YouTube-ing Aku Stacy by Stacy.
Seperti sangat lapangkah Jumaat ku tanpa kerjaan? Bersantai di kaki lima umpama dewa dewi menikmati wireless percuma. Aku dan Guan. Berdua di sini setelah Fafa mengambil keputusan untuk pulang ke bilik membuat kerjaan 3D. Baguslah dia pulang ke sana kerna aku pon semakin muak melihat 3D bumbungnya yang tidak siap-siap. AHAHAHAH.
Petang nanti setelah puas ber-swimming aku dan Fafa akan pulang ke rumah masing-masing. Ibuku sudah menghubungi, memberi arahan supaya ku pulang minggu ini kerna beliau mempunyai agenda yang ingin dilakukan secara ibu dan anak. Oh lihatlah bahasaku sangat klasikal bukan? Inilah artinya aku memang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia yang asli. Sangat Melayu dan sedikit klasik. Alahai, aku Melayu klasik. Sangat meyampahkan pengakuan ini. Ekekekekeke.
Woh! Semalam membuat working drawing secara lajulaju macam halilintar. Sarah lah tu takutkan aku. Di tengah-tengah ruang legar fakulti yang sangat bergema umpama gua batu ini ... beliau berteriakan.. "Nurul! Baik kau hantar je skang working drawing! Puan kata, kalau lambat lagi banyak dia tolak markah!Tak complete pon ,"
Makk! Aku pon apalagi, teruslah sumbat semua drawing masuk title block. Nasib baik si Ikmal (abang office) ni sangat sporting. Dia je budak office yang sanggup layn budak studio ni walaupon terpaksa tunggu sampai malam buat printing. Sangat baik tau Ikmal ni. Tak macam si Fat**. Dah la buat masalah dengan Teddy Bear. Lepas tu muka nak garang. Macam best je muka dia tu kan. Aik? Apakah masalahku dengan beliau? Tak ada. AHAHAHA.
Aku ingat buat working drawing neh remeh ja. Rupa-rupanya masak jugak nak siapkan. Patutlah semua muka histeria ja. Aku rasa sangat sukarlah mengharungi short sem neh.
Ini semua nak dibuat dalam tempoh kurang dari 2 bulan. Sakit jiwa bila aku fikir sebab tu aku tak da fikir. Aku enjoy ja walaupon sebenarnya aku sangat cuak. Ih ih ih!
Macam kesian pon ada tengok junior. Preparation nak pergi workshop macam tak berapa berjalan. Atau running terlalu slow. Banner semua tak siap. Padahal kami dulu masa nak pergi workshop, macam budak gila siang malam buat preparation. Buat banner pon secara extreme. Kamikan gila banner. kalau boleh, banner-banner school lain pon kami nak rembat. AHAHAHHA. Nak tolong junior, tapi kami kena tolong diri kami sendiri dulu :(
Ih. Guan ni jahat tahu! Dia tak puas hati dekat one of our senior ni. Err... bukan semua kah tak suka si senior tu? AHAHAH. Lagilah pulak senior ni kasut dia berbunyi secara 'makcik-makcik' yang merasakan diri sangat 'profesional'. Abeslah tergelak di sini aku dibuatnya dengan mulut si guan ni. Siap dengan aksi ok dia ejek senior kami ni. Oh Farah! Tolonglah aku tak larat lah dengan Guan ni. Amboi mulut hang! Sangat jahat. Tapi macam sangat kelakar sebab senior ni memang macam bagus ja. Muka nak serius selama 25 jam sehari. Macam bagus. Konon2 junior kena respect dia. Eh, boleh blah!
1 Congteng-conteng:
3D bumbung aku tu...mana nak siap, buat satu line, pastu bergolek konon bingung tatau setel camne...wa punya building tech manyak lemah lo! ayo!
ye la...ye la..... kang aku siap kan secara laju bumbung tuuu.....
Post a Comment