Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, June 03, 2005

:: Aku disahkan mengidap penyakit.... ::

kehadapan sehabat handai, rakan dan taulan,
silalah doakan supaya aku cepat sembuh...
insyaalllah...
"Bangun,"abah ketuk pintu bilik aku pagi2 buta.Pukul 7.00 pagi kot.Aku jawap tapi lepas tu aku continue tdo balik.Tarik selimut lagi tinggi. "Bangun," ma pulak ketuk pintu bilik kejutkan aku lebih kurang setengah jam berikutnya.Abah mula bersuara jadi terpaksalah aku bangun sbb dah janji dengan abah yang harini ada hal kena settle.Maka, bersaksilah seluruh alam buana ini aku telah bgn awal harini.Pagi2 buta dah bangun.Sungguhpun taklah sebuta mana pagitu, tapi bagi aku, mmg dah sgt buta.Maunya tak buta, keajaiban je mampu buat aku bgn pagi buta (BUTA betol!)
Siap2...terus keluar satu family ke Maju Junction.Utk apa?Utk mohon kad pengenalan baru tuk aku.Apalah aku,org dah berzaman pakai Mykad, aku baru nak mohon.Sesungguhnya aku mmg tak pernahnya nak amik peduli pasal ic. Kekadang tu aku berjalan jauh selamba mak minah je tak bawak ic.Lesen kete pon tak pernahnya ada kat tangan even pon aku nak drive.Uhuhu.. leceh la! Byk lagi aku nak bawak.Bawak hati, otak, badan, pancaindera....tu pon dah cukup banyak. (crazy me!)
Sampai2 je kat Maju Junction, tingkat 6 klu tak silap aku, kusss semangat! Rakyat Malaysia ni mmg suka menyemak lah aku rasa.Pagi2 buta dah memenuhkan kaunter.Apsal ha?Tak tau nak tido ke?Bayangkan pukul 9.30 pagi time aku sampai tu dah penuh satu tempat mendaftar tu.Gila betul orang Malaysia ni.Bangun awal.Yang makcik2 tu... pegilah buat sarapan, bagi suami makan dulu.Yang pakcik2 tu, pegilah keje, hantar anak pegi sekolah ke... nanti2 lah datang.Ish, marah betul aku.Dah la kena bangun pagi, sampai2 orang penuh.Pulak tu akak yang jaga konter nombor tu ngan bangganya kasi aku nombor siap ngan cop.Tau tak dia cop apa? Cop suruh aku datang balik pukul 2.45 ptg.Kim salamlah, kak...Balik kim salam kat abang ke, mak ke, jiran2 tu semua sekali ye.Jangan harap aku nak datang lagi ptg nanti.Baik aku bukak kilang petang2. Bukak kilang?Eheh..ni aku belajar dari Edd dan Imah masa kat KMJ dulu. "Bukak Kilang Taik Mata".
Abah pon malas nak turun KL lagi.Pastu, pegi isi perut.Pagi2 breakfast ngan family mmg best.Lagi2 ngan bebudak 'king size' tu sumer.Mmg makan ngan mahsyuk sekali.Breakfast kat tempat peberet, kat Bandar Tun Razak. Aku ske makan situ sbb ada nenek ni masak sedap.Tangan org tua masak mmg lah best. Tangan aku nanti bila dah tua pon mungkin best jugak. (harap2nya camtu lah.. amin)
Disebabkan aku bangun pagi setelah sekian lama, maka sejarah dunia pon tercatat harini.Sikit pon aku tak bangga bangun pagi harini.Aku jadi bengang adalah. Jadinya, aku pon asyik nak hangin je sepanjang hari.Ntah la kenapa sakit benar hati aku sbb tak cukup tido.Tadi kat Giant masa beli barang pon, mulut aku menguap tak henti-henti.Hilang langsung mood aku.
Tragedi!
Tapi, sungguhpon dalam ngantuk2 tu...sempat jugak aku cipta satu tragedi kat Pasaraya Giant tu.Gigil... sgt gigil! Aku dah terpecahkan lantai kat Giant tu. Awatnya??? Ni yang aku kalut ni. Dek Kal lah punya pasal. Ma ngan Dek Kal plan nak beli besi angkat berat tu (nama apa?).Sekali Dek Kal angkatlah yg berat 2.5 kilo punya besi.Muka dia slamber.So, aku pikir mungkin taklah berat sangat. Ma pon angkat releks je. Pastu tgn puaka si Haikal pi angkat yang lagi berat.Yang 10 kilo punya plak.Muka dia masih selamba cam angkat pensil sebatang.Ma pon angkat gak.Nampak cam biasa.Sekali dek kal suruh aku kuarkan satu besi yang 10 kilo tu dari rod tempat nak main angkat-angkat tuh. Entah apa nak panggil rod tu aku tak tau.
SEKALI!
Dushdush...!
Booumm...!
Aku terdiam.Gigil. Menggeletar kepala lutut. Abah dah sengih. Ma gelak. Dek Kal lak bukan main ske lagi tgk aku. Aku pon naik kalut bukan main lagi bila tgk2 je lantai kat Giant tu dah pecah sbb aku terhempaskan besi seberat 10 kilo tu.Berat nak mati!Taubat aku tak nak angkat dah...
Abang yang keje susun barang pon mai datang tgk apa jadi ngan bunyi yg sangat kuat tu.Sampai sumer orang pon pandang aku. Tgk2 dah pecah lantai.Abang tu tgk aku.Aku yang tgh gelabah buat2 tak nampak. Sib baik pastu dia blah, tapi usha gak kat aku. Aku tahu...mesti dalam hati brader tu cakap macam2. Mesti dia yakin akulah yang punya angkara sampai lantai tu pecah. Sbb brader tu tak nampak aku yang terhempaskan besi sampai pecah lantai Pasaraya Giant tu.
Kesimpulannya ada 3
  1. Orang bangun tido awal sgt lemah fizikalnya tetapi sangat hebat buat kecoh.Jadi, toksah la bangun awal. Menyusahkan...
  2. Akulah anak abah yang hebat sbb berjaya pecahkan lantai Pasaraya Giant.
  3. Bangun pagi, atau dlm erti kata lain tak cukup tido membuatkan manusia hilang pertimbangan.Cam aku harini. Asyik keje nak hangin je.

Melalui kisah diatas... aku disahkan mengidap penyakit kronik iaitu... (korang namakanlah sendiri sbb aku tak suka menghina diri aku sendiri.. ekekek)

kesejukan membuatkan aku harus berhenti.

 

7 Congteng-conteng:

Blogger Ezwan Emary conteng...
dah beso beso g la buat mykad seniri ahak...sakit apa yg Allah kasi?sabar ok...semoga cepat sembuh..amin :)
11:32 AM  
Blogger jed1 conteng...
hebat tu pecahkan lantai kat giant :D
11:10 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sakit ape ek?cam sakit x bernama je...hiks...ni ex-KMJ kan?samalah kita..skang kat mane?
1:48 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
pregnant ke?hihi...
1:50 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Assalamualaikum. Lah kak Nurul ni, ingatkan betul-betullah sakit tadi. Gempak je lebih. Tu ada sampai mendoakan kesejahteraan dan semoga cepat sembuh. Hihihi ... standard juga dapat pecahkan gelas kat Giant. Tak kena marah ke? Tapi, mesti kena bayar ganti rugi, kan? Macam yang biasa tertulis kat kedai-kedai tu ... once broken, considered sold. Heh :D
4:39 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Ya Allah Aisyah.. kak nurul bukan pecahkan gelas...pecahkan lantai daaa... takkan nak ganti lantai.. ekekee
1:32 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
wakaakaka..lawak sungguh sahabat ku ini..memang lawak antarabangsa la penah aku dengar..geli hati aku,tunjuk power nak angkat besi 10kilo(aku pon xlarat)..hahahah,gile brani angkat,nasib tak tecabut urat tangan..nasib la pecah lantai je..hahahaha..
12:10 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."