As a daughter of Zainodin Jamian, general election would definitely give me a great impact.
Selamat pagi.
Weekends kali ni sangat sibuk dan menghabiskan banyak waktu untuk pilihanraya. Tidak mendaftar. Tetapi aku masih bertanggungjawap terhadap pilihanraya. Secara terbukanya, aku mengistiharkan bahwa aku ada membuat kerja-kerja berkempen secara sukarela dan secara personal. Maka, ingin aku nyatakan betapa aku sangat merasakan sebuah kemenangan.
msg 1
Morning. Amacam pilihanraya? Berita pagi tadi, muka PM sedih, Shahrizat pengsan. Penang bukan milik BN lagi. Tunggu full result ni =)msg2Tunggu sampai 4 pagi baru tido. Bangun-bangun je banyak berita baik. Tak sabar tunggu full result esok. Pastu nak tengok siapa akan jumpa agong. Haha. See you dekat studio dengan muka puas.msg3Great job huh BA! Can't wait to see your bombastic satisfaction, Nurul.
msg4Finally.... Time to change.
sms5Tu la, dia banyak sangat iklan angkat diri, fitnah orang lain. Jangan lupa tulis dekat blog. Wanna read yours.
See. Ada permintaan supaya aku memblog. Aku bukan pandai menganalisa politik. Tetapi aku masih ada kefahaman politik yang sedikit wise daripada mereka yang langsung tak tahu apa. Oh! Sebelum engkau baca, pastikan diri engkau liberal, otak engkau terbuka dan emosi kau diluar ancaman sawan. Kalau engkau langsung tiada idea tentang politik, aku nasihatkan engkau pergi melompat ke blog lain membaca berita fashion atau berita teknologi.
Menurut pandangan aku, pilihanraya kali ini adalah meriah. Satu kebangkitan rakyat dan merupakan satu pungutan suara hati rakyat yang tersimpan selama 50 tahun. Kemenangan besar buat barisan alternatif. Menurut penganalisa politik (yang aku ikuti secara berhempas pulas dari saluran RTM, saluran media prima, saluran Awani ASTRO, saluran media cetak dan eletronik termasuk Bloomberg, Utusan dan Harakahdaily etc.) banyak faktor yang menyumbang ke arah kemenangan. Faktor Mahathir dan faktor Anuar adalah antara yang paling major diperkatakan. Ada orang mula berdesas desus kononnya SPR difitnah bersikap tidak seimbang. Kononnya pembangkang terdiam kali ini kerna sudah menang dan tidak lagi memfitnah SPR.
Ingatkah lagi pada perhimpunan BERSIH? Ingatkah lagi betapa sebilangan besar kamu yang 'sempit' itu menganggap perbuatan itu adalah perbuatan sia-sia golongan tidak berakal? Nah, learn from it and study them by yourself. Tanpa usaha sekeras itu, perubahan tak akan berlaku. BA tidak akan menang besar kalau hanya berdiam diri. Tanpa tekanan dalam politik, anjakan tak ada berlaku. Engkau pernah belajar tentang DAYA dalam sains? Cuba engkau relate dan buat study secara kecil pon jadilah. Apakah yang menyebabkan movement? Politik yang tenang tanpa tekanan, adalah politik yang bosan. 50 tahun dah. Cukuplah menjadi bosan dan dibosankan sampai terbosan-bosan.
Khairy Jamaludin said ; Pade doh 18 tahon
Sekarang kita kasi balas sama dia ; Pade doh 50 tahun! (sumber dipetik dari Harakahdaily)
PM kata dia tidak berasa tertekan. Malah menyoal.. Siapa Tekan Saya? Haha. Kepala-kepala hitam dalam parti dia sendiri yang tekan dia. Marilah berfikiran positif. Aku tak menolak Barisan Nasional secara membuta tuli. Mereka masih ada peluang untuk kembali ke track yang paling asas. Mereka tidak ditumbangkan. Mereka cuma di-warning. Dia ada 5 tahun untuk mempertimbangkan warning mega yang dikumpulkan dari 5 buah negeri. Dia ada 5 tahun untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat. Belajar dari peristiwa jangan 'mengangkat basket sendiri' menggunakan media sendiri. Media kena telus. Jangan berat sebelah. Rakyat Malaysia ni manusia bukan penguin. Sangat berakal dan sangat ada tekak yang loya.
8 Mac 2008- BA mengauk Penang, Kedah, Perak, Selangor dan tentunya Kelantan.
9 Mac 2008- Ada orang kata dia takut nak keluar rumah, takut pembangkang buat perhimpunan yang merbahayakan. Takut ada celebration kemenangan yang mengganggu aktiviti harian. Kesian gila engkau ni! Padahal, pilihanraya kali inilah, yang paling sunyi sepi dan aman damai kerna ... kami tak suka pesta. Malam kemenangan tu, kami sujud syukur. Malam sebelum kemenangan, kami solat hajat. Solat mana ada bising maaa.
8 Mac 2008 - BA menang.
9 Mac 2008 - Ada yang test kalau-kalau tol sudah percuma. Kalau-kalau harga barang sudah runtuh-runtuh. Ada jugak orang otak besar, isi kosong. Kalau kita boleh bersabar dan memberi 50 tahun kepada BN, kenapa tidak boleh beri waktu kepada tampuk kepimpinan baru? Jangan membodoh ok.
Hari ini aku melihat ramai pembesar dan pengikut pembesar sudah tidak menjadi orang. Sebaliknya sudah menjadi cacing. Yang kepanasan. Muka yang tegang dan kulit kemerah-merahan sudah menjadi sepucat-pucat muka. Yang banyak mulut macam murai sudah terdiam. Tak apa. Mungkin diam dan berfikir. MAsih ada masa untuk bertukar menjadi manusia semula. Sekarang jadilah cacing dulu buat sementara waktu. Supaya muhasabah diri. Betapa sukarnya menjadi kerdil. Betapa sukarnya menjadi pembangkang di tempat sendiri.
Akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara dan agama. Kita bagi peluang kepada tampuk kepimpinan baru dan bersama-sama memberi kekuatan dengan bantuan Allah SWT. Kita bagi peluang juga kepada tampuk kepimpinan yang sudah lapuk untuk muhasabah diri. Allah tidak pernah memungkiri janji. Doa orang teraniaya itu akan mudah dimakbulkan-NYA.
Kepada Khir Toyo, bekas Menteri Besarku... selamat tinggal, jangan kembali lagi.
Kepada Samy Vellu, Menteri Kerjarayaku... mulut kasi jaga.
Kepada Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluargaku... tak malukah kalah dengan budak-budak lawa bernama Nurul Izzah? Tudung kasi pakai betul-betul ok. Kami bagi masa 5 tahun untuk belajar memakai tudung. 5 tahun lama maa...
Kepada Koh Tsu Koon ... Jangan buat perkara yang membahayakan diri sendiri ok. Banyakkan beryoga. Ya. Beryoga.
Tahniah kepada barisan alternatif!
Takbir!
Labels: politic