Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, June 05, 2008

London Bridge is Falling Down

Malam semalam, aku kejatuhan.

Kaki kananku terseliuh.

Kaki kiri hilang kawalan dan landing ke dalam sebuah longkang . Malangnya longkang tersebut berair. Maka sangat gelilah. Habis hujung jeans basah.

Disebabkan kesakitan kerna terseliuh itu umpama terputus kaki sakitnya, aku terus terdiam selama beberapa saat sebelum menjerit kesakitan. Sangat sakit. Sampai aku tidak berani melakukan pergerakan ketika itu. Aku pon umpama sebuah patung Liberty memegang obor yang terkaku di tepi longkang.

Err… sukarlah untuk diceritakan secara detail. Kerna aku berasa sangat malu atas kejadian yang menimpa. Engkau gelaklah tu bukan? Siapa menggelakkan, pastilah ia umpama sebuah peribahasa … ada ubi ada batas. HAHA. Ada hari, Tuhan balas. HAHA. Huk, pasti sudah takda berketawa ria lagi bukan? Tahu pon takut.

Rakan sebilik sangat perihatin. Beliau pon bertindak pada mulanya sebagai agen penyelamat. Memapah aku naik ke bilik. Kemudian beliau bertukar menjadi seorang pakar tulang. Menasihati supaya aku jangan bergerak dan diamlah! Kemudiannya bertukar! Beliau akhirnya keluar di tengah pekat malam mencari bandage/ kain/ apa-tah-nama-kain-lilit-tersebut. Aku diwarning supaya jangan bergerak-gerak. Aku pon berdiam-diamlah di atas katil umpama err… patung Liberty memegang obor tadi. Sekembalinya rakan sebilik, beliau menjadi seorang nurse pulak. Dibalutnya kaki saiz 4 tersebut dengan sebuah kain berwarna coklat. Sangat kesian kaki tersebut. Buat kali pertamanya dibalut semacam tu.

Kemudian aku pon tidur sambil memakai sebelah stokin. Sebelah sahaja.

Pagi ini. Jam 4.30 pagi sudah bangun membelek kaki yang cedera itu. Bila ditengok-tengok secara baik, kaki tersebu nampak gagah pulak. Err… Nampak semacam sebuah kaki yang sangat rock. Sebab berbalutlah! Macam kaki seorang pemain bola sepak liga English yang injured. Padahal ini sebuah kejadian jatuh yang menimpa seorang remaja yang sibuk membawa tiga botol mineral water dari 7E di waktu malam. HAHA.

Aku cedera.

Marilah datang melawat.

Bawalah 10 bijik epal hijau yang rangup.

Dan apa-apalah buah tangan. Alah. Macam yang dilakukan ketika melawat orang sakitlah. Err… Chika sihat? HAHA. Chika cederalah. HAHA. Tapi parents takda tahu. Nanti abah akan ungkit kejadian silamlah. Aku sangat malas mengenang kejadian di suatu oetang yang damai, di kolam ikan, di Kolej Matrikulasi Johor.

Sudah!

Aku nak menulis tesis.





edit.
bangun dari tidur pagi tadi, aku menataplah kaki yang macam rock ini. Nampak semakin comellah kaki aku bila dibalut-balut menggunakan kain panjang tersebut. Gaya seperti seorang pesakit. Lagi real kalau aku berada di wad lah. HAHA. Aku membuka balutan dan terserlah kaki saiz s tersebut. Nampak pucat. Mungkin kaki tersebut sangat lemas dibalut semacam mummia. Tapi aku gembiralah. kerna kesan terseliuh sudah baik. Sudah tak da sakit dan penting tak da bengkak.

Selepas mandi yang sangat lama itu, aku marathon membuat tesis kerna mahu jumpa Prof. (supervisor tesis aku) pukul 10.30 am. Bukan senang okeh berjumpa beliau. Sangat sibuk ke sana ke sini umpama burunglah beliau. Aku pon pelik kenapakah beliau sangat sibuk. Bukanlah lecturer kena selalu ada bersedia untuk students?

Jumpa prof.
Macam biasa.
Kahwin.
Dia pantang nampak muka aku, pasti akan menyebut perkataan kahwin at least sekali. Tapi pagi tadi dia menyebut sebanyak tiga kali. Aku sangat ak fahamlah kenapakah dengan dia. HAHA

Nurul, u buat tesis u cepat-cepat. Siapkan cepat, submit on 26th. Saya tengok contents you dah ok dah ni. Tapi buat cepat tau. Kamu nak grad cepat kan? Nak kawen cepat kan? Ha... nak kawen kan?

Ih, Prof ni!

HAHA. Siap tesis cepat, boleh kawen lepas tu.

Apa-apalah, Prof.


Dan sebelum beliau membuka cerita tentang majlis kawen, kendui kawen mahupon apa-apa lagi yang berkaitan kahwen lebih baik aku mengangkat diri dari office tersebut. HAHA.

Sekarang dalam studio. Secara solo. Aku ingatkan ada class rupa-rupanya takda. Aih. Aku malas pergi Penang lah :(




p/s : sana sini pon cerita minyaklah. memanglah harga naik. yang nak terkejut monkey sangat kenapakah? macam baru menjadi warganegara lah korang neh. bukankah sepatutnya sudah immune? bukan kau kah yang mengundi 'naikkan harga minyak dan barang' pada pilihan raya yang lepas? kenapa bising? err... mungkin kau tak undi perkara 'magik' tersebut. tapi nak buat macam mana. memang majoriti sukalah. sekarang jangan histeria sangatlah okeh. lainkali otak kasi up sikitlah. sikit pon tak pe. bukan aku tak da kisah naik minyak. tak perasankah ayat neh semacam marah? err.. susah cakaplah. tapi pikirlah macam mana tank kereta aku? tapi bukan aku isi minyak pon. pasti parents bertambah sukarlah. aih. oh ya. sangat selonok bukan negara kita neh? selonok kan? kan? cermerlang, gemilang, terbilang.
 

13 Congteng-conteng:

Blogger Masy conteng...
sgt baiklah itu rumet.
12:53 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye. beliau sangat baik. sanggup keluar malam mencarik kain ajaib tersebut...
12:57 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
adus.. kejatuhan pulak si chika ini. Baru saja rasanya memberi frasa bagai aur dengan tebing, tengok2 sudah jatuh di tebing longkang. Lebih hebat kerana kamu jatuh di tebing longkang berair.
1:11 PM  
Blogger IamYonna conteng...
hahah..
mcm liberty pegang obor :))
cant imagine ur face la dear :p
ngeh2..
naseb baik ada kain ajaib itu!
tgk chika cumel..
si bob langsung tidak menolong kamu :p hahaha..

btw,
chika...
kat ukm ke?
hee..
actually yang nk mintak tolong tu..
nk mintak tolong chika buatkan layout.
sangatlah jatuh hati dengan semua layout n pic2 yang dah chika edit..
but not now la..
after u finish all ur thesis ok :)
sorry susahkan..
err jangan mintak tolong si bob ok :p haha..
its ok dear..
x penting pun..
lambat pun xpe ok :)
1:15 PM  
Blogger cepotet conteng...
siannya. sakit tak adik? kalau akak, kompem dah menangis melalak lalak. malu tu blakang kira. huhuhu..

sebenarnya, nangis tu utk tutup malu la kan. hikhik.

baiknya farah. untung chika tau.

gi penang bila yang? brape harikah?
1:18 PM  
Blogger fara-D conteng...
haha! aku nak gelak sebenarnya. sangat comel la ko jatoh! haha!
tapi sebab tengok ko kesakitan, kena terus tak jadik ketawa.cuak aku, nasib tak tersembam muka tu!!
xpe, ko nak sumpah aku ketawa kan ko pon xpe, sbb aku mmg da bese digelakkan oleh ramai orang sebab terseliuh camtu. kat ukm je ada gak 2 kali; 1st year masa volleyball, and last year, 1 hari sebelum ke bandung tu!


ahaha! prof sangat suka nyakat ko!poyo je!
1:37 PM  
Blogger ajathajar conteng...
get well soon!
sehat cepat bole kawen lps tu.
hehe..
3:15 PM  
Blogger 13may conteng...
meh aku jampi sikit kaki tuh...

meh la..meh..

hehhe >:)
5:57 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
rumet ko sgt baik dan hebat.. aku jeles sama ko.. aku tak penah dpt rumet begitu.. aku sgt menginginkan nya.. adakah beliau sanggup menjadi rumet aku? itu pon lepas beliau setelkan tesis dan grad... hahahahaha

P/s: negara kite sbnrnye cemerlang dan gemilang kerana mempunyai perdana menteri yg kuat TEMBERANG! Yeah! Cemerlang, Gemilang dan TEMBERANG!
12:08 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
aik, falling downkah? bukankah sekadar rotate kah?

patut buat osnaps sket nei untuk conform dia. gagaga :p

opposite corner, 176 found. err, may be 167. hahahahha.
1:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
scifisky senget.
errr... rotate bukan lagi dahsyat ke?
falling down la.


london bridge is falling down falling down falling down.

senget!
:p
1:46 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
alahai adik..cian dia kaki terseliuh.dah ok lum ni?
2:49 PM  
Blogger Dieyla conteng...
lol.
menjatuh pulak dia.
hakhak~

nak gelak jugak.
tak takot pun.
=P
11:05 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."