Adek saya ada kawan. Nama beliau Ashraf. Beliau kecik lagi. Berusia 15 tahun. Sama macam adik saya. Pada suatu petang, dia datang ke rumah membawa muka beliau yang macam macho tersebut. Beliau usia kecik. Tapi style besar. Beliau pendiam sebab beliau tak banyak berkata-kata. Beliau semacam budak baik. Datang rumah dan tunduk saja memandang kaki beliau sendiri. Langsung tak memandang ke kaki orang lain atau ke bahagian lainnya. Tunduk. Macam pemalu.
Petang itu saya hantar beliau balik ke rumah. Kebetulan saya melewati kawasan kediaman beliau. Saya tengok mirror. Dia pandang mirror. Bila mata bertentang mata, beliau pon segera mengalih pandangan secara lajulaju. Macam funny.
Setiap petang adek saya bermain dengan beliau. Mereka nakal bersama. Keluar masuk bilik disiplin bersama. Macam magik bukan? Si pemalu sebenarnya samseng. Gelakkan dia! Sejak tiga hari lepas, adek saya tidak berpuas hati dengan beliau.
"Hari ni adek tumbok Acap,"
"Kenapa?," bunda tanya,
"Sebab dia gatal," jawap adek saya.
"Biarlah dia gatal. Peduli apa gatal dia," kata bunda.
Adek saya tak kata apa.
Esoknya adek saya balik sekolah. Dia cakap lagi."Hari ni adek seligi kepala Acap,"
"Kenapa?,"bunda tanya.
"Sebab dia pantang tengok perempuan,"jawap adek saya.
"Biarlah dia! Tak da kena mengena dengan adek!," aku dah masuk campur.
"Ada," jawap adek.
Adek saya blah. Dia tak kata apa.
Tadi lunch."Tadi dekat cc adek tenyeh kepala Acap,"
"Kau ni apsal? Tak habis-habis belasah Acap. Apa dia kacau awek kau?," bunda tanya.
"Bukan! Dia gatal. Dia suka kat ayong!"
Makkkkk!
Terkesima aku!"Dia gila! Mabok cinta. Bodoh!," adek emo.
Aku sawan monkey la. Lepas tu satu rumah la ketawa on the floor. Hiarkk? AHAHAA. Bukankah sangat komedi ni? Punyalah kami pikir kenapakah adek sangat marah kawan baik beliau tersebut. Punyalah kami pikir...! AHAHAHA."Gila menyampah! Setiap hari asyik sebut ayong. Dia kata tak nak ngorat pompuan lain dah. Dia nak ayong je. Semalam ada awek cun. Semua orang mengorat. Dia diam. Dia kata kakak adek lagi cute. Dia angau macam monyet! Dia kata dia dah teruja. Dia bodoh! Dia gila!,"
Abes adek aku emo. Sampai dibelasahnya Ashraf setiap hari kerana ini. Oh sangat comel bukan budak-budak lelaki usia 15 tahun ini? AHAHAHHA.
Gila-gila merah muka adek aku bercerita. Kenapalah dia sangat marah? Bukankah sangat pelik?
"Tahu tak apa dia buat hari ni? Dia sanggop carik ayong dekat Myspace. Adek tipu dia. Adek kata ayong tak main Myspace. Tapi dia terjumpa jugak. Tapi adek kata tu bukan ayong. Tu orang lain. Tapi dia tahu jugak tu ayong. Dia nak add. Adek ketok dia. Adek kata kalau dia berani add jugak, adek tendang muka dia,"
Aku dah tak tahu kata apa. Aku dengan mak aku gelak macam daineso. AHAHA. Sangat kelakar bukan? Budak meroyan! Tapi macam betul ja kata adek aku. Bongok betul budak tu. Selain berlagak dewasa, dia jugak ada taste yang dewasa. Dan jugak meroyan.AHAHAHAHAH.
Tahukah? Adek-adek aku semua perangai macam ni. Paling pantang kalau kawan-kawan tanya pasal kakak dia neh. Mereka pon tak akan bawak balik kawan kalau aku ada dekat rumah. Haikal pon pernah nak tumbok sorang budak ni dekat tepi highway. Sebabnya budak ni main bersiulan ja kat aku. Bukankah kelakar adek-adek aku neh? AHAHAH. Kalau ada stranger call, Ijat laju ja jawap call dan mulalah buat suara macam bagus. AHAHAH. Aku tak larat gelaklah dengan budak-budak lelaki neh. Kelakar. Gila. Comel. Spastik pon ada.
Oh ya.
Tadi siang Ashraf datang rumah. Dia tunggu lama dekat luar taknak balik. Mak aku kata, dia terintai-intai. Adek aku kata dia tunggu aku keluar. AHAAHA. Aku tak suka budak-budaklah! AHAHAHA. Dah la usia kecik. PMR pon belum. Macam mana nak support perbelanjaan shopping aku? Nak belanja aku makan sedap? Nak bawak aku pergi sana sini? Dan err... nak jadi bodyguard yang baik? WAHAHAHHAHA. Tapi Ashraf memang comel. Cepatlah membesar. Potensi kau ada di situ. WAKAKAKAK.
02
Tadi petang aku buat cerita kencang."Abah, abah kena hantar Ay ni. Barang banyak sangat. Tak larat nanti nak bawak naik hostel,"
Ibubapa pon kelamkabutlah bersiap nak hantar aku pergi UKM tukar bilik dan check in bilik. Tiba-tiba abah rasa tertipu."Tipu! Ni je barang? Memang cerita besar macam betul-betul je barang melambak. Saja tak boleh tengok abah senang,"
HAHAHA. Gelakkan abah!
Sebenarnya aku sangat malas drive. Aku pon buat ceritalah macam sangat desperate ja. Mesti dihantar oleh abah padahal cuma ada dua tiga barang ja. Tak kisahlah. Tapi petang tadi lepas solat Jumaat, parents teman aku pergi pindah room.
Yibbah! Aku dapat sebilik dengan Farah. Punya excitednya sampai aku hampir-hampir terjun tangga admin tadi. Punya excited nak call Farah tapi dia tak jawap call :( Besar wo bilik tu! Sangat jakun aku tengok bilik besar tersebut sebab tak sangka kolej miskin tersebut ada bilik besar. Apalagik, bukak night club lah kita Farah! AHAHAH. Step-up la malam-malam! Aik? Ehehe.
Tapi abang admin tu kepochi ar lu!
Nak apa?
Nak tukar bilik.
Eh mana boleh tukar bilik.
Boleh. Haritu dah mintak reserve dah. Kata boleh.
Eh? Mana boleh.
Boleh. Tak kan tak boleh! *aku nak mula berdrama dah kalau dia still kata tak boleh*
Jap tengok.
Dia pon selak-selak buku pendaftaran bilik. Tengok-tengok ada tanda bertulis 'JANGAN KACAU' dekat nombor bilik yang aku nak sangat tu. Maksudnya, dah reserve la. Farah yang reserve kan. Entah sapalah tulis 'Jangan Kacau' tu. Kelakar.Tengok. Dia kata JANGAN KACAU.
Ye la. Sebab untuk sayalah.
Awak pon jangan kacau bilik ni.
Aik?
AHAHA. Dah ditulis jangan kacau.
Maknanya boleh dikacau oleh saya.
Tak boleh dikacau.
Ihhhh *aku buat muka dah*
Ehehe. Jap.
Akhirnya dapat juga. Selain kepochi, dia poyo! Macam biasa. Bila aku dapat apa yang aku nak, aku mesti menunjukkan keterujaan aku secara automatik. Sampai mereka pon melihat aku secara pelik. Pedulik apa aku. Asalkan hati aku puaslah. Jangan kata tak boleh bila aku nak. Sebab kalau aku nak, aku nak lah! Tak dapat kot ni, aku buat kot tu. Janji dapat! AHAHAH. Ketua pembangkang la katakan :p Kalaulah abang tu tak nak bagi tadi, tahulah dia aku kerjakan. Macam-macam aku sanggup buat. Termasuklah mencurik tulis sendiri pendaftaran secara curik. Aik? Ihihihi. Puas hati. Puas! ahhahaha. Gila chika neh.
Aku tak nak rumet baru tahukah! Sebab aku sangat sukarlah memulakan kehidupan dengan orang yang baru dikenali. Ia akan memakan masa yang sangat lama. Silapsilap tak sempat kenal, dah abes semester. AAHHA. Macam yang sudah dikata, aku bukan friendly. Jadi sebelum aku menyusahkan orang lain dengan perangai kepala angin aku, lebih baik jangan berkenalan lah dengan siapasiapa.
Tak sabar hendak 'menduduki' bilik tersebut! Bluekkk!
03
Esok nak berjimba-jimba di kota metropolitan dengan Aizar. Lama tau tak keluar dengan dia. Sejak aku sangat sibuk neh, semua kawan-kawan sepermainan aku dah lupakan. Eeheh. Ahad pon nak jimba-jimba dengan Farah pulak. Oh tak sabar! Sabar lah Chika! Ketok kepala chika!
04
Balik studio nanti, confirm aku kena panggang macam ayam kampong yang disembelih secara samurai. Oleh Encik Ismar. Sebab aku lupa hantar soft copy assignment yang dimintaknya. Nahaslah aku. Kalau aku dipanggang nanti, engkau semua makanlah aku ok. AHAHA. Ampun, aduh ampun! Aku sangat lupa yang dia mintak softcopy tersebut. Padahal dia call aku sebelum pergi Johor lagi. Aku dah boleh bayangkan nanti macam mana dia bahankan aku. Err... mesti dipanggang punya. Kalau tak dipanggang, dia mesti salai aku. Menyorok menyorok! Menyorok dalam laci! Kalau Encik Ismar tanya manakah Nurul? Cakap Nurul cedera dibelasah sekumpulan kongsi gelap dari Taiwan. Barulah macam drama episod satu! Ok. Bagus. Kalau dia tak percaya, istighfar ja depan muka dia. Hembus-hembus surah Yunus dekat muka dia kasi hati dia lembut okeh.
05
Nak tahu kah sesuatu? Aku bukan paling obsess. Ada makhluk lain lagi obsess. Atas supervision aku, dia jadi begitu. Tapi dia macam overdose lah. Aku pon terkesima melihat efek tersebut. Sampai terkebil-kebil aku setiap kali masuk blog beliau. Sangat ekspress. Update lajulaju. Dahsyat malah lebih rock and roll. Aku rasa macam aku bertanggungjawaplah terhadap masalah teknikal yang berlaku tersebut. Dia sudah overdose kah? Sangat hebat mendadak kuasanya secara supersaiya. Beliaulah DIEYLA. Aku ajar dia sikit ja menjadi obsess, tapi dia overdose secara sendiri. Aku macam taknak bertanggungjawap. AHAHAHA. Dieyla, janganlah overdose okeh. Chika pon semacam bimbang di sini. Ehehehe. You rokenrol! :p
pukul 1.30 pagi dah.
o'no!
aku tidur lewat.
tak boleh tido lewat la chika!
nanti sistem tubuh badan wanita akan rosak!
aaaa.
pergi tido!
13 Congteng-conteng:
a'a la.. dah 1.57am. akak pun kena tedo la. tedo lewat nanti muka tak cantik. katanya..
ape neh anak dara tido lambat.
tp sgt kelakar la adik-adik i.
same je macam adik ngan abg i.
nak jadi bodyguard yg sgt bagos la kononnya.
konnonnya sgt protective la terhadap kakak dia.
haha~
lawak lah.
cube u pegi layan perasaan budak acap tu.
tgk macammana die punye meroyan.
wah macam best je. haha~
dah la name acap. tak suke la orang nama acap. asal ntah. suke-suke je hek.
tapi nnati tlg kem salam kat die ek.
kalau kak chika taknak.
kak dieyla nak.
wakakak~
*i pun baru menghasilkan lagi satu entry.haha~ crazy me!!*
adk-adik u la.
haha~
DIEYLA - i baru add-on content number 5. pasal you lah. ahahaha. overdose? :p ye la kan. mereka ni sgt protective. kita pon rasa sgt best ja macam puteri lindungan bulan. wallaweh. biar la mereka bersusah payah di situ menjadi bodigad kita akan bergembira saja semacam ladyboss. er? ehehe. u nak ka budak kecik tersebut? sgt muda i tak suka lelaki muda la. sebab hidup dia blom kukuh. ihihihi. nanti i pass kat you la okeh. tunggu okeh. :p
boleh pulak ek.
ha tu la u.
pandai sgt ajar i.
adoi.
haha~
sebenarnye i ni mmg obses.
tapi saje taknak tunjuk.
=P
xperlu risau.
tp i mmg dah overdose.
ubat apekah yang hebat sgt tuh?
sape nak try?
sile dapatkan di kaunter no 3 okeh.
sgt baguss. jaga kakak. dah mcm diorg jaga adik lak.
okla chica, kaktun nk mem-blah kan diri dr dunia maya. kaktun balik nanti pasti daku akan marathon blog chica.
enjoy ur 3rd sem! ;)
klo akak tanak acap,
bgik aisya lerw ;p
opps...telebih sudah..hahahha
bgus la rmai bodyguard
org cntik cm awk mmg kna rmai body guard ;)
eh jap? tajuk tiada kaitan ngan entry kan? ke ko nak kaitkan diri anda dengan alicia keys? tak cukupkah kaitan cik chika dengan angelina jolie?
kenapa cam tak pat g je sok ni....waaaa...cam byk kerjaan je....! ah! nak g gak!!!
hehe..
tah kenapa ajat pn x ske org nm acap.
agaknye sbb penah ade bf nm acap yg jht sekejap.
hehe..
tp bdk kecik mmg comel.
cuma x mampu nk menyara hidup org dewasa je.
reject2 =)
Post a Comment