Bosan.
Bila bosan, macam-macam benda difikirkan dalam kepala. Melakukan perkara-perkara makruhlah. Ajak Farah ke Alamanda? Menikmati Waffle Stop? Pujuk Ainul ke Mines? Merayap secara anti graviti di sana? Sementara menunggu petang. Atau pergi National Library? Oh tidak! Tapi aku taknak kacau Farahlah. Biar dia buat kerjaannya dan aku berbosan-bosan di sini.
Tadikan kami naik office jumpa Puan. Ayat bukan sikit punya lembutlah pujuk hati beliau kasi sejuk. Sebabnya semalam terlambat hantar assignment. Plotter ar! Lambat terhegeh-hegeh. Aku rasa Ikmal kena tendang plotter tu sekali seumur hiduplah. Baru okey sikit kot. Ink pon keluar secara romantisnya sampai sangat tersembul mata nak tengok line yang bergelimpangan di atas paper. Diharap dengan penukaran ketua jabatan yang baru ini, JSB akan mendapat lagi banyak plotter. Dan err kalau boleh, bagilah kami duit tajaan tanpa sebab. AHAHAHA. Nasib baiklah bukan si Nasri tu jadi ketua jabatan. Kalau tak, matilah aku. Abes rentung dibakarnya kereta aku di luar sana. Aku tak tahulah sampai bilakah dia akan sangat bencikan aku padahal aku sangat sayangkan dia. Yucks! Jijik gila. Tengok kereta dia pon aku dah berdarah hidung. AHAHAHAH.
Tadikan, Puan Akmal puji baju aku. Dia kata baju aku sangat cute. Sudah dua kali dia puji baju aku. AHAHAHA. Puan, this is fashion architecture. WAHAHAHA. Dengar dek Prof neh, kena panggang aku macam itek pangganglah. Nyum nyum. Ehehe. Ketika itu, disuruhnya aku berdiri di hadapannya sambil dia membelek-belek hujung baju aku. Aku pon tak sedar yang aku berasa malu. Sebab aku tak tahu aku malu ka tak. Aik. AHAHAH. Tapi Kak Mun kata ... "dah merah da muka Nurul tu. Dia malu," AHAHAHAHA. Maknanya aku memang malulah diperlakukan sebegitu. Sangat bodohlah muka neh memerah pulak. Sangat tak cool ja bila muka merah kerana malu. Sepatutnya walaupon malu harus bertenang saja. Barulah nampak bergaya. Merah-merah... apa best!
Sekarang pon sedang terblushingblushing neh. Apalah Arab depan neh main tengok-tengok. Tak solat Jumaat ka? Dah la ponteng solat, engkau main mata pulak di sini. Hey, Pak Arab! Walaupon muka aku macam monster sangat hebatlah konon, tapi aku tak boleh tahanlah perasaan malu. Sangat malu ditengok semacam tu. Pergi solatlah! Pergi! Satu, berdosa besar lelaki meninggalkan solat Jumaat. Dua, berdosa besarlah melihat perempuan yang bukan muhrim secara tenungan anak mata. Aik? Ini usrah lah. AHAHAHA. Aku malu betullah dibuatnya dek Arab-arab neh. Tengok misai dia pon aku dah seriau satu badan. Aku tak suka lelaki bermisailah. WAHAHAHA. Pergi shave sana!
Semalam ada orang ajar aku cara-cara senyum. Ewah, macam bagus nampak. Padahal dia penjual air saja. Dia kata kalau aku tak senyum jugak, dia taknak bagi air. Macam aku kempunan sangat ja air dia. Ni dah kali ke lapan juta orang-orang macam bagus ajar aku cara-cara senyum. Suka akulah nak senyum ka tak. Aku memang secara lahiriahnya bukan kaki senyum nak buat macam mana. Dulu dekat LRT station pon ada orang suruh aku senyum. Dia kata hari-hari tengok muka aku serius ja. Apakah kerjaan yang aku kejar secara seius itu? Aku kata takda kejar apa cuma aku memang tak suka senyum secara random atau senyum merata-rata. AHAHAHA. Sukahati akulah! Lepas tu semalam, sebelum dia pass air kepada aku, dia suruh aku senyum lagi. Aku terus blah! Akhirnya si penjual air datang dan hantarkan air sambil kata yang dia sangat jarang tengok muka aku senyum.
"Muka sombong sangat. Kalau senyum pasti kurang sombongnya," Sebelum berambus sempat dia sound aku. Tak guna punya penjual air. Suka hati engkaulah. Macam aku heran ja orang kata muka aku sombong. Dari aku baby lah semua orang dah kata macam tu. Mak aku kata, dari kecik pon memang muka aku macam tu. Dan sangat sukar bergaul dengan orang sebab aku tak suka berkawan secara sembarangan. Dululah. Sekarang neh aku tengok, kawan-kawan aku dah macam-macam jenis orang. Dari yang baik sampai yang jelik pon ada. Yang gatal tak sudah pon ada. Bila dia dah buat hal belakang kita, dia baiklah dengan kita. Kalau tak, kita tanya pon dia tammo jawap. Macam-macam. Lagi baik sombong dari gatal. Shoot kepala dia!
2 Congteng-conteng:
ahaha! penjual air mana yang sound ko tak reti senyum tuh? sebok je ek...
alala....malu-malu kunun....chomel nyer.....
ala, yg gatal tu... mm... tah la. malas cakap pasal dia. aku mmg bengang ja ngan dia. padahal kdg2 aku ok ja. tp dia plak buat muka macam lawa tu. lempang kang mampos.
Post a Comment