Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, December 19, 2005

Cinta Madinah.

"...Jauh begini... hati teruji..
Cinta madinah... dalam lembayung..."

Drama Cinta Madinah yang mula ditayangkn dari Ramadhan lepas, dah sampai episod akhir tadi. Aku tak la menonton episod demi episod.Tapi aku ikut jugak jln citernya. Bunda je yg rajin nonton tiap2 minggu. Dan alhamdulillah, last episode td aku dpt tgk. Tgk dgn air mata. Aku bukan sedihkan cerita tu, aku sebak sendiri oleh ingatan. Ingatan aku yg amat kuat tiap kali musim2 haji tiba. Aku sgt rindukan bumi Arab Saudi. Mekah, Madinah, Jeddah, dan Taif.


Tentang Taif.

Aku rasa, ramai jugak jemaah Haji/Umrah tak berpeluang ke Taif.Taif tempatnya cantik amat. Seblom pegi, aku dibayangkn oleh Ustazah Khadijah dan Ustaz Rosli yg Taif tu kawasan tanah tinggi. Tempat penanaman sayur-sayuran sbb kawasannya sejuk. Zuuup! Aku set otak aku supaya memmfokus pada Cameron Highland. Dan... apa yg imaginasi aku fokuskan tak byk yg betol. Hanya sejuk je seperti Cameron Highland. Selebihnya, Taif jauh lebih indah. Tiada hotel-hotel mewah terpacak sana-sini. Yang ada hanyalah perkampungan kecil. Kanak-kanak tempatan berbangsa Arab, yg comel-comel semuanya berkeliaran di sekitar kami waktu kami di situ. Ayahanda tunggang unta. Takot aku tgk unta tu.


Waktu kami tgh makan2... style ala-ala berkelah, dgn tikarnya, dgn bakul-bakul makanannya, tiba-tiba hujan turun.Tak byk la.Sikit ajer. Tapi dah cukup buat aku rasa macam rahmat yang amat.


Beylo,
aku rasa aku tak mau conteng lagi tentang tanah suci. Air mata aku tak mau tolak ansur.Dia nak gugur laju-laju ni. Seblom berlakunya pertumpahan air mata, baik aku stop beremosi dan tukarkan sistem perasaan aku menjadi normal (normal atau separa-normal)


Kesah Chenta 3 segi... (I lap u, u lap her...)

Aku kan, rasa nak gelak besar-besaran. Gelak yang paling besar sekali. Dan gelak yang paling hebat. Sehebat bola-bola api. Semalam kan, aku layan ym ngan sorang ex-skulmate aku ( si A). Nak kata aku kenal dia, aku tak penah pulak bercakap ngan dia walo sepatah kata time zaman kanak2 sekolah dulu. Sbb aku kan anti masyarakat zaman-zaman sekolah dulu. Yang aku tau, klasmet aku. Pegi sekolah untuk belajar dan glamer. Tu je misi aku dulu. Bunyinyer selekeh, tapi syukur aku tak berbohong.Terus terang kami (aku dan mereka sahabatku) sgt leka dgn dunia glamer kat sekolah. Misi aku : Buat diri dikenali oleh semua cikgu. Senang citer, utk mengelak kamu semua buat spekulasi, aku jelaskan ajer.


Aku bukan pelajar perempuan yg patuh dgn semua syarat2 dlm buku peratran warna merah menyala itu. Aku sorang pengawas berbaju kurung biru dgn sport shoes merah belang biru dan tidak pernah punya lencana pada tudung. Istimewa kan aku? *sambil melentik-lentikkan mata* owh, aku mmg kanak-kanak istimewa! Aku adalah AJK Tertinggi Pengawas yg akhirnya melayangkan surat letak jawatan AJK Tertinggi. Sbb aku tak mau publisiti.Owh, bukan! Bukan sbb tu.Tapi sbb... aku nak cover malu. Malu... malu... maluliah... hhaha!


Kamu sdg buat spekulasi bukan? Kamu tgh melabel aku pelajar tak berdisiplin bukan? Bukan aku yang tak berdisiplin, tapi cikgu ITU yg buat aku terkedek-kedek jadi TERRORIST lembaga pengawas. Disebabkan dia mendakwa aku, nama aku dgn indahnya direkodkan dlm rekod salah laku pelajar.


Kesalahan : Tak menghormati mesyuarat dan menghina lembaga pengawas.


Disebabkan aku sgt glamer dan dichentai oleh guru2 berjawatan tinggi....
Yang ternyata lebih besar Ringgit Malaysia bulanan meraka dari CIKGU ITU!,
maka rekod salahlaku aku digugurkan....
Secara sulit dan peribadi...
Sehingga esok harinya aku malu memakai kurung biru, simbol kekuasaan.
aku hanya berbaju putih, baju yg menunjukkan aku tidak berkuasa hari itu.
Sok sek sok sek...
suara2 sumbang pelajar sekolah menengah aku bergosipan.
Adakah aku dan beberapa sahabat aku dipecat???
Jawapannya...
Kami tidak pernah dipecat, tapi kami cuba melucutkan jawatan sendiri akibat geram... dan malu.


(Ini dialog aku dgn Cikgu Khairuddin)

Tak payah letak jawatan. Ini tahun akhir.
Saya malu.
Buat apa malu.Kamu tak salah.
Saya geram!
Saya dah gugurkan rekod kamu.
semua orang pandang serong!
Puan TUT ajer yg pandang serong.
Sy dah tawar hati dgn pengawas. Tak demokrasi.
Pikirla...

Semalaman aku berpikir sakan. Sampai otak aku terasa macam kena kejutan keje. Sbb otak aku dikerah tuk berfikir 11 kali lebih byk dr biasa. Sampai aku tak lena tido.Sampai aku rasa nak tampar-tampar semua muka yg buat tido mlm aku terganggu. Bunda pulak berleter tak kasi aku letak jawatan. Katanya malu tiba2 berbaju putih.


Esoknya....aku dtg sekolah pagi2.Aku tulis surat letak jawatan. Marlia ikut sama letak jawatan. Puan Marziah yang terima surat tu. Byk mata-mata murahan sebok memandang. Macam untung jutaan dolar kalau dapat cungkil rahsia kontroversi aku dan lembaga pengawas.

(Ini dialog aku dgn Cikgu Azmi)

Kamu letak jawatan?
Ha ah *angguk-angguk*
Degil...! Rugi...! *dia marah, aku tau*
Jgn marah....
Nanti point kamu turun tahun ni.
Saya pengawas lagi la. Tapi bukan AJK lagi.
La... tak ada sapa lucut jawatan AJK kamu.
Sy lucutkan sendiri.
*muka bengang*
Sy dah tak rasa malu.Tapi bangga sbb sy berani membantah. At least tindakkan Azhani btol. Sy kesian dia. Sy tak malu, saya bengang.


Dan sampai ke arini, aku meluat sbb aku adalah sebahagian dari lembaga pengawas sekolah aku. Aku meluat sbb kanak2 berwajah baik ini pernah dapat rekod salah laku hanya sbb aku membantah keputusan mesyuarat agong. Aku benci si baju biru. Aku lah si baju biru selama 5 tahon yang akhirnya terasa mcm nak bakar2 baju biru aku tu. (Tapi x bakar pon, ada dlm almari. Gantong cantik2)

Back to Kesah Chenta 3 segi.

Rupa-rupanya! Si A bagitau aku, time sek dlu, si A, B dgn C slalu main intai2 aku. Aku kata aku tak tau. Sbb aku anti masyarakat. Lagi aku terkejut berok, Si A kata, Si B syok kat aku time tu. Sampaikan si B melonjak kegembiraan bila aku tak bersama dgn kawan-kawan aku. Si A kata lagi, muka aku slalu nampak merah2 dan malu2 setiap kali kena usha. Eh, ada ke patot? Setahu aku, aku tak penah didik muka aku jadi merah-merah atau malu-malu. Lagi, si A kata, si A, B dgn C selalu borak tentang aku.

Oh my god! macam mana aku tak penah tau, Beylo?
Itu menandakan apa eyh?
menandakan aku ni mmg sahih, sorang 'pejalan-pandang-terus-kedepan' masa sek.
Aku tak penah kenali orang,
sampai aku terlepas banyak adegan2 lucu.

Aku terkilan lah, Beylo.
Sbb kwn baik aku sorang ni gila minat kat si B time sekolah.
Lepas bertahon lamanya, baru aku tau yg si B, jejaka putih melepak kegilaan kwn aku ni,
Adalah jejaka yang sukakan aku.
Bersalahnya rasa...
Sbb.. aku penah bisik kat kwn baik aku tu...
"Weh, dia pandang!" kata aku kat kwn baik aku setiap kali lalu dpn si B ni.
Mati2 aku ingat si B pandang kwn baik aku yg syok kat dia...
Rupa-rupanya.....
Hai, maafkan aku.
Kenangan yang menimbulkan rasa serba salah.

Kelakar la zaman sekolah. Tapi yang pasti, aku sgt bahagia dgn ketamakkan aku yang gila ilmu masa sekolah. Aku hanya tau nak ilmu, dan buat diri aku jadi sgt glamer disebabkan ilmu. Aku bersih dari chenta monkey-monkey bergayutan. Alangkah sonok kalau aku masih punya sikap 100% gila ilmu. Skang, sikap gila ilmu aku dah berkongsi dgn sikap2 lain. Menjadikan peratus kegilaan ilmu aku susut. *melepaskan keluhan paling berat...*


sekadar ingatan...
dan kekesalan atas apa yg aku tau semalam dari si A
ada baiknya aku tak tau, dan takkan tau...
 

20 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
eventho aku blom sempat menjejakkan kaki ke Mekah.. I've been longing for a long time .. one day.. jika diizinkan-Nya.. mesti aku sampai jugak..

kisah A, B, dan C... mungkin aku mcm2 mengerti..mungkin tidak.. dan peratos tidak adalah lebih besar dr peratus ye..

alkesah 3 segi ni slalu kan terjadi.. sorang minat ni..rupenye yg diminati minat kat geng si peminat.. cinta monyet.. *x penah gak bergayut mcm monyet.. aakakhakhkaa... a.k.a x penah le berchenta monyet ni.. walaupon x tumpu studi.. ahaks..

p/s : kisah meeting pengawas..hangat sangat diperkatakan sampaikan aku pon takjob ngan peredaran gosip2 suam2 kuku itu..ahaks..
1:04 AM  
Blogger Adian conteng...
hoho, hidupmu sentiasa dilingkari kisah2 sensasi wahai nurul. penuh drama dan sketsa. cam selebriti plak. selebriti skola la. muahaha.

hmm... aku dulu pengawas start form 4 je, 2 tahun only. dan 2 tahun itu adalah 2 tahun plg best dlm 11 tahun aku skola rendah dan menengah. hehe. alhamdulillah xde kes paper la. dan meninggalkan skola dengan penuh happy dan kenangan. hikhikhik.

As3, kamu memotong line aku lagi arini. hehehe. sbnrnya aku sampai dulu, sbb still 0 COMMENT lagi. tp leka berchatting2an lambat plak tulih komen. wakakak.
1:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ASTRI dan ADIAN ... sudah kubilang! Jgn bergadoh. Jgn potong line. Cuba kamu berdua ni belaja mengalah sket. *nasehat ibu yg garang* AHAHAH! kita tgk next entry plak!
1:24 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
dian xnak ngaku kalah..muahahaha...

oho..bleh citer alkesah sendrik dedulu eh?? aku penah gak jadik pengawas..mase darjah 6.. hahahaha.. diktator sungguh aku time tuh..ye ke?? of kos la x.. pastu sambong balek form 5..
1:47 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Encik B patut dengar lagu ini

" angin tolonglah aku sedang jatuh cinta
tapi aku tak punya nyali tuk katakan "
2:07 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Timyohannon sy sambong eyh...

"..bahwasanya setiap hari ku merindukan dia... angin sampaikan padanya... aaaaa... bahwa aku cinta dia... aaa..."

sgt suka lagu nih...

as3 ko panggil dia Dian? cam Dian Sastro. Dia tu dah la adian sastro...
2:17 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
ahahaah..entry untuk bergelak sakan sambil bola-bola mata terbeliak terkejut medengar story yg dramatik ini..ahahah..sampai sekarang nak gelak lagik..as3 ngan adin,xbaik belawan en3,kamu2 nieh, cam ade sesuatu je?/toingtoing..crite pengawas mu sangat2 best,mmg salute la sbb melawan pn toot,trus die pindah sekolah sbb korang!!SYABAS!!
2:19 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Bila awk sambong, dah terbalas la cinta Encik B ni. Alhamdulillah. Bila nak bina masjid ni? :))
2:22 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ko jgn nak berbuat pertanyaan sedemikian wahai cik ayza.. muahahaaha
2:30 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
AIZA ko tabaik fitnahkan as3. dia bukan org lain. Kwn baik kita gak. waakakak... geli hatikan citer ni? tp hebat gak aku ngan hani buat PUAN TUT tu hangkat kaki.

Timyohannon memandai je kamu. Tu bukan cinta berbalas, tu sindiran cinta. uhhuuhu

As3 abes ko nk dia buat pertanyaan camner?
2:35 AM  
Blogger Semut Api conteng...
Salam...

CIA rupanya dia ni...Berfahaman underground. :D
9:10 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ehehehe..basic petame menjadi pengmawas bukan pengawas:
» haros tidak patoh pd segale urusan
» harus menyuarakan hasrat hati

tapi kite dulu jd pengawas mmg fel..jd pengmawas je..mawas pon asik kene buli je..tensi lansong
9:39 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
sonoknye die taim skolah

*meinggalkan skolah dengan sejote kenangan masin yang tdk hingin dihingatkan lagik
11:47 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
rasanye...ko penah citer psl kes pengawas tuh kat aku...
fuh!! mmg tabik la sama kamu!!!

adian...as3...jgn gadoh2!! nurul pon jgn mengapi2 kan mereka...
tabaik!!!
agak nye...sape 1st tulis komen nx n3 nnt eh??
1:33 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ahahaha...as3 ngan adian..pasangan gado of the entry..kite tunggu sape yang menang!!mn aku tuduh as3,aku buat spekulasi dan hipotesis jerk..
1:58 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
DEANZ ... fahaman bawah tanah....

FAMIA ... ada org bahgia jd pengawas, ada org xde perasaan. kenangan... kat U manader leh jd pengawas lagik. Kelakar eyh kalau kat U ada pengawas baju biru???

AASH ... kenangan masin? kenangan saya seribu satu rasa. Walopon masin pada waktu dlu, tapi manis utk dikenang.... :p

FARA ... aku da agak mesti ko nk komen camtu.Mesti ko nk kata yg aku penah cite kat ko.Muahaahha... ternyata ko sowang kroni yg peka dgn apa yg aku ceritakan pd ko.

Pasal Kes Lawan Astri ngan Adian, aku rasa utk next entry, pemenangnya mungkin anata mereka berdua. Dan bukan ko! miahaha... *uikss...*

AIZAR ... yg pastinya ko takkan menang... ko akn sentiasa jd peng-komen terakhir. Heh! :p
2:36 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
kat yu tadek pengawas..peMawas je besepah..bai de wei..kamu unikob gak ke ek..same kosmetik ngn as4 ek
4:29 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku pun rindu ngan suasana mekkah..

citer ABC tu macam pening gak bace sepintas lalu.. pastu aku bace lagi, baru paham..

Aku dulu2 takde pun zaman cinta monkey2 ni.. bila dah tua cam xde kenangan plak.. huhu
4:49 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Samalah Dik, sayunya tengok Cinta Madinah last episod tuh, rindu kat Madinah & Mekah, weksssss~
9:33 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ABG C3S ... ye ke tak nah? tak romeo arr... :p

KAK SHAI ... sayu kan? rasa nak lompat masok tv je pi mekah, pi madinah. =( sob...sob...
12:44 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."