupakan semua yang telah ku hadapi
Saat ini ku rasakan gejolak diri
Untuk bisa saling berbagi
THE STALKER.
Bukan aku kalah pada stalker. Bukan checkmate atau mati movement. Tapi aku berasa stress. Dengan adanya orang-orang yang tidak bertanggungjawap, sangat sukarlah perjalanan hidup aku menjadi smooth. Aku selalu buat salah. Selalu ter'buat sesuatu dan ter'kesimalah. Dan tak mahulah disebabkan para mereka ini aku mengalami masalah dengan orang tertentu.
Hidup antara masa lalu , kini dan akan datang. Aku sedang merasai ketiga-tiganya. Macam engkau berdiri dalam satu ruang 3 dimensi dan engkau hilang pedoman. Fikiran jadi cramp. Tak faham? Lupakan.Dan kembali ...ku kembali ...
Ingin mengulang cerita yang pernah kita jalani
Dan kini ku sadari, tak mudah bagi diriku
Tuk lupakan semua ini ....
Soundtrack Garasi : Dulu, Kini dan Akan Datang.