Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, May 30, 2008

Hot Temper

Lagi-lagi demam. Selepas selamat eat my makan (alamak, terdinner ya ampun!) disuruhnya aku makan ubat-ubat. Kepala aku punya pening. Di dalam mulut ini ada ulcer sebanyak satu. Tapi saiznya semacam besar. Sangat sukar untuk aku berbicara apatah lagi berketawa macam orang kaya. Err... tapi bukah aku kah tadi yang berteriak sebanyak dua kali di Danau sambil berhooray tanpa malu! Wah. Manakah ulcer waktu itu? Punya excited sampai terlupakah punya ulcer di dalam mulut itu? *roll your eyes on me*


Mula-mula.

Si F : Hujan macam dah stop neh!
Si N : Yeay!

Dush! Dipukulnya tubuhku yang tak berapa stabil ini dengan tangan kanannya. Wah, gurau kasar nampak! Aku pon kenapakah beriaksi begitu? Padahal di situ terdapat sebuah keluarga yang anaknya gemar membuka warung kopi di dalam pool. Abis semua makanan nak dibawanya masuk pool. Apa engkau ingat ini cafetaria kah?


Lepas tu.

Kami belajar diving. Good job, Chika! Sekejap saja sudah belajar dengan baik. Aku pon seperti biasa. Mempamerkan sikap aku yang hakiki tersebut.

"Hooray!"

Aku jeritlah seperti anak tarzan. Sambil tangan-tangan ini secara automatiknya ternaik sama. Sangat salah tindakan tersebut. Mendatangkan malu. Kan sudah kukatakan bahawa aku seorang yang mudah teruja dan seorang fanatik atau extremist atau pelampau atau melampau.


Petang tadi belajar diving bersama dia. Dia menjadi cikgu. Tapi dia kata aku sangat sombong hari ni secara tiba-tiba setelah lama tak berswimming sama. Dia kata aku sangat sombong. Dan dia kata semacam ajaib juga aku sudah pandai melakukan aksi renang secara cepat. Dituduhnya aku akan cepat belajar tanpa kehadiran dia dalam hidup aku. Aik? Bukankah lain macam bunyinya? Bukan sombonglah. Aku belajar dan lepas tu aku praktis secara sendiri. Biar dia menumpukan kepada Si Fafa yang sangat pandai Doggy Style (Aik! Gedix dengan Guan kata jangan cakap macam ni sebab sangat lucah) Ini bukan pornografi. Aku kan tengah bercakap tentang Sukan Renang. Padahal fikiran aku sangat tulus secara lurus tapi mereka yang cuba cemarkan. Aku tak faham betul sikap orang dewasa terlebih ilmu ni. AHAHAHAH. Baiklah, aku istilahkannya sebagai Stail Anjing. Sangat anjing bukan bunyinya? Sebab itu aku tak berapa sanggup menyebutnya di dalam bahasa Melayu sebab semacam satu penghinaan. Kau pilih. Nak bergurau kasar atau nak penghinaaan? Apakah yang cuba aku tulis ini? Aku peninglah. Sekejaplah aku berlari setempat dulu membakar kalori.





Macam ni. Kami belajar diving. Sangat syok menyelam sampai mencecah lantai. Dan menggerakkan badan, kaki, tangan dan apa-apa anggota lain yang tidak disenaraikan secara duyung. Little Mermaid. Yang mempunyai suara merdu itu tetapi diberikan dua pilihan. Mahu berkaki atau mahukan suara yang merdu? Kesian Little Mermaid. Kalau aku disuruh membuat pilihan, aku akan memilih suara yang merdu sebab aku sudah punya kaki! AHAHA. Gelakkan Little Mermaid! Err... kita bercakap tentang apa tadi?


Oh. Aku sebenarnya malas mahu tulis lagi tentang swimming petang tadi. Sebab nanti engkau semua pon akan berkata macam ni "Hek eleh Chika. Asyik cerita swim je! Ceritalah benda lain pulak! Tak da life betul budak ni!" Dan ini akan terjadi dalam dua cara. Samada engkau akan bercakap secara kuat ataupon merungut di dalam hati. Padahal aku memang tengah obsess ni. Itulah. Jangan diajar aku ni buat sesuatu. Aku bukan saja akan belajar, malah akan obsess dan ketagihan. Extremist la katakan tadi.





Ini ada satu cerita suam iaitu tak berapa panaslah. Aku semacam sangat bosan dengan nuruloveme. Apakan kata jika aku menukarkannya secara tiba-tiba. Dan engkau semua pon tak tahu. Wah. Thrill! Sangat padan muka. Padan muka siapakah? Siapa makan cili, dialah yang terasa cilinya. AHAHAHA. Aku kan sudah kata. Aku bagi masuk sini. Duduk diam-diamlah. Jangan mengapa-apakan aku. Nanti aku pon berasa sakit hati, aku pon akan membalas dendam. Bukankah kesannya sangat negatif? Kita buat deal lah ok. Engkau baca dan baca dan baca. Aku tulis dan tulis dan tulis. Engkau komen dan komen dan komen. Kalau aku benci komen kau, aku delete dan delete dan delete. Bukankah sangat mudah?


Blog ni cuma berbaki 8 kekosongan saja. Bukan banyak pon. 8 saja. Ini sangat menguatkan alasan aku untuk menolak kau get out dan replace dengan orang lain yang sedang histeria menunggu untuk diinvite. Sangat kesian tapi semacam waswas saja dengan mereka itu. Alah, bukan ada apa pon di dalam neh. Aku bukan suka bagi hadiah misteri untuk readers ke 10 000 atau ke 20 000 atau berapa ribu pon. Atau bukannya ada peraduan teka dan menang di sini. Cabutan bertuah apatah lagi. Sangat tak ada apa di sini. AHAHAH.


Kepada semua readers yang comel-comel dan tak membuat masalah, sangat thank you. Aku tahu engkau smeua huru hara di sini aku tak da kisah pon. Kata nak belasah aku lah, nak cubit aku lah, nak ketok aku lah, nak tikam aku pon ada. Wah. Gurau kasar. Biarlah gurau kasar asalkan tak menggegarkan sistem saraf aku. AHAHAHAHA. Sorry aku tak berapa bersosial di sana sini ke blog-blog sebab kehidupan sangat terhad ketika ini. Lagipon bukankah sangat tenang blog kau semua tanpa wujudnya komen-komen aku sangat memakan hati itu? Ekekeke.


Siapa ada masalah dengan aku? Sangat kesian. Sebab aku tak da masalah dengan kau. Bila aku tak bermasalah dengan kau, maknanya kau memang tak da dalam sudut tumpu pandangan aku. AHAHHA. Kesian.... Tahukah aku sedang marah neh? Tapi entry ni bila dibaca tak berbunyi kemarahan kan? Penggunaan ayat yang kurang tepat. Dan mungkin kurang tanda seru.


By the way. Selain benci short form yang digunakan secara melampau, aku juga sangat benci blog yang ditulis dengan menggunakan terlalu banyak tanda seru. Ini bloglah. Nak menjerit pergi naik Puncak Himalaya sana. Jeritlah. Sampai 80 harkat pon tak pa. Atau nak jerit sebanyak 800 tanda seru pon tak pa.


Kan aku dah kata. Entry ditulis secara marah. Kan dah keluar semua komplen dan penghinaan. Baik jangan ditulis lagi. Sepatutnya tengah marah jangan menulis entry. Nanti berbunyi sangat biadap. Tengah marah sebaiknya pergi beryoga. AHAHAHA. Apsal? Tak puas hati? Do drop comment. Sertakan link sekali atau email untuk dihubungi. Anonymous adalah rubbish.



 

10 Congteng-conteng:

Blogger pphoenix conteng...
sayakah antara readers comel itu?

tp skrg muka dh tak berapa comel sebab kurang tdo design mechanism nk submit besok

arghhh~~~
12:54 AM  
Blogger fara-D conteng...
saya pon nak mahir swim dasar kolam jugak weh! pastu nnt g blaja diving plak...pastu leh la masok laut! wah! terlebih sudah!
7:27 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
PPHOENIX - oh sangat comel :p

FARAH - wa. neh da mmg lebey neh. laut aku tak mau!
10:07 AM  
Blogger IamYonna conteng...
hahha..
blog sape la byk tanda seru tu eh :p
mesti org tu sgt mrh..
btw,
ari ni swim lagik ke?
ngeh2..
jgn demam lagik sudah ok chika comel :p
11:42 AM  
Blogger cepotet conteng...
wah, terlebih sudah. dah pandai diving sekarang. adakah kerna swimming suit baru atau ini satu peningkatan untuk short sem dik?

tapi swimming memang sangat bagus!
1:32 PM  
Blogger fara-D conteng...
da da! jangan caya si chika diving weh! over la chika ni... chika! ko blaja swimming dasar ja...apa diving2 bagai?! nak diving2 kena ada lesen wo!

*huhu....*
1:54 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aku tak cakap pon diving di dasar laut. mereka pon tau aku swim di pool. atau ada yg tak faham2 kah? sgt fail betullah mental function kalau tak faham2 aku swim di pool. ahahaha. aku mentranslate diving as menyelam ke dasar. ia masih disebut diving. atau mungkin ada perkataan lain aku tak tahu pulak. yg penting, aku mmg nak membuat latihan pernafasan secara ekstrim supaya boleh berenang dasar dgn lebih lama. mak semput nok...
2:28 PM  
Blogger fara-D conteng...
haha! tapi siyes aku salute ko! hebat hebat! jeles neh! kang kasik tuition diving itu sam aku ek!
6:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
wa malulah i :p
7:06 PM  
Blogger azzah husna conteng...
hye chika..cute sgt nama u tu..anyway nice blog, 1st time masuk terus terpaut..have a good day..and congrats..
4:39 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."