Ahahaha...Kali ni aku nak mulakan dengan gelak.Aduh, sakit perut aku! Geli hati ngan apa yg Kamal bitau aku.Ceh...jahat punya kaki!Buat malu aku je Kamal...Malu ar weih!
Baru lepas call Kamal.Borak sket ngan dia.Niat aku nak ajak dia join reunion, tapi at the end dia bitau aku benda yang klakar plak.(sebenarnya kelakar campur campur malu sket).Aku sebok ar cerita camana payahnya nak buat reunion sedangkan dorang yang beriya-iya suruh, tapi akhirnya dorang yg lempar alasan tak boleh pegi.Sakit hati aku.Hangin toksah cakap arr.Memang sengal...marahnyerh!Kamal plak cam dia yang dulu ar..ske cakap sambil gelak2. Hepi je memanjang brader tu..."tau...tau...aku dah terkena...," kata Kamal bila aku kata yang aku bengang sbb dorang akhirnya tak support reunion yang pada dasarnya bertunjangkan permintaan dorang sendiri.Tapi dia cakap gelak-gelak.Cam tak marah je...tapi aku bukan main marah lagi.Bengang..rasa nak tampar laju-laju muka dorang.
Borak..borak...bla..bla...cakap pasal reunion.Kamal minta maaf tak dapat datang sbb tengah exam.Then Isnin ada klas." kau jangan ingat aku tak mo dtg plak..." Kamal kunun2 cam serba salah. "eh, aku tak ingat apa-apa pon.." kata aku.Kamal gelak lagi.Aku leh bayangkan camana dia yang tak abis2 ngan gelak.
Bila aku nak end up conversation je, dia pon ngan begitu gah memberitahu aku..." ehehe...aritu aku baca blog kau...," dia gelak lagi. Aku? Umak aih... cam rasa panas muka.Darah naik...malu! "oh, ye ke? wat pe la kau baca...," aku kata ngan selambanyer walaupun dah malu.Rasa nak nyorok belakang pintu. Cakkk...!
"..ahah...ada nama aku! Kau tulis pasal aku...hahaa..abis aku gelak sorang-sorang" sesedap rasa Kamal bitau aku.Aku pon berlagak selamba lagi.. "sib baik kau gelak sorang-sorang," kata aku.Brader tu terus gelak dan gelak...akhirnya aku letak tepon.Uih...pandai heh skang masuk blog aku??? Buat malu aku je.. (ditujukan buat kamal sekiranya kau menceroboh lagi) Ahahaha...tapi tak la aku peduli sgt...Cuma aku malas ar bagi member aku baca aku merapu-rapu kat sini.Sib baik aku tak kutuk dia.Kalau tak....mmg mati...
Faiz pulak.
Ni lagi satu.Aizar call dia tadi.Dia leh dengan tenangnya kata tak tau...tak tau... tak tau...mmg la lelaki ni menyusahkan jiwa.Sesak nafas aku ngan aizar pagi tadi.Sib baik umur panjang lagi.Pulak tu boleh si Faiz dok sms aizar ngan ayat yang super duper BAGOS!
"apsal buat Isnin?kenapa tak buat harini je?,"... naik segala aura dalam sistem tubuh badan aku.Memang la nak kena si Faiz.Time aku tanya dia apsal tanak pegi, dia leh cakap kat aku balik.. "laa... apsal? apsal plak..." sesungguhnya sah! Berkomunikasi atau berinteraksi ngan lelaki boleh memendekkan nyawa manusia.Haih...terdidik jugak kesabaran aku.Mizi pon mula buat hal.Oh, dah pandai heh skang nak belot...
Aku : dah penat.
2 Congteng-conteng:
Post a Comment