Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, June 21, 2005

Haikal, I'm sorry... but I...

Sbb mulut akulah, abah panggil Haikal masuk bilik abah. Sbb aku yg tak reti simpan rahsia.Sbb aku yg kuat mengadu. Sbb aku. Semua sebab aku. Tapi bukan salah aku.Sikit pon bukan salah aku walopon aku tau muka dia tadi mmg jelas dia salahkan aku. Haikal akan dendam ngan aku.Tapi tak lama.Sepanjang pengalaman aku jadi kakak dia ni, sepanjang kitorang bergelar adik-beradik ni, permusuhan paling lama ialah 3 jam.Tapi tempoh utk kes ungkit-mengungkit tu yg lama.
Lepas makan malam, kitorang borak sat. First aku buat adik menangis. Aku sakat dia sampai "hujan lebat".Then aku sakitkan hati Ijat.Pastu aku mula main sindir2 Haikal.Semuanya sbb aku geram ngan perangai dia yg makin menjadi-jadi dua tiga ari ni.
"Dah la..malas nak dengar mulut tak reti diam ni," kata Haikal, then terus je keluar.Berdesing aku dgr dia kata aku camtu.Apalagi, ngan berapi-api aku bitau semua yg dia buat.Aku simpan perangai dia yg bukan2 tu dah 4 hari. Everytime aku nak bitau abah, aku akan rasa kesian kat dia.Sbb abah biasanya tak pukul tapi bg psychological punishment.Contohnya tak boleh main bola (sedangkan adik aku gila bola semua), tak bley pegang motor (padahal Haikal akan gila dan sakit jiwa tanpa motor), tak ada duit poket, tak leh top-up kredit henpon etc.Aku sayang kat Haikal.Aku simpan je semua perangai dia yg dah buat aku ngan ma sakit jiwa.
Semua! (Note : SEMUA) Semua tu maksudnya tak terkecuali walau satu. Aku cerita setiap apa yg dia buat.Abah panggil. Abah soal, dia jawap. Abah marah, dia tunduk. Abah preach, dia dengar. Kitorang pon dengar.Ma pon dengar. Setitik pn airmata dia tak keluar sampailah...
"Bak henpon," kata abah. Slow2 dia kuarkan dr poket dan beralih tgn kat abah pulak. Abah terus off henpon tu.Time tu dia mula menitikkan air mata. Aku tau henpon tu antara nyawa dan nadi dia selain motor.
"Mulai harini, tak ada henpon. Jangan berani minta. Ingat, apa pon anak-anak abah nak buat lepas ni... abah tak akan pukul. Dah besar semua. Takkan nak pukul.Sakit dapat. Malu dapat. Tapi satu persatu keistimewaan abah akan tarik. Ingat, sejarah hidup abah, abah tak penah takut dgn anak. Abah yg bg korang makan. Jadinya korang kena dgr cakap abah,"
Aku ingat ayat demi ayat yg abah kata.Abah tak garang.Tak ske pukul anak.Seingat aku, aku sekali pon tak penah kena jentik.Tapi bila abah marah... hurmm.. aku tak suka kena marah. Aku tak suka adik2 aku kena marah jugak. Tapi Haikal dah melampau.
Haikal...kau ingat kau besar sgt ke? Kau rasa dah mampu hidup sendiri ke? Then, pegilah carik rumah lain. Pegilah carik makan sendiri. Pegilah tanggung duit belanja sendiri. Kau tu dah la demand! Nak senang ajer. Top-up sebulan 3 kali. Shopping every weeks senang2 hati je hulur tgn minta duit.Then kalau rasa bley hidup sendiri, mampu ke nak tampong hidup kau yg serba demand tuh? mampu ke? (aku geram sebnarnyer nih!) Aih.. aku buat semua utk kebaikkan kau. Hope u understand. U are growing older. Bukan budak kecik. Klu budak kecik lama dah aku sekeh-sekeh.
Aku tak tau apa perasaan aku. Puas ke? Kesal ke? Tapi aku rasa cam kesian yg amat tgk air mata dia menitis bila abah amik henpon dia. Semuanya salah aku ke? Tapi bukan ke lebih baik aku tak selindungkan perangai dia? camner klu dia takkan berubah klu dibiarkan? Hurmm.. aku tak salah. Haikal ttp salah. Dan aku.... tetap kesian kan dia. Sbb dia adik aku. Dlm apa pon keadaan, dlm apa pon bencana, dia ttp adik aku.
Dek Kal...I'm sorry. Ni lah adik aku paling nakal yg buat satu rumah bergegar. Yang jugak buat jiwa-jiwa normal dlm umah ni jadi tak tentu arah.Sakit jiwa.
Aku lega dah ceritakan semua so aku taklah mcm selindungkan dia. Tapi at the same time aku sgt kesian.Fahamkan perasaan aku?
 

15 Congteng-conteng:

Blogger NaSh conteng...
haikal yg nakal.. hmm.. insya'allah, muda2 nakal tu biasa ar.. nanti ok laa tuh..
11:27 PM  
Blogger enaz wHo me® conteng...
eh.. cheq taktau pulak yg ang ada adek besaq..! apapepon, akak sokong abah ang..

kimslm kat haikal.. bitau dier toksah nakal2 lagi tau..
11:40 PM  
Anonymous fais conteng...
lorrgh.. cian adik chika tuh.. wpon mmg patut dia kena sb dia yg salah.. tp smpi dia nangis mesti sgt berat kat ati dier kn.. papepon.. bagus gak.. he will learn.. dia tau ak chika yg repot sumer tuh? hehe.. "trbusy body lak" hakhak.. nyway.. hope korang adek bradik aman damai..
12:12 AM  
Blogger aiyeza conteng...
lor..perang rupenye..perang mulut aderlah perkara biase dikalangan adek-beradek yang sedang membesar bersama-sama..adek lelaki,biasela suke memberontak,suke pk ikut pale otak sendiri..dan sebagai kakak kite memang kesian gile kat dorang sampai simpan je apa dorang buat dan sampai kemuncak..meletus larva,abes la dorang sume..(akunye larva meletup sangat2 lambat,sekali meletup memang hangus terus)..
1:08 AM  
Blogger zakzak conteng...
the bitter the pill, the faster the sickness will go.insyaallah.

kekadang, cara terbaik nak ajar seseorang is you hit it where it matters most.

i think you father knows that very well.

apa kata suruh dia keja sambilan kat mcd ke kat warung ke.
biar dia tau susah senang cari duit.

btw,umur dia berapa tahun?
8:41 AM  
Blogger Deanz conteng...
..adalah lebih baik kita meluahkan apa yang terbuku dari terus-terusan memendam rasa takut jadi kudis dan bernanah! biarpun terpaksa ditelan pahit..
10:22 AM  
Anonymous Mely conteng...
dedulu selalu gak gado2 dgn kakak n abg... perang2 mulut jer arr.. ekkekeke

but dh beso2 nie. kami saling sayang menyayangi... insyaAllah :D

p/s: xtaw nk komen per sbnrnyer.. kekkekekek
12:01 PM  
Anonymous Zul conteng...
its ok.. ayah zul pun tak pernah pukul zul.. sama la maca ayah chika. He will learn something,i'm so sure bout that.Untung dapat akak cam chika ni..sejuk hati adik chika kalau die baca citer nih.
12:15 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
kalaulah si Mohd Izzul Haikal tu bley faham.... but... Haikal is Haikal!!!
12:53 PM  
Blogger NaSh conteng...
go go haikal!! sakit kan hati akak ko tu lagi~!! GO !! jangan takut.. Aku akan memprotect kamu!! Go haikal Go!! ekkekeke
1:56 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
tolonglah komen tu baik2 sket... aku dah la marah nak mati ngan budak tak sedar diri tu.
2:40 PM  
Blogger jed1 conteng...
nanti dah tua-tua bila kenang balik saat2 gaduh ni sure noltalgia punya :D Biasanya time remaja ngan budak2 ni selalu gaduh adik beradik..dah meningkat umur karang maybe 25 above dah boleh kawal perasaan tu dan hubungan adik beradik akan sentiasa baik
10:22 PM  
Blogger adledash conteng...
isk2...jgn riso..we're in da same condition...cara nak selesaikan?=>wat solat hajat bebanyak...ok!
4:57 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Excellent, love it! »
5:52 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Where did you find it? Interesting read mobile phone tools Dominic grillo scrabble American family insurance whiplash injury settlement Micro mini thong bikini hardcore Leadership training for comuter
8:46 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."