Dua. Atuk nenek sudah datang. Bawak manggis. Tak banyak, sikit. Tapi macam tahu-tahu je pokok manggis tu yang aku tengah mengidam manggis. Makan sebijik pon puas. Mengidamlah katakan. Mengidam dengan kebulur lain definisi dan tahap serakah nya. Orang mengidam ni senonoh sikit daripada yang kebulur. Nanti kalau aku ada rumah sendiri, depan belakang atas bawah aku tanam manggis. Biar jiran tetangga ingat yang rumah aku tu dusun pon tak apa.
Tiga. Aku tak fahamlah kereta buatan Malaysia ni. Apsal dia punya signal sebelah kiri? Setiap kali nak masuk simpang, aku akan menaikkan wiper. Buat malu dan menjatuhkan maruah aku sebagai pemandu je. Tolong seseorang terangkan dekat aku. Apakah natijahnya membuat signal di sebelah kanan. Sebab tu aku tetap suka kereta aku. Dulu, kini dan selamanya. Walaupun aku ada hati nak pakai Mazda6, tapi kereta ala-ala princess rock and roll tu tetap akan aku simpan. Mazda6? Sejak bila pulak ni pandai sebut Mazda6? Sejak aku nampak dia terbang di udara minggu lepas. Siapa sedang pecah kepala pikir nak beli kereta, aku cadangkan belilah Mazda6. Lepas tu kita bergerak sampai ke Palace of Justice. Macam drama Yusuf Haslam pulak. Hallamak. Hinanya.
Empat. Petang tadi. Dalam rinai hujan. Buat pertama kali dalam hidup aku. Mak aku panggil aku Si Bulat. Nasib baik jiwa aku gagah, segagah dinosaur. Kalau tak dah lama aku meraung hentak kaki. Makan hati betullah dengan panggilan tersebut. Sangat makan hati dibuatnya. Lama-lama kalau aku tak ada hati lagi, maknanya hai aku dah habis kena makan.
Lima. Sms. Aku rasa betullah ada tak kena dengan budak ni. Semuanya gara-gara YM. YM lah punya pasal. Sebab tu aku malas lah ber-YM. Huru hara hidup kalau taksub dengan benda-benda lagha ni.
Tujuh. Cantik gila muka aku. Sebab ada ejen tambahan berupa bijik-bijik kecik. Ishk. Sebulan sekali, mulalah dia buat hal. Pipi aku ni dah mengalahkan ratu blusher. Merah semerah-merahnya. Tak ada ka pil yang boleh bekerjasama dengan hormon. Supaya hormon aku stabil je sepanjang hayat aku. Kalau hormon aku stabil, insyaallah aku akan menjadi sebaik-baik manusia. Tak ada gadoh dengan siapa-siapa. Mungkin kalau orang lepuk aku pon, aku tak akan lepuk dia balik. Maklumlah. Hormon stabil. Hati pon tenang.
Lapan. Setiap hujung minggu, rumah aku akan diserbu oleh kanak-kanak. Lepas tu minggu lepas, Spongebob aku yang handsome tu dah hilang. Aritu pada suatu malam yang sunyi ... aku telah membalut apa bandage ke kaki Boo. Dia sakit kaki. Sebenarnya bukan dia sakit kaki. Tapi dia semacam sebuah replika yang mewakili aku. Alah. Ala-ala melakonkan semula kes aku jatuh longkang tu. Sangat cantik aku balut. Tiba-tiba aku jumpa bandage tu atas tangga. Boo hilang. Ishk. Tu lah dia. Kalau ada cousins kecik-kecik. Toys aku semua dikacaunya. Pantanglah dibawak keluar dari bilik. Aku lesing jugak budak-budak ni. Mana Boo aku weh! Puas aku carik satu rumah. Library pon dah habis bersepah. Macam baru lepas taufan aku tengok. Budak-budak ni kalau aku dapatlah, aku picit sorang-sorang.
Sob sob sob
Sepuluh. Aku mintak laptop baru dekat atuk aku. Dia tak layan. Kononlah tak layan. Kalau aku mintak secara sungguh-sungguh, gerenti dapat. Tapi aku malaslah memintak-mintak. Lagipon aku bukan nak pakai laptop pon sekarang. Laptop aku pon, dah seminggu dah tercampak hujung sana. Lantak kau. Tak ada siapa kesian tengok laptop aku yang hancur. Sekian terima kasih.
20 Congteng-conteng:
sgt gembira..post dulu yg nih!
eh, gado ngan adek kedua mmg agak geram!kalau bergadoh,mmg ala2 zaman dulu..2-2 kene marah dgn ibu bapa..maksudnya kene scolded..
bile mau beraktiviti ngan aku??aku pon dan memberuangkan diri..tibe2 rase pipi aku naik berinci2..tuh blom lg tempat2 lain..huwaaa..
jomla gi taman...
text aku..
tibe2 semacam mahu menyebok mengambil tahu hal engkau lah kan..
setau aku, keta waja je yg blah kanan signal nye.. mmg keta itu saja yg agak cacat.. aku tak penah drive waja.. haha..
patrick aku pon tergeliat tangannye akibat diwrestling adek aku!haih..
~amek ko..giler mengkomen aku nih.wahaha,best btol nih!!
kereta malaysia mmg signal belah kiri..kdg2 aku pon konpius gak kalau bawak.ahahah.waja pon aku tak penah drive..
kay - mak aku steady je. sebab baru abes belaja. cuba kalau dah naik 8 bulan aku terbungkang je bergolek sana golek sini, mmg mahu jugak kena lesing ngan mak aku. hahahaa. ha ah. Waja mmg signal kiri. Saga baru pon sama rupanya. tak faham aku.
bob adalah boo ka?
cuba carik bawah katil sesiapakah?
haha.
mana tau ada ka :p
darling - aik. tgk spongebob pon ada kenangan mengguris hati? u penah bercinta ngan spongebob ke? hehehe
*guling gelak!* aduhai!! siyes rindu ko!!
bukan sme keta msia signal kiri =P
tp hari tu trase malu jugak..dah biasa signal kanan,tibe2 je ternaikkan wiper..adoi..klo hari sedang hujan,kurangla sket malu..tp ini tgh panas!
tape2..lesson learned..haha
mslhnya keta kat umah satu signal kiri,satu signal kanan.. haha..mmg penin nak sesuaikan =P
Post a Comment