Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, July 08, 2008

mengidam delima pulak

Aku ni kan ... kalau disuruh bersukan, atau beriadah secara sihat ... memang aku tak mampu. Stamina aku tak berapa bagus. Tapi kalau diajak bersenam secara marathon mengeliling shopping mall, naik turun elevator, bergegas keluar masuk kedai ... itu jam stamina aku memang luarbiasa punya mendadak naik. Member semua pon dah naik bengkak kaki, kaki aku saiz S ni boleh steady sikit tak terjejas. Kalau disuruh shopping la. Tapi kalau disuruh jogging, dua minit selepas mula berlari, kaki aku dah macam nak meletop-letop. Sebab tu lah aku kata, aku ni luarbiasa. Engkau tak percaya. HAHA.

Lepas selamat registerkan Haikal, aku dengan Aizar pon giat bersenaman kaki. Menatap menempuh kesesakan bandar metropolitan, menelan asap-asap kenderaan dan mencium bau-bauan yang boleh menjejaskan deria bau. Tapi sanggop tu! Gagah betul kaki. Panas eterik pon tak apa. Sanggop. HAHA.

Hari ni shopping secara membeli tudung. Tiada lain selain tudung. Bukanlah. Membeli tudung dan yang sewaktu dengannya. Macam makcik-makcik pulak. Lepas beli tudung, beli brooch. Puas memilih brooch, carik scarf. Puas beli scarf ... beli... err... beli blanket!! HAHA. Dah cerdik sangatlah tu. Masing-masing hangkut sebijik blanket. Blanket tebal tahu. Apa kejadahlah. Beli blanket. Macam perbuatan mak-mak orang. Ishk. Tak pernah pon aku shopping beli blanket. Semua blanket pon selama ni mak aku yang beli. Bukankah punya buruk perangai macam ni?

Engkau tahulah blanket tu besar mana kan? Pastilah harus membawak pulak bag besar. Aku pulak ada perangai buruk yang sangat buruk punya buruk. Aku tak suka pegang barang. Barang-barang yang aku shopping, aku akan pass kepada adek-beradek lelaki, atau mak aku, atau abah, atau boyfriend. Nasiblah siapa yang ada bersama. Dialah yang kena membawakan barang. Sebab membawa barang, lagi-lagi yang bersaiz besar akan menjejaskan gaya dan penampilan. Wahaha.

Oleh itu,

Aizar, kau bawaklah bag ni. Gila punya besar. Malu aku nak pegang. Tak bergaya la weh kalau bawak barang berjalan-jalan.

Okey.Okey. Biar aku yang pegang. Tu la. Sapa suruh beli blanket.


Pendek kata, wo ai ni. Engkaulah ratu hati pengarang jantung pisang dan sebagainya. HAHA. Sporting tahap angel lah kau Aizar. HAHA. Semua barang dipegangnya termasuklah blanket tersebut. Gila kelakar aku rasa nak berguling sambil membuat persembahan ketawa di khalayak ramai. Aku bukan membuli. Bukan. Tapi aku berasa sangat kelakar secara ikhlas. Aizar memang paling comel dihatiku.

Tapi dalam comel-comel tu, boleh Si Aizar ni silap tunjuk lorong. Aku dah kata, jalan tu tak semacam sebuah jalan yang benar. Tapi dia kata memang itulah jalannya. Memandangkan aku ni driver, aku ikut je lah. Tiba-tiba ... langsung tersangkut jalan buntu. Apa neh? Nasib baiklah aku ni jiwa remaja. Dan sedikit berani mati. Apalagi ... apakah maksud MPV? Multi-purpose Vehicle. Ha, ayohlah mendefinisikan MPV secara nyata. Aku pon terus panjat divider. Waktu tu aku tekan minyak gila punya tekan. Aizar bukan tahu. Mungkin dia tak sedar pon. Cuak jugak. Kalau bapak aku tahu neh ... memang nahas. Itulah Aizar. Lain kali jangan menuju ke jalan yang tidak benar. Berdosa. HAHAHA. Tapi kira okaylah. Daripada berusaha curik parking. HAHAHAHA! Kes curik parking. Memang gila punya kerja. Nasib tak kena cekik dengan sorang India tu.

Hallamak. Malas. Bila malas. Aku akan stop secara suka hati dan mengejut. Tata.


edit : Betullah. Sepatutnya aku tendang mamat bangla gatal tu. Aku cerita dekat Ijat. Panas je muka Ijat. Dia kata kalau dia ada situ, selamat dah bangla tu kena bantai.Nasib baik aku ni dalam takut ada berani jugak. Tu pon kira okeh la aku cuma sergah ja Bangla tu. Kalau ada payung kat tangan, memang naik dah payung tu atas kepala dia. Ingat aku macam perempuan-perempuan lelong dekat negara dia ka apa?! Dush dush! Tendang penalty kepala dia!
 

6 Congteng-conteng:

Blogger Aizar Azman conteng...
Agagaa..
Ye,sy memang comel..time kaseyh..
Ko tak perasan ke amoi2 pandang aku bawak beg plastik yang tak vogue tuh?
Seb aku wat2 taktau je,slumber la konon.
Amoi sebelah aku tuh,siap tengok2 aku jinjit ape..agagaga,lantaklah..janji puas hati!seb mase turun tangga lrt,aku tak tepelanting ngan beg plastik tuh, rase cam kene tolak dari belakang..wahaha

erk,kadang2 haku nih teruk memberi arahan di jalan raya,jd maap yer sahabat..
eh,da test pakai sume?aku dah test dah..blanket je blom..td tak gi usha speckan?aiyoh..
10:27 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
Ahaha,baru prasan,aku 1st lagik..hoyehhh..
10:28 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
nanti kite gi carik delima okay??
sayangnya tak banyak buah tadik..strawberry pon takde..

semacam cantek bile diingat selendang pink2 tadik..bagos kalau mintak 3-rm50 kan?

~aku rs nak baling slipa+heels lak kat *&%$#@,bile diingat peristiwe td..
10:32 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
bangla itu sgt gatal..
bodoh betol! sangat bodoh!
aku dah ajak ko blah dah,tp sebab tudung tuh cam comelkan...
sh** btol bangla tuh!!
2:06 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
siap pakaikan tudung tu takleh blah. bodo nyer bangla. jijik.
2:24 PM  
Blogger fara-D conteng...
apa kes bangla weh???

wa nak cari selendang, selain warna itam! huuuu...mana nak cari niiii,....
7:36 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."