Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, May 18, 2008

cinta rock and roll.

Rumah akan sunyi secara sepi petang ni.
Mak Yang dah balik. Haikal hantar.
Tasha dengan Elika dah ikut Haikal.
Aku balik kampus petang ni.
Kesian ibuku.
Sendirianlah bersama Astro.
Astro, jagalah mak aku baik-baik.
Hiburkan beliau.
Jangan weng ketika hujan lebat okeh!
Nanti kami tendang decorder tersebut.
Faham kah?



Semalam malam. Tasha dengan Eli buat kad untuk aku. Sangat comel. Ada gambar aku pakai blouse dengan seorang lelaki. Atas kepala aku dan lelaki tersebut ada LOVE. Aku pon tanya. Siapakah lelaki tersebut. Mereka pon gelak.

"entahlah. Tasha pon tak tahu,"



Aik? Budak-budak kecik memang comel dan penuh dengan kasih sayang. Tahukah apa ditulisnya pada kad tersebu? BUAT KAK YONG YANG BAIK HATI. Gulp! Baik hatikah aku? Padahal aku bukan layan mereka pon. Aku warning lagi adalah. Aku warning Eli. Aku kata kat budak kecik tu... malam-malam jangan menangis carik mama. Nanti aku hantar dia duduk luar rumah sepanjang malam. Tidurlah atas buaian di luar sana.


Pagi tadi mak aku tanya Elika.

"Eli, kalau Eli nangis, kak yong kata apa?" tanya mak aku.
"Kalau nangis, duduk luar," sangat percaya okeh dia terhadap warning tersebut. Bagus. Senang uruskan budak-budak kecik. AHAHHAHAHAH. Sebab tu malam tadi beratus-ratus kali dia bagi tahu aku yang dia tak akan nangis. Sebab dia takut aku hantar dia duduk luar rumah la. Kasihan.




Orang bercinta memang peliklah. Tengok dekat myspace. Pasangan bercinta memang pelik. Mereka menggunakan nama yang sama. Saling menghantar komen-komen rindu. Saling memanggil pasangan dengan nama-nama pelik seperti ; busuk, bee, masam, masin, manis, candy, cuka, garam dsb. Kelakar.

Aku tak pernah ada pengalaman bercinta style macam tu lah. Aku pon sangat tak nak try membuat teknik tersebut. Kalau pasangan berani memanggil aku 'busuk' yang kononnya romantis itu, aku tendang dia. Punya wangi bau aku. AHAHAH. Geli pulak aku. Err. Mereka pelik. Tolonglah jangan bercinta secara pelik. Bercintalah secara rock and roll. Tak payah satu dunia tahulah! Eiihh! AHAHAH. Releks saja lah. Tak payah hantar testimonial cinta lah. Buat orang lain gelilah. Bukan geli. Kelakar. Bercintalah secara rock and roll. Kasar tapi manis. Aik? AHAHAH. Jangan dipanggil sayang, ayang, cinta, buah hati mahupun apa-apalah yang macam sangat klasik itu. Panggil nama sudah! AHAHA. Erk? Tapi aku pedulik apa. Punya lantak kau lah. Tapi orang bercinta memang pelik :p


ambik kau. Chika bila cinta. AHAHA. Sangat kasarlah falsafah cinta aku neh bukan? Jangan tanya aku lagi pandangan cinta okeh. Sebab sangat sadis. Rock and roll!

 

14 Congteng-conteng:

Blogger zizou conteng...
perghh..mcm maner bercinta secara rock n roll tu...
ajar gua hakikat cinta..ahaks
wah
5:40 PM  
Blogger cepotet conteng...
ewah, komen tentang cinta sangat bagus. err.. tapi akak panggil dia sebagai bucok. camne tu? huhuhu..
7:44 PM  
Blogger haziQah conteng...
haha..btul2
kdg2 geli seh bile pnggil2 pnggilan cmtu..
owh..da taw lama da chika mmg rox ! ;)
11:26 PM  
Blogger Nashrex conteng...
wei buntal!!
panggilan utk ko.. haha
5:54 AM  
Blogger Wiween @ Awin conteng...
kkekekek panggil nama penuh lg afdal tau chika.kiut.hehehe
12:00 PM  
Blogger 13may conteng...
keh keh keh....

tatau nak komen apa...asyik tergelak saja baca entri nih :D
5:30 PM  
Blogger 13may conteng...
oh ya! tima kasih atas invitation tuh :)
5:31 PM  
Blogger tun teja conteng...
amboiii ganas nye beliau.
xper cinta cinta nih tgh syg mmg semua indah.
tapi bila berperang time tu bukan takat rock n roll je chica. yg tu kita panggil cinta mentalica. yg leh merosakkan mental.
6:40 PM  
Blogger Tok Rimau conteng...
Hi bucuk!
8:53 AM  
Blogger Masy conteng...
cuka, garam miss cuka sangat2. jom berpelukan demi sebuah kemerdekaan negara.

chenta apekah ini?
8:58 AM  
Blogger Tok Rimau conteng...
Bucuk,
Tok bagi tahu kakak ni, nurul jemput orang dia cayang je. Dia tak percaya. So..

Ini hah peminat kau silent reader: ayzan_ctm@yahoo.com tiaraayzan.blogspot.com

Tok cuma sampaikan pesan dari dia, minta dijemput agar boleh baca blog kau. Dia suka sangat tengok apa yg kau shopping. Dia pun suka shopping.

Tok? Kalau bawak awek, gi pulau tioman. Kat sana tak ada mall. ha ha ha ha.
12:13 PM  
Blogger along conteng...
babyshambles.

chomel kan.
nama band rock.
tp kalo dipanggil utk org trshayang, cam maseh cinta rock gitu.

hahah~~
2:22 PM  
Blogger faisal conteng...
hahahaha, chika panggil diaorg pelik, diaorgpun panggil chika pelik gak,hahaha..:) same je..kekadang mmg org yg bercinta ni mmg biol...sadis dan sweet ikut keadaan,hehe
4:41 PM  
Blogger Darling conteng...
i tak bercinta pun dengan sesorang tu tapi i panggil dia 'b'. sebabnya dia pernah buat aksi lawak ala baby dan i geram sebab dia suka2 gelar i memacam..

so 'b' i tu boleh stand for baby ataupun bluehyppo (time mood tak ok) hahahahhaaha
1:31 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."