Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, May 24, 2008

Koleksi Sikap Buruk.

Sikap buruk aku ada banyak. Iaitu disebut sebagai koleksi sikap buruk. Banyaklah tu maknanya. Bukanlah! Bukan yang degil dengan emotional itu. Yang itu sudah terlalu kerap diperkatakan sampai coveragenya sudah menjangkau ke seluruh dunia yang bulat ini. Dunia itu bulat.

Sikap buruk. Aku ada t-shirt Lee Cooper. Dah lama ada dalam wardrobe iaitu dari satu tarikh yang lampau. Lama dah. Aku pernah pakai sekali sahaja. Sebabnya potongan baju itu yang terlalu labuh. Biasalah remaja. Sangat suka yang senteng. Remaja. Macam yang aku kata, remaja. Tadi aku pon mengerat hujung baju tersebut menggunakan gunting kecik yang tak berapa nak tajam. Kerat secara rock! Iaitu tanpa seni dan tanpa skala. Kerat lah. Ikut suka gerak tangan aku. Sangat enjoy saja perbuatan tersebut. Tiba-tiba ... gulp! Baju tersebut senget sudah. Bergerigi pulak macam dipotong dengan gergaji. Burok. Aku buang!


Rugi dah. Tapi tak berasa rugi.


Sikap burok bukan?



Abah beli ikan *i-can't-remember-their-name*. Seekor ikan cost hundreds ringgit. Erk? Perlukah? Motif? Apa-apalah bukan dikerjakan wang aku pon jadi kenapakah aku perlu kajiselidik motif-motif beliau. Punya suka beliaulah bukan? Dikatakan bahawa spesis ikan tersebut sangat sukar dijumpai dan merupakan ikan yang sangat digilai oleh penggila ikan. Err. Sawan ikan? Sort of.


Bukan saja beli ikan-ikan. Tapi beli akuarium baru lagik. Apakah? Sudah ada TIGA akuarium. Motif? Entah. Kan dah dicakap, aku tak suka animals! Aku tak pernah membuang waktu menatap muka ikan mahupon beriadah dengan kucing. Sangat bukan tabiat akulah. Kalau makan ikan, aku suka. Bela ikan, aku tak suka. Leceh. Menambahkan kerjaan. Menambahkan kos sara hidup. Tapi tak pa la. Aktiviti perikanan berlaku di rumah ini sejak belasan tahun yang lalu. Langsung tak menjejaskan keremajaan aku. Jadi, jangan worry lah chika.


Ingat. Ikan mahal berserta aquarium baru. Abah masukkan garam secara banyak kononnya untuk meneutralkan air. Beliau kata, kawannya ajar begitu. Ma kata jangan dibuat begitu nanti ikan mati, putih mata dibuatnya. Abah kata, kena jugak masukkan garam. Fuh. Ikan sangat aktif! Buat aksi mengalahkan Linkin Park. Tapi few minutes lepas tu, semua ikan termenung. Seekor sudah tertonggeng dan tercungap-cungap iaitu yang paling mahal. AHAHAHA.


Rugi bukan. Kalau tak dimasukkan garam, tak da nyawa yang terkorban. Tak da wang yang kerugian. Tapi adek aku kata, ajal ikan dah sampai. See. Sikap buruk. Tak mahu dengar cakap dan tak nak kalah. AHAHAH.



Tadi pergi Putrajaya visit cousin. Abang Ngah dah ada baby girl! Seronok bukan mereka sudah punya anak. Mata yang bercahayalah. Bilakah turn aku? Boleh queue-jumping kah? aku tak sabar menimang anak. Tapi aku sangat tak nak mandikan anak ataupon menguruskan sanitary nya. Bagaimanakah? Aku mahu main bersama anak dan tidur bersama anak saja. Yang lain belum nak lagi. Patutlah jodoh aku belum sampai sebab aku akan jadi ibu yang lagi dahsyat dari Britney Spears. AHAHAHAH. Bilakah boleh memiliki anak neh? Bukan sangat terdesak lah! Tapi semacam mengharapkan satu perubahan major dalam kehidupan. Tapi maintain remajalah!


Lama gila tak jumpa cousins di sana. Aku pon semacam tak berapa kenal dengan Abang Ngah. Dulu kami suka main atas meja Snooker sampai hancur meja tersebut dibuatnya. Main sama-sama secara sepupu-sepapat. Rosak okeh meja snooker! Sampai atuk kami pon sangat marah melihat meja snooker yang dibelinya itu hancur ditangan cucu-cucunya yang comel ini. Bukan saja meja tersebut rosak, tapi abes tiles pecah-pecah kami kerjakan dengan bermain 'bola snooker' menggunakan teknik bermain 'guli'. Fahamkah? Pecah tiles! Akhirnya atuk kami pon sangat bengang. Terus dibakarnya meja snooker tersebut. AHAHAHAH.


Tu baru kisah meja snooker. Belum cerita ayam itiknya di kampung yang mati terkejut kena baling mercun pada malam raya. Atuk kata cucu-cucunya macam kanak-kanak jakun tak pernah masuk kampong. AHAHAHHA. Tapi aku tak da buat lah kerja-kerja melibatkan haiwan. Sangat tak berminat. Tapi aku sangat suka petik bunga.


Lagi satu perangai burok aku. Aku sangat suka petik bunga. Tak kira kat mana tempat pon. Tahukah aku pernah lari lintang pukang sebab kantoi guard nampak aku petik bunga. Padahal dah ditulis warning. Dilarang memetik bunga. Masa tu dekat Fraser Hill. Belum lagi kes aku curik bunga dekat Cameron Highland. Sampai ayah aku tension je perangai aku tak habis-habis. Err. Dulu masa sekolah dekat SERAYA. Penolong Kanan sangat kepochi. Hari-hari tawaf sekolah check bunga-bungaan. Kalau hilang sekuntum pon dia sedar. Hari-hari dia bising bunga dia hilang. Jangan kata bunga, pokok bendi pon aku kacau. Pantang pokok eksperimen belakang lab tu keluarkan buah, selamatlah aku petik.


Mak aku kata, memang dari aku kecik aku suka memetik bunga. Tahukah kalau aku balik kampong, abes semua bunga ros mekar yang disayangi nenek aku botak aku kerjakan. Bukan setakat yang kembang, yang kuntum pon aku petik jugak. AHAHAHAH. Err. Remaja bukan?



Sikap buruk. Ada pada semua orang. Ha, engkau! Pergi sana muhasabah diri. Tengok apakah keburukan kau. Lepas tu baru komen aku okeh. Komen saja. Komplen diharamkan. Aku sangat benci dikomplen kecuali engkau sangat bagus. AHAHAHAH.

 

10 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
haaa.....nak aku list sikap burok aku? haaaa......pasti sangat panjang.....

ikan mahal? kelisa kah?
9:27 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
gil arght kelis masuk aquarium. kelisa kuning? ahahahahahhah :p
9:49 AM  
Blogger cepotet conteng...
ahahahahahah. comei sungguh chika ni. hmm.. akak selalu muhasabah diri bila dalam toilet. masa tengah nak mandi, semua sikap buruk tu akan terpancar. eh, mmg sangat banyaklah sikap buruk. tapi chika, takkan ini je list sikap buruk? ada sambungan tak? huhuhuhu.. :p
10:51 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI, mana boleh cerita semua. kantoilah susah nanti. ahahahahhaha. sikit2 sudah :p erk? masa mandi keluar semua eh? ahahahaha
11:06 AM  
Blogger IamYonna conteng...
chika yang comel ;)
ngee..
gunting baju mmg sikap yang sangat buruk :p hahaha..
err..
petik bunga tu sikap buruk ke?
bukan sikap comel? :p
1:04 PM  
Blogger fara-D conteng...
ha yo! da agak da si kuning kesayangan aku gak yang dibayang nye...ko bukan takat non-animal lover, tp juga cik tak-kenal-nama-haiwan....

kecuali kucing dan monyet...sbb 2 jenis hewan ni mmg suka kat nurul!
5:19 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
YONNA - petik bunga kalau dah diwarning jangan petik bukankah perbuatan yang burok? ahahaah.kalau dia kasi petik, agaknya chikka tak petik kot. eeheheh :p

FARAH - monyet? monyet kejar? public show? keghi? alias? aaa?? nightmare!!! wakakakaka
7:56 PM  
Blogger Along conteng...
along ske sapu umah tapi takmo angkat bawah kapet,celah lemari atau bawah meja.

sapu lurussssssssssss je.

burukkan pangai?
11:05 PM  
Blogger Ms Haslina conteng...
list perangai buruk...kekadang tu yg buruk di mata kita..sebenar nyer amat cantik di pandang orang :)

suka baca blog chika...manjang OUTSTANDING jea..x de kepuraan..

study elok2 yea dik...
12:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ALONG - gila kelakar statement menyapu secara lurus tu. ahahahaha

KAK HASLINA - hahaa. outstanding ye kak. ehehehe. insyaallah. tq kak :)
3:09 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."