Macam dah jadi upacara hujung tahun keluarga aku utk ke Port Dickson. Aku tak perasan pon benda ni dah jadi 'aktiviti tahunan', tapi bila aku baca2 balik blog lama aku (yg bertapak di tempat lain), aku rasa sgt kagum. Hujung tahun lepas, pada bulan yg sama, keluarga aku dan sepupu-sepupu ke PD. Tahun yg lagi lepas pon sama. Hmmm.... ini mengingatkan aku pada kisah 'Sesuatu Yang Indah'. Kisah yg pernah aku blogkan masa aku berblog 'bukan di blogspot'.
Ke PD hari Jumaat lepas. Cadangnya nak bermalam kat sana. Ayahanda pun melilau-lilau carik apartment (since kami ramai termasuk sepupu-sepapat). Klu boleh nak dekat dgn Glory Beach Resort, tempat atok aku duduk. Tapi akhirnya adek Del, melafazkan kata cinta pandang pertamanya pada PD Beach Club Resort. Pandangan cinta yg dari mata turun ke hati dia tu bermula dari swimming pool. Boleh nampak dari tepi jalan. Jadinya, penginapan kami sekeluarga sebenarnya ditentukan oleh Adek Del sepenohnya. Not bad la. Aku suka jugak view pantai dia walopon apartment dia tak besar. Selain tu, aku suka sbb kat situ tak ramai org berbanding first choice abah nak ke Corus. Aku tak mau ramai orang. Aku kalau boleh nak lalu-lalang sekitar resort tu dgn melihat wajah ahli keluarga aku je. Hahaha... (aku mmg ada sikap suka menguasai)
Yang belakang pool tu, ada kawasan utk memancing. Haaa....! Tu la misi utama adek-adek aku terutama Haikal si Gila Pancing. Boleh dia memancing sepanjang hari sampai ke pukul 1 pagi. Gamat jugak mlm tu bila bunda naik hangin. Dah pukul 1 pagi, bunda call dia berpuloh-puloh kali suh dia balik. Ada lah dua tiga kali je dia jwp call. Selebihnya dia sms .. 'Blom puas. Tggu ikan dtg lagi'. Hangin tak??? Aku pulak hiba bukan main lagi mlm tu. Sbb hasrat nak terjun swimming pool tak kesampaian. Gigit jari.Jarang aku ada nafsu nak mandi-manda. Bila elok2 nafsu sudah bermaharajalela, pool pulak da tutup. Tutupnya kul 9. Sedangkan kami sumer kul 9 mlm tu ada kat Glory Beach Resort.
Lepas maghrib, kelam-kabut kami ke Glory Beach Resort sbb atok aku tggu sana. Suh kami ni (cucu-cucu dan anak-anaknya yg anti masyarakat) ni pi hadiri event persatuan dia. Dah la pakaian aku sgt tak formal. Pakat kena jeling atas bawah ngan atok aku. Pulak tu time masuk je situ ke ruang makan, byk mata-mata pandang kat kami mcm kami ni makhluk asing. Mungkin sbb kaki aku tak nampak sexy mcm kaki gadis2 yg bertumit tinggi. (aku mcm nak pegi taman tasek titiwangsa dgn sport shoes aku). Mungkin jugak sbb aku tak kelihatan langsing berkebaya pendek macam gadis2 penyambut tetamu dan gadis2 lain yg bersepah di situ.( elo, aku punya niat mau berkelah, bukan berkenduri-kendara). Apa-apa jer! *runsing*
Tepat jam 9 malam, serentak waktu swimming pool ditutup, persembahan kebudayaan bermula. Punyala aku bosan. Sbb apa? Sbb aku tak minat langsong tarian tradisional. Aku cuma berminat pd persembahan pertama je. Zapin. Yg selebihnya aku terasa mcm nak berdiri kat tgh2 org ramai tu dan menguap besar-besar sekaligus mengeliat. Biar satu Convention Hall tu nampak kebosanan aku. Tapi demi menjaga hati atok ngan nenek aku, aku buat-buat excited dgn menegak badan (spt sorang pemuja tarian tradisi melayu). Aku bual-bual dgn nenek aku seolah-olah aku mengamati setiap gerak tari penari-penari itu. Tapi pada Bunda, aku bisikkan...
Tiba-tiba.....! Adek Del bangun. Aku ngan bunda dok perhati dari belakang. Pastu dia bejalan kat celah-celah orang ramai. Tup-tup, dia menuju ke depan. Aku ngan bunda da mula kalut. Amenda budak ni? Nak join tarian ke? Rupa-rupanya dia pegi tarik abah yg tgh dok merakam kat depan. Fuh, berani btol! Elok2 orang tengah menari atas stage, dia leh wat kids show depan stage tu ngan abah. Selamba je dia main bisik-bisik ngan abah. Hmmm.. rupa-rupanya dia ajak abah balik. Miahahaha... so, cam biasala, budak Del tu jadi penyelamat dr kami terus menggadai naseb kat situ.
Hmmm... bagi aku, kali ni PD agak menarik.Bukan sbb pantai dia nampak lebih indah, tapi perasaan aku kot yg buat PD ni jd lebih baik. At least ada tempat dlm hati aku. Sbb aku sgt tak suka PD. Destinasi plg aku benci. Tapi utk kali ni, aku boleh tolak ansur la. Aku tak turun ke pantai langsong kecuali ke kawasan memancing. Sbb mengikuti program 'Jgn Bakar Kulit' yang dikelolakan oleh Bunda. Aku habiskan masa dengan menjadi si pemicit kamera 'bukan profesional', bergolek-golek atas katil King Size, turun bawah dan mencarik-carik objek utk dikakukan menjadi sekeping gambar dan cam biasa. Perutku! Di mana saja. Dia bukan kira nak tunjuk perangai. So, aku kena lah membiayai kemahuannya yg sentiasa mau diisi.
Memula, dek kal dpt sekor ikan yg besar. Yg da selamat pon ditelan oleh perut-perut kami. Tapi perut aku dpt sket je sbb aku tak berapa bley terima ikan-ikan pelik. Memandangkn itu ikan laut, aku telan gak la secubit dua. Kalau ikan sungai, mmg memberontak tekak aku tammo telan. Pastu, Ijat pon dapat gak. Adek pon berjaya dptkan ikan. Abah Awab jugak tak berjaya. Dah la uncle aku tu siap lengkap ngan T-Shirt bertulis 'kaki pancing'. Tapi sekor pon tak lekat. Disebabkan kekecewaan tu, dia tekad tammo ikut g event kat tempat atok aku. Dia sanggop g mancing sampai ke pagi.Yang geli hatinya, Ijat bawak balik satu timba ikan. Comel-comel. Gemok tembun cam dia jugak. Adek pon sama. Ada 2 ekor tu belang-belang cam nemo. Semua naik heran sbb tak logik. Byk sgt ikan yg bdk 2 beradik ni bawak.
Pulak tu jumpa ketam sekor berjalan senget-senget atas batu. Aku mula-mula mati-matian ingatkan ketam tu da tak bernyawa. Aku pon pegangla.Siap pose depan kamera. Tetiba, bila aku letakj je atas batu, ketam tu pon bergerak senget-senget. Umak aih! Buatnya dia kepit jari aku. Ishhk! Dan ketam sekor tu dah selamat di-sup kan oleh MakYang utk dijadikan lauk tgh hari tadi.Sj suka2 suh MakYang masak ketam jumpa tu. Kebetulan tgh jalan-jalan terserempak dgn encik ketam (ketam ni pon aku encik-kan) Jadinya arini aku tergaru-garu sbb aku alergik seafoods. Padahal aku tak makan isi ketam.Cuma mkn kuah je sket.
(tgk...besarkan ikan Ekal pancing? MakYang tumpang glamer.Sumer mendakwa kunun2 dialah yg mancing ikan tu. )
Kami tak jadi bermalam sbb aku ajak abah balik KL lebih kurang kul 1 pagi tu. Abah pon okay je.Maknanya abah pon mmg nak balik. Sib baik ada Mak Ju and pemli. Kalau tak, rugi-rugi je abah gi sewa apartment tu.
aku rasa,
aku tak berdaya lagi...
dah 3 hari,
bukan 3 minit atau 3 jam.
3 hari!
kepala aku tak mau mengalah.
saketnya makin menjadi-jadi spt permainan tarek tali antara urat saraf dah bertukar jadi gusti mania.
Kepala aku saket yg amat,
membuatkan aku terasa spt tidak mau berkepala lagi.
Dah lebih dua jam aku cuba sehabis kudrat menyiapkan entry ni.
aku lakukan slow slow demi sebuah kepala...
yang amat sakit...
aku berbaring entah berapa byk kali sementara menyiapkn entry ni...
Panadol actifast tidak membantu. Mungkin tertewas.
Ubat migraine aku lesap, macam tgh main sorok2 dgn aku.
Tak de mood nak main lah!
Mana ubat migraine aku?????!
13 Congteng-conteng:
best ke pd seh.. kalo g pd.. aku suh bapak aku g PD beach club resort gak la..penah aku dok guoman.. jaoh nak mampos.. huuhuhuh///
walaupon ko saket kepale.. ko bersengkang mate gak utk mentules entry yang sgt panjang ini.. ai layek.. jgn pakse diri sangat okeh?
teking k..
Ganas juga ye Mak Yang tu pegang/tunjuk ikan tu. Macam penemuan spesies baru pula. :)
sayapun suka kenduri. lol
dan ketam!
ciao
jelesss.. jelessss
nak itott skaliiiiiiiiiiiiiiiiiii
~!~!~!~!~!~!~!
huhu!! kakak aku pon kagum dgn kehebatan ko memasukkan entry percutian ko ngan pantas skalik!!
tahniah!! *tepuk tangan ramai2!!
cik totin.. lan 7 ni kt sumbat entry pasal bali sama2 eh.. hahahaha
saket kepala ek.. gi la jumpa doktor.. doktor banyak ubat migrain..
AASH ole-ole.... hup hup ole... uhuhu... ole2 nga ada.PD tu apa sgt la yg ada. Setakat pasir pantai adala...
Adian $ As3 Tammo gaduh2.. next entry sapa cepat dia hebat! lekas...!
SYA kak nurul rasa PD tu x best mana. Tp sbb g ngan pemli, tu yg rasa cam bahagia tu>Pantai dia pon x ngancam sgt. But not bad la since dkt ngan KL.
Macchiato Lain kali sy dapatkan sekor ketam utk kamu dan post kan ke indonesia. =)
Totin Helleh... kunun ar ko. Nanti July ko nk holiday besar-besaran. Kami lagi jeless!!! =(( *hentak meja ngan penumbok*
FARA-D tq.aku pon kagum sbb aku wat entry ni more than 2 hours. Sbb paler aku saket... tp seb baik leh kontrol ayat. Sib baik x jd ayat migraine. Ihihi... weh, akak ko baca ke? Dush... malu ar aku.lelong lelong!
FAMIA kamu jeles kat pantai ke jeles kat saya? miahahah...
ABG C3S eh, apa ni nash... kata nk ajak kita skali. Kata nk sponsor tiket. ala... anggapla kami ni pemli kamu.. :))
DAINESO bercuti best...tp balik bercuti penat. Ha ah la... migrain... sib baik da ok. Klu tak, mau malapetaka kehidupanku...
Post a Comment