Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, November 09, 2007

Kampung Tunku Diserang

Exam belum selesai.
Tetapi aku sudah menganugerahkan cuti semester kepada diri sendiri. Pertama, exam terakhir adalah pada 21 hb nanti. Aritu paper Ukur Tanah (yang boleh diklasifikasikan sebagai kekecewaan yang durjana). Ukur Tanah pada hari Isnin lepas. Dan paper terakhir akan disambung 21 hb. Engkau kiralah sekarang. Patut ke tak.. kalau aku istiharkan diri sebagai CUTI bersalin. Kedua, cuma tinggal paper u2 ; Kemahiran Menulis. Apalah sangat.... ngee..


-EXAM FEVER-


Cam biasa. Si jahanam pon boleh jadi nerd menjelang peperiksaan. Aku taklah tahap insan jahanam. Tapi orang playful sebegini pon akhirnya jadi ulat buku. Membaca buku-buku yang dah berulat. Sebab buku-buku hanya dibuka few days sebelum exam. Buku yang dimaksudkan adalah nota-nota kuliah. Yang lagi hebatnya, nota-nota aku banyak yang masih panas, baru keluar dari mesin fotostat. Memang menang anugerah diRaja arr kalau camni. HAR HAR HAR. Nerd? Siapa nerd? Aku? Nerd la sangat. Sambil study online. Tengok 8TV online.

Sambil menyelam minum air. FOKUS!



- RIGHT AFTER EXAM-



... pergi menziarahi IKEA ...

Perjalanan yang cukup panjang. Macam balik kampung. Rasa nak naik roket. Boleh pergi IKEA selalu. Lebih cepat, dan mudah. Ikea jauh. Sangat. Tapi nanti roket nak park kat mana? Okaylah, batal. Naik kereta pon cukuplah. Walaupun jauh, tetap boleh datang sekali-sekala.





Saya beli frame size A1. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Sebagai menghargai diri sendiri. Hendak print muka sendiri sebesar saiz A1. Setiap pagi dan malam hendak tengok muka sendiri yang besar. Beli frame satu sahaja. Tapi pilih frame macam pilih jodoh. Sangat lama. Kerna saya seorang wanita sejati.


(gambar saya bersama frame bertuah yang terpilih)


Semua lukisan yang dia jual cantik. Saya teruja. Tapi tak terfikir nak beli. Hinggalah saya ternampak lukisan ini...

Audrey Hepburn. Saya hilang pertimbangan sekejap. Nasib baik sekejap. Tengokkan harga dia mencecah RM300 ++ saya kembali waras. Kalau saya beli juga, dikhuatiri saya akan dihempuk dengan lukisan itu oleh ibubapa. AHAHA...


Ketika jalan-jalan mencuci mata dan membawa hati yang terlalu girang mengelilingi showroom IKEA, saya ternampak ini :

Saya suka perkataan 'chicka chicka boom boom' pada gambar di atas. Macam CHIKA KENA LETUP. Seronokkan?



(ini adalah hasil. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan panjang kami Bangi-Damansara membuahkan hasil. AHAHA. Kopak poket)




Shopping punya pasal, pukul 5 petang barulah kami lunch. Singgah A&W di Ikano. Sewaktu menikmati makanan tersebut, perutku kelihatan gembira sekali. HAR HAR HAR. Kalau perut boleh bercakap, mesti dia dah menjerit ucapkan terima kasih untuk aku. Kalau dia pandai menulis, mesti dia dah tuliskan kad ucapan terima kasih buat aku. Bongok!




Dapat bunga Daisy merah sekuntum.
Dan buat aku tersenyum berkuntum-kuntum.


Mari kita lihat, berapa lama Daisy ni akan bertahan

Hasil beli-belah kali ini :















Dahan pokok besi untuk gantung jewelry. Tapi tak boleh gantung penuh-penuh nanti dahan tak nampak :) Lampu pijar adalah bekas untuk bakar lilin wangi. Tak bercadang hendak membakar apa-apa. Apatah lagi membakar diri. Beli kerna aku memang sukakan lampu pijar. Antik dan oldies. Bekas merah dibeli tanpa motif yang nyata. Sekadar ingin memiliki kerna bunda juga memilikinya.Yang bekas silver tu bukan gelas minum orang India ha! (hye there Indian citizen of Malaysia... Happy Deepavali!) Yang tu dibeli untuk meletakkan pensel-pensel kayu. Belum tahu nak gantung kat mana. Telinga? Hidung? Tengkuk? Bulat kecil dan besar itu juga sengaja dibeli kerna warnanya. Buat masa ini, aku jadikan tempat mencampak kasut-kasut baru SAIZ LIMA yang aku beli kat Bandung aritu. Semua kasut tersebut longgar. Maka aku campakkan di situ sebagai protes dan tunjuk perasaan.Terakhir dibeli kerna warna hijaunya. Ada beberapa lagi hasil belian yang tidak dapat dipamerkan kerna aku tak kuasa hendak turun ke bawah untuk mengambil gambar.Sekian.


- KAMPUNG TUNKU DISERANG-

Pukul 1.30pm tadi fetch Aizar dan Astri. Kami nak pergi open house rumah Farah kat Kampung Tunku, PJ. BEST gila dapat borak dan gelak kuat-kuat dalam kereta dengan DUA mak minah ni on the way to PJ. Sampai je rumah Farah, dia tak ada pulak. Dah pi UKM jemput bebudak studio. Kami bertiga ni apalagi, atas dorongan mummy Farah... kami pon bantai makan dulu. Astri makan paling banyak i tell you Farah. Dia makan laksa DUA kali.



Sementara tunggu Farah, kami pon buatlah macam rumah sendiri. AHAHA.



Until finally Adian sampai pon Farah tak balik-balik jugak. Aku pon ajak Astri dengan Aiza makan nasik pulak. Memang muka tak malu. Farah... sebenarnyakan... aku kan.. tertumpahkan puding hang yang sedap tu atas meja. Abes kotor lapik meja mummy yang cantik. Lepas dah tumpah, aku kauk pakai tangan dan makan. Ni confession tau :( Tapi puding dengan fruit tart tu aduh sedapnya... :)

Farah call timekami kat rumah dia tengah tunggu.

"Nurul, sorry lambat," "Kat ner?," "Kat fakulti lagi. Tunggu Nuar siap. Dia tengah make-up"


cis. nasib kami lah dapat member metrosexual.


Selepas makan....





ni penemuan ajaib yang kami discover kat luar rumah Farah.

Balik dari rumah Farah, singgah Amcorp Mall bersama dua mak minah tersebut. Ehehe. Disebabkan aku driver, aku pon kenalah fokus banyak ke depan. Tiba-tiba dua ekor budak ni menjerit histeria betul-betul tak jauh dari simpang keluar dari umah Farah. Aku ingatkan dorang histeria nampak Minicooper sebab dorang ni Minicooper Freak.

"Ko tak nampak ke??!!" dorang jerit-jerit.
"Tak!Nampak pe? Minicooper?," aku blank.
"Ako!,"
"Huh?!," aku tak faham.
"Ako Mustafa! Dia yg drive Minicooper tu!," excited gila budak dua ni. Aku pon kempunan je tak nampak. Seb baik Ako. Kalau Fahrin Ahmad, jalan one way pon aku pusing pi kejar sampai dapat. Manalah tahu dapat detect rumah dia. Boleh malam-malam mai baling-baling batu kat tingkap. Apa, ingat ni citer P.Ramlee ke pe?


Masuk Amcorp Mall, merayap laju-laju sebab dah petang sangat. Dah kul 6 lebih. Takut kena tengking ngan abah nak Maghrib baru balik. Dan dapatlah beli dua lagi bubble necklace.

Best gila ada satu kedai ni. Rasa nak je datang lagi esok. Kan Jaja?


Baiklah, mengantuk. Selamat malam.
Good luck untuk kawan-kawan yang ambil paper Structure Isnin ni.
Structure susah. Mati lah kau...
NGEEE... :D

Labels: , ,

 

Friday, October 12, 2007

Salam Lebaran

Finally.
Project done.
With tears of happiness.
Seriously with tears.
The design wasn't satisfy me.


Go to print at 3.30 am in Serdang with the boify.
Asked Nuar and Pa8 printed out 3 of my panels and 7 panels for the boify in Shah Alam.
Sux!
Mengecewakan.
RM20 sehelai but the quality was at the lowest.
Sekali lagi... sux!
May you experience the sux things to the man who printed our panels.
Bodoh sangat. RM20 tau sehelai!
Luckily panel saya cuma 6 keping.
But the boify got 13 panels.
ENGKAU KIRALAH BERAPA RATUS WANG KENA SONGLAP KELUAR!


Saya print dekat Serdang RM12 sahaja.
The paper is glossy.
The plotter is good.
Good printing.
Good panels to eyes.
Jadinya, saya punya panel berbelang-belang.
Ada yang smooth, ada yang macam kena bakar.
Sekali lagi boleh?
sux you idiot man!


Pagi tadi balik Cheras. Semalam petang, pergi Mines shopping for the very last minute with the Boify. We are supposed to tidur since two weeks minus proper sleep. Tapi saya berdegil nak shopping jugak. So kesian dekat dear. Dear, I love you triple! AHAHA.


My dear boyfriend sudah balik hometown awal-awal pagi tadi and leave me. Ngee...
I gonna miss him very much.
Tq dear for the hari raya bag! I suka sangat sangat sangat.
My mum said.. the bag suits me because.. the bag looks like me.
AHAHA.
How was that sounds like?
Ihihi...


To everybody...
To all readers...
To all my friends...
Farah Diana, Adian, Aizar, Astri, Shida, Aisyah and
semualah my fantastic friends out there... SELAMAT HARI RAYA.


Salam lebaran.
Semoga lebaran ini terlalu indah untuk kita semua.
Semoga AidilFitri
kali ini mendapat keberkatan yang Maha Esa.
Insyaallah.

:)






nota jenaka seposen dua : anda boleh membuat bayaran pos ke account saya jika berbesar hati ingin menyalurkan duit raya kepada yang memerlukan iaitu saya.Saya kena print panel lagi sekali :( Soalnya saya berat di ongkos.

Labels: , , ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."