Ibaratnya fenomena hari Isnin aku cam katun atas ni.Tadi aku mmg khusyuk gila layan komputer, then mula menguap-nguap ngan ghairahnya. Satu-satunya keje yg aku buat ngan bersungguh-sungguh sepanjang hari ni ialah menguap. My tido day is coming and I was like... *yawn!* .. and I was like *yawn!* Nampaknya aku tak mampu tunjuk skill tulis panjang-panjang mlm ni sbb aku... *yawn!* ...sbb aku rasa sgt tak bermaya. Ptg tadi ma ajak ikut pegi repair *yawn!* tayar beskal adik yg bocor. Then suh aku pi amik racket yg abah hantar tukar tali. Aku kata taknak pegi kat ma. Ma pon jawap.. "sukatila..." nada ma agak sinis.Mesti dia pikir aku nak berasmaradana ngan pc aku.Tapi sebenarnya aku nak bercengkerama layan nafsu mata aku ni. Entah dari pukul baper ntah aku mula tak sedarkan diri.Siap ngan sweater, stokin, blanket setebal-tebalnya, aircond, tutup tingkap, tarik langsir dan lampu tido.Gila ke haper tgh2 hari buta tido seteruk tu.Sedar2 tepon bilik aku berbunyi.Sgt nyaring!Volume highest tuh.. Aku pon ngan suara bgn tido yg sexy teruih ja jawap call. "Nurul..bangun.Turun bwh ni teman ma makan.Tak payahla asyik nak tido. Buat tambah saiz badan je," lenggok nada ma sebut nama aku tu lain macam.Sah lah ma akn bising sbb takut aku akan mengalami penambahan saiz secara berterusan.Lebih kurang kul 6.Aku bangun, turun bawah, makan... Then ntah bila masa tah, aku tertido lagi. Maghrib bangun sembahyang.Then continue lagi sket. Menguap jangan cakaplah...*yawn!* Sementara memicit-micit *yawn!* keyboard ni, aku masih lagi menguap tak berenti-berenti. Alahai nafsu tidurku.Ganaih gak nafsu mata aku ni. Dah sehari suntuk tido pon tak puas-puas.Aku *yawn!* rasa cam *yawn!* akan berhenti menulis skang ni jugak. *yawn!* *yawn!* - menunjukkan keadaan aku yg sedang menguap byk2 kali sambil menulis tentang My Tido Day. Silalah kira berapa byk kali aku menguap sementara nak siapkan entry yang "lena" ini.
7 Congteng-conteng:
Post a Comment