Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, May 26, 2008

aku lebih tahu

ku tahu kau bukan lawan untukku,
sampai ku harus cemburu ...
tuk memikirkanmu...
bukan mahu ...
cuba dabik dada denganmu...
siapa dia kasihku...
aku lebih tahu ...



hari akan hujan mungkin dalam kiraan 10. aku akan pulang ke universitas. memandu dalam rinai hujan, juga dalam sedu sedan. oh bukanlah begitu. aku akan memandu semacam kenderaan disable di dalam hujan. Aku sangat takut memandu dalam hujan kerna aku tidak yakin dengan sikap hujan itu sendiri. dia nampak cantik bila dia muncul dalam bentuk gerimis. tapi dia nampak sangat buas bila dia wujud dalam bentuk lebat. berserta buny-bunyian dari langit. satu kejadian yang dapat disaksikan oleh semua manusia yang pernah hidup atas muka bumi.


ada orang ajak aku ke national library. aku kata tak mahu. dia ajak jugak. padahal kalau aku kata tak nak, emmang taknaklah. tapi dia tanya secara berulangan dan aku pon memberikan jawapan yang stabil iaitu tak nak. dia tak tahukah aku sangat tak suka library?


library. tempat apakah itu? sangat sepi. intonasi suara akan di-limit secara paksaan. menapak langkah pon kena ada kiraan momentum yang tertentu iaitu jangan sampai mengeluarkan bunyi. bukankah sangat mati kehidupan yang hidup tanpa bunyi. sebab itu aku benci tempat terlalu sepi. err.. macam library lah. terlalu terbuka dan dikelilingi manusia dengan jiwa dalaman yang kental untuk menjadi barisan intelektual. sedangkan aku bukanlah barisan intelektual tersebut. kemudiannya terdapat lorong-lorong yang tercipta dari barisan rak buku. apakah? satu pandangan yang tak berapa kena dengan jiwa aku. pendek kata, tak payah ajak aku ke library. kecuali terdesak, aku akan pergilah iaitu bila nyawa jadi taruhan. atas urusan hidup atau mati. err... semacam bila sangat perlukan maklumat dan internet yang macam bagus ni tak mampu sediakan, barulah akan terhegeh-hegeh ke library.


dia ajak jugak. aku kata taknak. aku suruh dia pergi sendiri membawa dirinya itu dan janganlah memaksa aku. sebab library bukan tempat sanctuary bagiku. wah.


tengoklah selepas nokhtah harus menggunakan capital letter. tapi entry kali ini tiada capital letter. sebab semuanya harus average. supaya semua abjad nampak sama. tiada siapa yang besar mahupon kecil. aku lebih tahu.


gud. cuaca sudah gelap. baiklah aku pergi bersiap sekarang. kembali ke bilik bernombor E2123. malam ini, apakah agenda? apa best di sana? jangan tanya soalan apa best di sana. sebab sangat susah dijawap. lagi senang menjawap soalan structure. bila lagi update? aku lebih tahu.




p/s : bila semuanya dah terlambat, barulah manusia ni akan cuba sedaya upaya untuk memulakannya. sedangkan sudah terlambat.

 

4 Congteng-conteng:

Blogger tun teja conteng...
huhu.. samala, kaktun sgt bencikan library. tak pernah sumur idup kaktun pegi study kat library.
5:23 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK TUN - gimme pai! yeayeah! ahahaha
5:29 PM  
Blogger Masy conteng...
library laa best! rasa mau beli sebijik library n x kasik org len masuk! wahahahahah best best.
8:48 AM  
Blogger Ms Haslina conteng...
chika ~ akak ada TAG chika :)
3:14 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."