Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, December 22, 2005

Aku Saket

Selamat malam, Beylo!
Aku mengendeng lagi pada kau...
malam ini utk kesekian kalinya...
Hanya kau yg sanggop diperhambakan dek emosi aku..
Dan seikhlasnya aku katakan...
Aku suka conteng pada tubuh badan kau...
Yang aku tak tau samada mau mengimaginasikan...
Kau adalah sebuah Beylo yang tampan, atau biasa2 ajer...
Aku tak mau timbang kira rupa paras kau...
Sbb aku menyukai kau ikhlas dari emosi aku sendiri...
Bukan wajahmu jadi ukuran...
*jelir lidah pada Beylo!*



********************


Beylo, kita berduakan... dah kena tag dgn Kak Siti dua hari lepas. Kau tau tak apa maknanya bila kena tag? alah, lebih kurang macam main kejar-kejar atau polis sentri (police and thief or apa2 jugak sebutannya terpulang pd lidah kanak2 itu) Sapa kena 'sentuh', dia yg 'jadi'. Camtu lah kiranya. Kira kau ni kan, Beylo... dah kena 'sentuh'.Skang kau kena 'jadi'. *Beylo garu kepala spt seorang budak bodoh*


Dah 2 entry aku tunda permainan kegemaran blogger2 ni. Dan sebetulnya, ni 1st time nama aku kena tembak. Fuh, nama naik!! Kenaikkan yg seolah-olah naiknya Bursa Saham Kuala Lumpur dlm index komposit. Hmmm...alahai! Mulut aku sgt hebat menyebut sungguhpon otak aku tak ada pengetahuan ttg BSKL (yg aku baca sbg index 'Basikal' masa aku kecik)


Aku nak mula bermain! 1, 2, 3, go!

Nama menan : First Time (kedengaran bagus kan?)

  1. First Time Ke Sekolah

    Terkedek-kedek aku bawak beg warna warni. Berjalan seploh tapak lebih maju dari abah. Itu aku namakan sebagai 'langkah semangat'. Mmg kalau dibandingkn dgn kanak2 seusia yg lain, semangat aku agak luarbiasa. Aku tak melalak sampai ternganga mulut luas-luas macam kanak2 mula masok tadika yg lain. Ibu bapa penoh menempek disekeliling kelas tadika kami. Tak ubah macam tembok / benteng pertahanan yg memberi perlindungan utk anak masing2. Tapi akibat 'semangat luarbiasa' aku, abah telah selamat dari diistilahkan seperti tembok yg memenuhkan kawasan tadika yg sempit. Aku paksa2 suh abah balik.Tak mau abah tunggu aku. Sbb apa? Sbb 'semangat luarbiasa' aku terhadap sekolah. Kesimpulan : aku sorang kanak-kanak yg punya etika diri.

  2. First Time Memasak

    *mintak 3 jam utk fikir boleh?*

    *keluhan berat seorang aku*.... aku tak ingat la. Sbb aku tak pasti samada aku pernah terlibat dalam kerja-kerja memasak.Boleh minta skip soklan? Yeah... boleh...

  3. First Time Jauh Dari Keluarga.

    Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) <--- Dia ni punya pasallah hidup aku huru hara, tunggang-langgang dan jiwa aku semak samun! Sebenarnya kehidupan aku tak sepenuhnya direncanakan oleh aku. Apa aku boleh dan tak boleh buat, parents aku yg tentukan. Apa, Bila, Bagaimana, Siapa dan Mengapa... semuanya parents aku yg tentukan. Bila aku 1st time jauh berjuta-juta lemon dari keluarga aku, aku langsong lampi. Nak makan bila pon aku tak sure.Menyebabkan aku makan sepanjang masa. Sekaligus jadi punca kepada perkembangan yg sehat ni. Kagum kan? Aku ingat jugak macam mana rumet aku jeling2 kat aku masa 1st week aku kat KMJ. Aku pulak yg tak suka di-underestimate dan suka berlakon macam aku seorang gadis yg boleh baca pikiran orang pon berkira-kira.... apa yg mungkin dorang kata ttg aku. Aku tau... *sambil mencebik muka*... mesti ada yg berkata-kata dlm hati... "budak mana yg mengada sgt ni?". Aku pon da redha kalau orang nk cop aku mengada-ngada. Sbb aku ingat aku penah tanya Trex (rumet aku yg sgt dichentai) ... "awk, macam mana cuci baju? kita ada sabun cuci.Tapi tak tau guna. Pastu bila nak guna Soflan?" time tu aku dah bertuala (siap2 nak gi washing-washing yg aku sangkakan satu cabaran extreme waktu tu). Trex pon ajar-ajar aku. Aku dah tak pedulik apa dia nak tuduh aku. Sbb aku rela dituduh daripada tak berbaju nak ke kuliah nanti. Miahahaha... Tapikan Beylo! Lama2 aku sgt suka dgn keje washing-washing. Lama2 aku dah tak menganggapnya sbg 'keje' tapi aku rasa ia cam satu 'permainan air' yang menghiburkan. KAHKAHKAH... *kan aku kata aku cpt teruja ngan sesuatu*

  4. First Time Fall In Love

    Kalau yg olok-olok, aku pernah jatoh sket je. Tak ada luka, tak ada calar, tak ada cedera! Tapi yang betol-betol, aku pernah jatoh dgn sgt hebat. *gedebuk!* Bukan setakat jatoh, jatoh tergolek-golek dan tersungkur siap. Sampailah aku dapat luka yg bernanah-nanah, jijik! Calar-balar dan aku tercedera dgn amat. Hahahaha! *acah je tu!* Mesti kamu semua dah bayangkan betapa hebatnya kesah chenta aku. Mcm Romeo & Juliet, Cinta &amp; Rangga, Laila & Majnun, Jack & Jill, Popeye & Olive... dan apa-apa saja pasangan bahagia antarabangsa.

    Oh, tidak! Aku tak sebertuah itu.Hey, aku mintak skip soklan lagi boleh? Sbb aku sgt tak berminat topik yg mengaitkan hati ni.Sbb hati aku tgh tak nak berkompromi skang ni.Dia kata dia bukan dalam mood 'dilamun cinta'.

    Tapi utk memuaskan ati kamu-kamu, juga sbg tanda yg aku tak main kotor dgn 'tak menjawap soklan', ku katakan dgn indah... :p 1st time jatoh chenta 'bukan olok-olok' ialah ketika aku dah lompat kuar dari zaman sekolah. Yehuuuu... aku kotakan prinsip aku! Sbb tu aku sgt kagum dgn diri aku. Bluekkk !

  5. First Time Interview

    "Kalau ada kebakaran? Kamu buat apa?," tanya cekgu disiplin
    "Panggil cikgu," aku yg gelabah menjawap.
    "Buat pe panggil cikgu?," cekgu tu buat muka heran + terkejot sbb x sangka dgn jawapan bodoh aku.Muka aku dahla bukan sket nyer konfiden.
    "Sbb waktu tu dah kelam kabut," aku terasa macam aku ni pelajar tingkatan satu yg bodoh tapi cuba nak jugak apply jadi pengawas.
    "Erk? kelam kabut, panggil cekgu? Sempat pulak panggil cekgu tgh2 kebakaran?," cekgu tu cam sgt bengang ngan jawapan aku.Aku tau dia x ske jawapan aku.
    "Mmmm.... sebenarnya sy yg tengah kelam kabut ni. Sy gelabah nak jawap soklan Puan," phewww...! kan sungguh aku kata.Aku slalu mengagumkan. Dgn tak malunya aku mengaku aku mmg sering kagum ngan diri aku. See, aku leh jawap terus terang camtu.
    "Hahahaha..." cekgu muka bengis pon gelak. (dia adalah Puan Che Pah)

    3 ari pastu ... ketua pengawas mai kelas aku, amek nama aku dan mengistiharkan yg aku boleh jd pengawas. Rasa nak ketok paler sendiri *gedebuk! gedebuk!*

  6. First Time Tgk Wayang

    Maaf. Aku x nonton wayang. Tradisiku tak menginzinkan aku berbuat demikian. Terima kasih. Mohon skip soklan lagi....

  7. First Time Dok Umah Bujang

    Belom dan mungkin... tak akan. Sbb melihatkan gelagat over-protective ayahanda dan bunda, aku rasa kan Beylo... aku... tak de chance! ! ! Hanya akan ke rumah suami ajer lepas ni. Miahahah... *sensasikan jawapan aku?*

  8. First Time Pegang Duit Sendiri

    Semua kepingan wang yg aku penah pegang bukan milik aku. Aku cuma tau pegang duit ayahanda, duit bunda ajer. Ntah bila aku akan pegang duit sendiri, wallahualam. Macam jaaa.........uh berjuta-juta batu je lagi. Sbb aku rasa, duit mak ayah aku sgt indah. Duit 'suami' tentu lebih indah. AHAHAHAH... *tssssst..........* Sesungguhnya, kejarlah apa-apa yg indah itu seblom keindahan itu lari lebih jauh dari kita. (aku reka, bukan madah pujangga sasterawan negara)

LAPAN je soklannya. Nak tambah lagi satu boleh?

  • 9. First Time Aku Byk Berfikir Demi Sebuah Entry.

    Ni lah entry nyer! Jenuh aku dok putaq2 balik semua peristiwa 'pertama kali' aku.



Tak aci main sorang-sorang.Mari sini, mari! Aku mau tag orang lain pulak. Tadaaa...
  • Adian (yes you! of course...)
  • Farah (would like 2 focus on ur answer no. 4 *tongue hanging out*)
  • Astri (Kiah will definitely enjoy this game!)
  • Aiza (Pliz mention the name of the guy on ur answer no. 4 *tongue hanging out lagi*)
  • Sya (Yes! dis time kak nurul nk ajak sya main-main... ahahaha)
apakata, kamu semua tag diri sendiri! Sila...sila...


********************


"samada kesakitan itu memenatkan, atau kepenatan itu satu penyakit....."

Aku saket.
Bermula dari perlawanan tarek tali oleh urat saraf kepala...
yang membawa kepada migrain...
Aku diserang pulak pertandingan gusti-mania di dalam perut...
yang mengakibatkan aku sgt saket...
Kini...
Aku hanya mampu mengerang kesakitan yang amat...
Yang datang secara bersiri....
Seperti mau bermain-main dgn kesabaran aku...
Dan aku...
Terasa mau menyimpan perut yang saket ni dalam almari pakaian buat seketika...
Sampailah di tidak lagi saket...
Saket, saket pon.... tuntutan nafsunya terhadap makanan masih mcm dulu...
Tak pernah berubah...
Tapi makin bertambah...
membuatkan aku sgt geram sampai terasa mau tidur lama-lama...
dan hanya bangun bila semua kesakitan sudah tidak wujud lagi dalam dunia...


Hati aku pon saket.
Sakit yg tak boleh disuntik....
Sbb tak ada jarum yg sesuai boleh suntik hati aku yg saket...
Tak payah susah-susah....!
Kang jarum suntik patah,
Hati aku, saket tetap saket!
Tak ada guna!
mmg tak berguna!

Aku marah bukan utk apa2 sebab.
Aku marah secara sukarela....
Kau, diam!
Kau dengar ajer!
Aku marah secara sukarela!
Dan ni biasa berlaku setiap kali aku tak selesa dgn keadaan semasa....
Seperti...
Tarikh pulang ke kampus yg makin hampir...
Sekaligus menamatkan riwayat cuti yang tidak berdosa....


********************


Kes Eksiden Semalam!

Aku, Farah, Adian - telinga kami sudah nipis asyik disogok dgn perkataan Mahkamah, Saman, Lawyer, Wang ribu-ribuan, Eksiden dan segala macam istilah kemalangan yg lain. Kusangka lawyer itu untuk menteri-menteri yg mau langsai skandal mereka. Ku sangka lawyer itu utk orang2 kaya yg mau kasi beres masalah syarikat gergasi mereka. Farah pulak, disangkanya lawyer cuma dalam drama2 di kaca tv. Tapi rupa-rupanya! Lawyer jugak utk kanak-kanak 19 tahon spt kami. Hebat jugak fungsi lawyer. Hebat jugak kami kerana berpotensi memberi sesuap nasik kepada lawyer-lawyer di malaysia ini demi semua tragedi kemalangan. *aku harus gelak atau berdengus geram?*



Hmmm... ada sket yg menarek isi 'ym chat' aku ngan Timyohannon nih!

Timyohannon : Kalau ko jumpa india tu ngan ular, ko bunuh India tu dulu.
Aku : *icon ym orang gelak tergolek-golek*
Aku : Mesti ar.Sbb india tu belit lagi dasat dari ular belit!
Timyohannon : *icon ym orang gelak ternganga-nganga*



Apa yg berat nih?
Ku sangkakan ada batu gergasi atas kepala aku...
Kisahnya kepala aku sendiri yg terasa berat....
Aku nak angkat kaki!
Slamat tinggal, Beylo!
 

13 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
sekalik dia tag aku ngancam punya...no4?!! isk....berat nehhh!!
*tak senang duduk!!*

seharian nii kepala ku saket dek memikir eksiden nih...tapi....ya...pk +VE!!
yah yah!! fara-D takkan mengalah!!
HO YEAH!!
2:03 AM  
Blogger Adian conteng...
waaa name aku naik first prize plak! muahaha. baik, akan kucuba sedaya upaya ku menjawabnye. hmm nk jawab bm ke bi ek?
2:11 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Fara ... jwp semua 8 soklan. Tp no 4 tu bagi penekanan k. :p

Adian ... bahasa bebas.Selagi aku fhm. Ko rasa aku fhm punjabi? silalah berpunjabi...
2:18 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
takde can nak dok umah bujang? sbb UKM baik sgt bg ostel kat sume student. Kalo kat UiTM ni.. keh keh .. tp tetap ade keistimewaan yang tak aci pada siswi.
2:29 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Adian again ... ko jgn cakap nama ko naik 1st prize leh tak.Aku terbayang benda lain. alah.... yg selekeh dan berdosa. wakaakaka....

Aash ... tak aci? aci...aci... bukak pintu... nana balik pukol satu.... ihiks... UKM baik mendanya? 1st year mmg la dpt kolej.Tp sy yakin, sy berkelakuan baik dan tak de nyer kena buang koleh. Sbb jarang dok kolej, tak de masa nk wat salah laku kat kolej. :D
2:38 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Aku nampak ada nama aku. Errr jangan-jangan. Nanti Berita Harian, Utusan Melayu, Metro Edisi KL, Kosmo cari aku.

:p
3:02 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
ahahha..tak sangka malam2 buta naik name nieh..no 4?same ngan fara-D seh..(untuk fara: tak sangka kite kembar dlm menjawap soalan)no 4 kene bgtau name??woah, sangat2 stress menjawapnyer.aku buat netry khas nanti yerk..adian, ang ckp 1st prize aku terbayang bende tak snonoh.
3:42 AM  
Blogger Adian conteng...
muahaha.
5:50 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ep chika kamu dalam saket2 masih larat untuk conteng beylo ek.. n masih mampu tuk keluarkan entry yang kelakar hehehe..

ep serius sangat nyer bunyi nyer kesakitan kamu neh.. bawak2 gi jumpa doktor ek..
11:58 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
dah nama kembar, segala2 dilakukan bersamasama...
cewaah!!
nak focus no 4 bleh...tp...ko hny mintak nama utk no4 tuh kat aiza je kan!! ngeh ngeh!! *tiru cik chika mengaksikan tounge hanging out!!*
12:41 PM  
Blogger Ezwan Emary conteng...
no 4. yang memula tu...isk isk iskkkk.... :p
2:29 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Okey kak Nurul. Sya dah jawab - di blog. Sya rasa Sya dah berjangkit sakit kepala kak Nurul tu. Tak boleh tahan. Semoga kita cepat sembuh. :)
2:33 PM  
Blogger Nashrex conteng...
apa ke hal ar org skrg main2 attack benda2 camgini...

fuh-- nasib baik ko tak attack kat aku.. si noush nyer aku masih x buat lg.. miahahha!!~
10:51 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."