Healthy life on Tuesday. Aku dan rumet tersebut. Hari ini hari kesihatan. Di mana kami pon menabur janji secara berduet. Iaitu janji mengamalkan gaya hidup sihatlah. Kurangkan nasik, lebihkan meminum air suam dan banyakkan senam. Senam? Ahaha. Tahukah? Sekarang sudah jam 2 pagi. Kami pon bercadang untuk tidur. Sebelum tidur kami pon melakukan sit-up dan melakukan senaman regangan. Woh. Perut aku macam nak terpecah lah. Sangat kuat force yang dikenakan terhadap perut. Tapi demi gaya hidup sihat, perut pecah pon pecahlah. Tadi lunch, kami lunch secara beramai-ramai. Hari pertama semester la katakan. Macam sangat rindulah menghayati nasik café tersebut.Ehehe. Aku dan rumet itu makan nasik dalam amount yang sangat sikit. Padahal perut sangat lapar. Macam kesian bukan pada perut? Balik-balik dia yang kena. Kesianlah perut. Nanti usap dia secara lembutlah memujuk dia semula. Ih.Sangat kesian perut neh. Dibagi makan sikit. Dikenakan force lagi. Ishk. Macam yang sudah dikatakan, Farah sibuk mencarik kipas. Dia pon balik PJ lah. Dapat sebijik kipas! Malam neh kami pon tak da sawan secara panas…panas..panas…panas badan ini (erk? Ni lagu bukan?) wakakaka. Sangat tipu ja Farah. Tiba-tiba tak nak swim. Aku pon pergi lah dan macam biasa, si dia tu mesti adalah berswimming sebab dia memang kaki swim lah. Errr… swimmer universitas. Wuuuwee. Tengok. Sihat bukan kehidupan ini? Tapi … aiseyman! Lepas swimming, perut berasa lapar pulak. Pukol perut! Pukol! Aik? Perut lagik. Maka, teruslah menuju ke Village View on the way to Kajang. Aku memang suka VV sebab dia punya service cepat tak macam ….. ermm. Chika, jangan mention! Ok. Tahukah aku makan apa? Oopsie daisy! Termakan nasik lemak ayam. Erk? Termakan sudaaaa. Tapi sedap wo. Cannot tahan wo. Ayyark, bukan play play ni memang betul betul sedap dan termakan liao. What to do lah, bukan? Salah siapakah ? Salah perutlah. Tamat Samantha Who. Kami pon berbual sambil aku bermain ColorLinez yang macam best itu. Tiba-tiba Farah kata dia lapar padahal aku sangat tak lapar. Tapi member punya pasal, marilah ke mapley! Omaigod. Ada football match pulak. Abeslah semua mamak’s d ipenuhi creature bernama lelaki maka sangat malulah muka-muka comel ni nak dibawak ke situ. Jadi kami pon ke Sarina Park Café. Kesian Farahlah tak dapat makan tosey. AHAHA. Err.Padan muka. AHAH.Aku makan buah-buahan saja. See. Memang supper yang bagus bukan? Tapi sangat dahsyat wo macam disaster lah di situ. Sambil kami makan, sambil dengar lelaki warga tempatan yang kesepian berkaraoke. Aww aww! Punyalah kami gelak sakan di situ. Wo. Cannot tahan. Macam-macam suara pon ada. Stress dalam jiwa dibuatnya. Belum lagik aku nyanyi. Err.. lagu TIGA BERUANG? Gom se mari ga han jib aesu. Uppa gom, umma gom aegi gom. AHAHAH. Mahu semua customers pon tercekik-cekik di situlah. Sebab pasti sangat comellah suara aku. AHAHAHA. Engkau tak percaya ka? Aku sangat berbakat menyanyikan lagu TIGA BERUANG :p Tapi belum gila hysteria lagik mahu berkaraoke di khlayak ramai.Perbuatan bodoh. Ahahaha. Sekarang cakap. Sihat ka tak neh? AHAHAHAHA. Tak boleh blah. Buat sit-up sebelum tidur.AHAHHA. Nasib baik janji buat 10 ja.Kalau buat 20? Takkah cramp perut neh? AHAHA. Panas!! Rasa nak ja aku buat perkara-perkara di luar tabii. Panas! Panas! Sapa sanggop kipaskan aku neh sampai aku pon sejuk secara beku? Aku bayarlah nanti.Walaupon miskin, tapi sanggop ja aku bayar neh. Er? Miskin. Miskin tak miskin, aku ada aim sesuatu neh. Mampu tak mampu, aku pedulik apa.Mesti dapatkan by tomorrow. Nak tido. Esok kelas structure! Er! Kelas Prof Fauzi lah pulak.Kena berpakaian sangat bagus atau dihalaunya nanti. Bukankah prof Zuhairus kata aku selalu dressup macam nak pergi disko? Padahal sangat tak dap on! Bukan sikit punya sopan aku neh dia sanggop kata macam tu. Sangat tuakah beliau sampai hilang pertimbangan? Belum lagik dituduhnya aku pakai seluar Rambo lah. Ayyark. Outdated betul hangpa neh. Aku pakai macam disco betul2 kang, mahu mampus sorang-sorang secara berirama. AAHHA. Nak kah? Kemudiannya balik hostel. Singgah office berjumpa para jelitawan tersebut. Ahak (memang jelita okey!) ahahahhaha. Aku try nak apply YellowSpot yang bullshit itu mengalahkan bullshit. Memang bullshitlah. Jelitawan memberitahu, service tersebut sudah rosak. Huh? Crap! Bukankah management korang sangat kaya? Tak mampu repair kah? Atau sangat bodohkah kepala otak tersebut tak reti buat maintenance kah? Wuteva, dumbo! Dengan hati yang sangat burok secara frust itu, aku pon balik ke room sambil histeria. Sangat cramp ja otak dibuatnya langsung kebosanan takda internet di dalam bilik yang err... like zoo itu.
Lepas bernasik lemak, pulang ke hostellah setelah rumet pon menghantar sms berbaur sindiran. AHAHA. Balik-balik ja, terus continue Samantha Who. Gila syok lah series ni. Aku pon rasa macam mahu mengidap amnesia supaya aku tak kenal semua orang, tapi semua orang kenal aku. Aku pon bolehlah membina hidup baru yang lebih sihat dan lebih baik. Oh. Amnesia? Hi, I am chika. I got amnesia. Blog? What is blog? I got blog? What blog? Sounds cool, bukan? Errr…? Maigod!Chika gila. Aku tak nak mengidap apa-apa penyakitlah.
Healthy life on Wednesday?
Entah anasir mana yang cakap, kelas structure pukul 3 petang. Oh, sad.Aku dan rumet baru pon terus bertiduran secara berduet. AHAHAH. Tahukah aku ada satu tabiat yang aku discover since matriculation. Iaitu aku sangat berperangai burok bila ada rumet. Aku akan terjebak dan menjebak rumet tersebut. Atau dalam kata lain, akan saling mempengaruhi. Walaupon aku sudah tersedar, aku akan berusaha sambung tidur jugak kalau aku tengok rumet masih tidur. AHAHA. Perbuatan yang burok tapi sangat remaja. Bukankah dalam usia 22 tahun ini aku harus memaksimakan perbuatan keremajaan? AHAHAH.
"Nurul, makan ice cream kesihatan jom!," kata suara puaka tersebut.
Makkkkk! Aku pon terus hilang mengantuk. Apalagik, keluar tanduk di kepala dan gigi pon bertaring macam sangat devil. Bangun. Siap-siap dan terus ke Alamanda. Gila! Mana boleh makan Baskin Robbins. Sangat tak baik untuk kesihatan dan kewangan. AHAHAHA. Punyalah kami saling menasihati sesama seniri supaya makan makanan sihat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir nak masuk Johnny's. Okay good. Melalui janji-janji manis yang dipaparkan pada wall, dikatakan restorennya bagus untuk kesihatan tak mengandungi bahan pengawet. Wah. Apalagik! Makan!
Selepas itu menyambarlah ke Crispy Roll. DDibawa sampai ke Digital Mall, PJ. Gila. Carik wireless punya pasal. Macam shit ja semua package. Apakah? Pakai contract sampai dua tahon. Macam bagus ja. Kami pon sangat bengang. Buang masa ja turun PJ merempuh segala traffic jam bagai. Tapi bagus. Mendapat 5 keping DVD. AHAHAH. Sebabnya, Farah dapat sms mengatakan Puan Akmal tak da hari neh. Jadi tak payah la siapkan drawing. Boleh berpoya-poya diwaktu malam melayan DVD. Tahukah kami neh dah sangat rosak akhlak. Puas layan Samantha Who layan Gossip Girl.Kemudiannya layan DVD. Kata nak grad. Chika, kenapakah begini????! Sangat gembira bukan life aku neh padahal tak sepatutnya gembira. Sepatutnya sangat sibuk membuat thesis. Ah, gembira dululah! Nanti dah takda nikmat gembira lagik, percayalah! Aku akan hidup membuat thesis saja sampai muka aku pon macam thesis. Makan pon makan thesis. Minum pon minum air thesis. Huh, hambik kau!
Selamat membeli 5 DVD secara kongsi. Kami pon balik ke kampus. Tapi singgah membeli jambu yang superduper fresh sampai aku sangat gilalah rindu pada jambu tersebut. Punya sedaplah. Aik? Aku macam obsess makan kan? Tak sempat nak tunggu balik neh, terus makan jambu-jambu tersebut secara penuh gayanya. Oppssiee! Tersesat pulak dekat KL.
"Farah, dah maghrib neh. Jom singgah sembahyang kat Masjid Negara," aku ajak. Aku kata yang aku tak pernah pon solat kat situ.Farah pon kata dia tak pernah. Kami pon macam sangat nak solat di situ. Tiba-tiba magik terjadi.
Aik???? Nak pergi Masjid Negara, tapi tiba-tiba termasuk Bukit Aman. AHAHAHAHAHA. Terus cancel. Punyalah sengal.Mak aku pon tahu. Mak aku kata kalau aku berdua dengan Farah, memang masing-masing akan buat hal yang tak sepatutnya. Belum pon seminggu menjadi rakan sebilik neh, otak kami dah saling bluetooth idea yang macam jin. Sangat jahat. Sangat suka berjalan dan sangat terlupa yang diri ini macam miskin. Aku miskin. Tapi pelik. Ada ja duit nak dibelanjakan. AHAHAHA. Kan dah dicakap. Magik.
Tahukah aku online dimana neh? Di seblah machine ATM lah secara solo. Haritu dengan Guan. Kalau ada Guan, tak lah bosan sangat sebab Guan tu walaupon sangat dirty pikiran dan percakapannya, dia tetap ja menghiburkan. Tak boleh blah. Dia adalah seorang chinese guy yang akan mengambil gambar sambil menaikkan jari F*** sambi tersenyum innocent. Macam stupid ja. Dirty gila perbuatan. AHAHA. Hari ni secara solo. Tapi rasa okeh jugak. Barulah senang hati nak conteng sakanblog neh.
Tapi Farah dah meroyan sms neh ajak pergi swim. Oh, tahu balik! AHAHAH. Dia ponteng kelas wo. Dia pergi KL dengan Ainul. Pergi library lah konon :( Aku pergi ja sendiri tadi kelas yang macam bosan tersebut. Walaupon Encik N si Separuh Sedar tu sangat annoying dan menyampahkan juga memuntahkan, tapi dia ajar structure sangat bagus wo. Sangat pandai ja ajar calculation. Tapi prof neh sanagt slow lah aku pon rasa terlena mendengar suara prof yang sangat romantis tersebut. Macam style encik nik mengajarlah. Kuliah Encik Nik lagilah romatink. Dengan muka beliau yang comel. Ditambah pulak suaranya yang perlahan itu. Woh. Tidur. AHAHAHA. Aku suka kelas siapa eh? Aku suka kelas Khidmat Masyarakat! AHAHA. Lecturer tua tu memang rock! Sangat kelakar sampai tak sanggop nak ponteng.
Aku nak pergi swim lah.
Malam nanti nak dinner makan fruit! Yehuuu. Err. Nak mushroom soup lah. Err.. nasik lemak ayam pon sedap. Makan cake? Banana split? Chika!!!!!!! Slap slap slap at my face.
"Nurul, kau ni kenapa weh?," Ayie tiba-tiba ja buat muka bersama soklan supens tadi.
"Kenapakah?," tanya aku sambil membagi ikan-ikan tersebut keropok yang sedang aku makan. Mereka pon menyambar macam ikan.
"Engkau dan bulat weh. Siyes bulat. Aku tengok memang... fuh! Sangat bulat neh. Slow sket woi!," kata Ayie dan ikan-ikan lain pon gelak. Bongok. Aku terus masuk studiolah membawa badan yang bulat ini. Macam sedih ja rasa tapi bukankah sangat best ja makan-makan-makan!
Chika!!!!!!!! Hiduplah secara sihat!
Oh ya anyway... Over Her Dead Body was totally roxxxx!!!!!
6 Congteng-conteng:
u mkn kat village view kat kajang?
i slalu dating kat village view kat bangi..
eh lain tempat ekk
eh bkn dating..meeting
apa kata skrg ni boikot je nasik tu sume. makan yogurt ja tetiap ari. err, dan aiskrim juga. sangat sedap! :p
gossip girl memang besh! layan..
dh lm x mkn situ.
erkkk..
chika pn dh membulat mcm ajat ke?
hehe..
mari berdiet bersama-sama =)
"I gemuk tak?"
aku bagi jawaban trick, "Yang, I tak kesah. There'll be more of you to love."
power ayat aku. lagi dia cintan sama aku.
Post a Comment