Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, May 15, 2008

blog-phobic

Aku blog-phobic. Aik? Sangat bergoncanglah dunia dengan statement ni bukan? Aku yang fanatik lagi obsess dengan blog neh mengistiharkan diri sebagai blog-phobic. Apakah? Biar betul. Sangat betul. Sejak aku buat gila few days ago memblog secara laju-laju secara histeria, aku mengidap penyakit blog-phobic ni. Iaitu keadaan di mana pesakit berasa sangat alah pada blog. Alergik. Kalau disebut suruh update, aku rasa nak muntah.


Sebab tu hari ni aku sangat kurang menjejak masuk ke dalam blog yang sangat ilmiah ni. Sebab sangat muak. Rasa sangat benci pon ada. Jadi jangan ditunggu sangatlah entry Kulai okeh. Sebab aku betul-betul tak mahu bercerita secara sakan lagik nanti akan termuntah-muntah. Sebab itu jugalah aku tak da merayap di blog-blog pada hari ini. Blog-phobic la katakan. AAHAHA. Memang kepala angin aku neh.


Tapi aku berasa sangat pasif pada malam yang sunyi ini. Jadi aku pon akan membawa jugak jarijemari ni menghentak keyboard menghasilkan entry nombor 468. Sebenarnya aku pon tak berapa boleh berfikir ketika ini. Engkau tahukan. Kalau aku kata aku tak boleh berfikir, pada waktu itulah aku sangat berbakat menghasilkan killer entry. Iaitu cerita berciri kejam, zalim dan sangat syok sendiri. Jadi baik tak payah. Marilah melayan tag. Padahal aku semacam tak berapa suka nak membuat tag dalam blog.

Pertama ni dari Anot Edora tersebut. Nama sangat retro bukan? Mengingatkan nostalgia zaman awal 80-an. Iaitu zaman kegemilangan filem Azura. aaahhaha.

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

  1. Sangat penakut. Iaitu sangat takut gelap, takut ketinggian, dan paling takut kepada kucing. Makhluk tersebut memang sangat kuat dan gagah. Kalau ternampak kucing, aku akan mula membuat aksi histeria secara tanpa malu. Dan bila kucing nampak aku, kucing mesti suka datang dekat padahal aku sangat tak nak dia datang. Mungkin kucing pon suka objek comel sebab tu lah. AAHAHA

  2. Aku tak boleh mengingat susunan abjad. Kalau ditanya susunan abjad, nanti aku terpaksa membaca dari ABC. Sangat unik sebenarnya :p

  3. Nama aku pernah direkodkan dalam buku rekod disiplin sekolah. Sebab aku memprotes keputusan mensyuarat agong. Sangat thrill. Budak comel pon kena tindakan disiplin. AHAHA.

  4. Aku pernah membuat kontroversi bodoh paling bodoh dan paling memalukan. Iaitu memasukkan minyak diesel ke dalam tank CRV. Buduh bukan? Sampai satu jabatan heboh dibuatnya. Oh apalah punya stupid. Terlalu hyper sampai jadi macam tu la.

  5. Aku tak makan sushi. Tapi pada satu petang yang sangat malang, satu insiden berlaku di Midvalley. Iaitu Farah telah membeli sushi dan mencabar aku makan sushi tersebut di KFC. Makan sushi di KFC tahu kawan-kawan semua. Engkau semua pon tahulah macam mana punya crowded KFC Midvalley kan? Kami pon duduk dan aku pon yang memang taknak kalah ni bersetuju menyambut cabaran paling adventurous itu. Gila yucks! Aku nak termuntah-muntah. Muka aku pon merah secara burok. Mata aku berair. Tekak aku macam nak hancur dibuatnya punya jijiklah sushi. Orang ramai di situ dah pandang aku semacam. Si Farah ni ketawalah secara sangat gembira sambil merakamkan video muka burok aku tersebut. Balik studio, ditunjuknya kepada budak studio. Jahat bukan dia? Sumpahla aku tak mahu makan lagi sushi. Jijik.


  6. Walaupon aku penakot tapi pada perkara tertentu, aku berani secara berani mati atau dalam istilah exotik nya disebut sebagai daring. AHAHA. Minggu lepas ada satu motor block jalan. Dia park ikut suka hati macam jalan tu jalan grandfather dia yang punya. Aku pon sangat marahlah tak boleh bergerak kereta aku. Tahukah apa aku buat? Aku turun dari kereta dan mengajak seorang budak lelaki (yang tak dikenali) mengangkat motor tersebut bersama-sama. Kami pon mengangkat mengikut arahan aku. Kami campak motor dia di tepi longkang. Baru padan muka dia. Tapi tak da lah campak secara menghancurkan. Cuma secara magiklah motor yang ditengah jalan tiba-tiba berada di tepi longkang.

  7. Choki Choki dengan Vitagen adalam kegemaran aku sepanjang zaman. Dulu, kini dan akan datang.


7 THINGS THAT SCARE ME:

  1. Kehilangan (semua orang / benda yang aku sayang)
  2. Miskin dan takda duit secara dahsyat.
  3. Kucing datang dekat aku.
  4. Kematian
  5. Gagal. (in life or studies). Sangat tak nak gagal.
  6. First night (ahahahaha!) Sangat thrill.
  7. Kalau aku tak boleh memberikan kelahiran. Aduh, punya takutnya kalau menjadi wanita yang tidak boleh mengandung. Pasti sangat sedih

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

  1. Nocturne - Jay Chou
  2. Me and My Boyfriend - Mocca
  3. Nakal - Gigi (sangat layan ja lagu neh. Farah la ajar aku neh sampai aku dengan Shida asyik pusing pusing pusing dan panas panas panas)
  4. Chantek - Adeep ft Altimet
  5. Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
  6. Everything But Mine - Backstreet Boys
  7. Nocturne lagi . AHAHHA

7 THINGS I SAY THE MOST:

  1. Lu Ki Siaw aaa?
  2. Sangat (aku memang sangat suka bercakap dengan menggunakan perkataan sangat. Sampai dulu Arul ejek aku CIK SANGAT. Benda yang tak sangat pon aku cakap sangat jugak :p)
  3. Entah (biasanya inilah jawapan kepada semua soalan ketika aku takda mood nak cakap)
  4. Aik?
  5. Magiknya!
  6. Wo.
  7. Stupid Idiot

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

  1. Keluargaku
  2. Cintaku (aku komited ok terhadap semua yang aku sayang)
  3. Keretaku
  4. Duit duit duit
  5. Pendrive ku (kan aku dah cakap aku memang sangat sayang pendrive burok tersebut)
  6. Streamyxku
  7. Bank account :)

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

  1. Makan sushi. Di KFC Midvelly secara thrill.
  2. Menjahanamkan kereta dengan memasukkan diesel.
  3. Melanggar lori ketika hujan dan menyalahkan lori tersebut padahal salah aku.
  4. Melihat Kaabah for the first time pada usia 16 tahun. Sampai aku terkesima, terbatu diri selama few minutes.
  5. First time naik flight aku muntah-muntah dan mabuk-mabuk. Dan seorang makcik datang kepada aku membagi ubat dan mengurut aku. Aku pon berasa sangat pelik kenapakah dia sangat caring tentang aku. Tiba-tiba dia tanya "Pregnant ke? Berapa bulan?," O'shit bukan? Mentang-mentanglah aku muntah-muntah tak da henti. Dituduhnya aku pregnant.
  6. Dating pertama pada usia 17 tahun selepas SPM iaitu di McDonald Masjid Jamek.
  7. First time naik LRT seorang diri ialah ketika usia 17 tahun. Sampai menangis sebab kena follow dengan lelaki gila ni. Mintak nombor telefon tapi macam nak makan aku ja. Punya takut. Sampai menangis secara public.

7 PEOPLE TO DO THIS:

  1. you
  2. you
  3. you
  4. you
  5. you
  6. you
  7. you

Erk? Ni macam dah sekaligus menjawap tag Dieyla. Kira sekaligus la okeh. Save energy ma. Sangat mengantuk la. Dalam kiraan 15 dari sekarang, aku mesti tidur punya!
 

16 Congteng-conteng:

Blogger nieja conteng...
first!
bye..
i lap u
11:38 PM  
Blogger ScarLet Jiem conteng...
2nd!
bye...
i lap u too..
12:40 AM  
Blogger Unknown conteng...
3rd
bye..
i lap u too...


p/s - apsal x bubuh minyak masak jer dalm kete bapak u.. ok gak..
4:23 AM  
Blogger fara-D conteng...
uhu!dak farah tuh mmg jahat ek! hisy! anak sapa lah tu?!!
but i salute u lah sbb berani terima cabaran utk makan sushi tuh. kalo ko cabar aku makan doyan, pasti aku kibar bendera putih!!

yahaha! mari dgr lagi nakal! aku suka suka suka!! :D! ngeeee
7:30 AM  
Blogger Masy conteng...
5th!
bye..
i lap u too...
9:40 AM  
Blogger Dieyla conteng...
hakhak~
blog phobic???
kelakar la u ni.
yo2 o je u ni.
u saje je kan??
lalala~
taknak caye..
=P

takot kucing heh?
i pun same lah.
kucng kecik je i bole pegang.
kalau kucing sedar datang dekat i akan histeria.
takot maa!!
9:46 AM  
Blogger Dieyla conteng...
nieja!
tengok ni.
chika pun da jawab tag i.
u bile pulak??

eh.
tetibe bagi msg kat nieja lak.
haha~
9:47 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
NIEJA, SARRA, HANNAN, MASY - i lap yu. apakah korang neh???? ih ih...


HANNAN - minyak masak? kasi goreng kereta tu eh? ehehe.

FARAH - banyak lagik kalau aku nak cite apa dajal ko buat kat aku. nampak ja sgt protective tapi dlm diam.. slalu terkena jugak aku neh :( farah jahat :p tapi dia besstttt :p :p dah tgk clip video NAKAL?

DIEYLA - semalamlah. siyes nak muntah tgk blog. kesan drp menggila buat entry aritu la. ahahah. haih... jangan dibuat-buat lagik :p
9:59 AM  
Blogger fara-D conteng...
haah ek! haha....aku baru prasan aku ni mmg suka pekena org, esp ko! kakaka! jahat juga ya....ish! tabaik btol!!
10:22 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - nanti aku buat entry kasi ko mkan hati nak? biar ko tgk balik apa pendajalan yg ko penah buat kat aku. terutama isu kucing. nak? ahahah :p
10:28 AM  
Blogger fara-D conteng...
ahaha...menarik gak cadangan ko! baik ko buat, spy aku bisa mengawal diri dari terus2n mendajalkan org esp ko! nguhu!
10:58 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
cisssss. aku buat nanti! sampai berdarah hidung ko. panas panas panas badan ini :p
11:03 AM  
Blogger aunieZ conteng...
1. kucing sy x takot..cume geli je bile dia dg dkat2..kdg2 tgk cumel je kucing tp x nk pegeang...eee

2.haha..biasa la..sume org pon kna bca abc dulu dr dpan..

3.wahaha..cik chika mmg rox boleh bangkang kputusann msyuarat agong.tabik hormat !

4. tak suke sushi gak..lagi2 rasa seaweed dia..eeuww
11:19 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
HAZIQAH -
1- saya takut dan takkan pegang. tapi kucing mmg comel.

2- ada je org yg mmg otomatik tahu kedudukan abjad.

3- jangan tabiklah. perbuatan tersebut membawa padah.

4- seaweed tu la yang sangat hanyir dan geli. yucks!
11:29 AM  
Blogger 13may conteng...
wah! semua dok i lap u nih...hehhe hehhe


oh ya!
Chika, bleh tolong invite untuk akaun satu lagi tak: encik13may@yahoo.com

tima kasih :)
11:44 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
13 may - selamat menyambut 13 may! (belated) :p mereka semua terkena virus i luv u. Tak tahu dapat dari mana. ahahaha.

ok ok.
sat eh invite sat.
11:53 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."