Kata Aizar,
"Kalau kita jalan macam ni setiap hari, memang banyak kalori dibuang"
Kata aku,
"Bukan saja kalori, wang pon dibuang sama"
Alarm berbunyi secara kepoh. Hentak handphone tersebut. Snooze 30 minit.
9.30 pagi :
9.35 pagi :
Breakfast laju-laju.
9.50 pagi :
10.00 pagi :
10.30pagi:
10.45 pagi :
11.15 pagi :Nak naik train ka nak drive ha?
Sukahati kau la.
Aku drive la. Aku sangat malas la naik train nanti bersesak. (sebenarnya dalam hati aku nak cakap.. aku tak tahan bau peluh manusia di dalam aircond la pada waktu petang. LRT sangat sesak. Nanti muntahlah bau peluh. Jijik. Lagi tak guna kalau tak dapat seat. Jangan kata aku yang sangat remaja dan sihat ni, ibu mengandung pon tak dibaginya seat. Bukankah sangat kesian. )
Dalam kereta, berceritalah macam tak hingat dunia lagi. Dunia pon tak hingat kami lagi. Bercerita secara hyper sampai aku rasa nak tercabut nyawa dibuatnya. AHAHA. Lama okey tak da berpeleseran begini. Punya rindulah. Dan berceritalah hati ke hati. Aik. Touching. AHAHA. Saling membuka rahsia di dada. Cerita gadislah. Sangat gadis.
Dari pagi sampai jam 4 petang :
Meroyan shopping macam dunia aku yang punya! Tahukah aku ada satu sikap sangat buruk. Kawan-kawan katalah buruk. Aku rasa tak buruk pon sikap tersebut. Sikap itu sangat cool dan hanya dibuat oleh orang yang berani mati secara daring. Aku tak pernah menyesal berbelanja. Dan aku memang suka belanjakan duit padahal aku memang tak da duit. Tapi bila ada, aku belanja kasi abes. Sangat tak nak simpan. Sebab tu kalau memang duit mahu saving, parents pon terus maskkan dalam bank. Kalau dikasi ke tangan aku, memang selamat jalanlah kepada duit tersebut. AHAHAHHA. Sampai nak balik tu, aku tak mampu bayar parking iaitu sebanyak RM10.50. Terus muflis. Sebab shopping secara syurgawi dan berani mati. Balik-balik ja tinggal RM6. Gila! Daripada few hundreds tinggal RM6. Mak aku pon terpegun dibuatnya tadi. Memang hebat bukan aku neh? Anak yang sangat hebat dan magik pulak tu. Sampaikan tak mampu bayar parking! Engkau bayangkan! Aizar yang bayarlah. Kalau tak, cuba imagine lah! Habis aku tak dikasinya keluar dari parking area tersebut. Silapsilap aku harus menggadai sesuatu. Atau dengan aku-aku kena juallah demi parking berharga RM10.50 tu. AHAHAHA. Oh. Selain tak mampu bayar parking, aku jugak dah tak ada wang untuk hiburan hari esok. Kenalah menasih simpati lagi dari dana ibubapa. Macam hina betullah aku. RM6 je dalam purse aku! Lepas tu bayar RM5 dekat Aizar, tinggalkan RM1.
Adek mintak RM10 tadi dia nak pergi kedai. Biasanya aku bagi. Tapi tadi aku tak bagi. Sebab aku tak da duit. Adek aku tengok aku secara muka yang sangat pelik. Dia mesti tak percaya aku tak da duit. Mesti dia ingat aku kedekut. Aku pon campak purse pada dia suruh tengok sendiri. Tahukah apa reaksi dia? Dia gelaklah macam hantu melihat duit RM1 yang bergulung gulung dalam purse yang gemok tersebot. Sangat banyak resit. Bersama RM1. Miskin. Aku miskin sudah. Semalam aku kaya tahu. Hari ni kau miskin. Esok apakah nasib?
Few days ago beli 3 pasang baju bersama sepasang heels.
Tapi syok wo. Cannot tahan wo. Membeli belah secara suka, ambik dan bayar. Memang sangat gembira. AHAHAH. Padahal ada banyak gila kasut aku belum pakai lagi. Yang aku lupa nak pakai pon ada. Tapi hormon kewanitaan aku sangat sempurnalah. Sebab itulah jadi macam ni. Miskin pon miskinlah. Mana pernah aku miskin sampai tak makan ma. Apa nak takut. AHAHHA. Releks la chika releks. Hari esok siapa yang tahu.Esok pasti kaya balik okeh. Mesti kaya. Mesti kaya. AAHAHA Aku sikit tak takotlah! Tak da. Tak da. Engkau semua pon macam aku kan? Kan? Kan? Cuma mungkin kau pakai duit kau sendiri hasil titik peluh sendiri aku pakai duit parents. Sebab tu aku rasa macam kesal. sikit. Aik? Aku dah pandai kesal. Macam bagus ja neh. ahahhah.
Petang.
Sampai ja rumah, makcikmakcik ku yang cantik-cantik ada di rumah. AHAHA. Sangat rindu. Kami pon berpelukan dan berciuman. Mak Teh. Sangat syanglah aku pada dia. Sebab dialah yang menjaga aku semasa kecik. Tidur bersama. Disuapnya makan. Dan yang mengjara aku menyanyi sambil menari tergedik-gedik. Dan Ucu (Mak Cu) aku. Beliau sangat cantik. Sangat pandai dancing. Dulu sangat seksi. Maka, dialah yang ajar aku berseksi dulu. Sangat suka bawak aku shopping dan belikan pakaian seksi. Aku pon sangat suka seksilah masa kecik dulu. Kalau disuruh pakai yang elok aku memang tak nak. Nak yang seksi jugak. Sebab cikgu seksi aku pon sangat seksilah. AHAHHA. Sampailah aku umur 12 tahun pon sangat seksi lagik. Sangat tak nak pakai tudung. Tapi secara tiba-tiba aku pon berubah menjadi sangat sedar akan keperluan memakai tudung dan menutup aurat. Wallauweh :p Mak Cu aku pon sudah pakai tudunglah. Dia jugak sedang pregnant anak ketiga. Tapi masih comel ja. Kalau keluar bersama, masih ada lelaki kesepian di luar sana yang mengorat beliau. Sampai husband beliau pon paksa dia berhenti kerja. AHAHAHA. Sekarang MAk Teh dengan Mak Cu aku sangat suka pow aku wo. Datang rumah ja, akan selongkar wardrobe dan memilih apa yang disukai. Tapi aku sangat tak kisah. Sebab dulu mereka jaga aku masa kecik. Mandikan aku, suapkan makan dan membawa aku berjalan-jalan. Sekarang aku pon akan membalas jasa tersebut. EEHHEHE :p Maka, demi membalas jasalah kononnya tadi... sepasanag heels aku pon selamat di-pow oleh aunty ku tersebut. Padahal aku sanagt sayang ja heels tu. Tapi sayang lagi kat makcik aku. Aku kasi ja lah. Mereka sangat kuat pow aku . AHHAHA. Sayang sayang sayang.
Malam:
Berchatting sepanjang malam. Mula-mula berchatting secara comellah dengan orang yang comel yang sangat menghilangkan bosan secara serta merta. Magik. Beliau magiklah. Sebab bila dia ada ja, aku tak bosan. Bila aku bosan ja, dia ada. AHAHA. Lepas itu, chatting yang comel pon berakhir. Aku kembalilah bosan. Sebab bila dia tak da ja aku bosan. Bila aku bosan ja dia pon tak da. Sangat bertindakbalas. Terus lah aku turun bawah layan AF.
Woh. Aku ingat Riz keluar. Nasib baik tak keluar. Tahukah aku sangat suka Toi la. Sebab dia macam sangat cool dan sangat honest. Tak da perasan bagus. Riz pulak aku suka hidung dialah. Sangat lawa hidung tersebut. Aku suka tengok hidung lelaki yang mancung. Nanti aku rasa nak pergi makan hidung tersebut. Nampak macam sedap ja hidung dia. Siapa hidung lawa, marilah ke sini kasi aku makan hidung tersebut. Ehehehe. Tapi ada telinga seksi tahukah? Macam mungkin lagi sedap dimakan. Aik? Nanti kena penyek sampai hancurlah aku. AHAAH.
Selepas tamat AF, iaitu dengan tersingkirnya Stanly... aku pon naik semula ke atas. Aizar sms ajak YM. Sebab aku hanya sign in kalau ada member mengajak saja. Sebab YM aku sangat banyak kuman wo. Nanti aku cuci kuman, abes semua dengan yang bukan kuman pon aku buang. AHAHAH. Maka, sambunglah bergosipan dengan Aizar sampailah sekarang ni masih lagi bergosipan. AHAHA. Sambil melayan youtube yang sangat kelakar dan ajaib. Lawak okey!
Aizar ni macam-macam ja dia. Dah la dia cerita dia mimpi aku sebanyak TIGA KALI. Bukankah dia sangat rindu aku tu? Sangat seronok bukan kalau dirindui. Aku memang sukalah kalau orang rindu aku. Rasa diri sangat mempunyai artinya kepada dunia. Aik? Lain macam ja pulak neh.
Esok:
Manakah farah ni? Oh. Mulai hari ni aku akan panggil dia rumet baru. AHAHA. Rumet baru di manakah dia? Jadikah esok pagi nak bergembira di sana? Aku macam tak boleh bangun pagi ja neh. Sebab macam tak tidur ja malam ni. Sibuk ni berchatting secara jiwa-jiwa dengan Aizar. Dah macam sawan dah kami ni berchatting. Ini qada' chatting selama setahun tahukah? AHAHHAHA. Apakata kita tunda ja ke minggu depan.
Aku tak sabar nak pergi swimming la. Danau mesti keruh tanpa aku berswimming di dalamnya. AHAHHA. Yeay! Swimming! Dan akan sambong aktiviti belajar swim lah. Apa jadi pon setiap petang akan swim jugak. Dan err. Apa jadik pon, akan pergi flea market jugak. Apa jadipon, mesti shopping jugak. Walaupon miskin. AHAHAH. Apa jadik pon thesis kena jalan jugak! Thesis? Aaaaaaaaa. Matilah i!
Panjang bukan entry ni? Entry ini ditulis secara layan kepala. Iaitu ditulis secara redah. Aku sangat lalok ni. Kepala sangat layan ja. Aku tak lah mengantuk sangat tapi oksigen kurang ni dalam otak. Otak pon jadi lalok lah. Bila lalok, rasa sangat sedap ja tulis entry. Tulis tulis tulis secaa layan. Tiba-tiba.... magik! Aik. Dah sangat panjang rupanya. Sangat tak disangka. Itulah magik.
Ambiklah entry panjang ni. Esok aku balik kampus lah. Back to school! Nanti tak da update lagi. Sampai aku ada peluang. Dengan ini, obsesi aku terhenti di sini. Sedih ja rasalah. Aku tak tahu kenapalah tiba-tiba macam sedih je. Tahukah hati aku memang rasa sedih je secara berkala. Iaitu pada waktu tertentu akan berasa sangat sepi dan menangis di dalam hati. Tapi yang paling menguasai aku sekarang ialah JANTUNG. Betul ni aku serius. Dia berdegup secara luar biasa. Tak faham betullah aku. Kenapakah dengan jantung aku. Sangat berdebar-debar. Gila ar! Sebab tu aku kata sakit jantung. Sebab debaran dia punya kencangnya lain macam. Debaran bombastik. Kenapakah jantung? Kenapakah? Oh why oh why oh why.
tahu tak kawan makan kawan?
dia sangat bosan makan nasik.
dia makan kawan pulaklah.
padahal bukan sedap pon makan kawan.
nasik lagi sedap.
mengandungi karbohidrat.
sebab tu aku tak suka kawan banyak.
sebab nanti aku dimakan secara beramai-ramai.
kawan satu pon bagus.
jarang jumpa pon bagus.
sekali jumpa, barulah teruja!
barulah sangat sayang.
jauh di mata dekat di hati.
jangan makan kawan la okeh.
makanlah nasik.
nasik sedap.
aku memang sangat suka nasik.
marilah menyanyi lagu sedih.
lagu ini sangat old school la.
iaitu sangat suka dinyanyikan di dalam kelas semasa tingkatan 3
bila dengar lagu neh, rasa nak menangis.
kalau nyanyi sendiri pon boleh menangis.
ahahhahahahahahah.
suatu masa
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
8 Congteng-conteng:
yeay...
akhirnya rindu terubat sudah..
cewah,mcm bercinta!
thanx for everythings!
tbe2 aku rs tak ptot amek duit rm5 ko,sbb aku xtau ko tinggl rm6 je.
tak ptotla aku nih.
lenkali aku pastikan ko mesti ada at least rm10 dlm purse!
hoyeh,xjd silent reader dah!!sangat seronok biler komen pertama!sangat bagus perasaan nih..teruskan sambung menyanyi dlm hati!
ey rumet baru nye rumet!! camne ni, kalo berflea pagi sok, bos marah! dia da warning siang tadik! wakakak!! aku patot balik ukm tgh hr tadi, tp beralasan malam ni takut bersendiri tanpa rumet! wuwuwuw!! sangat alasan! jadi ter'janji' balik early morning! grrr!! takot takot!!!
haha! kte tgk dlu camne... aku surf2 tenet, hari2 lain pun ada! waha! tah! tapi market nya sampai ptg! so, tada hal! yahU!!
akak nerh..
klo aisya shopping ngn kengkawan,
x pnh smpai abes duit.
sbb bile pk, topup.
trus tanak belanja lagik.
x pown simpan,
pastue mntak lagi,
guna sket, pastue simpan balek.
nnt jadik banyak.
huhu.
AISYA - akak habiskan semua. lepas tu miskin. lepas tu mintak. lepas tu miskin. sebab tu akak menjadi kaya dan miskin secara mendadak. ahahaha
RUMET BARU - okla. kita pegi pas setel measured drawing. working drawing aku tak print lagi la adoi. ahaha. satgi aku beli mop. ahahahahahah!
dah nak balik kampus ke? alaaa.. takde entry auto publish lagik ek dik? study rerajin ok!
cane ni.
dah takde geng nak berobsesi.
haha~
sgt kagum lah dgn penyopingan kamu.
mmg sgt obses juge.
kesimpulan die, chika mmg obses terhadap sume perkara yang die buat.
haha~
aku bace sampai terpaksa stop rehatkan mata dan minda sebanyak 3 kali.
3 kali kau tau!
hahahaha
Post a Comment