Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, December 20, 2005

Datin buli Tan Sri

Kesejahteraan buat kamu semua...!

Aku kan, Beylo... tak payah kawen dgn Dato'...... dah jadi Datin.
Pakai rugged2, tak pakai elite2..... dah jadi Datin.
Mkn nasik kat cafe tepi tasek fakulti, tak payah mkn kat restoren elite... dah jadi Datin.
Purse byk resit, kurang ringgit mesya... dah jadi Datin.
Maknanya apa tu, Beylo?
Maknanya... aku mmg dicipta dlm apa cara sekalipon, ttp bergelar Datin.
Aku suka title-title kedengaran kaya dan raya begini.
Walopon aku Datin olok-olok,
Aku ttp menjadi President Datin Association.
Alah, kelab underground yg dianggotai oleh suku-sakat aku.


Mlm ni, aku akan menglipur lara! Kamu fhm kan bila aku kata aku akan menglipur lara, maksudnya aku mau conteng berjela-jela sampai kamu barangkali berpotensi utk bengang dgn hasil contengan aku yg maha panjang. Sbbnya mlm ni fikiran aku lapang sungguh. Perut aku pon sudah berehat barangkali dari berteriakan meminta makan. Otak aku berkelakuan baik, tidak punya elemen2 tak berfaedah utk dipikirkan. (nasehat aku : buatlah bacaan secara siri atau berepisod)


Sistem Pesanan Ringkas Datin bersama Tan Sri

Hampir pukul 2 pagi semalam, Faiz studiomate aku yang jugak kami gelarkn sebagai Pa8 (baca: Pa-eight) sms aku. Musikal sungguh bunyinya enset aku yg kecik tapi gemok. (note : Merah itu sms pa8, kelabu itu sms aku)

Oi, da tdo ke?
Lom.Nape?
Ko ni x reti2 ke nk tdo awal? Ade gosip2 pns x? *inilah lelaki skang*
Ada.Tp tuk ahli gosip Datin club aku je.
Aku nk join club ko, tp aku jd Tan Sri r. Boleh?
mmm...menarek gak.Bole ar.Tp kena aktif xtvt club.
Blh...Xde halnyer.Jgn ajak aku g shopping da la...Apa gosip terhangat?
Aku da kurangkn brt bdn! ! ! miahaha! tu je... wakaka.. weh, ko ada dpt tau result sesapa?
La... Tu suam2 kuku jek. Kurus? ye ke ni?Bole caya ke? Bape saiz suar ko? Dari aritu xnak bgtau.Ko nk tau result sape?
Xla kurus sgt.tp ok gak la. Ko x leh pertikaikan nnt.Selekeh ar ko tanya saiz suar! ko bitau la sapa2 yg ko tau result dia.
Apalak selekeh?smart apa tanya camtu. eleh, malula tu. Ckp ar ko free size, sume pakai getah kan.. hehe..ko nk tau sume ke?Byk tuh. Klu bg upah bley ar. *ni la lelaki skang.asyik minta upah*
Aku banjer ko sarapan nnt.Pearl Kacip Fatimah.ihik. Ala, bitau la sesapa yg ko tau.
*Pa8 pon ngan selamba mak minah bitau sumer result kengkawan aku satu persatu.Byk gila dia tau. Ntah main pakai bg je dia ni.Ntah2 bebudak tu dah warning jgn bitau sesapa.* Hah, letih.Ni bukan setakat kacip fatimah, kena banjer kopi jantan skali nih!
K.Tq atas informasi.nnt segala mcm kopi aku sogokkan.
Camtu r.Aku nk skali ngan vender machine kat dpn studio tu tau.*terbayang aku muka puas Pa8 yg sgt dikagumi oleh aku, farah dan ainul.dia ni mmg pandai wat muka puas*
Ok.Ok. Sorang Datin banjer sorang Tan Sri air peti besi dpn studio.Wakakak...
Haaa la tu.. Ko x anta organ* kat aku ke? da lama aku mendambakan organ* darimu...
Ye la.Sok aku anta.Bape organ ko perlukan? Aku nk tdo dah ni.k. nite.
Seberapa larat yg ko boleh.Hahaha... sertakan skali size pinggang suar anda.Haha... Nite cik kurus konon2...


Dan sms kami mati di situ. Kami masyarakat studio ni mmg punyai koleksi perkataan underground. Antaranya ORGAN. Apa itu Organ?Organ tu merujuk kpd sejarah yg berlaku pada sem lepas, ia bermaksud Testimonial di frenster. Owh, tidak sama sekali aku nk meriwayatkan sejarah terciptanya perkataan Organ itu. Sbb ianya akan menimbulkn pelbagai spekulasi kurang sehat dikalangan kamu yg membaca nanti. Bak kata pepatah, yg baik canang-canangkan, yang burok sorok-sorokkan. (pepatah buatan aku). Yang pasti, Farah pernah jadi insan termalang pada ari istilah ORGAN diwujudkan.Sbb Farah punyalah lampi hari itu.Sampai berjam-jam lamanya baru dia fhm kenapa kami berORGAN-ORGAN sambil ketawa sakan.


Beberapa perkara gila yang kurang waras dpt dianalisis dr perbualan sms tu. Ni nak gebang kat kamu.

  1. Gejala 'sebok nk amek tau result org' sgt menular dlm diri aku dan Adian. Setiap mlm kami berchattingan semata-mata membuat perkongsian maklumat keputusan pekser studiomate kami. Apalah baiknya aktviti ni kan pada aku dan Adian? Cam boleh jadi jutawan je klu kami jual result bebudak ni.Takde maknanyer....!

  2. Semua masyarakat studio sgt gila pangkat. Masing2 nak jadi Datin la, Tan Sri la. Aih... itu namanya cita2 tinggi atau perasyan hebat?

  3. Kami semua penggemar air minuman yg dibancuh oleh mesen peti besi. Tapi sejak mesen itu sudah pandai menipu dlm urusniaga, iaitu dgn menukarkn air kosong (spt air lumpur) yg sepatotnya air laici dan milo, kami mula menaruh benci di hati pd mesen tak berdosa itu.

  4. Ada 2 lelaki selalu jahat, kadang2 baik, yg terlalu taksub mau tau saiz suar aku. Sampai sorang ni sanggop memujuk rayu kat aku. Nyaris2 jugak dia dihempok oleh bodigad aku Farah Diana akibat soklan selekeh mereka itu. (agak2nya, boleh jual ke info saiz suar aku tu kat News Strait Times? Estupido btol.)

  5. Mereka salu tak percaya potensi aku untuk kurus! Jaga angpa! Aku kuruih nanti, angpa nganga la besaq lebaq sampai bapak harimau kumbang pon muat masok mulot angpa. Angpa jagalah!

  6. Aku dah ada DUA janji. Janji yg dinamakan JANJI PEARL KACIP FATIMAH. Satu nak banjer Pa8, satu lagi nak banjer Adian since dia da selamatkan Pendrive aku dari dikebumikan.


Kamu semua! *aku suka teriak kan?*
Tadikan, aku ketemu kembali sama sahabat itu.
Sahabat yg buat aku jadi alim warak masa usia kecilku. Masa usia 14 tahonku.
Dia adalah si jejaka supan santun yg pendiam tp punyai potensi menyakitkan ati aku dan Marlia dgn lagak sarcastic nya.
Dia adalah jejaka terror matematik, yg mana buku petak2 utk buat latihan maths nya salu dipinjam sampai berhari-hari oleh aku.
Untuk tujuan meniru. (aku mengaku aku suka meniru homework org)
Dia jugak adalah si jejaka sumbung (pd awalnya) dan menjadi sgt ramah tamah dan antara besfren aku time form 2 (pada akhirnya).
Dia adalah si jejaka yg enggan menjawap pertanyaan 'jam berapa' yg aku ajukan pd dia. Sumbung kan? Sbb dia memandang aku bukan gadis muslimah, solehah dan islamiah spt yg diharapkannya.
Sbb dia juga mengandaikan aku bukan cewek yg baik utk lelaki se-alim dia.
Tapi ngak pedulik gwe! Bukan aku mau berpacaran sama dia.Cuma mau dia knal istilah mendekati muslimah secara berhemah.


Tapi....
Dia adalah cowok yg salu bagi aku gula2 yg sedap semuanya!
Yg sgt enak dan jarang dijumpai hinggakan aku hampir tak bernafas jika sehari tanpa gula2nya, (since aku hantu manis-manisan)


Dialah Saiful Nizam. Dia SMS aku tadi sejak 5 tahon ilangkan diri. 5 tahon aku x tau mana dia ilang tanpa jejak. Aku sebetolnya sgt suka kwn ngan dia walopon pd mula2 perkenalan, dia adalah budak lelaki yg sgt menyakitkan ati aku dan Marlia. Suka underestimate ilmu agama aku. Pernah sindiri aku sbb lambat2 kan solat Asar. Jugak penah sindir aku salah gunakan populariti aku kat sekolah.


Salahguna Populariti ? ? ?

Katanya, aku patot gunakan populariti dan pengaruh aku kat sek tu utk ajak org ramai buat baik.Utk jd contoh muslimah sejati.Dia kata aku sorang yg suka main-main, nakal-nakal, dan glamer ke lain.Mula2 aku bengang. Lama-lama aku terikut dgn dia.


Ingat lagi, setiap kali masok Asar, dia akan bangun.Bangun je dia dari kusi dia dpn aku, beerti bebudak boys yg lain pon bangun. Pastu dia akan pusing blakang, pandang kat aku ngan Marlia.Tu kiranya signal yg menyuruh aku turut bangun ke surau. Apalagi, demi sebuah maruah, aku pon ikut. Lama2 aku jadi sgt islamic. Sampai aku dan Marlia berubah langsong. Sonok detik2 menjadi muslimah sejati time tu.


Bykla kisah2 dgn dia.Dan ada jugak peristiwa surat layang. Aku tak sure aku patot atau tidak contengkan di sini. Nanti aku ajak otakku berbincang. Kalau otakku kata "Okay Nurul, boleh conteng pada Beylo!" aku akan tunjuk surat layang itu yg penoh ingatan akhirat yg mengerikan.


Beylo : Kamu dah conteng byk! Mereka yg baca da bosan!
Aku : Sejak ble ko pandai sound aku?
Beylo : Sejak jari ko makin hyperaktif menyonteng aku. Aku rasa sarat menanggung contengan melampau kamu.
Aku : Aku..aku... aaa...aku... *tiba2 aku kelu*

Baiklah! Aku mau beredar dari arena menglipurlara yg tidak memberiku wang saku sampingan ini! Aku mau ke bilik bunda, bertemu bunda. Tanpa perlu menaip sebegini dasat, membazir jutaan unit Joule tenaga jari jemari aku, aku mau menuntut wang RM160 pada bunda. Wang aku yg berada di bwh naungan bunda. Betapa sengkeknya aku kini, Beylo. Kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg.. (acah jer! sapa pulak main kais-kais? sapa? sapa?)

Seblom aku merepek hingga kamu semua pitam yang membawa kepada mabok kepayang, baik aku berambus skang jugak! 1,2, 3, berambusss!



note:
  • haikal sudah punya RXZ biru.Lawa pulak kulihat body RXZ itu.
  • Kak Siti sudah tag aku menjawap soklan2 nyer. Maaf ye. Sy terasa blom cukup punya jawapan itk soklan subjektif tu.Aku nk pk elok2 jawapan aku sbb kebanyakkan soklan, aku cuma boleh jawap "tak penah". Tp aku akn jwp gak esok.
 

15 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
huh?! mendapat publisiti lagik aku kat blog kamu ni wahai nurul!!!
xpe...xpe...aku mmg suka mengetok encik2 jahat yg sering menggannggu itu...
aku kan "pantang org ganggu org2 yg aku syg..."
hehehe
11:34 PM  
Blogger Adian conteng...
AAAA... ingatkan "1 conteng" tu dari As3 tadik. rupenye Fara! Mengapa ko tidak memberitahu aku wahai Fara.. muahaha. ok lah, aku nk jadi yg 2nd je yg komen skrg. heheh. terlalu kompetetif blog kamu ni nurul. wah naik lagi nameku arini. cam naik no. ekor plak. (hmm bercakap tentang no ekor dan blog, xnak citer psl peristiwa tu kat cni ke nurul?)
12:21 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
psst.. ape die surat lelayang tu?

*purak2 mengambil tahu sambil menekup mulut dgn tangan
2:38 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARA ... woh! FARA... TAHNIAH!!! dlm pada aku memandang rendah pd ko, rupanya ko yg menang arini menewaskn dua jagoh iaitu as3 dan adian. Fara, skang aku da tau. "jgn adili satu buku oleh kulit dpn nya" miahahaha...

ADIAN ... kang aku kata ko ni persis-pembocor-rahisa tanpa sedar, ko kata tak.Tgk! kamu cuba menjatohkan maruah aku... ihihi.. Nombor ekor?? astaghfirullah... haram..haram... :p

AASH ... surat layang itu blom kupikirkn samada buleh disensasikan atau tidak *sambil menarik tgn kamu yg menekup mulut* =))
2:46 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Jenuh baca tapi berjaya juga menjadikan sebuah drama tak bersiri.

Tak sangka ada kehidupan macam ni kat U.(Datin + Tan Sri)

Jadi, kawan lama yang telefon balik tu nak bagi surat layang lagi ke? Tapi, kalau dapat pengalaman bersahabat dengan teman begitu, bagus ya.
7:33 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
huh!!!berani ko pandang rendah pada aku...
rendah ke aku ek? tak cukup tinggi eh aku?? isk....
ngiahaha!!! saje je aku nak kaco line adian menjadik pengkomen pertama!! muahaha!!
:D
weh...surat mahkamah suda sampai...hampeh btol!! (berkenaan kes eksiden ari tuh...)
tak jadi aku nak sambung mimpi indah pagi ni...
7:52 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ehehe..nak kenal la same itu seful nizam..mcm gud gud je diye
9:50 AM  
Blogger shafarina conteng...
chika chika

bila unofficial result peksa kuar, kwan sibok nak tau kengkawan punya.. nak pastikan kwan masih top lagik

dah 2 sem GPA makin kureng, last² semangat tunggu result dah tarak..
10:38 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
datin chika..muehehehe.. aku ni orang2 biase jek.. ahaks..
10:46 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
hihihihihih..akhirnyer fara-D menunjukkan kekuasaannyer dan ketinggian die(tinggi weh fara nieh).maka as3 dan adian harus akur pada kekalahan mereka.cewah adian,jam2 tuh nak jd the second lak..apa barang,xmacho la brader..
as3 sedang merendahkan dirinyer.
woah..tak sangka la ko jumpa saiful tuh balik..memang bdk yang alim warak,nak pandang pon takot woo..aku rase time form2 la kelas2 kite paling rajin gi surau(sbb kelas ko kuar dulu,then diikuti kelas ku)
2:50 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hebat betul penulisan merapu kau ni.. mengisi masa terluang aku yg sgt membosankan kat opis ni...

hmmm.. entah bile aku leh dpt membuat penulisan yg 'maha' merapu mcm ko ni.. Siap ada edisi berbual dengan Beylo tu.. wakakaka!!


Keep blogging!! penulisan anda memberikan sedikit senyuman pada aku...
2:59 PM  
Anonymous Anonymous conteng...


Saya berada di Sydney. Dan tidak mengerti banyak posting-an kali ini. Sesuatu tentang club dan gosip menggosip?

LOL

Ya uis, ciauz.....
5:54 PM  
Blogger Fakyew conteng...
Kais pagi makan pagi, kais petang tak makan terus.
9:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kais mlm mkn sahur... :(
10:04 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
nak jadi datin gakss..
11:21 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."