Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, June 02, 2008

Milo 3 in 1

01.
Pagi tadi bapaku bawak keretaku yang antara gagah dan princess itu pergi service. Harapkan aku service, tunggulah bulan bertanduk dua. Habis semualah diservice supaya keselamatan anaknya ketika memandu nanti terjamin. Eheh.

Balik-balik saja, abah pon bising mengadu kepada ibuku.

"Entah apa-apa je anak perempuan awak tu. Saya pasang cd dalam kereta dia, semua lagu cina yang keluar. Tukar-tukar, cina! Tukar-tukar, cina! Haih.." sambil menggelengkan kepala.

"Dah dia suka cina," kata mak aku. Ayah aku pon semacam terkesima tapi tak mengajukan soalan seterusnya. AHAHAHA

Aik? Gurau kasar nampak mak aku neh. Aku tiada di tempat kejadian. Tapi ini diceritakan kembali oleh ma kepada aku. Kami pon ketawalah secara ibu dan anak. Mesti ayah aku semacam peliklah dari manakah anaknya mendapat pendidikan mandarin. HAHAHA. Nak buat macam mana, Jay Chou dengan Lee Hom macam sangat best. Itu sebenarnya cd yang baru aku beli dua hari lepas. HAHAHAHA.



02.
Ada kejadian mencuri dalam studio pulak. Kasihan shida lah. Laptop, kamera dengan sebuah bag habis dirembatnya. Sangat miskinlah orang tersebut mencurik harta orang lain. Tapi ini bukan kejadian pertama yang berlaku. Macam dah banyak kali. Bukankah pernah hilang PC, hilang TV pon pernah kalau tak silap aku. Err.. Ainul dengan senior pon pernah hilang motor. Aku? Aku selalu hilang mood saja. Ehehehe.


03.
Malam semalam menonton Illusion dekat Astro dengan abah. Aku tak tahu sudah berapa kali abah tengok tapi beliau memang sangat suka filem-filem yang harus berfikir panjanglah. Aku pon tak berapa faham. Tapi ayah aku memang peminat sejati cowboy. Kadang-kadang aku pon pening bila terpaksa menonton cowboy. Sangat sunyi sepi tapi secara tiba-tiba akan muncul adegan tembak menembak. Woh. Kejutan jantung. Dan beliau sangat suka juga terhadap filem ganas beradegan tembak menembak, perang! Kadang-kadang aku rasa macam speaker nak pecah dibuatnya. Tapi semua kaum lelaki dalam rumah ni akan tengok bersama-sama. Aku dan ibu pon akan naik ke atas mencarik sinetron. Alahai, perempuan...


Illusion. Memang best jugaklah jalan cerita dia. tapi sangat pening. Aku pon sampai tak faham. Nasib baiklah abah sangat sabar menerangkan secara terperinci. Kalau abah ajak tengok DVD bersama-sama aku mesti tanya banyak kali cerita apakah. Sebab abah sangat suka menonton filem yang terlalu enigma. Yang sangat sukar difahami. Lepas tu aku pon akan dituduh.... tak berfikiran mendalam. Sebab itu aku suka tengok sinetron lah. Bukankah sangat mudah. Dan err... banyak cowok lagik. AHAHAHA.


Tapi kami memang peminat filem Rambo.


Tahukah antara filem yang aku sanggop tengok banyak kali dan aku sanggup bersengkang mata tak payah tidur pon tak apa ialah filem apa? Ada dua. Iaitu Jackie Chan; Police Story dan Jet Li ; The Bodyguard From Beijing. Dari keciklah aku suka filem-filem ni. Sebab tu janganlah TV3 atau Astro cuba menayangkan Police Story. Nanti aku pon akan histeria. Walaupon aku ada simpan VCD tapi nak tengok jugak. AHAHA. Police Story. Best wo.
 

5 Congteng-conteng:

Blogger {Lila} conteng...
Waahh ada VCD Police story ka?
Pinjam..heh.
6:25 PM  
Blogger Cinoi Lavigne conteng...
waa...into chinese eh??
7:26 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
LILA - Lila! missing u dear :p tapi dah lama sangat la vcd tu. nama pon vcd kan. ahahaha. sekarangkan zaman dvd. ehehe.


CINOI - Cinoi, how ru? tengah intern kan? if im not mistaken. err... into chinese .. me? ahaha. i kan universal. eheeh :p
7:31 PM  
Blogger Cinoi Lavigne conteng...
i'm ok...yup..tgh intern...hehehe...
8:23 AM  
Blogger kdee conteng...
ohoho..bodyguard from beijing mmg sgt best.tp ending die sgt la buruk..huhu
5:38 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."