Aku duduk bilik single. Aku
terduduk bilik single secara tak sengaja sebenarnya.
- Masa semester 4, aku tak buat pendaftaran awal bilik. Kan aku dah cakap, kolej yang aku duduk ni sangat keji. Maka, dia kick out nama aku dan replace tempat aku dengan orang lain. Sangat sedih. Bukan sedih sebab sayang sangat bilik miskin tu. Tapi sayang kat rumet aku masa tu ; Kak Dell.
- Kak Dell ni sangat best. Walau penat macam mana aku balik dari studio pon, aku akan berasa sangat fresh dan bertenaga untuk berborak secara sakan dengan beliau. Sebab beliau sangat suka bercerita. Macam sangat banyak ceritalah. Lagi-lagi cerita tentang boyfriend beliau yang sangat baik itu. Dululah. Ya. Sangat seronok dapat beliau sebagai rumet.
- Aku pon terkontang-kanting tanpa bilik. Orang admin pon offer aku antara dua pilihan. Kalau nak stay dekat block tu kenalah duduk secara single. Atau pon dia akan pindah aku ke block lain. Sangat tak nak. Aku nak dekat dengan Kak Dell jugak. Sebab sangat sayang la katakan.
- Aku pon berasa seram pada mulanya tetapi lama-lama aku berasa sangat seronok ber-single. Tak perlu berkongsi ruang dan menumpang kasih pada siapa-siapa. Juga berkuasa penuh secara veto di dalm bilik sendiri. Bolehlah berpakaian mengikut stail yang digemari tanpa mempertimbangkan rakan sebilik. AHA
- Sekarang aku masih di bilik single itu. Saiz dia lagi besar dari bilik untuk dua orang. See, sangat sukalah aku. Sudah 3 sem aku di situ. Tetapi, kalau engkau lalu depan pintu bilik aku... engkau mesti ingat aku tinggal di situ secara beramai-ramai. Atau dalam kata lain, secara setinggan. Engkau salah!
Aku tinggal secara single. Tetapi jumlah kasut di muka pintu sama macam jumlah 10 orang punya kasut. AHAHA. Apa yang aku lakukan? Inilah protes secara mental kepada admin. Siapa suruh keluarkan rules mengarut. Jangan letak kasut di luar blik. Denda dan kasut dirampas. Rules apa ni sangat kelakar lah. Bukankah membawa kasut ke dalam bilik adalah sangat jijik? Aku sangat geli melihat kasut di dalam blik. Nah, ambik kau! Tengoklah kasut-kasut aku berpesta di depan pintu.
Inilah caranya melawan dalam diam. Semua orang boleh cuba.
17 Congteng-conteng:
apsal tak letak pic kasut bebanyak tu? leh tgk keadaan umah setinggan camne. :p
btw besh ape dok sorg2
hehe
eh, ko letak kasut kt luar x kena buang@rampas ka?
kalau kena rampas.. camana ?
pegi studio berkaki ayam.. mau ka ?
adik.. baca entry yg ni buat kakju rindu zaman2 belajar dulu. sgt best. so hargailah zaman student adik sekarang. =D
wek.
KAK JU MADU GONCANG - tak pa. kalau dia rampas, dalam bilik ada lagi (jumlah yg sama dgn kat luar). Buat magiklah kat dia. Macam sekejap ada sekejap takda. Berani dia rampas. Chika putuskan kasut semua staff kolej tu. Nak protes kenalah berani tanggung risiko. AHAHA. :p
ape ke peliknye rule tak boleh letak kasu di luar pintu? abistu, dlm bilik tu ade sediakna rak kasut ke x?
seb baik hostel mmu nih x buat rule camtu. kalau x, aku juga akan putuskan atau curi kasut2 staff kat cni.
best gile ko dok sorang2. n ade pulak bilik single kat sane.
kalau la ade bilik single kat cni, tade la aku meroyan ngan rumet aku tu~ grrrrrrrrrr~~!
haha~ tp aku pelik kat cleaner mmu nih, selipar paling buruk pun mahu kebas. kesian btul~
Tapi sudah hancur digigit anjing nakal ..
Post a Comment