Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, July 15, 2008

Happy Pill

Cadangnya nak tidur. Penat sangat. Kemas bilik secara mati-matian. Tapi belum siap. Tak terdaya dah. Tulang ni kang mulalah berpancaroba. Tak percaya, dengarlah laporan esok hariku. Pasti aku akan komplen-komplen sakit badan tak boleh tidur. Apsal aku benyek sangat?

Tapi terasa nak melepas gian kejap. Gila ar. Dah macam penagih sangat je aku ni. Memang perbuatan tak tahu nak malu. Ketagih dengan blog sendiri. Aku jarang sebenarnya nak baca blog aku sendiri ni. Sebab memang perbuatan yang kurang cool dan mengaibkan. Apa cool baca blog sendiri? Lagipon, aku berasa terblushing sendiri bila terbaca ayat-ayat kreatif aku yang tak ada hujung pangkal. Aku rasa betullah. Aku menulis secara lalok. Sebab kadang-kadang, ayat yang keluar tu pon semacam high je. Tahukah? Haritu aku baca entry aku tahun lepas. Entry masa aku praktikal. Gila. Akukah yang tulis? Apsal kreatif sangat? Sampai aku rasa nak muntah punya menyampahnya. Rasa nak celup kepala masuk air pon ada. Aku pon tak fahamlah. Apsal aku punya kretiviti merepek tu naik secara menjadi-jadi semasa menulis blog. Gila ke apa. Padahal ayat-ayat yang terkeluar ni semuanya sangat luarbiasa. Bukan yang selalu aku pertuturkan. Apa anda ingat aku bercakap sama macam aku memblog ke? Cuma aku ter'buat thesis sama macam aku membuat blog. Sebab tu banyak ayat aku kena edit. Tu lah. Sapa suruh taksub sangat dengan blog? Kan dah ternoda-noda sampai ke thesis. Luckily, perkataan magik-magik tak termasuk sekali dalam thesis. Kalau tak, selamat dah aku kena panggang dengan supervisor. HAHAHA. Memang tak boleh blah ayat-ayat thesis aku. HAHAHA. Dewan Bahasa dan Pustaka kalau jumpalah blog aku neh, pasti berkabung dibuatnya. WAHAHAHA.

Tapi betullah. Kalau aku tak dapat conteng blog, aku punya gian tu lain macam. Aik? Apsallah ayat aku hyperbola sangat? Bukanlah tahap sampai nazak macam tu. Aku cuma nak cakap, semalam kan aku bermalam kat UKM tumpang room Farah. Langsung tak dapat memblog. Rasa sangat bosan dunia yang besar ini. HAHAHAHAHAH. Pendek kata, aku tak tahu apalagi akan aku buat kalau bukan memblog ketika berstatus penganggur berhias neh. Cuba anda jawap. Kalau bukan memblog, aku akan buat apa? Tiada. Sebab itulah .. di kesempatan ini ... aku ingin melafazkan ; I love You Blog! Bukan saja sebab mengisi kehidupan aku yang tak berapa nak kosong neh, malah ... malah ... malah apakah? Apa-apalah. Kepala berpinarlah. Kang ada jugak muka aku jatuh tersembam atas keyboard ni kang. Masuk wad. Koma. Dapat jumpa doktor. Wa. Aphal neh? Errr... kan dah kata. Demam. Kalau dah demam, sinonim dia doktorlah. Ishk. Ok. Confirm aku mabuk kena habuk tadi. Kepala aku dah weng. Gud nite.

ada ciri mental disorder tak?
aku overdose tidur lah siang tadi.
kan dah cakap.
 

7 Congteng-conteng:

Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
haha.. mental disorder-lah agaknye kamu.. takpe2.. lepas nih tidur cukup, rehat cukup, makan cukup mesti pulih seperti normal.. maksud saya, kalau kamu makan biskut tiger setiap hari pasti kamu akan lebih normal..
2:05 AM  
Blogger IamYonna conteng...
chika comel =)
i pun kan..
err sejak jadik penganggur ni mmg sangat addicted la dengan blog :p
hoho..
rase mcm serba x kena kalo x update sehari kan :p
ade je ceritanya.. ahaha..

oho..
g ukm eh..
tmpat tanah tumpah darah tuh kan :p
huhu..

btw,chika..
get well soon ok :))
9:00 AM  
Blogger fara-D conteng...
eleh! baru sehari tinggalkan umah, demam!

sampai tersasul2 ber-i-u dengan aku!!!
*guling gelak!!!!*

*gelak lagik!*


*sambung gelak lagi dan lagi....*
12:31 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kurang asammmmmmmmmm!!!!
siot ok kau.

'you, you ... bangun you..'
jijik ok. tak penah org kejutkan aku bgn camtu. aaaaaa. ishk. gila gelaklah aku neh. rasa nak terlentang-lentang. =)) rolling on the floorrrr...
12:37 PM  
Blogger fara-D conteng...
*sambung gelak...*
3:30 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
haha. blog masa praktikal..yg penuh dgn agenda shopping tu ye? dan kemudiannya diterbaca oleh lctrr kita tu ye? kemudian dinyatakan ketika briefing tu ye? ahahaha. sila buat lagi.. seronok~
4:22 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
tu ar. seronok kan? kakakakakakakka. aku pon tgh pikir nak open blog neh
5:59 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."