Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, July 15, 2008

Thrill. And Spiritual.

Gambar hiasan. Kalau rasa tak perlu, erase lah sendiri kalau boleh. HAHAHA.


Ni la dia kisah thrill hari Ahad. Aku keluar pukul 3 petang, drive from Cheras to Bangi. Pakai baju kurung warna ungu. Iaitu ada sikit berciri orang nak pergi kenduri. HAHA. Punyalah lama aku pilih baju. Memandangkan baju kurung aku adalah sebanyak 2 almari (sampai salah satu almari tu pon dah runtuh banyak kali) pastilah sangat stress aku dibuatnya. Sebab terlalu banyak, tak terpilih. HAHAHA. Ishk. Tengoklah. Aku semakin mengambil waktu yang panjang untuk memilih baju. Itulah. Sapa suruh ajak aku. HAHAHA :p

On the way to Bangi, hujan lebat. Nasib baik aku pakai kereta Haikal. Ada few sebab kenapa aku pakai kereta Haikal. Salah satu yang boleh diceritakan di sini, sebab kereta aku baru polish dan masih bershining. Mana boleh kasi kena hujan. Kang hilanglah gemerlapannya. Bukan senang nak tengok body kereta aku berkilat neh. HAHA. Dan sebab lain, biarlah aku simpan sendiri. Ishk. Anda neh, takkan itu pon nak tahu. Tahu sikit-sikit pon macam bertuah sudah :p

Sampai Bangi, redah hujan sikit mencari buah tangan. Berpinar kepala aku dibuatnya. Buah tangan? Apa nak dibeli neh? Biasanya, aku beli toys untuk cousin. Atau beli gula-gula kapas je untuk kawan-kawan. Tapi kali ni, bukan nak dibagi kawan. Nak dibagi kepada ... errr... kejaplah. Aku urut dada dan menarik nafas secara betul. Semput nafas aku.

Pendekkan cerita yang semacam panjang tak panjang neh. Pukul 4 petang macam tu, aku dah bersedia nak menuju ke destinasi. Dup dap dup dap jantung aku. Tapi sikit pon tak rasa nak berpatah atau kembali ke pangkuan jalan. Sebab perbuatan ni memang menguji keberanian dan mencabar kewanitaan aku. HHAHAHAHHAHAHAHAAHAHAHAHAHA. Aku lakukan secara solo tahu? Tak da backup plan. Tak da bodyguard. Tak da pakai baju kalis peluru dan sebaginya. PASRAH saja.

Dengan muka yang terlalu pasrah dan hati yang sangat takut secara berani ... aku pon menuju ke Kajang. HAHAHAHA. Apsallah aku bercerita secara suspen neh? Kan senang kalau aku terus menulis isi-isi yang penting. Tapi kata nak thrill kan. Marilah sambung thrill. Lagipon aku ada banyak masa ni. Nak suruh tulis intro sepanjang 3 jam pon aku sanggop. Tapi kesian andalah. Nanti pasti berasa nak racun je aku. HAHA. Tak sedar ke? aku sedang cuba memanjangkan entry ni. Supaya aku boleh lambat sikit masuk ke chapter penting. HAHAHAHA.

Ada lah pulak kejadian tersilap masuk lorong dan terjumpa dead end. Tapi macam yang dikata. Keyword untuk kejadian ini ialah THRILL, PASRAH, dan TAKUT SECARA BERANI. Berbekalkan ketiga-tiga spirit tersebut, akhirnya aku sampai juga depan rumah beliau. Beliau pon dah menunggu. Teruslah menjemput dan membawa aku ke dalam rumahnya.

Ishk. Okaylah. Sebenarnya ni sebuah filem bertajuk Meet The Parent. HAHAHAA. Aku jumpa parent beliau. Huk. Jumaat lepas dia jumpa parents aku. Rabu lepas beliau jumpa grandparents aku dan berdating.Ahad lepas, aku pulak berjumpa mak beliau. Err. Seminggu punya cerita. Apsallah ekspress sangat aku pon tak faham. Tapi aku memang rasa, terlalu ekspress. Mengalahkan bullet. Hahaha.

Yang aku pelik neh, apsal aku tak da kata NO pon langsung. Diajak jumpa parent, aku pon pasrah. Padahal dalam jantung bukan sikit punya nak luruh dibuatnya. Sebenarnya aku memang tak bersedia pon. Dan memang rasa belum nak pon. Tapi sprit yang kuat tu. HHAHAHA. Pasrah.

Tak payahlah aku cerita secara detail. Kalau ikutkan hati, aku memang taknak tulis kasi engkau semua tahu. Sebab personal life aku ma. Tapi macam sayanglah kalau tak direkodkan ke dalam kisah hidup aku. Ingat senang ke nak buat kerjaan neh? Hanya orang yang takut secara berani je boleh buat. DAn keberanian itu pulak perlulah berciri berani mati. Kalau setakat takut-takut berani, oh macam tak payahlah. Kena berani mati jugak. Tapi beliau dah jamin aku tak akan mati. Beliau kata, paling teruk pon aku akan cedera di kaki atau tangan saja. Dan kalau terjadi, akan masuk wad lah aku. Tapi Alhamdulillah. Tak da kecederaan.

Sumpah weh. Aku ingatkan jumpa parent ni perkasa biasa. Macam yang selalu terjadi. Aku terserempak dengan parents kawan-kawan dan bersalaman. Kemudian berbual-bual, bertanya kabar dan mengirim salam. Tapi rupa-rupanya, ia lebih dari itu. Sebab hati aku pon sangat bergoncang-goncang.

Tak cakap banyak. Aku pon berasa seperti aku bukan aku. Aku diam je secara senyap. Kalau ditanya, baru menjawap. Aku berasa sangat pasif. Aku sebenarnya tak berapa suka menunjukkan sifat pasif sebab macam seorang loser. Tapi mungkin kena gayalah kot dengan apa yang berlaku. Jumpa mak beliau. Takkan nak cakap banyak-banyak. Cakap sikit-sikit je. Tapi kalau diajak berbual, aku okay saja. Sebab aku tak berapa suka kalau keyakinan diri aku dicabar. Sebab tu, walaupon sesusah mana soalan yang diajukan, aku akan berusaha untuk jawap juga secara yakinnya. adahal dalam hati, rasa nak menangis air mata darah. HAHAAHAH.

Aku tak tahu apa pandangan ibu beliau terhadap aku. Yang aku tahu, aku dah pon selamat melakukannya. Err ... mak beliau cantik. EHEHEHEH. Ni bukan ayat pancinglah. Memang cantiklah. Ishk. Anda neh. Cubalah berperasangka baik dengan aku. Bukan ayat pancing! Betul, tak tipu :p

Okay. Seminggu. Semuanya menjadi sangat ekspress. Sampai aku semakin pasrah dan berasa semakin thrill. Macam best jugak neh buat benda-benda thrill. Next? Apa pulak? Panjat gunung Himalaya pulak? Thrill jugak tu. HAHAHA. Panjat gunung aku surrender. Aku memang tak akan give a try. Sebab aku tak akan ada spirit berani mati. Memang akan berasa nak mati kalau disuruh memanjat gunung. Harap beliau tak ada plan mengajak aku panjat gunung. HAHHA. Kidding. How are you? :p

Sekarang beliau mungkin sedang bekerja bersama-sama student cute mana tah. Aku pulak nak membaca lah buku yang dibaginya. Ishk. Adil ke? Beliau bekerja bersama gadis cute. Aku mengadap buku. Ishk. Adil ke? HAHAHAH. Hi you! :p Buku writing a novel ni buat i jadi skematiklah. But I will read them. Disebabkan beliau mempengaruhi aku beberapa kali, aku pon terasa macam nak kembali menulis novel. Lama betul aku tinggalkan dunia imaginasi neh. Dah sedap tulis blog. Iaitu menulis sesuatu yang real.



Okay, aku akan sibuk menulis novel lepas ni. Insyaallah. At least aku mempunyai ketagihan lain untuk dibuat selain dari memblog macam gila. Oleh itu, kandungan dadah dalam blog akan dikurangkan mungkin. Anda semuapon akan hidup secara normal. Tidak akan overdose. Okey ka?

Sebenarnya hari ni aku semakin mendemam. Sebabnya, pulang dari Meet the Parent tu, aku menunggu Farah di depan tasik secara solo. Dengan sejuknya. Nyamuk pulak jadikan darah aku ni sebagai santapan makan malam. Menggigil-gigil tunggu Farah balik dari One Utama. Ada PAM event. Last time aku join. Tahun ni, dah nama pon penganggur berhias kan. HAHAHA. Anyway, thank you Farah kerna membenarkan aku bermaharajalela menggunakan katil anda.

Aku sempat jenguk studio. Nisa took over tempat aku. Studio dah nampak lapang. Ye lah. Dulu studiomates aku jenis suka simpan sampah. HAHA. Tapi dulu, studio tu sangat cramp tapi happening. Semalam masuk, aku rasa sayu. Sebab junior dah ambik alih. Selalunya, masuk-masuk je dalam studio ... akan nampak area mr.lim dulu. Lepas tu akan nampak muka Sarah sambil ber-mp3 di sebelah kanan. Sekarang. Dah lain. Sudah. Hidup harus diteruskan. Ehehehehehehehe.

Nak makan, mengambil ubat-ubatan, dan membaca buku yang dibagi oleh beliau neh. Dan mungkin akan mula berkhayal untuk memulakan novel. HAHA. Kepada semua orang, hidupkanlah hidup anda yang masih hidup itu :)
 

22 Congteng-conteng:

Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
yeeee.. chika dah macam sihat skit dan chika nak kawinn.. yabedabeduuuu..
12:59 PM  
Blogger Along conteng...
aww. so sweet okeh.

dalam 1 week eyh?
maybe u r not alone kot.
*hint hint

cuma along tak brani lg nk tulis smuanye like u do.
or is it along x brani nk tulis sbb takut ape org pk pada along.
or along takut sejarah mungkin brulang that i just have to keep it to myself?

i know, nak sangaaaaaaat tulis dlm blog.
maybe i will, especially after reading this entry.
hehe.

one thing for sure, i just got to agree on the hidupkan lah hidup anda yang masih hidup itu :)



anda sangat sweet-lah!!
KAWEN CEPAT!!!

haha.
1:28 PM  
Blogger fara-D conteng...
u're most welcome!

eh! buku ko ada satu pd aku!
nnt konvo U amik from i lah!!

*cabut!!*
1:44 PM  
Blogger Masy conteng...
oo nak kawen sudah? *kejelesan sambil makan jambu*
2:43 PM  
Blogger Darling conteng...
wah wah tak lama lagi ada bunyi kompang2 le ye.. bestnyaaaa...
3:52 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
HAHAHAAHAHA..
Apehal aku gelak nih..bukan entry komedi pon..
tapi rasa nak gelaklah kan..
aku boleh bayangkanlah apa yang engkau lalui..
ahh,skema lak..

err,aku sokonglah. novel harus ko buat.and bagi aku novel tuh secara free.glemer sket ade kwn penulis.

*cabut gak*
4:00 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
kawen!! kawen!! kawen!!
beshnye kawen..
hahaha
nasik minyak...
adooiihh lapau ler
4:20 PM  
Blogger IamYonna conteng...
aiik?
chika dah nk kawen?
ahaha
lepas ni bukan penganggur berhias tp isteri berhias :p
5:31 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
zul - saya takda guna satu pon perkataan kawen dalam entry neh. mind u.

along - kongsi ar sket....

farah - gila jahat a engkau. sabar je lah. seb baik aku takda modal nak pekena kau. takpa. tunggu sat.

masy - saya takda guna satu pon perkataan kawen dalam entry neh. erk.

darling - apsal sampai ke kompang plak neh. adoi...

aizar - kang aku tulis buku, ko jd la pembeli pertama. ishk. tu barulah nama dia support member. bukan mintak free.

mastakilla - saya takda guna satu pon perkataan kawen dalam entry neh. erk.

yonna - ya allah. saya takda guna satu pon perkataan kawen dalam entry neh. erk.
5:57 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
lapar lah..
nak kawen
6:20 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
chika - apsal lapar nak kawen? pas kawen kenyang ke? aku tak berapa faham ar. hahaha
6:26 PM  
Blogger azie conteng...
jumpa parents bf memang camtu. jadi pendiam. malu. segan. shy.
6:34 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
azie - wo. dow....erk.
6:35 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
yerla.. kenape sumer org pun nak citer pasal kawin ek?? tak paham la.. ish.. rindula rasa nasi minyak.
7:06 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
zul - ni bukan cite pasal kawen.
7:16 PM  
Blogger Napster conteng...
kawen la cpt!
Eh jgn lupe jemput :P
*harap anda x buat entry mewakilkan kad jemputan anda*
Koh3 :P
8:37 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
akak!
klo wat novel,
publish taw! tapi aisya rasa aisya sorunk jerk sgup bace ;p

kuikuikui
8:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
syaprin - ni lagi satu. ada ke aku sebut pasal kawen dlm entry neh? rasa cam takda. awatla...

aisya - oh. aisya mungkin org yg ke 1000 kata camtu. hahaha. akak lom buat agi. satu word pon lom type. dah ramai mintak nak baca. wakakakakakakakaka
9:01 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
aku bagi tempoh 3 bulan paling lama. 3 bulan k..
10:15 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
ala..aku tak kesah kene beli..janji ko bg aku bace yg blum kene jilid..hahah..sbb aku pasti ko bagi punya..
10:46 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aisyah - menda nya 3 bulan? ya allah. korang faham tak neh entry aku cakap pasal apa neh? huhuh

Aizar - dah jilid dulu. baru kau carik di kedai okeh. ahahahha
11:53 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
Best la entry nih.. Saya sukerr!! biskut tiger satu.. ngan segelas susu..
12:15 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."