Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, June 01, 2008

Sense Of Humor

Baru sudah solat maghrib. Jam 7pm - 8pm akan menjadi zon senyap dalam rumah. Tiada siapa pon berani bersuara mahupun bergurau senda. Bergadoh apatah lagi. Zon senyap. Zon semua orang sibuk mahu mandi, sibuk berpusu masuk bilik sembahyang, dan bersedia atas sejadah tunggu abah mengimamkan solat. Tapi ada orang suka main kotor. Dia akan solat cepat-cepat sebab tak mahu jemaah. Alasan, nak cepat. Errr ... kadang-kadang aku pon sama. Err .. macam hari ni lah. Err ... kami memang pandai mengundang marah abah. AAHAHA.



Kahwin.
Sana sini orang kahwin. Orang kahwin di sana sini.Sana sini sana sini,kahwin lagi. Asyik kahwin, kahwin, kahwin. Cuti sekolah je, kahwin. Oh, Dira pon berkahwin pada hari ini. Selamat Pengantin Baru kepada Dira. Pagi-pagi tadi, sms dari Kakak Artifact err... Kak Ju telah mengejutkan tidur aku. Kak Ju tanya adakah aku akan datang ke majlis Dira. Aik? Aku pon bertanya kembali bilakah majlis Dira? Aik? Hari ini! Huks, pengantin tersebut tidak menjemput Chika lah :( Ekekekeke. Gurau saja. Jadi, tak dapatlah Chika berjumpa Kakak Artifact. TAk apalah. LAin waktu kita buat carigali arkeologi lagilah okeh.


Ataupon mungkin kita berjumpa semasa majlis kahwin yang lain. Kahwin siapakah? Mestilah bukan Kakak Artifact tersebut sebab beliau sudah pon berkahwin. Bila sudah berkahwin, tidak boleh berkahwin lagi. Jadi hanya boleh meghadiri majlis kahwin sahaja. Chika ni ha yang masih jomblo. Belum berkahwin, dan sangat jarang menghadiri majlis kahwin. AHAHA. Siapa yang mahu sangat berjumpa chika, apakan kata kita berjumpa di hari perkahwinan Chika nantilah okeh. Sangat mudah. Jumpa secara beramai-ramai pada waktu yang serentak. AHAHAHA. Chika cuba sedaya upaya. Supaya tarikh pertemuan kita itu menjadi secepat mungkin. Aik aik? AHAHAHA.


Pada waktu petang, Aizar sms memberitahu pertunangan Nadia. Huh? Nadia mahu bertunang sudah? Dengan siapakah?! Bukankah sangat best bertunang. Bilakah aku akan bertunang neh. Bukankah sangat seronok bertunangan? Mendapat sebentuk cincin lagi. Tapi aku tak mahu gold 916 lah. Aku mahu Tiffany & Co platinum. At least lah. Thomas Sabo charm bracelet pon boleh. Wah. Melampau neh!

Tapi macam tak berapa gereklah bertunang bersama sebentuk cincin. Sangat tipikal. Lagipon cincin terlalu kecillah sangat sukar di-detect oleh orang lain samada perempuan tersebut taken atau pon tidak. AHAHAHA. Alsan tidak berasa sedap. Err... aku harap para pembaca mempunyai sense of humor yang tinggi. Sedarkah bahawa aku sedang berjenaka neh? Nanti dituduhnya aku pisau cukur. Atau mata duitan. Padahal aku pedulik apa harta kau! Orang kurang sense of humor memang manusia yang tak berapa baik sistem otak dialah. Dia sepatutnya janganlah hidup dalam komuniti ini. Ada baiknya dia menganggotai masyarakat Spartan. AHAHA.


Bila aku buat ja shoutout 'extreme' sikit dekat friendster, adalah mesej-mesej murahan menghentam inbox. Mereka pon tuduh-tuduh aku mengapakah sangat mata duitan. Dan mula membagi usrah kepada aku bahawa cinta yang sejati tidak mengenal harta. Hek eleh lu! Poyo ar. Inilah yang aku maksudkan manusia yang kurang sense of humor. Bukankah menjelikkan? Padahal aku mana ada serius tentang shoutout tersebut. Sampai ada yang menghantar tazkirah panjang lebar pon ada. Sebenarnya dia cuba mempromosikan diri dia sendiri. Iaitu cuba meyakinkan aku bahawa dia tak ada harta tapi dia memiliki ketulusan yang abadi. Wallauweh.


Tulus pun buat apa kalau cinta tak berbalas. Apa kau nak bagi aku makan cintakah setiap hari? Tahukah aku sangat suka makan nasi. Aku tak suka makan cinta. Cinta adalah perasaan. Harta dan keberadaan adalah tuntutan fitrah yang lain. Sebab itu jugalah, kalau dibuka kembali golongan yang sudah wajib bernikah, antaranya ialah mempunyai kemampuan. Tapi mintak sorry eh. Jangan tuduh sesedap rasa. Cubalah tingkatkan sense of humor tersebut. Lepas ni siapa hantar komen kasi nasihat tentang cinta tidak mengenal harta lagi, memang mental function rosak. Tingkatkan sense of humor okeh.


Berbalik pasal Nadia tadi. Ih. Benarkah kawan aku tu sudah mahu bertunang? Oh sangat baguslah kalau begitu. Shanur pon sudah berkahwin. Dulu masa sekolah. Aku, Marlia, Aizar,Hani, Mimi dan Astri. Kami lumba siapa kawen dulu. Sekarang tengoklah. Potensi macam ada pada siapakah? Aku tak kira! Aku nak kawen dulu!HAHAHA. Sukahatiaku.com.my


ayuh kawan-kawan... kita lumba! 1, 2, 3, kawen!





Family aku jenis kawen usia muda. Cousin aku yang di atas-atas aku sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak. kalau mengikut turn, sudah sampai ke turn aku. Patut pon atuk aku sibuk berebut dengan ayah aku tentang majlis kawen. Mereka saling fighting. Ayah aku mahu aku berkawen di KL. Atuk aku mahu aku kawen di Johor. Padahal aku nak kawen di Shanghai. Aik? Makkkk! Wah, statement berani mati! Huh apalagik! Gunakan sense of humor okeh! Kalau betullah sudah sampai turn aku, aku benar-benar sedihlah. Sebab aku belum tahu harus bagaimanakah. AHAHAHA. Tapi kawan-kawan studio selalu tanya macam ni "Nurul nanti majlis dekat mana? Cheras-Alor Setar. Jauh wo!," Sangat siut bukan mereka. Padahal aku dah kata. Shanghai! Dan honeymoon di bulanlah. Sebab itulah semasa bertunang jangan dibagi cincin. Bagilah baju astronout. AHAHAH.


Aku dah bercakap yang bukan-bukanlah. Motif entry sebenarnya bercerita tentang musim perkahwinan pada masa ini. Tapi terjadi kisah Astronout. Mari kita berlagu. Satu lagu yang sangat kelakar. Boleh membantu engkau meningkatkan sense of humor. Lagu ini ada terselit satu perkataan Astronout. Sebab itulah aku mahu letakkan di sini. Dan err... lagu ini jugak aku dengar sewaktu berduka lara suatu masa dululah. AHAHAHA.





I Will Not Survive by Project Pop
Kusuka lagu I Will Survive
apalagi ketika ku hidup without you by myself
after so many nights dengerin i will survive song
i think i’m wrong, please come back dong

kau datang from the outer space
dengan baju astronot kau membuatku impress
you have that stupid look and i look stupid too
kita cocok, kita cocok

tapi kau pergi walk out the door
tinggalkan diriku yg sedang belajar ngebor
gak permisi gak bilang yuk dada yuk byebye
ku jadi crumble kehilangan stumble

yes i know, i will not survive
tanpa dirimu di sisiku i won’t stay light
and i don’t have a lot to live, a lot to give
i will not survive, i will not survive

yeah, yeah
kumencoba tuk bertahan
menghibur diriku dengan banyak-banyak makan
i spend so many nights di berbagai restauran
tapi ternyata tidak mempan

if you see me with nobody new
cause i’m the little person
still in love with you, you know
sudah ku mencoba mencari penggantimu
tapi tak ada yg berminat


 

10 Congteng-conteng:

Blogger :: Wiween :: conteng...
weheheheh kawin gak ek..kak ween pun baru pulang dr kenduri kawin my abang di melaka.:D

jgn lupe tau chika..nanti kawin pakai baba & nyonya okeh! err hindustan? pun buleh la...:P jgn lupe bau ubat gegat! hehehe
9:01 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
dolce vita! :p
9:07 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
hurm.. amatlah bagus memilih baju astronout sebagai pengganti cincin tunangan.. jadinya semasa majlis persandingan juga boleh dijadikan pakaian rasmi perkahwinan cik chika nanti.. tidak perlu mak andam kerana pakaian astronout sudah sarat dengan topi helmet keselamatan dan juga tong oksigen(udara pernafasan)
10:28 PM  
Blogger fara-D conteng...
chika chika! kalo kat alor setar la senang! saya bleh pergi dgn mudah nya sbb umah pakcik saya kat sana....huhu!
11:50 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Permintaan Memang Nak Macam Macam,,, Bila Bertunang Macam2 Jadinya.. Pas Berpisah La Akibat Salah Faham... Bagi Kereta Ferari Atau Helikopter Pun Sebagai Ganti Tidak adan Maknanya,,,
12:05 AM  
Blogger Masy conteng...
akak terpikir nak mintak gelang kaki masa bertunang (klu dah tiba masanya nanti laa). tp bukankah sangat kurang ajar menyuruh bakal mertua memakaikan gelang kaki ke kaki akak? muahahahahah belum pape dah kene buli!~

takpelah... bagi geran tanah pun boleh jugek...
9:35 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
CURSESHADOW : haha. kawen pakai baju astronout. hahaha. sebelum naik pelamin, tumbang 60 kali. hahaha. masuk msia book of record.

FARAH : bukankah lagi senang dari PJ ke Cheras. Daripada dari PJ ke Alor Setar. Wah.

MROZAIDI : sebelom kawen lah mintak macam2. Lepas kawen nanti lagi susah nak dapat :p

KAK MASY : wo. gelang kaki tu memang rasanya kurang sesuai la kak. tak kan tergamak tgk bakal mak mertua melutut terhegeh-hegeh pasangkan gelang kaki kat kaki. wahahaha. gila zalim :)) ahak! geran tanah tu okeh jugak. ringan je. senang di bawa. ekekee
9:58 AM  
Blogger ajathajar conteng...
org yg x de sense of human sgt membosankn.
suke ambil serius humor2 yg kite buat.
cpt melatah dan agak menyibuk.
pukul dia!
10:57 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ajat :hmm.. kan ajat kan? kan? kan?
11:33 AM  
Anonymous Leo conteng...
Great post, thank you.
7:35 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."