Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, July 07, 2008

Yang Pernah

Lately, bila aku langsung mati kutu tak tahu nak dibuat apa, aku akan melepak bersama iTunes. iTunes akan menonton muka aku, aku akan menonton muka iTunes. iTunes akan mengeluarkan muzik dan aku akan mendengar. MiniLyrics akan menjalankan tugas membuat lirik dan aku akan menyanyi. Pendek kata, aku dah mempunyai sebuah pusat karaoke. Lantak kau lah jiran tetangga kalau tiba-tiba suara aku yang supersonik ni tersampai ke pendengaran anda.

Mula-mula, aku mesti click Yang Pernah by Estranged. Lepas itu, akan menyusul pula kompilasi lagu-lagu karat di bawah ini :
  • Hati - Siti Nurhaliza
    Silalah percaya bahawa aku sudah pandai layan Siti Nurhaliza. Macam perbuatan yang memalukan betul. Ishk. Apa kes? Okay. Sekarang standard aku sudah turun sikit. Peduli apa aku. Hari tu Marlia hantar komen. Dia tanya sejak bila aku layan Siti Nurhaliza. Sampai jumpa dan bergambar-gambar bagai. Ishk. Jijik gila bila diingat. Macam aku nak sangat je. Siti tu yang nak sangat bergambar dengan aku pasal apa? HAHA. Memanglah statement jijik. HAHA

  • Atas Nama Cinta - Rossa
    Aku baru sedar lagu ni sedap. Dulu aku rasa lagu ni sangat tak bersemangat. Melemahkan jantung dan menggagalkan fungsi hati.

  • Ruang Rindu - Letto.
    Gila karatlah aku. Semua pon lagu sentimentel. Nak buat macam mana, paling rock pon yang aku boleh layan ialah Scorpion. Tu dah rock habis la tu. Dengar Still Loving You pon dah boleh hangguk-hangguk kepala mengalahkan layan Nirvana.Kau jangan main-main. Ingat aku mendusta ka? Aku memang fanatik Scorpion satu masa silam. Ajaib sampai aku beli-beli CD bagai. Dulu aku bagi Mr.Lim CD tu. Ah, Mr Lim tu mana layan rock. Jay Chou pon dia tak suka. Beliau suka apakah? Aku pon tak berapa tahu. Tapi aku tengok dalam kereta dia banyak CD artist wanita yang comel-comel. Aku rasa dia memang suka dengar suara perempuan menyanyi. Sebab tu dia tak suka Jay Chou. CD-CD Jay Chou dibaginya dekat aku.

  • In The End & Breaking The Habit & Numb - Linkin Park.
    Linkin Park tetap menjadi pujaan hati-hatiku (Banyak nya hati aku) Siapa cakap Linkin Park rock ganas, memang stupidlah anda. Punyalah melankolik lagu-lagu mereka. Aku suka semua lagu Linkin Park. Tapi tiga di atas adalah yang paling suka. Tahukah siapa yang ajar aku mendengar Linkin Park? Ada sorang lelaki ni. Tah mana tah dia. Oh. Dah join Navy. Masa tu dia ajak couple. Lepas tu dia bagi CD Linkin Park. Gila ka ajak couple pakai lagu Linkin Park? At least ekploitasilah lagu-lagu jiwang karat. Barulah hati aku berbunga-bunga semacam sakura mekar. Tapi aku reject dia. HAHA. Sebab masa tu aku gila dekat orang lain. Mamat MMU. HAHA.

  • Arjuna - Dewa
    Lagu ni sangat nostalgik. Masa form 5. Aku, Marlia, Mimi dengan Hani. Boleh melalak nyanyi lagu ni time kelas Math. Belum selamat pon masuk chorus, abes kena sergah dengan Puan Wan. Nasib la muka aku memang jenis tak tahu malu, sengih-sengih la aku membawa muka yang comel gila tu kembali ke tempat duduk. Selain nostalgia sekolah rendah, lagu ni mengingatkan aku pada seseorang yang lain. Lelaki yang berusaha dapatkan album Dewa nak bagi kat aku. Tergagap-gagap dia masa nak bagi aku kaset tu. Aku steady je macam biasa. Muka tak malulah katakan. Manakah dia? Aku tak tahu. Tapi gila comel budak ni. Rumet aku pon setuju bahawa beliau memang lelaki yang sangat comel. Tapi hati aku waktu tu masih tergila-gilakan mamat MMU tu. Cinta la konon. Wahaha. Kelakar jugak aku ni.

  • Heartbreaker - Will.i.am
    Dah puas dengar dekat iTunes, aku tengok clip video dekat YouTube. Lepas tu sambung iTunes. Tengok YouTube balik. Sangat sawan aku dekat lagu ni tah pasal apa. Tak ada penceritaan disebalik lagu ni. Aku memang suka secara ikhlas. Walaupon Will.i.am langsung muka hancur. Tapi aku sanggop jugak tengok muka si hitam legam tu sebab suara dia memang satu anugerah yang indah. Kira kalau dengar suara, tak tengok muka pon dah boleh terjatuh gedebuk.HAHA.

  • Friday Night - Lily Allen
    Perempuan ni punya lagu semua comel. Sesuai didengar untuk semua keadaan. Waktu sakit boleh dengar. Waktu marah boleh dengar. Waktu gembira boleh dengar. Waktu hati pecah pon boleh dengar.

  • Leavin - Jesse Mc Cartney
    Bila dengar lagu ni, aku mesti ingat ada orang sms Farah. Dia lah. Sms tone dia pakai lagu ni. Haha.

  • Yang Pernah - Estranged
    Shida ajar aku. Menggelupur suruh aku carik dan bagi kat dia. Tiba-tiba aku pon tersuka jugak. Kalau dah namanya Estranged, lagu tak sedap pon aku akan paksa untuk menyedapkan jugak. Sebab drummer dialah punya pasal! HAHA. Bias di situ. Itulah. Lain kali band jangan letak muka-muka tampan ni dalam group. Nanti anda sukar mengetahui tahap pencapaian muzik anda. Sebab diganggu oleh enzim-enzim yang memancing peminat di kalangan gadis-gadis. Pergilah buang Andy dari Estranged. Tengok. Mesti aku dah tak suka Estranged. HAHA. Kalau ditakdirkan aku berjumpa Andy, aku nak kata macam ni kat dia : Abang Andy (ambik perhatian. Aku menggunakan perkataan abang di situ secara gatalnya).. Abang Andy, pergilah berambus dari Estranged. Mesti 70% peminat Estranged akan lari. Tak percaya? Cubalah. Confirm lepas tu aku makan penampar beliau. HAHA. Eleh. Band kalau dah memang power... letak muka macam tiang telekom pon akan power jugak. Macam ... macam .. oh. Tak ada contoh. Sebab band yang digilai semua bawak muka yang senonoh-senonoh. HAHA.

Dah la. Malas nak sambung lagi. Sebenarnya aku menjangkakan sebuah entry yang super duper punya panjang. Tapi disebabkan aku sudah lapar macam ke tahap kebulur, aku malas nak bercerita pasal muzik yang tak tentu arah ni.

Tak tahulah jadi ke tak nak membawak Haikal pergi register course. Sebab pagi tadi kami berkonflik. Aku benci tengok rambut dia yang panjang dan highlight sikit menggunakan warna kuning. Macam tak senonoh. Tah siapalah ajar dia mewarnakan rambut. Dia bukan fikir tu kalau nanti mandi hadas atau wudu' dia sah ke tidak.Kenapalah suka membuat benda-benda yang hodoh ni. Aku kata kat dia, selagi rambut dia berwarna dan panjang... jangan haraplah aku sanggup nak jalan sebelah dia. Nak jalan dengan aku, pastikan diri anda kemas dan bergaya. Yang penting senonoh dan melambangkan sesuatu. Aik? HAHA. Ishk. Aku tampar jugak muka Haikal ni.

Petang pulak dah ada perjanjian yang clash. Janji dengan Aizar. Janji dengan Doctor. Tapi aku mana ada berjanji. Aku cakap 'tengoklah'. Nanti aku susunkan secara adil dan saksama okeh. Tapi doctor nak belanja dinner. Macam rugilah bukan kalau tak pergi. Aizar pulak ajak berhang-out atau bersidai-sidai semacam pakaian basah yang mempunyai mulut. Aik? Macam best jugak ni. Kejaplah aku pergi lunch dulu. Perut aku dah menangis tersedu-sedu.
 

14 Congteng-conteng:

Blogger MarlissaMusa conteng...
kite pon suka lagu rossa tu..hehe..cik chika..nak ke bandung ke?nak ikut!!marilah kita bershopping secara siaran langsung dan liar..sana barang murah kan?kan?hehe
2:26 PM  
Blogger Darling conteng...
lagu rossa tu sangat feeling rasanya.. dan i sangat suka melayan gedik lagu pudar - rossa.

baca n3 ni terbantut nak menaip. tiba2 rasa macam tak payah le buat n3 dulu, baca je celoteh chika sambil melayan ym hehe..
2:49 PM  
Blogger Along conteng...
oh,along bleh bygkan kamu bercakap sama itu abang Andy.

pastinya mendongak semilanpluhdarjah.

sbb Andy sgt tinggi.
sgt ganteng.
sgt argh, sangaaaaaaaaatlah youknowwhatimean.

haha.
3:17 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak mar cantik - kakak, jom la kita pergi bandung. jomla. kalaunak pegi, ajaklah nurul ni. nak pegi, tapi takde kawan. kita pegi 3 ari pon tak pe. jomla kakak. jomla. hahaha. amboih, mentang2 la sudah hilang arah dan tujuan kehidupan. ekekek.

darling - mula2 i tak berapa suka lagu tu sbb macam lemah gemalai ja. Tapi rupa2nya sedap wo. Bukanlah lemah gemalai sgt. tapi syahdu ja. makan dalam dibuatnya. haha. jap jap. u baca i merepek ni sampai terbengkalai keje u eh? oh. itu harus dipandang secara negatif ka tau positif eh? hiarhiahayhaua.

along - along, chika gelak gila tau baca statement mendongak 90 darjah tu. Wah, sudut dongak tersebut sangat serenjang. haahaha. ye lah. mahu terkehel jugak kepala chika ni. sebab tu kalau jumpa andy chika kena ajak dia duduk2 minum. ekeke. ishk. mmg semua org pon jadi gatal ja bila tgk dia kan. kan? kan along kan?
4:13 PM  
Blogger Darling conteng...
oh tidak mengganggu kerja sama sekali..
kerja tetap kerja..
ni entry untuk blog..
lagipun tiba2 rasa best layan skandal lama diym..
opsss..
4:59 PM  
Blogger Along conteng...
haruslah.

*sambil tekan butang replay video klip Estranged yang ke semilanpuluh kali*


arghhh.
6:02 PM  
Blogger Fakyew conteng...
lily allen itu knock em out manyak sedap lah
6:36 PM  
Blogger Fakyew conteng...
err ninja? :))
6:37 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
darling - amboi dia berskandal. hati-hati okeh. hahha

along - haha. tataplah muka andy puas2 okeh. lepas puas muka andy, tataplah drum pulak. kakakaka.

timyohannon - apsal? kenapa dgn ninja? kelakar kah? hahahaha
7:35 PM  
Blogger Fakyew conteng...
macam cover movie apa ye
8:09 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
apa? movie ninja? atau movie Satria Baja Hitam?
8:56 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
huyo...
sume lagu ko suke, ade beberapa feveret haku juge..especially Linkin Park ngan Estranged tuh sebab 2-2 ade muke drummer hensem nak mati!erk..mamat MMU..oh..
waa,belanja dinner..
bilekah nak ke taman permainan?marilah bermain..sy sudah seperti teddy bear ini..
10:03 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
teddy bear ok lagi. ni dah mmg BEAR secata total. Takda istilah teddy lagik. hahaha
10:17 PM  
Blogger Darling conteng...
hehehe skandal yang ini tak apa sebab masing2 tahu mengontrol keadaan.. :)
8:31 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."