(gambar hiasan)
Bismillah....
Berapa Ramadhan? 5 Ramadhan sudah.Aku tak sempat nak tulis ayat SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.Kena tulis ni.Bukan senang, setahun sekali ja.Aku harap, semua muslimin dan muslimat berpuasa dan dirahmati Allah akan kehidupannya.Moga ibadat ini diterima....Insyaallah.
Ramadhan di kampus agak.... tak menggembirakan.Aku tak tau macam mana nak describe semudahnya ttg kehidupan aku this around few weeks.Semuanya diluar sistem.Sgt sebok, sampai aku tak tau bila masa nak tdo.Imagine la guys! Waktu mlm mmg dah diprogramkan dlm kehidupan semua org utk tdo.Tapi utk aku dan kengkawan, kitorang kena carik sendiri waktu tdo (tu pon kalau ada). Dah beberapa kali aku tak tdo minggu-minggu ni.Dah berapa kali jugak tdo pukul 3, 4 pagi.Balik dari fakulti menapak jam 2,3 pagi.Semuanya jadi rutin yg kalau ikutkan hati, mau je aku memberontak.
Entahkan kenapa, terasa sgt tak boleh terima keadaan camni.Aku tak penah ada perasaan camni pada study aku.Tapi kali ni,yes! Aku betul2 tensen.Nak bitau ma banyak2 tentang betapa tensennya aku, aku tak sampai hati.Takut ma naik risau.Tapi terus terang, badan aku rasa sgt tak bermaya lagi.Aku dah tak sanggup korban tdo.Tak sanggup paksa badan buat benda yg tak termampu.Tapi apa boleh buat heh? Mungkin rawatan psikologi terbaik ialah menjerit kuat-kuat...
"aku leteh!aku nak jadi sleeping beauty yg dapat tdo 100 tahun! aku perlukan rehat yang panjang!"
Hobi Baru
Kami (my studiomate) yg sememangnya hyper-notty ni sgt hebat explore benda baru tuk aktiviti sampingan.Tiba-tiba sejak kebelakangan ni kitorang dah ada hobi baru yg sgt kronik.
K A Y A K .
Yes, kayak! Semuanya bermula ngan mulut-mulut gatai kami yang suka sgt acah-acah nak men kayak.Tup2 satu hari tu dah rasa sgt teruja nak pegi jugak turun men kayak.Tengah2 design tu, aku, Farah, Alif, Syikin, Faiz ngan ramai agi la... pon dok terjun turun ke tasek.Fuh, since tu kitorang dah addicted.Memula aku takot, tapi lama2 rasa sgt poyo pulak.Bukanlah dalam mana pon tasek tu.Kalau kucing berdiri pon , lepas....ekekeke....
picture : john & sansit were pathetically cool. ^_*
Dan cam biasa, i love to pose.Tgklah kengkawan wajah dan aksi sarcastic ku...
This is damn terrible.
DAN...... berlakulah satu 'Tragedi Tuai Padi'. Cuba tgk gambar kat bawah ni.Bukan ke mmg sesuai kalau aku ngan Farah dok nyanyi lagu "...tuai padi antara masak...eseok jangan layu-layuan..."
Cam kat bendang kan? kesian gak kat Robert waktu tu.Dia dah pucat lesi sbb bracelet kristal yg berharga ratusan hinggit tu dok tercampak masuk tasek.Tu la... jgn memakai barang bernilai ketika bermain di tasek. Tapi alhamdulillah...akhirnya dia dapat gak stlh lama mencari.Geli ja dok celup tangan dlm air tasek yg maha keruh tu.
GOTONG-ROYONG (Jumaat)
Last week aku tak balik umah sbb JSB (Jabatan Seni Bina) dok buat gotong royong bersihkan studio.Best gak gotong-royong tu.Yang aku tak tahan, ada orang dok highlight 'Makanan Disediakan' kat kertas announcement.Tak senonoh betol.
Aku tau gotong-royong start kul 9.30 pagi.Aku set jam kul 8 dan mmg tersedar kul 8.Tp aku sambong tdo sampai kul 10.Ingatkan tak penting tuk dtg awal tup-tup Prof mengamuk... Sapa yg lambat dikira tak dtg.Abis kena mengadap Prof ari Selasa lepas.Kena basuh.Sib baik ramai gak yg seangkatan aku.
"Nurul tu, buat keje sikit.Bergambar banyak," tu antara rungutan yg aku dengar dr kameraman berjaya, Adian. Pastu dia komplen lagi... "Ishk, melambak gambar ko dlm kamera aku.Tiap kali aku amek gambar, mesti terselit ko,"
Apa nak buat.Aku suka posing.Nak jadi model tak layak, so terpaksalah pose secara tak profesional tuk kepuasan.Ngeh ngeh....
Midvalley oh, Midvello! (Sabtu)
Last Saturday ada klas komunikasi.Ada presentation yg akhirnya memberikan kontroversi kat aku.Sbb aku pilih tajuk Wedding tuk public speaking.
"Okay guys... seems like she gonna be married first,"sukati ja encik abdul halim announce camtu kat klas.Abis terbarai dorang gelakkan aku. "Tak de tajuk lain ke? Sorang wat Marriage, sorang wat Blind Date, sorang wat Sexs Education.Sorang ni plak Wedding," bebudak boys mula nak bangkitkan hal. Gasaklah...
"Nurul, jom pi Mid pas abis klas ni," tetiba Farah dok tukar plan.Plan Ahad.
"Jom," aku yg mmg x waras mmg suka sgt la kalau diajak shopping.
"Tp aku balik dlu tukar baju.Takkan baju kurung kot,"aku pon balik ngan Farah tukar baju dan terus pi Mid naik komuter.Seblom tu si Babe (anuar) nak ikut.
"Ko nak shopping ke?,"tanya aku
"Tak..nak carik buku rujukan tuk projek,"
"Owh,klu nak shopping leh follow.Kalau pi bookshop, tak leh.Ikut aku shopping kena betul2 shopping spree k.Sbb aku nak shopping sakan ni," aku ntah canner tak bg sesapa follow.Saja nak berduaan ngan Farah.
Stesen komuter UKM sgt lah huduh.Serius huduh dan tak fascinated sgt.
Kebulur! Apalagi,singgah tempat peberet aku la.Secret Recipe.
Aku takleh lupa TRAGEDI MAKAN SUSHI.Percubaan pertama aku makan sushi mmg failed!.Mmg aku sumpah dlu takkan mkn sushi sbb aku geli.Bau dia je aku leh muntah.Tp entah kenapa disebabkan ikut adegan Farah, aku accept gak Farah belanja aku sushi.Yacks!
Dah la makan kat KFC yg sgt sesak.Aku makan ngan freak.Naik merah berair mata aku tahan muntah.Abis org depan, kanan, kiri dok tgk aku.Mesti aku dikatakan budak ulu mana lah agaknya.Farah dok record aksi aku dan ditayangkannya kat studio.Bantai kena ejek aku ngan Adian.Serius shit! Sushi was yacks!No sushi anymore.End.
Ntah apa tah.Barang yg aku beli aritu sumernya nak pink.Geli ja.Beg Tropicana Life pon pink.Kasut pon pink.Tapi heaven la shopping!Hilang sumer masalah time tu.Woah, pengakuan zalim!
ALAMANDA
1 Ramadhan - Kelas maths aku off.Tak larat bangun pagi.Then siap2 nak turun studio, Farah sms. "A'ai nak pi Alamanda.Nak ikut?," aku apa lagi, nak la.So, tanpa jejak ke studio dan tanpa pegi kelas, aku terus pi alamanda ngan A'ai, Farah, Ceeda dan Babe.
Aku ngan Ceeda yg sentiasa hepi sepanjang perjalanan. Berduet bukan sket punya gamat.Sampai Babe tak tau nak kata pe.
(this pic was taken by Aisyah aka A'ai who claimed that we have to be creative to snap a pic from a certain angle.And bcoz of her high creativity, we've been warned not to take picture in that shop.Malu ya.)
Igau aku akan baju tu.Tak beli.Size kecik sgt. Then guard da marah sbb bergambar.Malu.... nak nyorok belakang A'ai, A'ai kurus sgt.Nak nyorok balik pintu, tak ada pintu kat situ.
Kesian burung ni.Disebabkan teknologi senibina yg sgt maju dan kreatif, burung ni jd mangsa teknologi.Dia terlanggar cermin yg transparent dan tergolek dpn mata kitorang.Pening dia, sampai tak leh terbang.Babe yg layan burung tu.Aku ngan budak lain sebok cam biasalah bergambar tak ingat alam.
Balik dr Alamanda, A'ai yg jugak pemilik Kembara yg kami naiki dok tanya "nak jalan tak?," aku pon lantas ja kata "nak..." aku kan selalu ilang pertimbangan.So, kitorang jalan kat Putrajaya sambil menikmati keindahan senibina jambatan. Kunun2 lawatan sambil belajar la tu.Ceh!
Begitulah kisah2 sepanjang 2 minggu tak balik umah.Kampus agak best.Tapi aku tak berapa suka ngan perkembangan diri aku yg makin tak reti dok diam.Org selalu kata risau tgk aku tak reti diam.Aku lagi risau.Dah la sgt hyper.Kenapalah aku ni.....
*tulisan yg sgt panjang (+lebar). Tak pe, anggaplah ni update aku qada' dua minggu lepas dan jamak tuk seminggu akan dtg.Kalau tak sempat baca, leh buat bacaan secara siri.Ekekkeke.... selamat berpuasa!*